Jumaat, 14 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Menjawab Hujjah Idris, AMANAH Tentang Kezaliman Tak Kira Siapa Yang Melakukan!

Posted: 14 Oct 2016 12:37 AM PDT

PAS: Amanah hendak selamatkan Umno, jatuhkan kerajaan Kelantan

PAS hari ini mendakwa Amanah mempunyai niat tersembunyi hendak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan dan menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS.

Idris Ahmad berkata, jika ikhlas menumbangkan Umno, Amanah sepatutnya memfokuskan negeri ditadbir Barisan Nasional, bukannya menjatuhkan PAS di Kelantan.

"Lama dah puak-puak ini (Amanah) tuduh PAS nak bekerjasama dengan Umno, tapi sampai sekarang PAS tak jadi Umno lagi. Kalau orang nak lawan Umno betul-betul, dia tak akan tumbangkan PAS di Kelantan, dia akan serang Umno di Terengganu, dia akan lawan Umno di Melaka dan lain-lain negeri.


"Tindakan itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya nak bekerjasama dengan Umno nak jatuhkan PAS. Amanah sebenarnya nak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan PAS supaya senang Umno kalahkan PAS," katanya kepada FMT hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menjawab tuduhan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa kononnya PAS marah dengan parti itu kerana menyekat mereka bekerjasama dengan Umno sejak 2008.

Katanya, PAS bimbang jika mereka meneruskan hasrat itu, ahli yang tidak bersetuju dengan hasrat pimpinan parti Islam itu akan melompat ke Amanah.

Husam berkata, rundingan terbaharu antara PAS dan Umno dibuat dalam bentuk perbincangan di Kluster Politik Negara, Majlis Perundingan Islam (MPI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disertai pemimpin PAS, termasuk Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Idris berkata, Amanah sepatutnya menggunakan hujah lebih konkrit atau alasan lebih kukuh untuk menuduh PAS bersekongkol dengan Umno.

"Janganlah diangkat sangat (isu MPI), kalau nak marah pada PAS, janganlah guna hujah macam itu, hujah itu biarlah konkrik sikit, dulu kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pakai baju sedondon dengan Datuk Seri Najib Raza dalam multaqa ulama, kalau dah hilang punca pun biarlah ada alasan besar sikit.

"Kenapa dia (Amanah) tak kaitkan NGO-NGO lain sertai MPI? Sebenarnya, orang tak jemput Amanah sertai (MPI) mungkin ada benda tak kena pada parti itu, orang jemput dan letak orang yang layak dalam MPI macam Datuk Manfodz, bukan semua orang layak," kata Idris.

Selain Zahid, Timbalan Pengerusi Kluster Politik MPI ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

PAS turut menghantar Ketua Penerangan Dewan Ulamanya, Datuk Dr Khairudin Aman Razali dan Dr Zuhdi Marzuki yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS. -FMT

ULASAN GB

Begitukah hujjah seorang bertaraf Naib Presiden dalam PAS terhadap AMANAH? Kononnya mengetahui niat tersembunyi AMANAH hendak menyelamatkan Umno di Kelantan dengan memburuk-burukkan dan menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS?

Jawapan kita: Presiden PAS sendiri, Haji Abdul Hadi Awang menyatakan persoalan "niat" itu urusan Allah. Manusia tidak boleh mengtahui niat orang lain. Nah, sekarang Idris mengaku boleh membaca niat tersembunyi AMANAH kononnya AMANAH nak selamatkan UMNO.

Jika Idris nak tahu apa sebenarnya niat AMANAH, kita bagitahu bahawa AMANAH menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan tanpa mengira siapa yang melakukan. UMNO sudah tentulah ditentang sebab ia telah terang-terang melakukan kezaliman. PAS Kelantan juga ditentang kerana melakukan kezaliman yang sama dengan UMNO.

Buktinya banyak. Salah satunya, PAS Kelantan sendiri buat kenyataan pecat penghulu-penghulu kampung yang menyokong AMANAH. Bukankah itu kezaliman stail UMNO?


Kedua, kerajaan PAS Pelantan tak berupaya bangunkan negeri kecuali dengan membotakkan Kelantan melalui pembalakan. Seorang bekas menteri menyatakan Kelantan sebuah kerajaan yang malas apabila menjadikan aktiviti penebangan balak sebagai sumber utama negeri.

Ulamak PAS Kelantan dilihat mengambil jalan pintas untuk mendapatkan sumber hasil negeri, seolah-olah tidak ada sumber lain yang boleh menggantikan balak.

Bukan negeri sahaja yang telah dibotakkan malah kehidupan orang asli telah menjadi mangsa akibat daripada pembalakan yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Ini amat mencemarkan kepimpinan ulamak dan malah mencemarkan kerajaan yang mendakwa ia kerajaan Islam.

Ketiga, mengenai perlantikan ulamak PAS sebagai Majlis Perundingan Islam jelas membuktikan kerjasama UMNO-PAS. Bagaimana PAS boleh bertindak menentang UMNO jika sudah menerima jawatan dan makan dedak dengan UMNO? Ini bukan soal AMANAH tak dilantik di dalam MPI seperti yang dituduh oleh Idris. Saya kira AMANAH pun tak tergiur untuk jawatan-jawatan itu. Kerana AMANAH "istiqamah" menetang kezaliman UMNO, bukan seperti PAS yang hanya menjadikan "istiqamah" sebagai slogan retorika sedangkan PASlah yang tidak istiqamah di dalam soal menentang kezaliman UMNO, PAS yang sentiasa UTURN di dalam setiap keputusannya!

Keempat, di dalam kenyataan pemimpin PAS, PAS tidak akan menyertai BERSIH 5.0 yang bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Ertinya PAS menyokong tindakan kerajaan UMNO BN yang selama ini telah memanipulasi pilihanraya. PAS cenderung untuk membiarkan kezaliman UMNO BN bertakhta.

InsyaAllah PAS akan berkubur kerana hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sekalipun PAS menafikan beratus kali kerjasamanya dengan UMNO, namun hakikatnya akan tetap terdedah jua satu masa nanti. Rakyat tidak bodoh seperti yang PAS sangkakan.

Sekalipun katakanlah gabungan UMNO-PAS tidak menjadi kenyataan, namun yang ketara PAS adalah kumpulan orang-orang bodoh dan lemah yang telah menjadi mangsa penipuan UMNO yang telah berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat yang dengan Pakatan Rakyatlah selama ini PAS telah berjaya memenangi banyak kerusi di dalam pilihanraya termasuk parlimen Bukit Gantang yang diwakili oleh Idris Ahmad!







FEATURED ADS


Pakatan Harapan Anjur Konvensyen 12 November 2016

Posted: 13 Oct 2016 07:36 PM PDT

PAKATAN HARAPAN GERAKKAN GABUNGAN PEMBANGKANG

Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat pada 12 Oktober 2016 telah membuat ketetapan untuk secara rasmi, memulakan perundingan dengan parti-parti pembangkang yang telah memperlihatkan kesediaannya membentuk gabungan pembangkang yang kuat bagi mewujudkan pertandingan satu lawan satu di antara pembangkang melawan BN pada PRU14.

Sehubungan dengan itu, Pakatan Harapan akan menganjurkan "Konvensyen Pakatan Harapan 2016" pada 12 November 2016. Ia bertujuan untuk menzahirkan komitmen pembentukan gabungan pembangkang yang kuat tersebut.


Sebagai salah satu persediaan untuk Konvensyen tersebut, Pakatan Harapan akan menganjurkan siri "Jelajah Mendengar Nadi Rakyat" di beberapa tempat yang telah dikenal pasti di seluruh negara. Ia bertujuan untuk mendengar dan mengumpulkan luahan hati rakyat tentang isu-isu dan masalah-masalah yang dihadapi mereka pada masa ini.

Ini penting supaya Pakatan Harapan mengemaskini isu-isu dan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat, dan seterusnya membolehkan peserta-peserta Konvensyen tersebut membahaskannya dengan cara yang lebih baik dan berkesan.

Di samping itu, ia juga akan menjadi input kepada "Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan" yang sedang digubal oleh Sekretariat Pakatan Harapan. Jelajah ini akan melibatkan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan para pemimpin Pakatan Harapan.

Sekian, terima kasih

YB DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

TUAN HAJI MOHAMAD SABU Presiden AMANAH




FEATURED ADS


Tiada ulasan: