Nuffnang

Pengikut

Kerabu Bersuara ®

sumber :-

Kerabu Bersuara ®


KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

Posted: 18 Oct 2016 07:03 PM PDT



KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.

3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini. Rujuk

4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. Rujuk. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.

5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT