Selasa, 4 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


SIAPA SEBENARNYA LEBIH MAHU MUKHRIZ JADI PERDANA MENTERI?

Posted: 04 Oct 2016 08:19 AM PDT

shahbudindotcom


Apa agaknya mimpi buruk yang sering menghantui pemimpin-pemimpin UMNO sejak kebelakangan ini?

Ingatkan hanya Salleh Said Keruak atau Abdul Rahman Dahlan saja yang selalu tampil dengan idea atau kata-kata meracau, rupa-rupanya Annuar Musa juga, sejak dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO menggantikan Ahmad Maslan, seperti turut dijangkiti masalah yang sama.

Semalam Ahli Parlimen Ketereh itu dilaporkan mengalu-alukan sekiranya Mukhriz Mahathir mahu menyertai semula UMNO jika benar bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Kalau betul Mukhriz nak jadi Perdana Menteri, tidak mustahil. Kalau nak balik, kita boleh bincang, katanya lagi.

Kenapa UMNO tiba-tiba ambil berat sama ada Mukhriz mahu jadi Perdana Menteri atau tidak?
 
 
 
 
Tidakkah UMNO sendiri sudah ada beberapa nama yang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri, antaranya Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussien serta Khairy Jamaluddin?

Mengapa perlu dipelawa Mukhriz yang sudah dipecat daripada UMNO untuk menyertai semula parti itu dan digambarkan seolah-olah hanya melalui UMNO, seseorang itu dapat menjadi Perdana Menteri?

Bukankah pemimpin UMNO sendiri selalu mengecam tindakan Tun Mahathir Mohamad yang didakwa tidak habis-habis campurtangan dalam politik negara, meskipun sudah bersara sejak 2003, dengan menggambarkan ia untuk memastikan Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri?

Lalu, kenapa sekarang UMNO sendiri seperti memberi laluan kepada Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri?

Ataukah kenyataan Annuar itu menggambarkan ketakutan UMNO terhadap penerimaan rakyat kepada PPBM, lalu cuba menunjukkan sikap lunaknya supaya parti itu terus berkuasa?

Sesuatu yang Annuar, pemimpin UMNO atau macai berbayarnya mesti sedar ialah, majoriti rakyat sudah hilang keyakinan terhadap UMNO, BN dan kerajaan yang sedia ada.

Sebagaimana mereka sudah menunjukkan keinginan melakukan perubahan melalui isyarat 52 peratus undi popular menolak BN dalam pilihanraya 2013 lalu, iltizam itu semakin meningkat sekarang ini berikutan pelbagai masalah yang semakin buruk membelenggu kepimpinan Najib.

Kalau pun ditakdirkan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, ia bukanlah disebabkan penerimaan rakyat sudah berubah atau mereka menerima Najib sebagai pemimpin yang baik dan boleh dimaafkan, tetapi lebih kerana berlakunya perpecahan di antara musuh-musuhnya.

Namun demikian, semua itu sedang diuruskan  sekarang kerana parti-parti pembangkang juga tidak mustahil menjadi lebih bertolak ansur lantaran memikirkan  keinginan perubahan di hati majoriti rakyat, lebih-lebih lagi Tun Mahathir turut sedang menggunakan pengalamannya selama ini untuk tujuan yang sama.

Dalam soal ini, yang penting bukan soal sama Mukhriz dapat menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya, yang jauh lebih utama ialah kejayaan menyingkirkan Perdana Menteri sedia ada.

Bagi sesiapa yang inginkan perubahan dan seterusnya membawa kebaikan kepada rakyat, menjadi Perdana Menteri mungkin merupakan impian, tetapi memegang jawatan itu atas tiket UMNO yang telah dibusukkan ke seluruh dunia oleh Najib, bukanlah lagi suatu kebanggaan.

Maka, Annuar tidak perlu bersusah-payah melobi  mana-mana pemimpin PPBM, termasuk Mukhriz untuk ditonjolkan menjadi Perdana Menteri atas tiket UMNO. Yang perlu beliau risaukan ialah ada lagikah hayat politik Najib dan UMNO selepas ini?
 
 
 

PPBM bakal umum jumlah keahlian dua minggu lagi

Posted: 04 Oct 2016 08:11 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya bercadang untuk mendedahkan jumlah sebenar ahli parti tersebut dalam masa dua minggu lagi.
 
Katanya, buat masa ini, pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah penyertaan sebenar memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul di setiap negeri.
 
"Secara jujurnya, saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.
 
"Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah tentang parti politik, tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam PPBM) datang dari golongan anak muda," katanya ketika dihubungi, memetik laporan Sinar Harian Online.
 
Terdahulu, BMI Research yang merupakan anak syarikat Fitch Ratings berkata, PPBM tidak akan memberi ancaman sama ada kepada Umno atau BN pada pilihan raya umum akan datang.
 
Menurut kumpulan penganalisis antarabangsa itu, parti serpihan Umno yang baru ditubuhkan akan bertungkus-lumus untuk membezakan PPBM dengan parti pembangkang lain.
 
"Cabaran-cabaran sedia ada dengan itu menjuruskan bahawa PPBM buat masa sekarang tidak menimbulkan ancaman sama ada Umno atau BN dalam pilihan raya 2018 kerana parti itu masih belum mencapai persefahaman dengan parti-parti politik lain," kata BMI dalam analisis risiko politik.
 
Laporan itu menambah, parti baru itu tidak mempunyai sokongan akar umbi walaupun bergantung kepada populariti pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
"Tambahan pula, PPBM nampaknya hanya mempunyai dua kawasan berpengaruh di Pagoh dan Kedah yang berpunca daripada populariti peribadi Mahathir dan Muhyiddin sebagai kubu kuat tradisi," jelasnya.
 
PPBM ditubuhkan oleh Mahathir dan Muhyiddin bertujuan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN pada pilihan raya umum akan datang.
 
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kebanyakan ahli PPBM didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
 
"Setakat ini, pihak kami sudah edarkan sehingga 200,000 borang dan kami masih terima pendaftaran secara atas talian.
 
"Bila semua borang sudah dikumpulkan kami akan umumkan jumlah sebenar ahli," tambah beliau.
 
 

PAS belum bincang untuk bergabung dengan parti lain - Mohd Amar

Posted: 04 Oct 2016 08:04 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic



KOTA BHARU: PAS belum mengadakan sebarang perbincangan untuk bergabung dengan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun parti itu memberi peluang kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di pentas mereka pada satu ceramah di Kemaman, Terengganu baru-baru ini, ia bukanlah petanda bahawa PAS dan PPBM akan bergabung.

"Kami tak jawab apa-apa, tak ada perbincangan lagi (untuk bergabung dengan PPBM). Baru duduk atas pentas sama sahaja. Orang kata 'don't read too much'," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Tinggi Kelantan di sini, Selasa.

Muhyiddin sebelum ini berucap di pentas PAS pada satu ceramah yang diadakan di Kemaman, Terengganu dan turut mencadangkan supaya satu bentuk kerjasama dapat dijalinkan secara rasmi dalam Pakatan Harapan khususnya dengan PAS bagi mewujudkan gelombang perubahan besar ke arah pembentukan kerajaan baru pada PRU14 akan datang.

Muhyiddin turut dipetik sebagai berkata PPBM bersedia untuk bersama-sama dalam apa keadaan sekali pun dan optimis segala perbezaan yang ada di antara parti serta perkara berbangkit dapat diselesaikan melalui rundingan secara terperinci.

Dalam pada itu, Mohd Amar sekali lagi mengulangi pendirian parti itu yang menutup pintu rundingan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

"DAP dan Amanah memang itu keputusan parti, kita tak akan berunding dan tak berbincang apa-apa (dengan DAP dan Amanah). Orang lain kita 'open' tapi belum ada perbincangan rasmi dengan siapa-siapa," katanya.


Mustahil Pas akan bertahaluf dengan rakan DAP, tegas Pemuda Amanah

Posted: 04 Oct 2016 08:01 AM PDT

ARIF ATAN

Pakatan HarapanPakatan Harapan


Pakatan Harapan harus bijak membaca hala tuju politik Pas dan mengambil iktibar daripada pengkhianatan parti itu terhadap kepercayaan rakyat sebelum ini, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Menurutnya, rakyat mulai sekarang perlu diberi pemahaman untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan dalam membela rakyat dengan meninggalkan sama sekali Pas yang pernah memusnahkan blok pembangkang, Pakatan Rakyat.

"Pas terang-terang menolak untuk bertahaluf dengan DAP. Mustahil pada masa sama mereka akan bertahaluf dengan rakan tahaluf DAP pula termasuk Amanah dan PKR," tegasnya merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang sanggup kehilangan DAP sebagai rakan politik parti itu.

Khalil dalam ucapannya di Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2016, di Kemaman, 30 September lalu berkata, Pas lebih sayangkan Islam daripada rakan politik walaupun pihak lain menganggap tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP sebagai tidak cerdik.

Sehubungan itu, Faiz menyeru semua parti pembangkang dalam koalisi Pakatan Harapan yang komited untuk menggantikan BN sebagai kerajaan alternatif pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya mengambil serius kenyataan terbaharu Khalil berkenaan.

"Kenyataan tersebut menggambarkan bahawa pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak. Jika Pakatan Harapan dapat bersatu hati dan komited dengan tawaran terbaik kepada rakyat, saya percaya rakyat akan dapat memilih calon yang mewakili Pakatan Harapan.

"Mereka itu sama ada Amanah, PKR atau DAP dalam PRU14 dan menolak calon BN serta Gagasan Sejahtera anjuran Pas. Oleh itu, masa yang semakin suntuk ini harus Pakatan Harapan gunakan untuk menyusun strategi dan merangka polisi bersama yang terbaik untuk ditawarkan kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut mengenai pendirian politik Pas, Faiz menyifatkan Pas hanya bergantung kepada isu pindaan Akta 355 untuk menyambung nyawa Umno-BN yang sudah pasti akan dimanipulasi atas sentimen sempit agama.

"Persempadanan semula yang menyaksikan pertambahan pengundi mengikut kaum bagi sesuatu bahagian pilihan raya akan dijadikan mainan politik Umno-BN dengan cara memanipulasi sentimen perkauman.

"Permainan politik sebegini amat merbahaya kepada masa depan negara kerana boleh mencetuskan permusuhan kaum dan negara pula akan terus diperintah oleh kleptokrasi," tegasnya lagi.

Sambutan hangat Jelajah 1MDB , PKR Pahang rakam penghargaan

Posted: 04 Oct 2016 07:58 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Dr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri PahangDr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang


Sambutan kira-kira 5,000 warga felda menerusi penganjuran siri Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan tuntutan reformasi masyarakat luar bandar terhadap sistem pentadbiran negara, pada masa kini.

Pengarah Komunikasi Keadilan Pahang, dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada MPN Pahang serta Keadilan Cabang Bera selaku tuan rumah
majlis itu.

"Program Jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang yang telah diadakan pada 02 Okt 2016 di Simpang Kepayang amat Berjaya dengan cemerlang," katanya.

"Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua jentera yang terlibat termasuk dari luar kawasan Bera, kepada semua pihak yang telah memainkan peranan mempromosikan program ini sehingga mendapat sambutan yang di luar jangkaan.

"Tanpa kerjasama semua pihak, kami yakin program ini tidak akan berjaya,"
Kepada sekelian yang hadir beliau menyampaikan penghargaan atas sokonagn semua.

"Juga saya ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama di dalam program ini dengan harapan semoga program ini memberi manafaat kepada kita bersama di dalam melakar perubahan," katanya.

Beliau berharap misi tawan felda, tawan Pahang seterusnya mengambil alih Putrajaya akan tercapai dengan berkat usaha gigih dan penyatuan kita bersama.

"Ketepikan perbezaan, hampiri persamaan, Insya Allah, kita berjaya," katanya

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap di majlis itu berkata, masyarakat felda yang sinonim dengan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) kini berani menghadiri program pembangkang.

"Momentum ini menjadikan kita terus optimis melakukan perubahan dengan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan.

"Walapupun Umno akan lakukan apa sahaja untuk mematikan perjuangan dan perubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang tercipta," katanya.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah juga pimpinan tinggi pembangkang.

Rata-rata program berlangsung di Simpang Kepayang, di sini menyaksikan kehadiran golongan muda dan turut menarik kehadiran anak-anak tempatan.

Bera dianggap sebagai salah satu kubu kuat bagi Umno, selain penyandangnya, Datuk Seri Ismail Sabri dipilih sebagai Menteri dalam kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin optimis pola pengundian masyarakat felda khususnya di Bera boleh berpihak kepada komponen pembangkang susulan pelbagai skandal kewangan Perdana Menteri.

"Untuk lakukan perubahan ini bukan menteri kita tetapi rakyat berkuasa, malahan maruah negara ini terletak pada kuasa perubahan rakyat," katanya.

Jamal 'badut Umno' yang mengarut, kata Rafizi

Posted: 04 Oct 2016 07:45 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Rafizi menafikan dakwaan Jamal bahawa beliau terbabit dalam memberikan maklumat berkaitan pembabitan Bersih dengan  IS dan Daesh.Rafizi menafikan dakwaan Jamal bahawa beliau terbabit dalam memberikan maklumat berkaitan pembabitan Bersih dengan IS dan Daesh.Datuk Jamal Md Yunos dianggap sebagai 'badut Umno' oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli ekoran dakwaan kononnya beliau adalah antara individu yang memberikan maklumat berkaitan dengan pembabitan Bersih dengan aktviti IS dan Daesh.

"Saya tidak tahu apa yang Jamal cakap. Saya tidak tahu menahu dan tidak berminat untuk ambil tahu.

"Jamal seorang yang mengarut. Siapa yang melayan Jamal akan sama-sama mengarut macam Jamal.

"Jamal adalah badut paling besar dalam Umno. Setiap hari pimpinan Umno pening kepala bagaimana nak matikan badut yang makin tidak lucu ini," ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Ahli Parlimen Pandan itu juga berkata, beliau tidak pernah mengenali Pengerusi NGO Malaysia merangkap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang popular mengetuai kumpulan geng Baju Merah itu secara peribadi.

"Saya tidak pernah kenal Jamal. Saya tidak pernah bercakap dengan Jamal. Saya tidak pernah berhubung dengan Jamal. Saya tidak pernah bertumbuk dengan Jamal. Saya tidak pernah pun makan ikan bakar Jamal.

"Jamal mengarut, sebab itu jawabnya juga mesti mengarut. Melayan Jamal adalah membuang masa, saya tidak faham kenapa media sibuk mengejar Jamal.

"Sekarang Jamal sudah rasa dia selebriti, kan dah susah kita," ujarnya sinis.

Jamal hari ini hari ini menfailkan laporan untuk menyerahkan dokumen diperolehnya sebagai lanjutan daripada dakwaannya dalam sidang media Rabu lalu bahawa Bersih 5 terbabit dengan IS dan Daesh.

Dalam sidang media diadakan hari ini di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jamal mendedahkan bukti Bersih 5 diserapi anasir IS dan Daesh sebahagian sumber maklumat diperolehnya daripada Rafizi.

Khaled lemah kawal perhimpunan rakyat, kata Mat Sabu

Posted: 04 Oct 2016 07:39 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu melahirkan rasa kesalnya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khaled Abu Bakar dakwanya, melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat yang membabitkan dua kumpulan antara peserta Konvoi Bersih 5 dan Geng Baju Merah, Sabtu lalu.

Beliau berkata pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, memelihara keamanan sama ada rakyat ataupun negara,

"Sebarang himpunan untuk mengisytiharkan ianya haram, untuk menyuraikan ataupun membenarkan, ianya di tangan polis. Pihak polis lah yang berkuasa.

"Jikalau peserta perhimpunan tidak berpuasa hati dengan pihak polis, akhirnya mereka bertarung di mahkamah untuk mendapat kebenaran.

"Selama ini, tidak ada mana-mana pihak menyuraikan himpunan pihak lain, tetapi kebelakangan ini, saya amat kesal, Ketua Polis Negara melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat.

"Sebaliknya pihak Baju Merah menentukan sama ada perhimpunan itu haram atau halal, menyuraikan suatu kumpulan yang lain di tangan Baju Merah,' dakwanya.

Tan Sri Khaled Abu BakarTan Sri Khaled Abu BakarBeliau mempersoalkan Khaled yang dianggap lemah melaksanakan kuasa polis sedia ada dalam peruntukan undang-undang.

"Kenapa Ketua Polis Negara begitu lemah sekarang ini, untuk menjaga keamanan, menegakkan perlembagaan, melindungi sekelian rakyat dibawah kuasa polis. Bukan mana-mana pihak, berhak menyuraikan himpunan mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Teluk Intan baru-baru ini melambangkan kelemahan Ketua Polis Negara dan Polis DiRaja Malaysia.

"Saya mengharapkan pihak polis memperbaiki keadaan mereka, sebaliknya menjadi pelindung kepada rakyat yang bertindak secara tangan kosong, himpunan aman, perarakan, semua itu hendaklah dilindungi oleh pihak polis.

"Jikalau ada kesalahan di sudut undang-undang, pihak polis boleh mengambil tindakan dan mendakwa mereka di Mahkamah yang selama ini berjalan, kedaulatan undang-undang itu.

"Apa yang berlaku di Teluk Intan, baju merah cuba menyuraikan baju kuning, satu tindakan permulaan malapetaka keamanan Malaysia.

"Polis bertanggungjawab sepenuhnya keadaan yang berlaku sekarang dan pada masa akan datang," katanya.
Pada Sabtu lalu, berlaku kekecohan membabitkan dua kumpulan antara penyokong Baju Merah dan Baju Kuning di Teluk Intan.

Bagaimanapun pihak polis didakwa membiarkan tindakan geng Baju Merah tanpa melakukan sebarang tindakan biarpun menyedari perbuatan kumpulan itu melanggar undang-undang dalam perhimpunan diadakan.

Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan

Posted: 04 Oct 2016 07:35 AM PDT

ASTRO AWANI

Keluar parti: Veteran ingatkan UMNO tidak perlu susui kera di hutan
Bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO pada Ahad demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara. - fotoBERNAMA / Fail
 

KUALA LUMPUR: UMNO diingatkan agar tidak terus mengangkat dan memberi peluang kepada individu yang kembali kepada parti setelah memburuk-burukkan parti dan kepimpinan ketika di luar UMNO.

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub berkata banyak peluang diberikan kepada golongan itu, termasuk tempat, habuan dan pangkat.

"Tindakan itu sekaligus menafikan tokoh-tokoh yang setia kepada UMNO yang juga berkelayakan. Cukuplah dengan tindakan membalas budi yang boleh merugikan parti seperti itu.

"Susuilah anak yang di pangkuan dahulu. Mereka lebih berhak untuk mendapat kasih sayang daripada kera di hutan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mustapa juga menegaskan bahawa UMNO tidak menanggung sebarang kerugian jika ada anggota yang memutuskan untuk keluar daripada parti itu.

Semalam, bekas Senator Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor membuat keputusan keluar daripada UMNO demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

"Kalau Timbalan Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh dipecat dan Naib Presiden (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) boleh keluar UMNO, maka siapa sangat (Mohamad) Ezam yang perlu dirasai kehilangannya?.

"Biarlah dia keluar. Malah lagi ramai orang seperti (Mohamad) Ezam yang keluar UMNO lebih baik," kata Mustapha.

Beliau berkata UMNO lebih selamat dengan keluarnya 'golongan parasit yang menjadi duri dalam daging dalam parti', kerana berdasarkan pemerhatian Veteran UMNO, jelas bahawa tindakan mereka yang keluar parti bukan kerana prinsip perjuangan tetapi prinsip peribadi. -- BERNAMA

Helikopter Terhempas Di Sekolah Tawau

Posted: 04 Oct 2016 07:31 AM PDT

Oleh: STEPHANIE LEE 
 
 
 
 
KOTA KINABALU: Sebuah helikopter tentera bersama 14 orang penumpang terhempas di atas bumbung bangunan sebuah sekolah di Tawau pada pagi Selasa.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 9.11 pagi di Sekolah Menengah Balung.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marcus mengesahkan kejadian itu namun berkata pihaknya masih mengumpul maklumat.

"Ia masih tidak jelas mengenai insiden itu buat masa ini, belum diketahui mengenai berapa ramai yang cedera," katanya.

Difahamkan pelajar dan beberapa kakitangan tentera udara mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu tetapi butirannya masih samar.

Helikopter itu dilaporkan dalam perjalanan ke Semporna sebelum berlepas dari lapangan terbang Tawau ketika juruterbang hilang kawalan ke atas pesawat.

Aplikasi Amar Jais mudahkan orang awam salur aduan

Posted: 04 Oct 2016 07:26 AM PDT

HARAKAHDAILY


 


KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melancarkan Aplikasi Amar JAIS bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat dan aduan.

Pengarah Jais, Datuk Haris Kasim, berkata aplikasi itu diwujudkan bagi mengeratkan perhubungan maya mesra pengguna secara interaktif dan berinformatif.

"Diseru pegawai Jais mahupun imam, nazir dan pegawai masjid memuat turun aplikasi ini supaya mudah menghantar maklumat terus kepada penguatkuasa Jais dan tindakan dapat dijalankan segera.

"Aplikasi ini turut memberi maklumat undang-undang syariah serta mengambil alih peranan 'blasting' secara berbayar kepada 'push notification' percuma yang tidak memerlukan kos oleh jabatan," katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Bulanan Jais di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), di Shah Alam, hari ini.

Walau bagaimanpun, katanya, aplikasi itu bukan untuk semua jenis aduan seperti masalah rumah tangga tetapi ia lebih kepada kemasyarakatan.

"Aplikasi ini lebih fokus kepada aduan amar maaruf nahi mungkar dan mencegah kemungkaran seperti berlaku pencegahan daripada segi pandangan Islam, ajaran sesat dan khalwat.

"Perkara seperti ini jarang kita terima laporan kerana ia bergerak tersembunyi.

"Jadi dengan kerjasama orang awam yang mendapat maklumat tersebut disaran menggunakan aplikasi ini dalam berkongsi maklumat untuk kita mencegah daripada terus berleluasa," katanya.

Aplikasi itu juga dijangka melonjak Jais selangkah ke hadapan mendahului negeri lain dalam memanfaatkan teknologi ICT masa kini selari dengan matlamat Kerajaan Negeri ke arah 'Smart Selangor'.

Laman web rasmi JAIS dan e-Syurtoh Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS adalah pautan yang turut disertakan dalam aplikasi tersebut.

Dengan adanya dua pautan penting itu memudahkan anggota penguatkuasa membuat sebarang tugasan dan interaksi.

Dalam majlis sama, Jais turut melancarkan Ikonografi bergerak bahagian penguatkuasaan bagi mempromosikan dan memaparkan sejauh mana mereka menjelajah dalam melaksanakan tugas.

Ikonografi bergerak itu diperluas bagi menyedarkan dan mendorong masyarakat bersama menegakkan ajaran Islam dalam diri masing-masing

Pencemaran: Loji Semenyih ditutup kali keempat

Posted: 04 Oct 2016 02:32 AM PDT

SALMIYAH HARUN 


 


KUALA LUMPUR: Loji rawatan air Semenyih terpaksa ditutup semula buat kali ke-4 pada jam 10 pagi ini akibat pencemaran bau yang berpunca daripada premis di Sungai Lalang, Semenyih.

Ekoran ini, beberapa daerah dan kawasan akan mengalami gangguan bekalan air iaitu di Daerah Hulu Langat (Bangi, Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rincing), Daerah Kuala Langat (Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbaya dan Teluk Panglima Garang),  Daerah Petaling (USJ1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang), dan Daerah Sepang Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Height, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sg Merab).

Menurut Syabas di dalam kenyataannya, mereka telah mengenal pasti punca pencemaran di Sungai Semenyih akibat daripada sebuah premis yang terletak di Batu 22 1/4 Jalan Sungai Lalang Semenyih.

Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Urus Air Selangor dan Majlis Perbandaran Kajang masing-masing akan mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha tersebut.

Menurut Syabas bantuan air kecemasan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

Bagaimanapun pengguna di minta mendapatkan maklumat terkini di www.syabas.com.my atau menghantar sms ke alamat premis 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air kecemasan.

Jumaat 30 September baru-baru ini bekalan air di beberapa kawasan kembali pulih setelah seminggu menghadapi gangguan air, dan hari ini sekali lagi penduduk terpaksa berdepan dengan masalah gangguan air buat kali keempat.

Notis gangguan ini telah menjadi viral di 'group whatapps' dan masing-masing penduduk melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berhadapan masalah ini lagi sekali. - HARAKAHDAILY

‘Hantu dalaman’ membuka jalan kepada PATI?

Posted: 04 Oct 2016 02:31 AM PDT

pati-sivakumar

Oleh V. Sivakumar


Kerajaan gagal menguruskan sumber manusia negara secara bijak. Ia mengakibatkan jutaan pekerja asing telah membajiri negara ini. Sehingga hari ini, kerajaan tidak mempunyai satu jalan penyelesaian yang konkrit bagi mengatasi masalah sumber manusia yang dihadapi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai di kalangan penganggur di negara ini terlalu memilih kerja.
Tetapi, itu tidak boleh dijadikan sebagai satu alasan untuk melambakkan pekerja asing di tanah air ini.

Dalam keadaan wujud pengangguran yang ketara di negara kita, pekerja-pekerja asing pula dengan mudah dapat menembusi pasaran buruh. Keadaan ini boleh menghancurkan pembangunan sosio-ekonomi negara apabila majikan-majikan lebih suka menyusukan kera di hutan.

Kerajaan kita tidak mempunyai kawalan dan pengawasan yang baik untuk menghalang kemasukan pekerja asing terutamanya mereka yang datang ke negara kita secara haram.

Ada sumber-sumber yang mengatakan bahawa negara kita mempunyai lebih kurang 4 juta pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bagaimana begitu ramai orang asing memasuki negara kita secara haram, sedangkan kita mempunyai banyak agensi pelaksana seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen dan macam-macam lagi?

Adakah kerajaan Malaysia terlalu cuai atau sengaja membenarkan mereka ini memasuki negara kita dengan agenda tertentu? Kehadiran jutaan pendatang asing di negara kita adalah amat membimbangkan. Kemasukan mereka secara tidak terkawal adalah amat membahayakan keselamatan rakyat Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional pula berpura-pura 'tidur' dalam hal ini. Apabila seorang PATI berjaya melangkah masuk negara kita, ini bermakna dia telah berjaya membutakan semua agensi-agensi penguatkuasa yang telah diberi kewajiban untuk menjaga ibu pertiwi ini. Bukankah kedaifan ini amat memalukan serta menjatuhkan imej negara?

Kerana rasuah negara kita sedang menuju kepada kehancuran. Saya percaya rasuah juga merupakan punca utama kemasukkan PATI yang begitu ramai di negara kita. Pegawai-pegawai yang melakukan rasuah telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Kerajaan Barisan Nasional yang lemah pula sentiasa menafikan amalan rasuah di dalam agensi-agensi penguatkuasa. Akhirnya segala-galanya telah rosak dan rakyat pula terseksa.

Sepanjang tahun 2001 sehingga 2015 seramai 4545 orang majikan telah ditangkap atas kesalahan menggaji pekerja asing tanpa permit kerja. Seramai 347 orang majikan telah didakwa di mahkamah dan didapati bersalah kerana menggaji pekerja asing sepanjang tahun 2010 hingga 2015.

Menghukum majikan yang tidak menghormati atau mengikuti undang-undang negara adalah satu perkara yang perlu dilakukan. Tetapi, persoalanya, siapakah yang membenarkan PATI memasuki negara kita? Saya percaya mereka ini berjaya memasuki negara kita dengan kerjasama dan bantuan daripada 'hantu-hantu dalaman'. – Roketkini.com

* V.Sivakumar merupakan Ahli Parlimen Batu Gajah merangkap Timbalan Pengerusi DAP Perak



Belanjawan 2017: Pakatan Harapan gesa potong peruntukan Jabatan Perdana Menteri

Posted: 04 Oct 2016 01:14 AM PDT

dr-zul-lct

Oleh Syazana Hasanudin


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Belanjawan Persekutuan 2017 yang akan dibentang pada sidang Parlimen akan datang.

Perkara itu dinyatakan dalam sidang akhbar oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Strategi Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad yang diadakan di ibu pejabat DAP pagi tadi.

Mereka menjelaskan bahawa 'slush fund' iaitu dana pembangunan mengikut budi bicara yang diperuntukkan untuk JPM dalam belanjawan-belanjawan sebelum ini adalah terlalu tinggi dan tidak pernah wujud sebelum zaman pemerintahan Najib Razak.

Ujar mereka, dana itu disalurkan kepada beberapa hal yang tidak jelas yang disebut sebagai Program Pembangunan, Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan, Projek-projek Kecil, projek Khas, Projek Mesra Rakyat dan Dana Fasilitasi.

"Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas cara membelanjakan dana itu, malah kesemua program itu melibatkan dana bernilai billion ringgit. Butiran perbelanjaan itu pula tidak diumumkan kepada Ahli Parlimen mahupun rakyat.

"Memandangkan kuasa Parlimen semakin dikurangkan oleh parti pemerintah akhir-akhir ini, butiran perbelanjaan itu juga tidak disemak atau diaudit oleh pihak berwajib," jelas Chin Tong.

Pada masa sama, Dr. Dzulkefly menjelaskan bahawa ekonomi yang semakin mencabar gara-gara ketidakstabilan pasaran dunia akan menyebabkan kerajaan terpaksa memotong lebih banyak peruntukan dalam belanjawan akan datang.

Namun, katanya, kerajaan perlu mensasarkan Jabatan Perdana Menteri dan bukannya memotong peruntukan kepada sektor melibatkan rakyat seperti kesihatan, pendidikan dan hal ehwal kebajikan.

Chin Tong kemudian menambah, walaupun hanya 19 peratus dari Belanjawan 2016 diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, tetapi dari jumlah itu, JPM sahaja telah mengambil peruntukan sebanyak 27.5 peratus, jauh lebih banyak dari sektor lain.

"Pada tahun terakhir Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri, JPM hanya memperoleh peruntukan sebanyak RM7 bilion. Namun, sejak Najib memegang kuasa, jumlah itu naik hampir tiga kali ganda, iaitu sebanyak RM20 bilion pada 2016," katanya.

Dr. Dzulkefly turut menggesa kerajaan BN pimpinan Najib tidak lagi membuat kesilapan sama dengan membazirkan wang rakyat untuk projek-projek yang dipalit skandal, seperti projek pembangunan 1MDB Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

"Memang pilihan raya sudah semakin dekat, tetapi kita harap Najib tidak membuat belanjawan yang populis seperti sebelum ini dan akhirnya membebankan rakyat. Mereka harus buat keputusan yang betul," katanya. – Roketkini.com


Beri kontrak kepada adik-beradik, 2 pegawai disiasat SPRM

Posted: 04 Oct 2016 01:04 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 



Dua pegawai kanan di sebuah agensi kerajaan di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan monopoli dan memberikan projek-projek jabatan itu kepada sanak-saudara mereka.

Kedua-dua mereka yang berjawatan pengarah dan timbalan pengarah, masing-masing berusia 54 dan 51 tahun itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah, kira-kira 9.15 pagi tadi.

Turut dirampas wang tunai bernilai lebih kurang RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.

Sumber berkata, kedua-dua mereka mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 telah monopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka.

Projek-projek bernilai RM3.3 bilion itu hanya melibatkan peruntukan oleh Kerajaan Pusat, tidak termasuk kerajaan negeri.

Perbuatan mereka ini telah menutup peluang kontraktor-kontraktor lain.

Penyalahgunaan kuasa itu dipercayai berlaku sejak tahun 2010 sehingga kini, kata sumber.

SPRM dipercayai telah membuat beberapa siri serbuan termasuk di agensi berkenaan dan syarikat-syarikat kontraktor terlibat.

Siasatan awal SPRM mempercayai mereka telah mengumpul kekayaan melebihi RM50 juta.

Mereka ini sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan Akta Pengubahan Wang Haram. - MalaysiaGazette


Mukhriz tolak 'pinangan' Annuar Musa untuk sertai UMNO

Posted: 04 Oct 2016 01:03 AM PDT

Azyyati Ahmad, Astro Awani
Mukhriz tolak 'pinangan' Annuar Musa untuk sertai UMNO
Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak jemputan daripada Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa (kanan) untuk menyertai semula parti.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir menolak jemputan daripada Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa untuk menyertai semula UMNO.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata hari ini, beliau tidak berminat dengan tawaran tersebut sekalipun jika ia datang dari Presiden UMNO.

"Saya tak tahu nak tergelak atau terkejut. Yang pasti, saya dipecat, bukan meletak jawatan.

"Kalau sebelum ini Presiden pernah menawarkan jawatan Timbalan Menteri dan kemudian menteri penuh, itu pun saya tolak, apatah lagi tawaran dari ketua penerangan," katanya kepada pemberita di Wisma AMANAH Negara di sini pada Selasa.

Beliau yang ditemui pada sidang media bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menambah, beliau akan terus bersama PPBM.

Annuar pada Isnin menjemput Mukhriz, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas ahli UMNO lain yang dipecat daripada parti supaya kembali menyertai mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mahu anaknya itu menjadi perdana menteri.

Annuar memberi contoh tindakan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah yang menyertai semula parti itu walaupun pernah meninggalkannya dan membentuk Semangat 46.

Mukhriz dan Muhyiddin dipecat pada Jun lalu kerana mempersoalkan kepimpinan parti dalam isu berkaitan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hadi jadi mursyidul, Tuan Ibrahim pangku presiden Pas

Posted: 04 Oct 2016 12:46 AM PDT

 
 Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang


Siapa Mursyidul Am Pas yang baharu masih menjadi teka-teki?

Sejak Allahyarham Datuk Haron Din meninggal dunia di Amerika Syarikat jawatan spritual parti Pas itu dipangku oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan tidak mahu jawatan berkenaan dan lebih selesa kekal sebagai timbalan.

Walaupun penolakan Ahmad itu sebagai alasan sebagai orang beragama yang tidak berebut jawatan seperti kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan tetapi ramai melihat Ahmad belum lagi sesuai menjawat jawatan berkenaan.

Bukan tidak layak tetapi ramai melihat calon paling sesuai selepas Haron ialah Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jawatan itu penting kepada parti Pas kerana ia menjadi rujukan hidup kepada ahli dan hala tuju Pas mendepani cabaran semasa.

Menurut sumber, selepas tokoh agama dan politik seperti Allahyarham Haron dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, pemegang jawatan itu mesti susuk yang agak berusia, tinggi ilmu agama dan luas pengalaman politiknya.

Justeru, ramai melihat Abdul Hadi calon paling layak dan berkredibiliti.

Beliau berpengalaman dalam parti Pas - sejak zaman Amanat Haji Hadi sehingga pendekatan politik matang Pas dalam Gagasan Sejahtera hari ini.

Dalam pentadbiran, beliau sudah lama menjadi wakil rakyat dan pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dan menjadi orang nombor dua dalam Persatuan Ulama Sedunia selepas Yusuf Al Qardhawi.

Ramai melihat kekosongan itu perlu diambil oleh Abdul Hadi sebagai individu yang banyak menggerakkan Pas daripada sudut tenaga kerohanian.

Lebih-lebih lagi dalam keadaan kesihatannya yang semakin tidak mengizinkan lagi beliau sibuk ke merata-rata tempat memenuhi tuntutan parti seperti biasa.

Dewan Ulama Pas pun dilihat tidak memberi sebarang bantahan sekiranya Abdul Hadi dilantik malah dijangka memberi sokongan sepenuhnya.

Sekiranya Abdul Hadi menjadi Mursyidul Am Pas secara otomatik jawatan presiden akan dipangku oleh timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim dan Abdul Hadi boleh memangku jawatan itu sehinggalah disahkan oleh muktamar parti akan datang, menurut sumber.

Satu lagi dengan memberi kuasa presiden kepada Tuan Ibrahim, Pas dapat dijamin mengutamakan kepimpinan ulama dan memberi ruang dan keselesaan kepada pemimpin Pas Pahang itu ruang untuk beraksi lebih banyak sekiranya menjadi pucuk pimpinan utama parti.--MalaysiaGazette


Nilai kepimpinan Umno sudah rosak'​

Posted: 03 Oct 2016 05:58 PM PDT

Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor 
 
 
SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan keputusannya keluar daripada Umno sebagai tepat.

Katanya, keadaan semasa dalam Umno yang didakwa kini dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan, habuan dan kebendaan untuk kepentingan peribadi mengukuhkan lagi keputusannya keluar parti,

"Alhamdulillah respons amat positif (keputusan keluar Umno). Keadaan semasa dalam Umno memperkukuhkan keyakinan saya bahawa memang benarlah saya meninggalkan sebuah parti yang sudah rosak nilai kepimpinannya.

"Lihatlah reaksi awal mereka, di benak pemikiran mereka hanya soal ganjaran dan habuan peribadi. Isu pokoknya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan rasuah, tapi mereka tidak bincangkan soal itu. Jadi, tidak hairanlah Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tinggalkan Umno," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut keputusannya keluar Umno.

Dalam pada itu, beliau belum memikirkan lagi hala tuju politiknya selepas ini dan sebarang keputusan susulan bergantung kepada reaksi sahabat dan keluarga

Ketika ditanya sejauh mana kebenaran ada usaha beberapa pemimpin membawanya masuk semula ke dalam PKR, Mohamad Ezam tidak mengulas.

Pada perkembangan sama, Mohamad Ezam memberitahu, tindakan menggunakan OSA untuk menghalang akses publik terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menambah lagi kemarahan dan kecewanya kepada kerajaan.

"Saya memang menunggu laporan penuh PAC untuk perhalusi kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ini kes besar, kita harus dan berhak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Kedua, kedua kerana saya pernah didakwa, dibicara dan dipenjarakan di bawah OSA, sehingga hari ini saya satu-satunya rakyat yang pernah dibicara di bawah akta itu, tentunya saya merasa bertanggungjawab untuk pastikan OSA tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi perasuah sepertimana dalam kes saya," katanya. 

Justeru, beliau membuat teguran terbuka bagi mendesak tindakan salah itu diperbetulkan, namun tidak diendahkan.

"Kita perlu faham betapa besarnya impak salah guna OSA dalam kes 1MDB yang menjadi perhatian dunia.  Apabila kita guna OSA untuk tutup laporan PAC, ia memberi signal paling buruk dalam prinsip transparensi urus tadbir.

"Kita mesti perbetulkan persepsi ini dan bangkit mendesak kerajaan perbetulkan tindakan salah itu," katanya.


Tiada ulasan: