Rabu, 19 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Mahathir Seru Rakyat Bersamanya Di Himpunan BERSIH...

Posted: 19 Oct 2016 12:45 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat untuk bersama dengannya di Perhimpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan pada 19 November akan datang nanti.

Berucap di Ceramah Mega sempena Sambutan Setahun AMANAH Selangor yang di adakan di perkarangan Alamanda Shah Alam, Tun Mahathir menyatakan perhimpunan BERSIH adalah sebuah perhimpunan yang aman, justeru itu tiada sebab kerajaan Najib menghalangnya.

"BERSIH cukup bersih. Dia buat demonstrasi senyap aje. Kalau kita tengok demonstrasi di negara lain, berlaku rusuhan, tembak sana tembak sini, bunuh sana bunuh sini. Tapi bila BERSIH buat demonstrasi tak ada apa gaduh pun, dia pakai baju kuning saja," ujar Mahathir.


"Saya pun dah dapat baju kuning, saya pun nak hadir sama," katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.

"Pasal apa saya nak hadir sama? Sebab aman, BERSIH punya demo aman... jika aman Najib tak boleh isytihar security (terancam) " ujarnya lagi.

Di dalam ucapannya juga, Tun Mahathir membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.

"Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

"Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.

"Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya," kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.

Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

"Tetapi saya tak pernah minta orang ramai untuk ingat saya

"Adakah mana-mana tempat yang ada nama saya? Tak ada, satu pun tak ada.

"Saya tegah. Sebaliknya dulu, kalau jadi menteri pelajaran, sekolah-sekolah dulu semua nama menteri pelajaran," katanya.

Dr Mahathir berkata semasa tempoh beliau memegang jawatan, beliau melarang sekolah, jalan dan bangunan dinamakan atas nama menteri dan pegawai yang masih hidup.

"Nama menteri tak boleh dipasang di mana-mana sekolah. Dah jadi perdana menteri, nama jalan pun tak boleh.

"Kalau nak nama awak dikenakan (diletakkan) pada apa-apa bangunan, mati dulu," katanya sambil disambut dengan gelakan hadirin.






FEATURED ADS


Tiada ulasan: