Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


Jamal: Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta atas kereta dia

Posted: 08 Oct 2016 07:25 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan bertindakbalas secara lebih agresif terhadap konvoi BERSIH seterusnya.

Ditanya mengenai sekatan yang beliau dirikan di laluan Teluk Intan-Bidor awal hari ini,
Jamal berkata, ia secara kebetulan apabila berlaku perselisihan ketika kumpulan baju merah dan BERSIH melintasi laluan tersebut.

"Kalau saya pegang stereng, saya tidak tahu apa jadi, nasib kawan saya pegang stereng, saya duduk di belakang," ujar beliau.

Konvoi BERSIH dari Teluk Intan ke Sabak Bernam telah disekat oleh kumpulan baju merah awal hari ini.

Bagaimanapun, keadaan itu telah dengan cepat dileraikan oleh pihak polis yang menghentikan semua kenderaan peserta baju merah bagi membolehkan BERSIH dan pengguna jalan raya lain bergerak.

Ditanya apa yang beliau akan lakukan pada masa akan datang, Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar berkata: "Kalau yang akan datang, saya akan lompat kereta saya ke atas kereta dia."

Pensyarah UiTM ditemui mati dalam bilik fakulti

Posted: 08 Oct 2016 07:15 AM PDT

MALAYSIAKINI


Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, dijumpai mati di dalam bilik Fakulti Sains Gunaan universiti itu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata dalam kejadian 2.30 pagi, mangsa, Prof Madya Dr Zaini Hamzah, 61, ditemui dalam keadaan terbaring dengan pintu bilik itu berkunci.

"Polis bantuan (universiti) mendapat maklumat daripada pihak universiti terdapat pensyarah yang terperangkap dalam bilik itu dan anggota (polis) bertugas telah pergi ke lokasi kejadian dan dapati bilik tersebut berkunci.

Anggota kemudian memecah masuk melalui syiling dan telah menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafien berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat dan siasatan awal menunjukkan mangsa meninggal dunia disebabkan sakit jantung.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said menyifatkan Zaini sebagai seorang pensyarah yang berdedikasi dan pemergiannya merupakan kehilangan besar kepada universiti itu dan dunia pendidikan.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya dalam kenyataan.

Kes rasuah RM3.3b: MP Umno mahu SPRM 'cekup' menteri persekutuan

Posted: 08 Oct 2016 07:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Umno dari Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meluaskan siasatan dengan melibatkan kementerian persekutuan dan menteri dalam kes rasuah membabitkan projek infrastruktur air bernilai RM3.3 bilion.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada tangkapan SPRM ke atas dua pegawai tinggi kerajaan di Jabatan Air Sabah yang menyelia projek dan mengumpul dana RM114.5 juta dalam bentuk tunai dan aset yang telah dirampas.

Sumber SPRM yang tidak dinamakan mendakwa 60 peratus daripada pembiayaan RM3.3 bilion itu telah disalurkan.

"Salah guna kuasa ini berlaku pada tahun 2010 dan adalah wajar untuk SPRM juga menyiasat menteri serta para pegawai kanan kementerian persekutuan yang terlibat," kata beliau dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga mengetuai Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri berkata, beliau tidak berbabit dalam projek berkenaan.

Beliau mendakwa dana RM3.3 bilion itu adalah pembiayaan Persekutuan yang disalurkan terus daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Putrajaya tanpa melalui beliau.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkhidmat sebagai menteri di kementerian terbabit dalam tempoh 2009 hingga 2015 dan kemudian digantikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas perselisihan faham dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Raime yang merupakan Ahli Parlimen Tenom berkata, tidak mungkin kedua-dua penjawat awam dapat mengumpul dana dalam jumlah wang yang besar tanpa pengetahuan kementerian Persekutuan.

BILA PENYOKONG MACAM SAMSENG, APAKAH JENIS PEMIMPIN YANG KITA ADA?

Posted: 08 Oct 2016 06:58 AM PDT

shahbudindotcom

Melihat kepada beberapa kejadian ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah untuk menghalang perjalanan atau konvoi Bersih 5 di beberapa tempat hari ini  sebagaimana yang tersebar dengan meluas di media-media sosial, ia pasti membuatkan kita geleng kepala dengannya.

Apa sudah jadi sebenarnya dengan keghairahan berpolitik di negara kita?
 
 
 
 
Kenapa perlu sampai dihalang perjalanan atau konvoi program jelajah Bersih 5 dengan tindakan ganas dan ala samseng seperti itu sedangkan tujuan mereka semata-mata untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih?

Mengapa tidak diserahkan sepenuhnya soal keselamatan dan ketenteraman awam kepada pihak polis untuk menanganinya?
 
 
 
 
Pernahkah kita menonton filem Barat, Tamil atau Hindustan berkaitan tindakan ganas dan ala samseng seperti yang ditunjukkan oleh Gerakan Baju Merah itu?

Jika kita pernah menontonnya, kita tentu menyedari bahawa dalam semua kejadian ganas dan ala samseng yang dipertontonkan itu, ia hanya dilakukan oleh penyokong-penyokong kepada pemimpin atau  ketua yang korup dan makan duit rakyat saja.
 
 
 
 
Mereka terpaksa melakukannya untuk menghalang rakyat bersuara dan bangkit menyatakan kebenaran. Mereka tidak melakukannya untuk menyelamatkan negara atau bertujuan memberi kesejahteraan kepada rakyat, tetapi semata-mata kerana diupah agar pemimpin atau ketua yang korup itu terus kekal berkuasa.

Tidak seperti di negara-negara maju, demonstrasi atau perhimpunan aman adalah perkara biasa dan dibenarkan mengikut undang-undang. Tidak pernah kumpulan masyarakat yang mengadakan perhimpunan di tempat awam menerima gangguan secara ganas, ala samseng, disepak dan diterajang oleh penyokong kepada pemimpin yang sedang berkuasa.

Pemimpin yang menghormati hak rakyat serta tidak korup, tidak ada sebab untuk membenarkan para penyokongnya bertindak ganas, ala samseng, menyepak dan menerajang orang lain dengan sesuka hati.
 
 
 
 
Akhirnya, tindakan ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah itu, yang berlaku di sebuah negara yang mahu mencapai status negara maju pada tahun 2020, sebenarnya hanya menyerlahkan lagi jenis pemimpin yang kita ada. Tidak pernah kita ada jenis pemimpin sebegini sebelum ini.

Seiring menjelangnya 60 tahun merdeka, sudah sampai masanya bagi pengarah filem Barat, Tamil dan Hindustan dijemput datang beramai-ramai ke negara kita dan menjadikan apa yang berlaku ini sebagai hasil karya untuk tontonan kepada seluruh dunia pula.


Rafizi: Cadangan saya telah diciplak

Posted: 08 Oct 2016 06:45 AM PDT

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa cadangan penghapusan cukai eksais yang diperkenal olehnya sejak 2012 telah diciplak oleh kerajaan.

Kata Ahli Parlimen Pandan itu, idea itu ditiru kerajaan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2017 tahun ini.

"Saya mula menggerakkan kempen #turunhargakereta sejak 2012. Dari awal saya mengkritik tindakan kerjaan mengenakan cukai di antara 80 peratus hingga 100 peratus ke atas kereta yang dibeli rakyat biasa sehingga menjadikan kereta di Malaysia secara relatifnya antara yang termahal di dunia.

"Sepanjang saya berkempen, tidak pernah sekali pun menteri-menteri Umno atau Barisan Nasional mengakui hujah yang saya bawa itu ada benarnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, dalam Bajet 2017 yang akan dibentang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 hari bulan ini, tiada bayaran cukai eksais akan dikenakan ke atas kereta pertama yang dibeli.

Jika dikuat kuasa, jumlah cukai eksais yang boleh dijimatkan antara RM300 hingga RM2,000 bergantung ke atas kereta tempatan ataupun import yang dibeli mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN: Beli kereta tanpa cukai eksais]

Beliau juga turut menyatakan rasa kesal di atas keengganan Najib menerima pakai idea pembangkang sejak awal, sekali gus menyebabkan rakyat menanggung lebih hutang dalam tempoh lima tahun sejak kebelakangan ini.

"Apa yang saya kesalkan adalah tindakan Najib berhenti mempolitikkan idea-idea bernas yang diberikan Pakatan Harapan. Beliau dan Jemaah menteri tahu cadangan saya untuk menghapuskan cukai eksais adalah baik untuk rakyat dan baik untuk ekonomi negara," katanya lagi.

Katanya lagi, sekiranya BN mahu melaksanakan cadangan itu, pelaksanaannya seharusnya meliputi semua kenderaan persendirian kecuali kenderaan mewah.

"Penghapusan cukai eksais tidak boleh diberikan mengikut saiz enjin kereta kerana ada kereta MPV yang saiz enjinnya lebih besar tetapi digunakan oleh keluarga berpendapatan rendah, berbanding ada kereta mewah yang saiz enjinnya kecil tetapi hanya mampu dimiliki golongan berada.

"Penghapusan cukai eksais juga perlu diberikan kepada motosikal kecuali motosikal berenjin besar yang dikategorikan sebagai motosikal mewah," katanya lagi.


Siapa sebenarnya yang lahirkan gangster?

Posted: 08 Oct 2016 06:41 AM PDT

Siapa sebenarnya yang lahirkan gangster?
Mohd Azhar (tengah) bersama Jamal (kiri) ketika sidang media di Dataran Menara Condong, hari ini.


TELUK INTAN - "Paku dulang paku serpih, mengata orang dia lagi lebih." Itu jawapan yang diberikan Ketua Umno Teluk Intan, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang mempersoalkan adakah Umno melahirkan gangster di kalangan Umno.

Menurut Mohd Azhar, rakyat sendiri tahu mengenai sejarah Bersih yang merosakkan negara dengan melakukan kacau-bilau melalui perhimpunan mereka.

"Mereka sendiri yang mencetuskan segalanya dan bukan kami, jadi saya ingin bertanya siapa sebenarnya yang melahirkan gangster?

"Kami hadir di sini adalah untuk mempertahankan perlembagaan dan demokrasi negara dan memberitahu mereka supaya mengikut cara yang betul," katanya ketika ditemui di Menara Condong, bersama hampir 500 peserta baju merah bagi menghalang konvoi Bersih 5 memasuki kawasan tersebut, hari ini.

Tambahnya, Maria Chin dan kuncu-kuncunyalah yang melahirkan gangster dengan mengheret rakyat menggunakan politik jalanan.

"Sepatutnya mereka menggunakan platform yang betul melalui wakil rakyat, adun dan ahli parlimen untuk bersuara dan tidak menghampakan mandat yang diberikan rakyat dengan cara salah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, Bersih 5 di negeri ini gagal menghasut rakyat dengan menyeru rakyat untuk turun ke jalanan bersama mereka.

"Mereka menggunakan media sosial sebagai propaganda di mana kononnya konvoi yang bermula di Lumut dari minggu lalu dan hari ini (semalam) mendapat sambutan ramai sedangkan penyertaan mereka tidak sampai 50 orang.

"Contohnya hari ini, mereka sepatutnya turun di Menara Condong Teluk Intan pada jam 9 pagi, namun bayang mereka tidak juga muncul dan ia menunjukkan bahawa kami berjaya menggagalkan rancangan mereka," katanya.

Tambahnya, peserta Bersih 5 tiada keberanian kali ini kerana mereka tidak mendapat sokongan kuat seperti Bersih 1 dan 2 yang disertai oleh Pas yang sekarang tidak bersama mereka lagi.

"Kami akan tetap sebat mereka di mana sahaja dan saya ucapkan syabas dan taniah kepada peserta baju merah yang sama-sama turun dengan semangat cintakan keamanan," katanya.


Pakatan Harapan harus tanpa Pas

Posted: 08 Oct 2016 06:37 AM PDT

 MUAMMAR QADDAFI
 
 

 apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas? apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?


Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas akan bersama dalam gabungan pembangkang.

PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.

Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada PRU14 kelak.

Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan membentuk kerajaan baru Pas-Umno?

Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak, yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan) antara Pas dan Umno?

Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru membelakangi Pakatan Rakyat?

Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?

PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam kalangan yang mendokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi mereka adalah dalam kalangan pimpinan idealis yang mempunyai cita cita melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang mana bertentangan dengan aspirasi PKR itu sendiri, dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan mereka, tidak mustahil mereka sekali lagi akan meninggalkan kerjasama dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka, apatah lagi jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa.

Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.

Pas sudah memiliki ahli keluarga baru, cukup lah berharap dan memberi pengharapan kepada mereka, semakin diberi harapan, semakin keras dan besar kepala mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini dalam program dialog Ruu355 dijelaskan jika Pas berperang dengan Umno dengan tetap melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan memerintah, maka untuk elak "mudarat" itu mereka kini mungkin mereka memilih untuk tidak berperang dengan Umno. Walaupun sukar untuk mencari kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas, hormatilah.

Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini?

Cukup adalah cukup, cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP, bagi giliran kepada Muhyidin pula untuk dikhianati Pas, dia belum merasa. Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula , berhenti mengambil langkah ke belakang ini, letakkan fokus agar Pakatan diperkukuhkan.

Bekas Adun Umno ajak pengundi Baling tolak Azeez Rahim

Posted: 08 Oct 2016 06:33 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Ismail Abu Bakar (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian baharu kepada wakil Bersatu di Baling semalam.Datuk Ismail Abu Bakar (dua dari kiri) menyerahkan borang keahlian baharu kepada wakil Bersatu di Baling semalam.


Ketua Umno Cawangan Baling, Datuk Ismail Abu Bakar yang  membuat pengumuman keluar Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam, mengajak pengundi menolak Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim dan BN dalam pilihan raya akan datang.

Katanya matlamat penubuhan Bersatu di Baling untuk menukar ahli parlimen dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan izin Allah kita akan bergandingan bahu dengan rakan-rakan lain bagi menewaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan BN," katanya seperti dilaporkan Sinaronline.

Ismail yang juga bekas Adun Kupang itu berkata,  keputusannya menyertai Bersatu juga bukan dipengaruhi oleh masalah dalam kalangan ahli Umno atau pentingkan jawatan dengan parti Bersatu.

"Selama ini tidak pernah dengar ada ahli Umno lain tidak suka saya.

"Kita dalam Bersatu juga tidak pentingkan jawatan, saya tidak ada jawatan dalam parti ini, tetapi jika diberi pun tidak ada masalah janji berjuang.

"Parti lama ini banyak membawa kepentingan kebendaan, tiada perubahan minda,"katanya yang juga JKKK Kawasan Baling.

Ismail mengisytiharkan  keluar Umno pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu Bahagian Baling di Kampung Seberang Pekan di hadapan lebih 600 hadirin yang hadir semalam.

Ismail  juga adalah  bekas Ketua Bahagian Umno Baling dipetik  berkata, perjuangan Umno yang semakin tersasar menjadi penyebab utama keputusan itu dibuat.

"Saya dah fikir masak-masak untuk bersama Bersatu.

"Selama ini sudah 43 tahun dengan Umno, tetapi saya keluar sebab lihat perjuangan sudah tersasar,"katanya.

Rasuah di Jabatan Air Sabah kecil berbanding 1MDB

Posted: 08 Oct 2016 06:31 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.Wang ringgit dan barangan mewah yang dirampas daripada dua pegawai tinggi Jabatan Air Sabah oleh SPRM menggegarkan negara.


Rampasan bernilai RM112 juta membabitkan dua pegawai Jabatan Air Sabah sebenarnya kecil berbanding rasuah mega membabitkan syarikat pelaburan milik negara, 1MDB.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, walaupun rampasan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah itu menggegarkan negara dan mendapat liputan meluas media massa arus perdana, ia masih kecil berbanding masalah rasuah yang sedang dihadapi negara.
Malah beliau mempersoalkan sikap media massa negara yang mengabaikan berita permohonan Pejabat Peguam Negara Switzerland kepada pihak berkuasa negara ini dalam siasatan melibatkan penggelapan dana berjumlah USD800 juta (RM3.36 bilion) daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Lebih memeranjatkan, permohonan pihak berkuasa Swiss itu masih belum dilayan selama sembilan bulan, sejak Januari lalu," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin pula mahu siasatan SPRM dibuat di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, bagi membanteras rasuah sektor awam.

"Mereka (yang diberkas SPRM semalam) hanya pengarah dan timbalan pengarah jabatan yang disangka mempunyai peluang lebih rendah untuk mendapatkan kekayaan melalui salah guna kuasa.

"Jika Jabatan Air boleh ada skandal sebesar ini, bagaimana pula dengan jabatan dan agensi kerajaan yang lain yang sentiasa mengeluarkan tender dan konsesi?" soal Chan yang juga Adun Sri Tanjong.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali pula berkata rampasan SPRM di Sabah menggambarkan bagaimana rasuah dan salah guna kuasa dalam negara kian meruncing.

"Ini adalah mimpi ngeri buat rakyat yang terpaksa bergelut dengan kesempitan hidup sehari-hari, dengan kuasa beli yang amat terhad lebih-lebih lagi setelah polisi-polisi tempang seperti GST.

"Namun saya ingin secara konsisten mengingatkan, skandal 1MDB yang melibatkan 'Malaysian Official 1' sebagai individu terpenting dalam sektor eksekutif di negara ini masih dilihat belum disiasat secara serius," ujarnya dipetik Roketkini.

Menurut beliau lagi, rakyat tidak lupa dengan angka RM2.6 bilion yang dipercayai telah didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri namun tiada tindakan setimpal diambil berhubung skandal tersebut.

Semalam SPRM merampas sejumlah RM112 juta wang tunai selain sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam mewah dalam kes rasuah melibatkan projek-projek pembinaan infrastruktur bernilai lebih RM3.3 bilion.

Suspek-suspek didakwa memonopoli kesemua projek untuk diserahkan kepada saudara mara.

ADUN Jorak faham perlembagaan Umno, sedia dipecat

Posted: 08 Oct 2016 06:30 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MUAR: ADUN Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh bersedia untuk dipecat daripada Umno kerana sudah melanggar Perlembagaan Umno apabila menerima jawatan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Katanya, beliau memahami Perlembagaan Umno yang mensyaratkan mana-mana ahli parti yang melanggar peraturan akan dipecat seperti pernah berlaku kepada pemimpin Umno yang melakukan kesalahan sama sebelum ini.   
 
"Dengan perginya saya ke PPBM ini, secara automatik, saya juga melanggar Perlembagaan Umno. Ramai dalam kalangan ahli Umno yang melanggar Perlembagaan sudah dipecat dan saya faham mengenainya. 
 
"Sehubungan dengan itu, saya kira bahawa (kerajaan Umno dan BN) di DUN Johor sudah tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam dewan," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di sini, malam tadi. 
 
Turut hadir ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
 
Namun Shahruddin mengakui kedudukan Barisan Nasional (BN) di Johor masih utuh walaupun kehilangan majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. 
 
"Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) kita masih boleh tadbir negeri Johor dalam keadaan baik, selamat dan selesa. Beliau akan terus mentadbir negeri ini seperti dilakukannya pada hari ini (walaupun kehilangan majoriti dua pertiga)," katanya. 


Muhyiddin dakwa PAS beri komitmen tumbangkan BN pada PRU

Posted: 08 Oct 2016 06:28 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
MUAR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang baru dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 
 
Beliau mendakwa mendapat pernyataan mengenai komitmen itu ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Kemaman, Terengganu, beberapa hari lalu. 
 
Laporan BH Online memetik Muhyiddin sebagai mendakwa walaupun belum dapat bertemu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil pemimpin PAS itu menunjukkan tanda yang positif. 
 
"Baru-baru ini, ketika saya menghadiri satu majlis di Kemaman, Terengganu, saya sempat berjumpa dengan beberapa pimpinan PAS dan satu pernyataan secara terbuka (yang didakwa dibuat oleh PAS) yang tidak mendapat laporan oleh media. 
 
"PAS bersedia tumbangkan Umno dan BN. Mereka kata tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN. PAS, PKR dan PPBM perlu bekerjasama dalam hal ini," dakwanya ketika berucap pada Program Bicara Rakyat Bersatu di Kampung Sungai Terap, di sini, malam tadi. 
 
Turut hadir ialah Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad; Naib Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dan Naib Presiden PKR, Datuk Azmin Ali.
 
 

Tolak kerjasama dengan DAP adalah suara akar umbi PAS

Posted: 08 Oct 2016 06:27 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkenaan syarat kerjasama yang dikenakan terhadap parti pembangkang yang bekerjasama dengan DAP merupakan kehendak akar umbi parti itu.
 
Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari turut mengingatkan orang ramai bahawa DAP yang melanggari prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' ketika di dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan gagasan itu terkubur.
 
"Pemuda PAS menganggap kenyataan Nasruddin berhubung kerjasama PAS dengan parti-parti yang lain di dalam pilihan raya umum akan datang menggambarkan hasrat akar umbi PAS khususnya selepas Muktamar Tahunan PAS 2015.
 
"Adalah diingatkan bahawa DAP merupakan parti yang telah melanggar prinsip kerjasama di dalam PR yang telah dipersetujui menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lepas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Fadhli berkata, kerjasama di antara kedua-dua parti mula renggang selepas DAP menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tentangannya terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang bertujuan memantapkan bidang kuasa mahkamah syariah.
 
Sehubungan itu, Pemuda PAS bersetuju untuk menolak sebarang kerjasama dengan DAP dan mana-mana parti yang menjalinkan kerjasama dengan parti itu agar 'kisah lama' tidak lagi berulang.
 
PAS baru-baru ini bagaimanapun meletakkan syarat kepada parti pembangkang lain yang mahu menjalinkan kerjasama dengan mereka supaya meninggalkan DAP terlebih dahulu sebelum sebarang rundingan atau perbincangan mengenai pembahagian kerusi untuk PRU14 dilakukan. 
 
Nasrudin berkata parti itu akan menolak mana-mana parti politik yang mendukung serta bekerjasama dengan musuhnya DAP.
 
Malah menurut Nasrudin, parti-parti berkenaan seharusnya mempunyai semangat setia kawan serta memenuhi syarat mudah dengan menghormati prinsip perjuangan serta tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh parti itu.
 
PKR, sebagai respon terhadap kenyataan Nasruddin itu semalam memberitahu terpulang kepada pimpinan parti untuk menurut atau tidak kehendak PAS itu.
 
Timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sebarang keputusan akan diambil mengikut perbincangan parti

Dr Fauziah kongsi pengalaman ditahan tentera Israel

Posted: 08 Oct 2016 04:12 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan selamat tiba di tanah air, malam tadi.
 
Beliau yang menyertai misi kemanusiaan ke Palestin gagal untuk sampai ke Gaza setelah kapal Zaytouna-Oliva yang dinaikinya ditahan tentera Israel Rabu lalu.
 
Bagaimanapun, Dr Fauziah, 59, berkata ketika berada di atas kapal yang ditawan tentera Zionis untuk menuju ke Israel, beliau bersama 12 rakannya yang lain telah menjadi saksi kepungan rejim itu ke atas Palestin apabila melihat perbezaan suasana malam di Gaza dan Israel.
 
"Kami menangis, mengalirkan air mata melihat kawasan Israel yang begitu meriah diterangi lampu-lampu bergemerlapan, manakala keadaan di Gaza suram, menunjukkan salah satu bukti penindasan Israel ke atas Gaza," katanya kepada media selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
Walaupun kurang sehari mereka ditahan rejim Zionis dan dilayan dengan "agak baik", namun baginya itu hanya tindakan propaganda Israel untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka bukanlah kejam.
 
"Ketika ditahan beberapa rakan kami telah dibogelkan untuk pemeriksaan, dan mujur saya tidak melalui pemeriksaan itu mungkin kerana status saya sebagai seorang doktor," dakwanya yang dipetik sebuah agensi portal berita.
 
Terpaksa buang barang tajam, elektronik
 
Menceritakan detik-detik sebelum ditahan, Dr Fauziah berkata beliau dan rakan-rakan misi bertindak membuang semua barangan tajam seperti pisau dan barangan elektronik termasuk telefon bimbit, tablet dan komputer riba apabila sedar kehadiran tiga buah kapal tentera berhampiran kapal mereka.
 
"Kami berulang kali berkata kepada tentera-tentera tersebut bahawa kami datang dalam keadaan aman dan mahu menuju ke Gaza, namun mereka dengan tegas menyuruh kami untuk berpatah balik," katanya yang menambah ketika ditahan kapal mereka hanya berada pada 35 batu nautika dari Gaza.
 
Katanya setelah pihak mereka bertegas untuk tetap bergerak menuju ke Gaza, kapal mereka telah dipintas dan kemudian tentera-tentera Israel yang masing-masing lengkap bersenjata beserta dengan kamera GoPro masuk ke kapal mereka dan mengarahkan kesemua anak kapal untuk menyerah diri.
 
Kapal membawa misi kemanusiaan yang berlepas pada dari Barcelona, Sepanyol pada 15 September dengan membawa 10 aktivis wanita dan tiga anak kapal itu bertujuan untuk memecahkan kepungan haram Israel ke atas Gaza sejak 2007 sebelum ditahan pada Rabu malam (waktu Malaysia) oleh tentera Israel.
 
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kagum dengan keberanian aktivis kemanusiaan Malaysia itu yang sanggup menempuh bahaya demi misi kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.
 
Perdana menteri juga melahirkan rasa syukur kerana Dr Fauziah telah selamat kembali ke tanah air malam ini, setelah dibebaskan berikutan kumpulannya, Women Boat's to Gaza (WBG), ditahan oleh tentera Israel pada Rabu lepas.
 
"Kagum dgn (dengan) keberanian Dr Fauziah Hassan, hadapi bahaya bagi bantu mereka di Gaza. Alhamdulillah kini beliau selamat kembali ke M'sia (Malaysia). Moga dirahmati," kata Najib melalui akaun Twitternya @NajibRazak semalam.
 
 

Layanan sangat baik untuk propaganda Israel, dakwa Dr Fauziah

Posted: 08 Oct 2016 04:12 AM PDT

BORHAN AHMAD
Dr Fauziah dalam sidang medianya mendakwa layanan baik untuk propaganda Israel.Dr Fauziah dalam sidang medianya mendakwa layanan baik untuk propaganda Israel.


Wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan menyifatkan, tindakan tentera Iarael memberikan layanan terbaik dan membebaskan mereka secepat mungkin adalah sebahagian dari propaganda Israel.

"Bagi saya itu propaganda mereka untuk menampilkan mereka sangat baik," kata Dr Fauziah dalam wawancara pertama selepas tiba di Malaysia hari ini.

Menurut Fauziah, mereka bukan saja dilayan baik bahkan sangat baik serta cuba untuk melepaskan mereka secepat mungkin.

"Kami ditahan tidak sampai 24 jam, secara tepatnya 22 jam," kata Fauziah dalam wawancara itu.

Dr Fauziah bersama 12 lagi wanita dari seluruh dunia menyertai "Woman's boat to Gaza' bagi menyampaikan bantuan untuk penduduk Gaza yang sedang dikepong oleh Israel.

Sebagaimana dijangka, mereka ditahan oleh tentera Israel sebaik saja masuk ke wilayah itu.

Beliau yang kelihatan ceria berkata tidak pernah merasa kesal selepas ditahan kerana ia memang sudah dijangkakan.

"Kami sudah diberitahu beberapa kali kemungkinan ini akan berlaku, dan kami bersedia dan tenang ketika menghadapinya," katanya.

Menurut Dr Fauziah, pihak tentera Israel cuba melepaskan mereka secepat mungkin selepas segala keterangan diambil.

Bagi beliau, misi ini berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku di Gaza di samping menghantar mesej kepada penduduk Gaza bahawa dunia mengambil tahu apa yang berlaku kepada mereka.

"Kita berjaya memberikan hope (harapan) kepada penduduk Gaza," katanya lagi.

13 wanita termasuk beliau akan berjumpa semula di Stockholmes, Sweeden 17 Mei tahun depan bagi membincangkan misi seterusnya selepas misi baru-baru ini yang dianggap beliau sebagai berjaya.

Bot pemintas TLDM terbakar di Semporna, lima cedera ringan

Posted: 08 Oct 2016 04:09 AM PDT

 BERNAMA
 
 
Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minitAnggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit


Lima anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera ringan selepas sebuah bot pemintas milik agensi itu mengalami kebakaran kecil di Jeti KD Sri Semporna semalam.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2.20 petang ketika anggota berkenaan menghidupkan enjin bot sebagai persediaan untuk membawa anggota ke Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah di perairan Semporna untuk pertukaran pasukan petugas.

"Anggota yang berada di jeti bertindak pantas memadam api dengan bantuan pihak bomba dalam masa 10 minit. Semua anggota yang cedera berada dalam keadaan stabil dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan," jelas kenyataan itu.

Menurut TLDM siasatan awal mendapati kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas atau kebocoran minyak di bot tersebut.

TLDM dengan bantuan pihak bomba, akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Wadah anak muda kritik Bajet 2017

Posted: 08 Oct 2016 04:08 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Saluran untuk mahasiswa mengkritik Bajet 2017Saluran untuk mahasiswa mengkritik Bajet 2017Golongan muda terutama mahasiswa diseru supaya bersikap kritikal terhadap Bajet 2017 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan di Parlimen 21 Oktober ini.

Pengerusi Mahasiswa Amanah, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, satu wadah untuk pandangan berkenaan dapat disalurkan adalah dengan menyertai pertandingan anjuran sayap pemuda parti itu.

Cabaran Universiti Amanah Analisis Bajet 2017 mencari mahasiswa yang mampu mengkritik Bajet 2017 sebelum mereka berentap secara berkumpulan untuk menghasilkan analisis terbaik berkenaan belanjawan tahunan itu.

Menurut Fadhli, mahasiswa wajar menyertai program itu sebagai wadah untuk menyalurkan kritikan yang kemudian akan disalurkan terus pada ahli-ahli parlimen Amanah yang akan membahaskan bajet tersebut.

"Sekiranya bajet yang dibentangkan kelak tidak menguntungkan rakyat lebih-lebih lagi anak muda, inilah platformnya. Mahasiswa dapat memberi maklum balas pada bajet yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri.

"Program ini juga memberikan peluang secara langsung kepada anak muda dan mahasiswa untuk memahami selok-belok ekonomi dan pengurusan kewangan negara dari pakar-pakar ekonomi," ujarnya lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Ahmad Fadhli Umar AminolhudaAhmad Fadhli Umar AminolhudaSementara itu, ahli Biro Ekonomi Pemuda Amanah, Akmal memberitahu peluang untuk menjadi lebih baik daripada Malaysian Official 1 itu dengan menyertai inisiatif tersebut adalah pendekatan julung-julung kali diadakan oleh sebuah parti politik di negara ini.

"Tujuan utama kita cetuskan idea ini untuk melahirkan lebih ramai pelapis sama ada dalam mahupun di luar parti supaya mampu mengkritik Bajet.

"Jadi, kita fokus pada peserta daripada kalangan mahasiswa. Kita buka kepada mana-mana mahasiswa berumur 25 tahun ke bawah tanpa mengira apa jua bidang.

"Sebabnya, untuk kita faham dan ulas Bajet ini bukannya perkara yang terlalu sukar. Jadi, Biro Ekonomi Pemuda Amanah bekerjasama dengan Mahasiswa Amanah untuk kita latih mahasiswa dalam bidang ini," jelasnya yang juga koordinator program tersebut.

Cabaran Universiti Amanah Analisis Bajet 2017 juga adalah dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) serta Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Tarikh pendaftaran secara individu atau berkumpulan adalah sebelum 10 Oktober ini dengan kursus bersama Ideas dan perkongsian bersama Ahli Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Najib

DAP dan Amanah sahaja yang ditolak - Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 08 Oct 2016 04:02 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Majlis Syura Ulama PAS mempunyai pandangan berbeza apabil menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali DAP dan Amanah, demikian menurut Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh.
 
"Kita tak bekerjasama dengan DAP dan Amanah, itu sahaja," katanya kepada Antarapos, hari ini.
 
Kenyataan itu menyusul selepas Ketua Penerangan PAS Nasruddin Tantawi pada dua hari lalu berkata, partinya tidak akan menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik pembangkang yang ada hubungan bersama DAP.
 
Syarat itu dinyatakan Nasruddin, sekiranya mahu mengadakan rundingan dan perbincangan mengenai pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ujar Nasruddin syarat sedemikian perlu supaya parti-parti pembangkang mempunyai semangat setiakawan dan menghormati prinsip perjuangan PAS.
 
Nik Zawawi, ketika mengulas syarat berkenaan mendakwa konteks Nasruddin mungkin telah disalah anggap.
 
Sementara itu, beliau juga turut diajukan dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya mendapat komitmen daripada PAS untuk membentuk blok pembangkang yang baru untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
"Kita akan bincang dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama esok," katanya ringkas.
 
Nik Zawawi juga menegaskan PAS tetap melawan Umno-BN sekaligus menepis tohmahan kerjasama yang kononnya sedang diwujudkan antara dua parti berkenaan.
 
Muhyiddin pada hari ini mendakwa mendapat penyataan komitmen yang disifatkan positif daripada wakil pemimpin PAS ketika menghadiri sebuah majlis politik yang diadakan di Terengganu, minggu lalu.
 
Sehubungan itu Muhyiddin menyeru PAS, PKR dan PPBM bersatu dalam agenda menumbangkan parti pemerintah.
 
Selain perbincangan komitmen membentuk blok pembangkang, PAS, menerusi Mesyuarat Majlis Syura Ulamanya esok akan turut membincangkan pengganti Allahyarham Datuk Dr Haron Din untuk jawatan Mursyidul Am.
 
 

Menteri gesa kilang berhampiran rizab sungai ditutup

Posted: 08 Oct 2016 03:57 AM PDT

 
Rizab sungai tidak dibenarkan diguna pakai sebagai tempat kumbahan atau lokasi kilang bagi mengelakkan masalah pencemaran air.


wan-junaidi_sungai_600


KUALA LUMPUR: Operasi kilang-kilang haram di seluruh negara terutama yang terletak berhampiran rizab sungai perlu dihentikan segera bagi mengelakkan masalah pencemaran seperti yang berlaku kebelakangan ini.

Menggesa demikian, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata,

"Kalau boleh rizab sungai jangan lagi diguna pakai sebagai tempat kumbahan ataupun sebagai lokasi kilang".

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Akta Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2016 (Akta FRIM) sempena sambutan ulang tahun FRIM ke-31 di sini, hari ini.

Menteri itu diminta mengulas mengenai pencemaran teruk air Sungai Semenyih berpunca daripada sisa-sisa kilang industri dari kawasan Hitech Semenyih.

Pada 23 September lepas, Kumpulan Air Selangor dalam satu kenyataan mengumumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa ditutup mulai 22 hingga 24 September berikutan masalah pencemaran itu.

Ia menyebabkan gangguan berpanjangan bekalan air daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang, dan sekali lagi loji itu terpaksa ditutup pada 4 Oktober lepas berikutan masalah yang sama.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata Akta FRIM yang diwartakan pada 30 Sept lalu berkuat kuasa sejak 1 Oktober.

Beliau berkata akta itu membolehkan FRIM mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan serta menubuhkan syarikat bagi menjana pendapatan sendiri yang bertujuan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan dan aktiviti penyelidikan, pembangunan serta komersialisasi FRIM.

"Usaha pengkomersilan tersebut dijangka dapat membantu FRIM mengurangkan kebergantungannya kepada dana kerajaan serta mencapai 'self-sufficiency' dalam tempoh 5 tahun," katanya.

Pada majlis itu, Wan Junaidi menyaksikan penyerahan 3 sijil Malaysia Book of Records iaitu hutan buatan manusia terbesar ditubuhkan di kawasan bekas lombong bijih timah, pokok hutan tertinggi yang ditanam manusia dan formulasi biodiesel pertama untuk pengwasapan (fogging) nyamuk Aedes kepada Ketua Pengarah FRIM Datuk Dr Abd Latif Mohmod.

Terdahulu, beliau melepaskan hampir 1,400 peserta Rimbathon 2016 anjuran Kelab FRIM serta Pejabat Belia dan Sukan daerah Gombak sempena Hari Sukan Negara yang disertai pelajar sekolah selain orang awam serta kakitangan FRIM

Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Posted: 08 Oct 2016 03:53 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
  Post Pic

SHAH ALAM: PAS mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.

"Beberapa siri dialog bersama masyarakat 'non-muslim' anjuran PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.

"Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala Amanah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen pada Oktober depan.

Katanya,langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang matang dan menyeluruh.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.


Jamal tak takut disaman Maria, pertahan kenyataan

Posted: 08 Oct 2016 03:53 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Terserah kepada Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah untuk memfailkan saman terhadap saya, demikian menurut Presiden Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md. Yunos.
 
Beliau tetap dengan pendirian mengaitkan kumpulan BERSIH itu diresapi dengan fahaman IS, dan menegaskan ia bukanlah satu fitnah kerana mempunyai bukti terhadap tuduhan tersebut.
 
"Jadi apa yang dia nak buat itu hak beliau, saya juga ada hak saya. Kalau beliau boleh mengemukakan saman kepada saya, saya juga boleh.   
 
"Bagi saya apa yang saya nyatakan sebelum ini bukanlah satu fitnah, cuma beliau menganggap ia fitnah. 
 
"Jadi biarlah mahkamah yang menentukan dan saya telah menyerahkan apa yang saya tahu, maklumat yang saya dapat kepada pihak berkuasa dan biar mereka menjalankan siasatan," katanya kepada Antarapos.
 
Semalam, Maria mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar kerana mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dengan Daesh. 
 
Beliau memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam N Surendran dan Melissa Sasidaran. 
 
Dalam tuntutan tersebut Maria menyatakan Jamal mengeluarkan kenyataan fitnah itu pada satu sidang media di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 28 September lalu. 
 
Jamal turut didakwa mengeluarkan perkataan fitnah kedua pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 4 Oktober lalu. 
 
Tambah Jamal lagi, beliau tidak akan berhenti daripada menyekat BERSIH menghasut rakyat mempercayai agenda negatif mereka.
 
"Apa juga yang dia (Maria Chin) mahu lakukan, mahu lantik sepuluh atau dua puluh peguam sekalipun. Ia tidak akan menghalang kumpulan baju merah untk menyekat, menghalau baju kuning ini di semua lokasi yang mereka turun.   
 
"Bila saya dapat maklumat, sesuatu yang boleh memudaratkan negara dan orang ramai (jadi) saya perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya lagi.
 
 

Akta 355: PAS dakwa Amanah, DAP sebar maklumat palsu kelirukan bukan Islam

Posted: 08 Oct 2016 03:53 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
 
 
Post Pic



SHAH ALAM: PAS mendakwa DAP dan Amanah menjadi penghalang utama kepada parti itu memberi penerangan jelas bersabit Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Mahkamah Syariah atau lebih dikenali sebagai Akta 355 kepada bukan Islam.

Menurut ketua pemudanya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, perkara ini terbukti apabila masyarakat bukan Islam kini memberi reaksi positif selepas beberapa sesi penerangan dilakukan PAS.

"Beberapa siri dialog bersama masyarakat 'non-muslim' anjuran PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menunjukkan dengan mereka begitu berpuas hati dengan usaha PAS menyeru kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah melalui RUU pindaan Akta 355.

"Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan PAN (Amanah)," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook.

Malah beliau turut mendakwa DAP adalah musuh Islam, manakala Amanah pula adalah fitnah dalam tubuh umat Islam.

Undang-undang itu dibentang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Mei lalu untuk memperkasakan mahkamah syariah dan beliau meminta perbahasan usul persendiriannya itu ditunda ke sesi Parlimen pada Oktober depan.

Katanya,langkah itu bagi memberi ruang kepada ahli parlimen terutamanya bagi yang bukan Islam menelitinya, sekaligus memastikan perbahasan yang matang dan menyeluruh.

Pemerkasaan itu bagi membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah ditambah khususnya dari segi skop menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Syariah kini hanya boleh mengenakan hukum maksimum penjara tiga tahun, sebatan rotan tidak lebih enam kali dan denda maksimum RM5,000.


Konvoi BERSIH 5 terus diasak geng baju merah

Posted: 08 Oct 2016 03:51 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Konvoi BERSIH 5 yang berlangsung hari ini dibeberapa buah lokasi dilaporkan berlaku sedikit kekecohan tetapi berjaya dikawal pihak polis.
 
Ketegangan berlaku di Kota Tinggi (Johor), Baling (Kedah), Sabak Bernam (Selangor), dan Telok Intan (Perak) dalam konvoi anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.
 
Di Kota Tinggi, 20 anggota baju merah menyekat konvoi dari selatan dan mahu mereka untuk berhenti daripada meneruskan perjalanan ke Kluang.
 
Namun terdapat kumpulan lain cuba menyekat BERSIH, tetapi bersetuju untuk bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.
 
Sementara di Telok Intan berlaku satu insiden kecil ketika kumpulan baju merah cuba campur tangan.
 
Di Sabak Bernam pula kira-kira 100 anggota baju merah berkumpul dengan tujuan untuk menyekat laluan BERSIH dari Perak ke Selangor.
 
Polis menganggarkan kira-kira 200 penyokong BERSIH dan 400 dari kumpulan baju merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos di Sabak Bernam.
 
Konvoi terakhir BERSIH meninggalkan kawasan itu sebelum sidang akhbar tersebut dan kumpulan baju merah bersurai tidak lama kemudian.
 
Hari ini merupakan hari ketiga konvoi ini berlangsung di seluru negara, dan mereka berlepas dari enam lokasi untuk mempromosi perhimpunan kelima gerakan itu pada 19 November depan.
 
Mereka berlepas dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.
 
Konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah BERSIH selama tujuh minggu untuk mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.
 
 

Tengku Amir Shah dimasyhur Raja Muda Selangor

Posted: 08 Oct 2016 03:42 AM PDT

 
Tengku Amir Shah kemudian keluar dari Selangor selama 7 hari, seperti amalan ditetapkan sebelum kembali semula pada Sabtu depan bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli di istana sama.


Istana Alam Shah


KLANG: Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dalam majlis penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, hari ini.

Dalam istiadat pemasyhuran gelaran dan mengangkat sumpah serta menjunjung duli itu, pengisytiharan pemasyhuran dilakukan Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah selaku Ketua Adat Istiadat Diraja Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

"Sultan Selangor berkenan supaya istiadat diadakan hari ini di Istana Alam Shah, Klang. Adat istiadat ini adalah warisan turun-temurun yang diamalkan sultan-sultan sejak pemerintahan beraja di negeri
Selangor," isytihar Tengku Sulaiman Shah.

Dalam istiadat itu, Tengku Amir Shah mengangkat sumpah dengan melafazkan taat setianya untuk melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas, malah akan sentiasa patuh dalam menjunjung titah Sultan Selangor.

Baginda kemudiannya menandatangani watikah Lafaz Angkat Sumpah Gelaran yang disaksikan Tengku Sulaiman Shah, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Keris Kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor kepada anakandanya, Tengku Amir Shah sejurus istiadat mengangkat sumpah dan menjunjung duli.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid membacakan doa sejurus istiadat pemasyhuran selesai.
Tengku Amir Shah kemudian berangkat meninggalkan Balairung Seri untuk keluar dari Selangor selama 7 hari, seperti amalan ditetapkan sebelum kembali semula pada Sabtu depan (15 Oktober) bagi menyempurnakan Istiadat Menghadap dan Menjunjung Duli di istana sama.
Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja lain.


Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; barisan exco, adun Selangor serta pegawai kerajaan.

Keberangkatan keluar Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin dari Balairung Seri sejurus selesai istiadat pemasyhuran disertai 9 das tembakan meriam sebagai simbol 9 daerah di Selangor.

Tengku Amir Shah, 25, diputerakan pada 12 Disember 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat dan merupakan anak bongsu daripada 3 beradik, hasil perkahwinan Sultan Sharafuddin dengan bondanya, Puan Nurlisa Idris, seorang warganegara Amerika Syarikat.

Baginda mempunyai 2 kekanda, Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Tengku Amir Shah mendapat pendidikan awal rendah dan menengah di Alice Smith School, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajaran di Wellington College, United Kingdom dari 2004 hingga peringkat A-Level pada 2009.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekologi dan Biologi Alam Sekitar di Leeds University, United Kingdom pada 2014.

Pada 23 September 2014 sehingga 5 Disember 2014, baginda menjalani kursus persediaan ketenteraan rapi di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tengku Amir Shah kemudian meneruskan latihan ketenteraan 'Commissioning Course Intake 152', sebelum mendaftar diri di Royal Military Academy Sandhurst (RMAS), United Kingdom dan baginda menamatkan latihan dengan cemerlang pada 15 April 2016.

Rentetan kejayaan itu, baginda ditauliahkan pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dalam satu upacara di Dataran PARAWOOD, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), Kem Terendak, Melaka pada 19 Julai lalu.

PAS kunci satukan pembangkang, kata Muhyiddin

Posted: 08 Oct 2016 03:37 AM PDT

 
Muhyiddin berkata, PAS 'mengiktiraf beliau boleh memainkan peranan' untuk membawa parti pembangkang bekerjasama. 


Muhyiddin3535


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya PAS menerima beliau sebagai orang tengah untuk menyatukan pembangkang bagi menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Parti Bumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dipetik Straits Times Singapura berkata, PAS yang tidak sehaluan dengan DAP "mengiktiraf saya boleh memainkan peranan dalam kerjasama itu".

"Gambaran lebih besar ialah keperluan kita bekerjasama untuk mendapatkan kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan," katanya.

Muhyiddin yang dipecat daripada Umno pada 24 Jun lalu dan disebut-sebut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pilihan pembangkang untuk menjadi perdana menteri berkata, pemimpin pembangkang tidak pernah membincangkan perkara itu.

"Tiada guna bercakap mengenainya sebelum anda membentuk (gabungan)…kalau tidak rakyat Malaysia akan kata anda tidak bersatu," katanya.

Pemimpin Pakatan Harapan bertegas bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai pilihan mereka sebagai perdana menteri.

Muhyiddin berkata, ada persetujuan mengenai "PAS penting dalam agenda kami" dan wujud percanggahan dalam PAS "tetapi itu adalah isu yang perlu ditangani kepimpinan mereka. Mereka tidak boleh ada orang yang setuju dan orang lain pula membantah".

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, manfaat pilihan raya yang diperolehi PAS sebelum ini "bukan semuanya disebabkan undi Melayu", tetapi kerana pakatan mereka dengan DAP.

"Isunya sudah tentu bagaimana anda babitkan diri dengan mereka, vis-a-vis bukan sahaja masalah dalam PAS, tetapi antara PAS dengan parti lain juga, khasnya Amanah dan DAP."

PAS tidak sebulu dengan DAP dalam pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, selepas kumpulan penentang keluar parti dan membentuk Amanah yang bekerjasama dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.

Parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP, manakala PPBM dan Pakatan pula bersetuju tidak akan bertanding di kerusi sama bagi mengelakkan undi pecah

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT