Jumaat, 25 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Polemik yg tiada kesudahan, dari Umngok..

Posted: 24 Nov 2016 06:30 PM PST


Hj Hadi walaupun baru sahaja lepas melakukan skan otak, dia masih umpama manusia robot, yang dikawal segala pergerakannya melalui remote control...

Apabila Tan Sri Speaker menjemput Hj Hadi membaca pindaan kepada usul, Hj Hadi sekadar membaca usul tanpa menghuraikannya untuk dibahas ....

Hj Hadi, sebagai robot yang telah di programkan, meminta untuk menghuraikan cadangannya itu dalam sessi yang akan datang...

Berikut adalah catatan YB Rafizi yang menulis secara langsung dari Parlimen yang sedang bersidang kelmarin.

 Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355. Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu.

 Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan).

 Prosesnya selepas ini adalah seperti berikut:

 1) kami sedang menunggu keputusan Tan Sri Speaker sama ada membenarkan pindaan usul ini dibentangkan, dibahaskan dan diundi di Parlimen sekarang (sedang bersidang).

 LINTAS LANGSUNG

 (Tan Sri Speaker baru sahaja menjemput Ahli Parlimen Marang membaca pindaan kepada usul).

 2) Jika diundi dan diluluskan, ia dikira sebagai bacaan pertama dan dipulangkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan. Perkara ini mati di situ sahaja sekiranya menteri tidak kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang ini bagi bacaan kali kedua.

 TERKINI

 Tan Sri Speaker memanggil Ahli Parlimen Marang untuk membaca usul. Ahli Parlimen Marang membaca dan meminta untuk menghuraikan cadangan beliau itu dalam sessi yang akan datang.

 Maka usaha untuk membentangkan RUU355 mati begitu sahaja hari ini.

 Tetapi polemiknya akan bersambung lagi hingga ke sessi akan datang. Ahli-ahli PAS akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini.

 Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen PAS akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?

 Kali pertama saya menulis mengenai perkara ini lebih sebulan lalu, saya nyatakan secara terbuka jika usul dibentangkan dan diundi, saya tidak ada masalah menyokong kerana memang kita mahu dengar pandangan Umno dalam perkara ini.

 Tetapi apabila berulang kembali perkara ini pada hari ini, jelaslah permainan Umno dalam perkara ini dan saya khuatir PAS akan terus dimain-mainkan. Akhirnya PAS akan terus dilihat berkawan dengan Umno dan memanjangkan tempoh berkuasanya Najib Razak.

 Saya bersedia mengundi dan menyokong usul asal.

 Selepas dirunding dengan Umno Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diwar-warkan.

 Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau. Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini .

 Ust Che Ibrahim Mohamad, Timbalan Pengerusi AMANAH Kelantan turut berasa pelik kerana pindaan Akta 355 @RUU 355 tersebut sehingga kini terdapat tiga versi yang berbeza-beza:

1. Versi 18 Mac 2015 : " berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah"

2. Versi 26 Mei 2016 : " berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah.....selain dari hukuman mati" 

3. Versi 24 Nov 2016 :  " ....tidak boleh dihukum penjara melebihi 30 tahun atau denda melebihi seratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali"

Ust Che Ibrahim mempersoalkan tentang tujuan sebenar dan bertanya siapakah dalang disebalik pindaan Akta 355 @RUU 355 ini ?

 Akta 355 memperuntukan hukuman iaitu tidak boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 thn atau denda melebihi RM5000 atau sebatan melebihi 6 kali.

Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz dalam tulisannya di sini menulis menyatakan mengenai Akta 355:
Sekiranya mahu ditambah jumlah dan tahap hukuman kepada kesalahan Syariah, Akta 355 ini hendaklah dipinda. Dalam usaha pindaan kepada Akta 355 ini, ia adalah bidang tugas kerjaaan Persekutuan, kerana ia adalah sebuah Akta yang diterima pakai di semua negeri. Cadangan pindaan itu tidak sepatutnya dimulakan oleh negeri. Walauapa pun hujah saya di atas, saya berpendirian bahawa kita hendaklah akur dengan peruntukan Perlembagaan ini, kecuali kita meminda Perlembagaan.

Tiada ulasan: