Selasa, 25 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Terbunuh -updated

Posted: 25 Oct 2016 01:15 AM PDT

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, mengalami kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap, lapor BH Online.


Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan

Sementara itu, portal TheStar Online melaporkan sekurang-kurangnya enam orang telah terbunuh di dalam insiden kebakaran tersebut.

Pesakit-pesakit telah dibawa keluar dari bangunan dan ditempatkan di kemah-kemah sementara.

OCPD Johor Baharu (Selatan) ACP Sulaiman Salleh mangsa-mangsa kebakaran adalah terdiri dari pesakit di wad ICU, yang terletak di tingkat dua bangunan hospital berkenaan.


6 pesakit maut, wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar

Polis dan Bomba mengesahkan, enam pesakit maut ekoran kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pagi ini.

Menurut saksi, Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.

Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saksi yang melihat kejadian itu berkata, ramai pesakit di bawa keluar dari bangunan itu tetapi tidak diketahui nasib pesakit yang sedang menerima rawatan di wad ICU itu.

Ini kerana, ramai antara mereka yang memakai 'ventilation' yang bergantung kepada tangki oksigen dan tenaga elektrik.

Enam pesakit disahkan meninggal dunia

Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.
-MD












FEATURED ADS


Dr.Rozaimi Dilempar Pelbagai Tuduhan Oleh Penyokong Tegar RUU 355

Posted: 24 Oct 2016 07:23 PM PDT

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle, seorang sarjana hadith yang juga seorang pensyarah kanan di UPSI mendakwa telah diserang dan dilabel sebagai munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak yang telah menonton video kuliahnya yang tersebar di media sosial.

Di dalam video berkenaan, Dr. Rozaime telah mengutarakan pandangannya berkaitan polemik pindaan RUU 355.

"Isu utama ialah jangan mengkafirkan sesama kita. Orang Islam yang setuju ada alasan. Pihak yang tidak setuju juga ada sebab," tulisnya di facebook.


"Masing-masing sayangkan Islam. Saya dah dilabel munafik, agen yahudi, agen syaitan dan keling baru masuk Islam oleh beberapa pihak dengan video ini. Silakan menonton sendiri ucapan saya. Kalau seawal ini Parti yang pro isu ini tidak boleh uruskan perbezaan pendapat dengan baik maka saya sangsi bila mereka jadi kerajaan nanti," tulisnya lagi.

Di dalam satu status yang berasingan, beliau menulis:

Saya hairan melihat gelagat sebahagian orang yang pro RUU 355 setelah mendengar ulasan saya. Mesej saya jelas untuk tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengannya.

Ada yang nasihatkan saya:
Jangan bodohkan manusia.
Jangan bawa perkara ajaib.

Soal saya adakah mengkafirkan orang sewenangnya itu bagus pada akal yang waras? Gunalah akal untuk mencerna maklumat yang nak disampaikan.

Polemik mengenai RUU 355 setakat ini belum reda apabila usul mengenainya belum dapat dibentangkan oleh ahli parlimen Marang, Haji Abdul Hadi Awang.

Malah beliau juga telah dilaporkan tidak hadir ke sessi pembentangan belanjawan 2017 kerana tidak menyenangi sikap kerajaan yang tidak serius di dalam menyokong RUU 355.


Sebelum ini, pelbagai pihak telah memberi pandangan terhadap Usul Persendirian Presiden PAS itu yang rata-rata menyatakan bahawa ia hanyalah perangkap UMNO BN untuk menghancurkan pembangkang. Namun Haji Hadi berkeras dan tetap mahu usul itu dibentangkan.

Beberapa pemimpin dan ahli-ahli PAS juga didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk menghidupkan budaya takfiri dengan mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengannya.

Seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Shaharuddin bagaimanapun telah menarik kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kini usul tersebut seperti ditiup angin lalu, tenggelam dengan sessi perbahasan belanjawan 2017.

BN dilaporkan telah mencapai konsensus di kalangan parti komponennya yang sekalipun tidak diumumkan namun dipercayai tidak akan membenarkan usul tersebut dibentangkan sekalipun ia wujud sebagai agenda keempat di dalam Kertas Perintah sidang Parlimen sessi ini, tetapi merudum ke agenda tujuh sehari selepasnya dan peluang untuk dibentangkan semakin tipis malah bermungkinan terus akan disenyapkan.

VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS


Tiada ulasan: