Ahad, 20 November 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


1MDB, Bukan BERSIH Yang Jejas Imej Negara

Posted: 20 Nov 2016 01:45 AM PST

Banyak isu lain jejas imej negara, kata penganalisis

Tunjuk perasaan Bersih tidak boleh dipersalahkan untuk imej negara yang tercemar dan rasa tidak yakin para pelabur, kata penganalisis dasar Wan Saiful Wan Jan.

Jelasnya isu lain, seperti 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), menyumbang kepada imej negatif kerana hal ehwal 1MDB mengundang persoalan sama ada pelabur meyakini institusi negara.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ditanya mengenai kesan tunjuk perasaan Bersih 5 dan Baju Merah kepada ekonomi negara.


Katanya: "Himpunan itu hanya sebahagian daripada gambaran yang lebih besar yang menyumbang kepada sentimen negatif pelabur. Malah saya berpendapat sekiranya kerajaan melihat Bersih dari segi positif, mereka boleh beritahu kepada pelabur bahawa demokrasi di negara ini semakin matang."

Tambahnya, perarakan beri manfaat kepada peniaga tempatan, terutamanya mereka yang menjual makanan dan minuman kepada penunjuk perasaan.

Wan Saiful sukacita tiada kejadian tidak diingini berlaku hari ini yang menyaksikan perhimpunan serentak Bersih dan Baju Merah yang berlawanan.

Sebelum ini, penyokong kedua pihak bertembung dalam konvoi Bersih 5 seluruh negara.

Wan Saiful berasa seronok melihat manusia daripada pelbagai fahaman politik berbeza mampu berhimpun secara aman, kerana itulah demokrasi pada asasnya.

"Polis perlu dipuji kerana mengekalkan keamanan. Tidak ada kejadian ganas walaupun ada provokasi." Orang ramai bagaimanapun akan menghakimi polis berdasarkan kejadian sebelum ini, dan kejadian selepas perhimpunan.

Mengulas kehadiran yang lebih kecil, Wan Saiful berkata jumlah peserta tidak patut digunakan sebagai ukuran kejayaan satu-satu tunjuk perasaan.

"Matlamat tunjuk perasaan bukan berapa ramai yang turun tetapi hak mereka sebagai warganegara untuk berhimpun," jelasnya.

Bersih 5 menarik kehadiran puluhan ribu manakala Baju Merah sekitar 3,000 orang.

Himpunan berlangsung secara aman, dengan beberapa insiden kecil antara peserta Bersih 5 dan Baju Merah. Umumnya, polis berjaya mengasingkan kedua pihak sepanjang hari. -FMT


Himpunan Bersih 5 paling berjaya, kata peserta

Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.

Perhimpunan Bersih 5 adalah yang paling berjaya diadakan dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum keluar beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan ini.

Demikian kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ketika memberikan ucapan di perhimpunan kali ini.

Menurut beliau, walaupun rakyat ditakutkan serta diugut oleh kumpulan baju merah, tetapi sambutan tetap amat menggalakan.

Pandangan Husam turut dikongsi oleh ramai peserta perhimpunan Bersih hari ini.

Bagi mereka, himpunan kali ini jauh lebih baik dari Bersih 4 sekurang-kurangnya kerana lebih ramai muka Melayu kelihatan dalam himpunan kali ini.

Perhimpunan Bersih 5 ini turut dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut serta adalah beberapa pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Antara pemimpin Amanah yang hadir adalah penasihatnya, Ustaz Ahmad Awang dan presidennya Tuan Haji Mohamad Sabu dan lain-lain.

Perhimpunan Bersih tahun ini menyaksi kelainan yang amat ketara apabila orang Melayu turun dengan ramai dalam perhimpunan ini berbanding dengan perhimpunan Bersih 4.

Pelbagai pihak memberikan angka masing-masing tentang jumlah penyertaan kali ini dari serendah 20,000 sehingga ke angka seratus ribu peserta.

Ia disifatkan sebagai antara himpunan Bersih paling berjaya menghimpunkan orang ramai khasnya orang Melayu walaupun diboikot oleh sebuah parti Islam.

Perhimpunan kali ini dikatakan semakin panas apabila geng baju merah yang ditaja oleh sebuah parti politik turut berhimpun kali ini.

Bagaimanapun ekoran pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Yunus ditangkap oleh polis menjelang himpunan ini, geng baju merah seolah-olah hilang hala tuju dalam perhimpunan ini.

Mereka hanya mundar mandir dari Sogo ke PWTC tanpa hala tuju yang jelas.
-MD





ULASAN GB

Alhamdulilah, tamat sudah apa yang dinamakan BERSIH 5.

GB hadir di atas beberapa kapisiti, pertama sebagai seorang ahli Parti Amanah Negara, rakan komponen Pakatan Harapan yang menyokong dan mendokong penuh BERSIH 5.

Kedua, yang lebih mencabar ialah di atas kapisiti sebagai petugas MEDIA OREN.

Seringkala, sebelum ini GB selalu juga membuat liputan, tetapi di atas kapisiti individu tanpa menggunakan apa-apa platform, hanya sebagai seorang blogger.

Namun setelah menyertai AMANAH dan terbentuknya MEDIA OREN, GB menggalas peranan baharu, menerima arahan dari Ketua MEDIA OREN supaya GB melaporkan perjalanan demonstrasi BERSIH 5 untuk disiarkan secara live di media sosial untuk disebarkan kepada rakyat. Semalam blog ini ditinggalkan untuk sementara waktu bagi menumpukan tugas di MEDIA OREN.

Seorang sahabat yang merupakan bekas editor sebuah akhbar parti sejarah, Mohd Nazri Abdullah yang terkenal di dalam kes siasatan isu Mat Indera satu ketika dulu, berperanan sebagai compiler semua maklumat dan foto untuk sebaran.

Sementara petugas yang lain seperti Faeez, Rasidi, Salihin, Manzurul, Zaidi, Hazayani, Rayme dan lain-lain sibuk dengan bekerja di lapangan sekalipun dihantui dengan talian internet yang lembab dan tersekat di dalam lautan ribuan manusia....

Boss Media Oren, Putri Shira memantau perjalan MEDIA OREN dari masa ke semasa.

Hanya di dalam hatiku berkata: MEDIA OREN insha Allah akan lebih perkasa selepas ini. GB kini akur dengan usia yang semakin tua.... anak muda sudah ada untuk menggantikan tempat GB.



FEATURED ADS



Tiada ulasan: