Kelab Greenboc |
Kisah PAS, PASTI Sri Gading: Gagal Dapatkan RM20k, Tuduh Orang Mencuri Pula... Posted: 07 Oct 2016 02:04 AM PDT KES TUNTUTAN DI MAHKAMAH, KAMI DAPAT PINGGAN MANGKUK, DUIT TUNTUTAN ALLAH TANGGUHKAN Parti tok takde cara lain nak cari duit. Tabung milo pun semakin merudum kutipannya. Harakah pun dah tak laku. Maka, parti tok arahkan bos di Seri Gading saman orang Amanah kerana ambil alih Pasti. Parti tok minta pulangkan cawan, pinggan mangkuk, sudu, garpu, termasuk pencuci lubang jamban pun parti tok tuntut pulangkan segera. Peliknya, dengan rela hati orang Amanah ni setuju nak pulangkan semua barang2 tu sebab pada mereka nilainya berapa sangat. Kalau beli kat pasaraya Sakan atau Maideen pun tak jejak dua puluh hingggit. Parti tok tak puas hati. Kami mahu pitih pulak dan kami tuntut RM20K. Kalau dapat, boleh juga tambah bini. Maka di bawa ke mahkamah juga walaupun orang Amanah ini awal2 lagi setuju nak pulangkan barang2 terpakai tu. Sepanjang perbicaraan, tiga hari tiga malam puak2 tok solat hajat agar tuntutan duit kami RM20K itu dapat. Sudu, garpu tu kalau mereka nak ambik pun ambik lah. Janji kami nak pitih. Malangnya, mahkamah putuskan orang Amanah ini kena pulangkan sudu, garpu, pinggan, mangkuk, penyapu lidi, pengesat kaki, sejadah, towel good morning pengelap pinggan dan pencuci jamban kepada parti tok. Duit langsung hakim tak sebut. Kami pakat menganga semua. Kalau setakat barang2 tu tak masuk mahkamah pun memang orang Amanah ni dah setuju nak pulangkan. Kami nak pitih...pitihh!!! Untuk menghilangkan malu daripada walaun2 yg lain, kami pun katakan kepada mereka, kita berjaya dalam kes menuntut pinggan, mangkuk, susu, garpu dan alat2 yg lain tu. Seorang walaun bertanya, " Abih tu, duit tuntutan tu kita dapat tak?" Soalnya. YDP parti tok pun jawab, " Errr....duit tu bukan kita tak dapat, tapi Allah tangguhkan kat Akhirat nanti. Kat Akhirat nanti baru kita dapat pitih tu...". Jawab YDP dengan selamba. TAKBIRR !!! Semua walaun bersorak gembira atas kejayaan gemilang itu. Puak2 Amanah kelihatan tersenyum2 melihat puak2 kami bertakbir... FB TOK USIN UG CEROI
ULASAN GB Demikianlah kisah... lucu pun ya juga. Di dalam hati GB berkata, alangkah baiknya jika wang yang digunakan untuk mengupah peguam untuk membawa kes itu ke mahkamah yang bernilai ribuan ringgit itu digunakan kebajikan anak-anak PASTI.... Dah diberitahu bahawa barang-barang itu hendak dipulangkan dengan wang tunai RM7,000 tetapi kedegilan PAS & PASTI mahukan wang tunai RM20,000.... Kemudian siap tuduh AMANAH sebagai pencuri sedangkan tawaran awal pihak defenden memulangkan barang-barang tersebut tidak diindahkan. Sekarang sendiri sudah malu, hanya dapat barang-barang lusuh tahun 2007 yang jika di dalam urusan perakaunan mungkin nilai bukunya tingga RM1 setiap satu setelah susutnilai. RM20,000 melepas. Kena tanggung dan bayar kos guaman lagi. Nak buat rayuan? Bayar lagi kos peguam, pun belum tentu boleh menang. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan