Isnin, 3 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU-14: Najib perlu gentar dengan undi anak muda -Zam

Posted: 03 Oct 2016 07:56 AM PDT

INTAN NUR IDAYU


Zainnuddin-Najib-UMNO


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima hakikat anak muda tidak lagi menyokong beliau.

Menurut Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin, ini adalah berikutan daripada ratusan anak muda yang berebut untuk mendaftar mengundi di pejabat pos seluruh negara.

"Semalam, tersebar berita mengatakan ramai anak-anak muda yang menyerbu ke pejabat pos dan lain-lain pusat pendafaran untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi kerana kabar angin Pilihanraya Umum  telah hampir dan pendaftaran akan ditutup.

"Bagi saya demi untuk keselamatan masa depan Umno, Datuk Seri Najib mestilah menerima hakikat sebenar dari sekarang dan keluar dari alam khyalannya, hadapilah realiti dengan berani , bukan sahaja anak muda yang tidak menyokong Umno sekarang tetapi banyak veteran Umno juga telah tidak percaya lagi kepada Umno dan mencari borang BERSATU (Parti Primbumi Bersatu Malaysia).

"Penambahan ahli UMNO tidak berarti akan bertambahnya  undi kepada UMNO dalam Pilihanraya  UMUM akan datang. Kenyataan Najib dalam hal ini adalah syok sendiri," kata Zainuddin yang lebih mesra dengan nama Zam itu dalam satu posting terbaru di blognya.

Difahamkan, sejak kebelakangan ini heboh di laman sosial apabila tarikh akhir bagi mendaftar mengundi adalah pada 30 September.

Katanya, jika gagal mendaftar sebelum 30 September individu tersebut tidak layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umun (PRU) yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.

Jangkanya, PRU akan diadakan seawalnya pada bulan Mac dan palinh lewat pada bulan September.

Walaubagaimanapun, Najib baru-baru ini mengesahkan beliau masih belum membuat keputusan sama ada pilihan raya akan dibuat tahun hadapan ataupun tidak.


Kontroversi PhD: Azizan Osman 'Kunci Mulut'

Posted: 03 Oct 2016 07:47 AM PDT

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK 
 
 
Azizan Osman
 
 
PETALING JAYA: Penceramah motivasi popular, Azizan Osman masih berdiam diri mengenai kontroversi kelayakan akademiknya selepas Universiti Malaya (UM) menafikan menganugerahkan ijazah doktor kehormat kepadanya.

Sehingga kini Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan.

Sebaliknya, firma yang diasaskan Azizan - Richworks Group of Companies tampil menyatakan kekesalan berhubung kontroversi berkenaan.

"Merujuk kepada kenyataan  Universiti Malaya, kami ingin memaklumkan bahawa kami mengambil perkara ini secara serius.

"Kami juga telah memohon untuk penjelasan lanjut dan sebaik sahaja proses ini berakhir, kami akan memaklumkan secara umum. Kami kesal di atas kesulitan yang mungkin berlaku," demikian menurut syarikat itu menerusi kenyataan pada Khamis malam.

Menurut syarikat itu lagi, pihak mereka akan menangani perkara berkenaan dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini UM menafikan pernah menganugerahkan gelaran Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan kepada Azizan.

Ia susulan kekecohan yang dibangkitkan netizen sebelum ini mengenai kelayakan akademik Azizan apabila beliau sendiri mendakwa telah dianugerahkan gelaran doktor kehormat oleh UM di atas "kerja keras, dedikasi, sumbangan dalam pembangunan usahawan di Malaysia, terutamanya bumiputera".

Jenazah Penceramah IKIM Selamat Dikebumikan

Posted: 03 Oct 2016 07:44 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Mohd Fadzli Syed Ahmad Al-Yamani yang meninggal dunia di Guangzhou, China pada 27 September lepas akibat serangan jantung selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatus Sakinah, Taman Bt Muda, Gombak di sini, Ahad.

Jenazah Syed Mohd Fadzli, 49, dikebumikan pada pukul 10.50 pagi selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Mohamad Abdul Rahman, 20, di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini.

Ratusan orang hadir di Tanah Perkuburan Islam itu bagi memberikan penghormatan terakhir kepada penceramah mingguan di radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu.

Terdahulu, jenazah Syed Mohd Fadzli tiba di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Guangzhou, China kira-kira pukul 12.10 tengah malam Ahad.

Anak keduanya, Mohd Haidar, 18, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan majlis pengebumian jenazah bapanya itu.

"Alhamdulilah semua berjalan lancar dan terima kasih kepada semua yang membantu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Allahyarham meninggalkan empat isteri dan 17 orang anak masing-masing berusia antara dua bulan hingga 20 tahun.

Sementara itu, adik iparnya Mohd Suhai Abdul Hamid, 34, menyifatkan pemergian Allahyarham Syed Mohd Fadzli merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat.

"Meskipun sakit batu karang tetapi Allahyarham cuba gagahkan diri untuk memberi ceramah dan berdakwah, ini menunjukkan beliau seorang yang hebat," katanya.

Mohd Suhai berkata kali terakhir beliau bertemu abang iparnya itu ialah pada Aidiladha lepas.

"Allahyarham tidak banyak bercakap sebaliknya ada mengajak kami semua untuk bercuti di Melaka. Semua orang senang dengan peribadi dan perwatakan Allahyarham," katanya. - BERNAMA

"Ada Kejutan Menggoncang Jantung Menjelang PRU14" - Annuar Musa

Posted: 03 Oct 2016 07:40 AM PDT

Oleh: HASRIQ AMIRUDDIN



Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bercakap kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Setiausaha Penerangan Umno peringkat negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin.

Dikemaskini-KUALA LUMPUR: Kejutan besar dijangka berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan kemungkinan Barisan Nasional (BN) membentuk pakatan baharu, demikian bayangan yang disampaikan Tan Sri Annuar Musa.

Ketua Penerangan Umno dan BN itu berkata, berdasarkan situasi politik tanah air dengan penubuhan parti baharu, tidak mustahil BN akan membentuk pakatan dengan parti lain.

"Berikan kami sedikit masa untuk mencari kesimbangan dan pakatan baharu ini akan terbentuk sebelum PRU.

"Akan ada kejutan yang menggoncang jantung," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) pada Isnin.

Menyifatkan situsasi berkenaan sebagai normal, Annuar berkata, Umno dan BN telah mencapai kesimbangan apabila menyelesaikan isu antara parti dan kini mencari keseimbangan antara parti kerajaan dan pembangkang.

"Kesimbangan ini akan mengambil masa sedikit kerana ada parti yang mahu membentuk pakatan baharu seperti blok ketiga.

"Blok ketiga tidak pasti lagi sama ada ke kiri (pembangkang) atau kanan (kerajaan). Siapa tahu mungkin PAS akan bekerjasama dengan BN.

"Atau mana tahu Tun Mahathir jadi ketua baharu (pembangkang) dan Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan Najib (Tun Razak).

"Jangan ketepikan kemungkinan itu kerana dalam politik tiada yang mustahil," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata, bagi memperkemaskan jentera parti menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU), parti mencapai persetujuan untuk menukar gerak kerja daripada bertahan kepada serangan.

Jelasnya, pelaksanaan strategi baharu itu melibatkan siri jelajah di setiap negeri bermula 7 Oktober ini.

Berbanding memberi tumpuan sepenuhnya menggalas tugas kerajaan, Annuar berkata, sudah tiba masanya Umno dan BN berada di barisan hadapan iaitu di peringkat akar umbi.

"Kita mahu mendekati rakyat untuk memperbetulkan persepsi negatif yang ditujukan terhadap kerajaan dan parti.

"Jadi saya menyeru semua peringkat Umno untuk bangkit menyahut cabaran ini," katanya.

Mengulas tentang isu persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Annuar berkata, Umno juga tidak sebulat suara menyokong usul berkenaan dan memberi pilihan kepada semua ahli parti untuk membuat bantahan.

Tambahnya, tuduhan pembangkang bahawa Umno memainkan peranan dalam isu persempadanan semula adalah tidak berasas.

"Umno dan pembangkang berdepan situasi yang sama kerana ada antara ahli parti yang tidak bersetuju dengan cadangan SPR itu.

"Malah Majlis Tertinggi Umno membenarkan mana-mana ahli untuk mengemukakan bantahan secara berkumpulan atau individu mengikut saluran yang betul kepada SPR," ujarnya.

Annuar: Cuma satu 'ranting' Umno bermasalah

Posted: 03 Oct 2016 07:32 AM PDT

Alyaa Alhadjri  


Seperti ahli botani Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menggambarkan parti itu seperti sebatang pokok. Dan tidak perlu terlalu bimbang jika satu daripada ranting atau buahnya mengalami masalah.

"Kita melihat sebatang pokok. Mengapa kita perlu berbicang tentang sebatang ranting atau sebiji buah? (Saman sivil Jabatan Kehakiman AS) itu hanya sebatang ranting.

"Yang kita bimbang jika pokok itu mati," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Annuar sebelum itu ditanya sama ada Umno akan membuat penerangan mengenai saman sivil difailkan Jabatan Kehahiman (DOJ) AS berhubung pelbagai aset didakwa diperoleh melalui salah guna wang 1MDB.

Umno dijadual membuat jerayawara (roadshow) di seluruh negara mulai 7 Oktober ini bagi menjelaskan pelbagai isu semasa berkaitan parti berkenaan kepada orang ramai.

Sebelum itu Annuar mengumumkan Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat lalu memutuskan tiba masa untuk parti itu mengubah cara menghadapi serangan lawan daripada bertahan kepada menyerang.

Ia katanya dianggap sebagai "perang persepsi" menghadapi dakyah disebar pembangkang.

Mengulas lanjut mengenai program jerayawara itu Annyar berkata penting untuk orang ramai diberitahu mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara ini.

"Ia mesti dilakukan sekarang. Kita nak lihat semua jentera Umno bangkit di semua peringkat," katanya.

Annuar yang juga anggota parlimen Ketereh berkata usaha itu akan dikembangkang ke semua parti komponen BN.

"BN mesti menampakkan diri sebagai satu pasukan yang bersatu," katanya.

Jelajah Bersih dicemari provokasi samseng upahan

Posted: 03 Oct 2016 05:10 AM PDT

MUAMMAR QADDAFI
 
 
Kota Bharu tetap tenangKota Bharu tetap tenang


Hari pertama jelajah Bersih 5 berjalan dengan baik di beberapa buah negeri walaupun sedikit dicemari provokasi murahan kumpulan samseng upahan berbaju merah. Bersih 5 dilihat membawq sedikit kelainan apabila merancang untuk menjelajah seluruh negara bagi mempromosikan himpunan besaran Bersih 5 bermula hari ini sehingga tarikh perhimpunan 19 November 2016.

Konvoi Bersih kali ini bertujuan untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat secara dekat mengenai reformasi institusi dan keparahan skandal 1MDB yang melanda negara. Melalui jelajah ini , Bersih akan memulakan perbualan nasional mengenai isu ini yang dirangkum dalam lima tuntutannya dan seterusnya menyeru agar rakyat keluar pada 19 November 2016 untuk bersama sama, berdiri dan menyatakan sokongan mereka kepada tuntutan Bersih.

Di Pantai Timur, jelajah Bersih bermula di Kota Bharu dan berjalan lancar tanpa provokasi murahan samseng samseng upahan namun berbeza di Teluk Intan, Perak apabila kumpulan konvoi Bersih diganggu dan dikasari kumpulan samseng upahan berbaju merah.

Konvoi Bersih yang bermula dari Lumut ke Teluk Intan diserang oleh kumpulan samseng bermotosikal dengan cara menendang dan merosakkan cermin sisi kereta milik peserta konvoi dan cuba merampas bendera Bersih. Setelah percubaan provokasi itu tidak mencapai matlamat untuk mencetuskan pergaduhan, mereka sekali lagi membuat kekacauan di destinasi akhir dengan cara menghalang perjalanan konvoi dan merampas kain rentang milik konvoi Bersih. Pergaduhan kecil berlaku apabila kumpulan samseng memukul peserta konvoi.

Nitizen persoalkan kewajaran tindakan kumpulan samseng berbaju merah menganggu aktiviti konvoi namun disatu sisi yang lain, provokasi murahan kumpulan samseng berbaju merah telah membantu mempromosikan aktiviti Bersih apabila berita berita mengenai Konvoi Bersih kali ini mendapat lebih 5000 shares dari perbagai sumber berita di media sosial Facebook.

Turut viral satu gambar screenshot WeChat seorang remaja mendakwa menerima upah RM50 dan penginapan hotel yang ditaja untuk turut serta dalam kumpulan bermotosikal anti Bersih.

Ini bukanlah kali pertama dan kali terakhir peserta Bersih akan berhadapan provokasi seumpama ini,
samseng samseng upahan akan sentiasa menimbulkan provokasi murahan bertujuan untuk menghuru harakan keadaan sekaligus mengambil peluang untuk mengalih tumpuan rakyat kepada isu sebenar yang dibawa Bersih.

Jadi adalah penting agar untuk peserta Bersih bersabar dan elakkan dari melayan provokasi murahan samseng upahan sebaliknya hanya fokus membawa agenda rakyat sehingga tuntutan berjaya terlaksana.

Umno disaran jangan mudah terima pengkhianat seperti Ezam

Posted: 03 Oct 2016 03:48 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Umno digesa mengambil pengajaran untuk tidak mudah percaya atau menerima mana-mana pihak yang pernah menjadi pengkhianat dan dijadikan ahli parti selepas ini.
 
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan, pengkhianat akan selamanya menjadi pengkhianat.
 
Beliau berkata demikian merujuk kepada bekas senator Dewan Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd yang keluar parti semalam.
 
"Ambillah ini sebagai pengajaran .. kalau tak faham politik, jangan tunjuk pandai... nasihat jadi "punahsihat"...
 
"Kesetiaan bukan boleh dibeli dengan jawatan atau imbuhan ...
 
"Kalau dah ada rekod pengkhianat itu .. tatap pengkhianat selamanya...," katanya yang dipetik daripada laman sosial Facebooknya.
 
Katanya lagi ahli Umno yang setia kepada parti pun belum tentu mendapat layanan seperti Ezam.
 
"Dalam politik ini, kesetiaan paling penting, belum cukup hanya tunjuk setia, kena uji lagi kesetiaan dengan pelbagai rintangan.
 
"Itupun belum tentu diberi tanggunjawab, bila ada kekosongan.. boleh pulak diberi kepada orang yang khianat parti, lepas tu jawatan macam-macam.
 
Semalam Ezam mengumumkan keluar daripada Umno atas alasan mahu mempertahankan prinsipnya.
 
Beliau mendakwa Umno dilihat tidak serius dalam perjuangan menentang rasuah apabila Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang diperjuangkannya tidak dimansuhkan.
 
Ezam sebelum ini pernah meninggalkan PKR pada tahun 2007 dan setahun selepas itu menyertai Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dan presiden parti Melayu itu.
 
 

EZAM UMUM KELUAR UMNO

Posted: 03 Oct 2016 03:46 AM PDT

 shahbudindotcom


Berikut ialah kenyataan penuh Ezam Mohd Nor yang dipetik daripada laman Facebook miliknya. Beliau ialah bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda PKR, sebelum kemudian menyertai semula UMNO. Di bawah kepimpinan Najib Razak, beliau pernah dilantik sebagai Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan. (SH 02/10/2016).

1.Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO. 

2.Enam bulan lalu saya telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan saya di Kem Kewangan, satu tahun lebih awal dari tarikh tamat tempoh kontrak perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir 1April 2017.

3.Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya.

4.Keputusan saya sertai semula parti UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yg sama.Saya mendapat komitmen jelas drpd PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru SPRM menggantikan akta BPR.Perubahan itu benar berlaku  sejurus slps kemasukan saya ke dalam parti UMNO dan SPRM yg lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

5.Dua lagi akta yang menjadi tumpuan saya ialah Akta keselamatan dalam negeri ISA dan Akta rahsia rasmi OSA.Saya pernah di penjarakan di bawah kedua2 Akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua2 Akta ini sering menjadi hambatan kpd perjuangan melawan jenayah rasuah.

6.Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara 2010-14  ISA dibahas dan dimansuhkan.Manakala OSA masih tiada tanda2 akan berlaku perubahan.

7.Saya tetap bersangka baik kpd kerajaan transformasi di bawah PM DS Najib dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran melakukan perubahan khususnya OSA.

8.Apa yg berlaku adalah sebaliknya.OSA bukan shj tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan keatas laporan PAC kes 1MDB.satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yg mewajarkan penggunaan OSA.

9.Ini adalah sejuta langkah kebelakang didalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan.Justeru saya telah membuat teguran terbuka mendesak tindakan salah ini diperbetulkan.

10.Beberapa bulan berlalu.tiada tindakan pembetulan.malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yg bersuara memperbetulkan keadaan.

11.Makanya saya sedar saya bukan lagi didalam satu parti dan jemaah yg serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih2 lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan.

12.Walhal realiti zaman ini dan lebih penting ingatan Rasulullah SAW sendiri didalam hadis riwayat Termizi yg pertama kali saya temui dinukilkan didlm  buku tulisan Porf Hamka semasa saya dipenjara dibawah OSA menyatakan dgn jelas bahawa cabaran bagi ummat Muhammad adalah soal harta.

13.Saya tidak boleh berkompromi dlm soal ini.sebagai satu2nya warganegara yg pernah d penjara d bawah OSA saya benar2 faham setiap inci peruntukan akta dan merasa bertanggungjawab kpd negara apabila mengetahui ianya disalahgunakan untuk melindungi perasuah dan penjenayah.

14.Reformasi,Transformasi,Perubahan,Pembaharuan..apapun namanya mesti menjadikan agenda melawan rasuah sbg agenda paling utama kerana itulah realiti zaman dan itulah juga ingatan junjungan besar kita Muhammad SAW.

Hanya kepada Allah Swt saya bertawakkal.Salam Maal Hijrah.Salam perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
1 Muharam 1438/ 2 Okt 2017.



Keputusan PAS tidak sertai Bersih 5 sudah dijangka, kata Maria

Posted: 03 Oct 2016 03:40 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Bersih 2.0 sudah menjangkakan keputusan PAS yang tidak mahu menyertai Himpunan Bersih 5.
 
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah bagaimanapun berkata mereka menghormati keputusan berkenaan.
 
"Kami hormati keputusan PAS dan kami maklum mengenainya lebih awal.
 
"Perhimpunan akan berlangsung seperti biasa dan bukan PAS atau pihak lain untuk membuat keputusan untuk kami," katanya.
 
Malah beliau berkata ketiadaan PAS itu bukan satu alasan himpunan kali ini akan 'mengulangi' sejarah Bersih 4 yang menyaksikan penyertaan daripada majoriti kaum Cina sahaja. 
 
Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak akan menyertai Bersih 5 yang dijadualkan diadakan 19 November ini. 
 
Ujar Takiyuddin, keengganan itu disebabkan parti itu merasakan objektif Bersih 5 kini sudah tersasar.
 
Apatah lagi katanya, PAS kini mengamalkan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).
 
Namun kata beliau, ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi. 
 
 

Sembilan warga Australia ditahan aibkan Jalur Gemilang

Posted: 03 Oct 2016 03:31 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SEPANG: Sembilan lelaki warga Australia ditahan selepas didapati memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang ketika menyaksikan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kesemua mereka ditahan pada jam 5 petang semalam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kesemua penyokong dari Australia itu dibawah pengaruh alkohol dan seluar dalam bercorak Jalur Gemilang itu dibeli di negara mereka.

"Mereka kini disiasat mengikut Sekayen 504 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mengaibkan untuk tujuan memecah belah keamanan dan Seksyen 14 Kanun Keseksaan iaitu berlakuan tidak senonoh di khalayak ramai," katanya ketika dipetik Utusan Malaysia di sini hari ini.





PPIM Gesa PBT Pantau Lambakan Premis Perjudian Di Lembah Klang

Posted: 03 Oct 2016 02:59 AM PDT

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) memandang serius lambakan premis perjudian di sekitar Lembah Klang.


Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, ini kerana persatuan itu bimbang ketagihan judi bakal menyebabkan kehancuran masyarakat.

Pada Ogos lalu, Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah (DAP) meletakkan kesalahan kepada pihak polis sebagai punca merebaknya masalah judi di negeri itu.

Namun, hujah Exco DAP itu dibantah oleh ADUN BN Dengkil, YB Shahrum Mohd Sharif yang berkata sepatutnya kerajaan negeri tidak perlu menunding jari kepada pihak lain, sedangkan sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan melalui kesungguhan kerajaan negeri.

Exco DAP itu kemudian menjawab pihaknya belum menjumpai formula yang terbaik untuk membendung masalah itu dan masih meneliti beberapa cadangan untuk dilakukan kajian lanjut.

"Salah satu cadangan adalah kita mungkin akan…sekiranya didapati bahawa premis tersebut telah dijadikan sebagai pusat aktiviti yang haram, kita akan mungkin tidak akan memberi lesen untuk perniagaan selepas penutupan kedai tersebut selama dua hingga tiga tahun yang akan datang.

"Itu adalah satu cadangan yang masih dalam kajian kita,"kata Ean Yong, Exco PBT Kerajaan Negeri Selangor.

Anak sasterawan negara cedera ditetak

Posted: 03 Oct 2016 02:49 AM PDT

Anak sasterawan negara cedera ditetak
Anak lelaki mangsa turut cedera dalam kejadian itu.


SEREMBAN - Penulis novel yang juga anak kepada sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain dan anak lelakinya cedera ditetak dalam pergelutan bersama tiga penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Taman Lavender Height dekat sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu menyebabkan Ahmad Patria, 48, dan anak lelakinya berusia 16 tahun cedera pada tangan dan kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, SuperiNtendan Abdul Rahim Daud berkata, ketika kejadian terdapat lima penghuni di rumah terbabit sedang nyenyak tidur.

"Namun mangsa berusia 48 tahun yang sedang tidur di bahagian ruang tamu terjaga dan mendapati terdapat tiga penjenayah telah memecah masuk rumahnya.

"Mangsa kemudian telah menyergah suspek dan menjerit meminta isterinya yang berada di tingkat atas rumah  menghubungi polis,"katanya.

Menurutnya, telah berlaku pergelutan beberapa minit antara suspek dengan mangsa dan anak lelakinya berusia 16 tahun yang cuba membantu.

Abdul Rahim berkata, isteri mangsa yang menyedari kejadian itu telah menghubungi talian kecemasan dan menekan loceng kecemasan menyebabkan kesemua suspek melarikan diri.

"Pergelutan itu menyebabkan mangsa dan anaknya cedera ditetak dengan parang.

"Siasatan mendapati suspek memecah masuk rumah mangsa melalui tingkap besi yang telah dipotong,"katanya.

Sementara itu katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Salam Senawang untuk mendapatkan rawatan bagi kecederaan dialami dan tiada kerugian yang dialami dalam insiden itu.

Katanya, usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


Bekas Adun keluar Umno, sertai Bersatu

Posted: 03 Oct 2016 02:45 AM PDT

Bekas Adun keluar Umno, sertai Bersatu
Ismail Abu Bakar sedang berucap dalam majlis petang tadi.


BALING - Bekas Adun Kupang, Datuk Ismail Abu Bakar membuat pengumuman keluar Umno bagi menyertai Parti  Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), petang tadi.

Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu Bahagian Baling di Kampung Seberang Pekan di hadapan lebih 600 hadirin yang hadir.

Ismail Abu Bakar yang merupakan bekas Adun Kupang berkata, perjuangan Umno yang semakin tersasar menjadi penyebab utama keputusan itu dibuat.

"Saya dah fikir masak-masak untuk bersama Bersatu.

"Selama ini sudah 43 tahun dengan Umno, tetapi saya keluar sebab lihat perjuangan sudah tersasar,"katanya ketika ditemui selepas majlis.

Menurutnya, menyertai Bersatu juga bukan dipengaruhi oleh masalah dalam kalangan ahli Umno atau pentingkan jawatan dengan parti Bersatu.

"Selama ini tidak pernah dengar ada ahli Umno lain tidak suka saya.

"Kita dalam Bersatu juga tidak pentingkan jawatan, saya tidak ada jawatan dalam parti ini, tetapi jika diberi pun tidak ada masalah janji berjuang.

"Parti lama ini banyak membawa kepentingan kebendaan, tiada perubahan minda,"katanya yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Baling.

Dalam pada itu, matlamat penubuhan Bersatu di Baling katanya bagi menukar ahli parlimen dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan izin ALLAH kita akan bergandingan bahu dengan rakan-rakan lain bagi menewaskan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan BN," katanya.


Muhyiddin: RM42 juta masuk akaun Najib

Posted: 03 Oct 2016 02:41 AM PDT

Muhyiddin: RM42 juta masuk akaun Najib
Muhyiddin (tengah) bersama kepimpinan Pas pelbagai peringkat sewaktu Ceramah Perdana Harap 3.4 di Kemasek, Kemaman.
 
 
KEMAMAN - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang wang dalam akaun peribadi pemimpin nombor satu negara itu.

Ini dinyatakan Muhyiddin sewaktu berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.4 di Kemasek, di sini, malam kelmarin namun tidak menyatakan tarikh pertemuan yang didakwa itu.

Muhyiddin berkata, , Abdul Gani bertanya berhubung wang RM42 juta dalam dua akaun persendirian yang ada kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kejadian itu berlaku sewaktu Abdul Gani masih lagi dalam perkhidmatan. Saya diberitahu, peguam negara berjumpa PM (perdana menteri) dan maklumkan kepada Najib dalam siasatan dibuat SPRM didapati wang dengan kadar jumlah itu ada dalam akaun PM.

"Saya juga dimaklumkan, apabila perkara itu diberitahu kepada PM, beliau nafikannya dengan memaklumkan tidak ada, sedangkan telah disahkan ada oleh peguam negara. Terbukti wang itu ada di situ kerana beliau membelanjakan wang itu," katanya.

Muhyiddin mendakwa, bekas peguam negara itu pernah menjelaskan wang bernilai RM42 juta itu disuntik ke akaun persendirian perdana menteri melalui dua syarikat seperti dilaporkan, iaitu ada beberapa deposit wang dibuat ke akaun perdana menteri.

Katanya, SPRM ketika itu hanya menumpukan siasatan menjurus kepada dana daripada bekas anak syarikat seperti SRC International serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sinar Harian telah menghubungi Abdul Gani untuk mendapat komen lanjut, tetapi tiada respons.

Ceramah anjuran Pas Terengganu itu dibanjiri lebih 3,500 orang.Turut menyampaikan ceramah ialah Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.


Ezam umum keluar Umno

Posted: 03 Oct 2016 02:34 AM PDT

Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor


SHAH ALAM - Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini membuat keputusan keluar daripada Umno.

Menyifatkan ia tindakan sukar, namun kata Ezam, tindakan itu dilakukan demi mempertahankan prinsip perjuangannya yang ingin membawa perubahan terhadap negara ini.

"Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti Umno," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Katanya, sebelum ini beliau menyertai Umno pada Mei 2008 atas prinsip yang sama, iaitu  untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan akta Badan Pencegahan Rasuah (BPR).

Turut menjadi tumpuan adalah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) .

"Perubahan itu benar berlaku sejurus selepas kemasukan saya ke dalam parti Umno dan SPRM yang lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

"Ya saya pernah dipenjarakan di bawah kedua-dua akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua-dua akta ini sering menjadi hambatan kepada perjuangan melawan jenayah rasuah," katanya.

Ujarnya lagi, dalam tempoh menjadi Ahli Dewan Negara pada tahun 2010 hingga 2014, ISA dibahas dan dimansuhkan, sementara OSA tiada tanda-tanda akan berlaku perubahan.

Ezam berkata, bagaimanapun beliau tetap bersangka baik kepada kerajaan transformasi di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan melakukan segala usaha 'mempengaruhi' pentadbiran agar melakukan perubahan khususnya ke atas OSA.

Namun, dakwanya, OSA sebaliknya digunakan ke atas laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam kes membabitkan syarikat pelaburan negara 1MDB.

"OSA bukan sahaja tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan ke atas laporan PAC kes 1MDB. Satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yang mewajarkan penggunaan OSA.

"Ini adalah sejuta langkah ke belakang di dalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan," katanya.

Justeru Ezam berkata, beliau membuat teguran terbuka bagi mendesak tindakan salah itu diperbetulkan, namun tidak diendahkan.

"Beberapa bulan berlalu. Tiada tindakan pembetulan. Malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya. Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yang bersuara memperbetulkan keadaan.

"Maka saya sedar saya bukan lagi di dalam satu parti dan jemaah yang serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih-lebih lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan," katanya.

Beliau turut membuat keputusan menamatkan perkhidmatan di Kementerian Kewangan enam bulan lalu, setahun lebih awal daripada kontrak perkhidmatannya yang berakhir 1 April 2017.


Juanda: Pengumuman kerajaan hiris hati saya

Posted: 03 Oct 2016 02:34 AM PDT



Dr Juanda Jaya


SHAH ALAM - "Pengumuman bahawa projek jambatan yang menghubungkan Daerah Matu ditangguhkan sehingga tahun 2018 menghiris hati saya," demikian kata Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya.

Menerusi laman sosial Facebook, Juanda melahirkan rasa marah dan kecewa dengan penangguhan tersebut selepas ia diluluskan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke-11.

Menurutnya, kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf bukan sahaja mengguris hatinya malah penduduk di kawasan tersebut yang selama ini penyokong setia BN.

"Kasihan penduduk kita yang selama ini cukup setia. Setiap kali menunggu feri, suara kekesalan penduduk tidak dapat disembunyikan lagi.

"Alhamdulillah, telinga saya belum pekak untuk mendengar keluhan rakyat di bawah sana setiap minggu apabila melawat kawasan. Mulut saya pun tidak dapat bisu untuk bercakap tentang kepentingan rakyat yang juga adalah rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berharap rakyat di kawasan pesisir Melanau tidak dijadikan masyarakat kelas kedua.

"Kasihan rakyat di kawasan pesisir Melanau. Mereka juga dahagakan pembangunan seperti rakyat di bandar.

"Takkan kawasan kami tidak ada beza sejak dari sebelum merdeka lagi. Kalau ada yang tidak percaya, sila ke kawasan saya," katanya.

Tegasnya, permintaan penduduk Kampung Igan agar jambatan lalu dalam kawasan kampung diambil perhatian.

"Pegawai kerajaan yang terbabit memberi pandangan tentang lokasi jambatan diharap ingat bahawa kerajaan yang ada, dibentuk dengan undi orang kampung, bukan dengan senioriti.

"Ada mata jangan buta, ada telinga jangan pekak, ada mulut jangan bisu. Ingat, pembangunan dan politik berpisah tiada," katanya.


Jemputan rasmi Permata kepada Bee Yin tak pernah batal

Posted: 03 Oct 2016 02:31 AM PDT

Rizal Mansor
Rizal Mansor - Sumber internet


SHAH ALAM – Tidak ada sebarang halangan bagi Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin untuk berkunjung ke program Permata Negara (Permata), kata pembantu kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah membatalkan jemputan rasmi yang diberikan kepada Bee Yin.

Bagaimanapun Rizal menetapkan syarat yang Bee Yin perlu mengadakan sidang akhbar untuk memberi penjelasan berhubung kontroversi berbilion ringgit melibatkan kerajaan DAP dengan pembinaan terowong Pulau Pinang.

"Dalam masa tiga hari selepas lawatan itu, Bee Yin mesti bersetuju untuk mengadakan sidang akhbar menjemput semua media sebagai balasan lawatan ini.

"Ini juga adalah hak saya untuk menuntut ketelusan daripadanya. Hak saya untuk meminta Bee Yin menjelaskan secara terperinci yang melibatkan dana negeri berbilion ringgit dalam projek itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Rizal memberitahu Been Yee supaya melihat keadaan DAP terlebih dahulu sebelum mempersoalkan akaun bagi program pendidikan awal kanak-kanak berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Teliti dahulu akaun DAP, bukannya Permata]

Permata diketuai isteri Perdana Menteri selaku penaung dengan peruntukan RM30.1 juta dalam bajet kerajaan 2015.


MH370 tak sepatutnya dibenarkan terbang?

Posted: 02 Oct 2016 07:34 PM PDT

 
Wartawan Christine Negroni dalam sebuah buku berjudul Crash Detectives mendakwa syarikat penerbangan Malaysia itu gagal memastikan pesawat malang itu sentiasa dikesan.


Christine-Negroni_mh370


PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines tidak memenuhi peraturannya sendiri untuk menjejak lokasi kehilangan pesawat MH370 ketika ia berada di udara, dakwa sebuah buku baharu, lapor Daily Mail UK.

Wartawan Christine Negroni dalam sebuah buku berjudul Crash Detectives mendakwa syarikat penerbangan Malaysia itu gagal memastikan pesawat malang itu sentiasa dikesan.

Beliau menulis peraturan syarikat berkata lokasi semua kapal terbang perlu dipantau – dengan menghantar data secara tetap untuk pengawal di lapangan terbang – 'di sepanjang fasa penerbangan', lapor akhbar itu.

Tetapi Negroni berkata menerusi laporan juruaudit dalaman, dinyatakan bermula April 2013, syarikat penerbangan itu tidak memenuhi syarat berkenaan dan jika mengikut undang-undang ia tidak sepatutnya dibenarkan untuk terbang.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Setakat ini, penyiasat masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar kehilangan pesawat pada 8 Mac 2014 itu atau menemui bangkainya.

Negroni mendakwa pemangku menteri pengangkutan ketika pesawat itu hilang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tahu mengenai audit berkenaan tetapi tidak mengakuinya kepada wartawan.

Hishammudin pada satu sidang media 2 hari selepas kehilangan pesawat itu berkata tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Syarikat penerbangan itu dimaklumkan oleh kakitangannya sendiri yang ia tidak dapat mematuhi peraturan pengesanan," kata Negroni kepada thedailybeast.com.

Akhbar itu berkata laporan juruaudit yang dilihat Negroni tidak menyatakan berapa kerap kapal terbang sepatutnya dikesan.

Tetapi beliau mendapati penerbangan jarak jauh MAS kini menghantar makluman pengesanan setiap 5 minit.

Peguam warga Amerika Syarikat Blaine Alan Gibson turut menjalankan siasatan persendirian terhadap nasih MH370 dan menemui serpihan bangkai itu pada Mac, menurut akhbar itu.

Operasi pencarian yang diketuai Australia sedang mengorek lantai lautan di sekitar 120,00 km persegi di kawasan terpencil Lautan Hindi di mana pihak berkuasa percaya menjadi tempat terhempasnya pesawat itu.

Pencarian itu hampir tamat, tetapi keluarga kini berdepan kemungkinan ia akan dihentikan

Jangan salahkan persepsi negatif rakyat jika kerajaan terlibat skandal

Posted: 02 Oct 2016 07:16 PM PDT

ong_kian_ming_650x340

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Rakyat tidak patut dipersalahkan kerana mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan kerana ia wujud disebabkan skandal penyelewengan dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin-pemimpin kerajaan sendiri.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata adalah tidak adil untuk kerajaan mendabik dada apabila kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam keadaan baik, tetapi menuding jari ke arah rakyat apabila perkara sebaliknya berlaku.

"Persepsi pakar dan rakyat terhadap isu-isu penting di Malaysia termasuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah berdasarkan situasi politik dan ekonomi dalam negara.

"Jika kerajaan yang gagal mengurus ekonomi dengan baik sehingga menyebabkan kedudukan kita jatuh di peringkat dunia, mereka tidak boleh salahkan rakyat," tegas Penolong Setiausaha DAP Selangor itu kepada Roketkini.

Dr. Ong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan bahawa kononnya aduan rakyat Malaysia antara sebab kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2016-2017 menurun.

Laporan itu mendedahkan bahawa daya saing global Malaysia telah merosot dari tempat ke-18 tahun lalu ke tempat ke-25 daripada 138 buah negara tahun ini.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli seperti dilapor portal berita Malaysiakini hari ini turut menempelak kenyataan Ka Chuan dengan menyifatkan penurunan itu adalah disebabkan oleh kucar-kacir 1MDB.

Setiausaha Agung PKR itu mendakwa dana awam yang sepatutnya diperuntukkan bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan dalam pendidikan awam dan penjagaan kesihatan telah digunakan untuk membayar hutang syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. – Roketkini.com


Rakyat berhak tahu perbelanjaan PERMATA – Bee Yin

Posted: 02 Oct 2016 07:14 PM PDT

yeo_bee_yin

Roketkini.com


PETALING JAYA: Hanya dengan cara mendedahkan akaun perbelanjaan Program PERMATA Negara (PERMATA) secara umum dapat menyakinkan rakyat terhadap ketelusan badan itu dalam memperjuangkan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE).

Tambahan pula, PERMATA sebagai agensi kerajaan perlu bertanggungjawab untuk berbuat demikian khususnya kepada rakyat yang menjadi antara pembayar cukai utama di negara ini, tegas ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin.

Ekoran itu, katanya, pelawaan penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor untuknya sebagai wakil rakyat meneliti dan melawat pusat program tersebut tidak seharusnya disambut prejudis pegawai khas isteri Perdana Menteri itu, Datuk Rizal Mansor.

"Rizal berkata yang saya hanya berminat untuk meneliti buku akaun (PERMATA). Ia tidak benar. Saya (sebenarnya) mahu mendapatkan gambaran sepenuhnya mengenai bagaimana PERMATA digerakkan.

"Lebih-lebih lagi dalam hal pengurusan kewangan (PERMATA), kerana ia adalah bahagian yang amat penting dalam menentukan penilaian prestasi sesebuah agensi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kesediaan Rosmah dan Rizal untuk menyahut cabarannya dalam mendedahkan butir akaun PERMATA demi membuktikan kepada orang ramai bahawa program itu benar-benar telus dan berkesan dari segi pengurusan kewangan.

Bee Yin seperti yang dilaporkan Roketkini sebelum ini mengkritik PERMATA ekoran ketiadaan halatuju strategik oleh pihak kerajaan dalam memastikan wujudnya penjagaan kanak-kanak bermutu tinggi, walaupun mendapat peruntukan besar setiap tahun.

Rosmah seperti yang dilaporkan media mempelawa Bee Yin melawat pusat program tersebut bagi tujuan untuk mengikis tanggapan negatif ramai pihak terhadap usaha yang dipelopornya itu sejak 2007, bagaimanapun ia disambut hambar Rizal.

PERMATA mendapat perhatian baru-baru ini, setelah penganugerahan 'Lead By Example' kepada Rosmah oleh badan agensi antarabangsa dihentikan pada saat-saat akhir ekoran terdapat keraguan mengenai sumber dana yang diperolehi program tersebut. – Roketkini.com


DAP gesa polis ambil tindakan serius terhadap Jamal dan samseng UMNO

Posted: 02 Oct 2016 07:12 PM PDT

14520452_1196018667103548_6555993752782959354_n

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan samseng penyokong Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos menyerang kumpulan konvoi BERSIH di Teluk Intan, semalam.

Kumpulan BERSIH yang tiba di lokasi kejadian setelah merentasi perjalanan dari Lumut bertembung dengan penyokong Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu yang melakukan kekasaran dan provokasi terhadap mereka.

Penyokong Gerakan Baju Merah seperti yang dilaporkan media bertindak merampas kain rentang yang dibawa oleh tiga peserta konvoi BERSIH dan memukul salah seorang dari mereka.

Malah, dalam perjalanan konvoi tersebut ke Teluk Intan, mereka telah diganggu sekumpulan penyokong Gerakan Baju Merah bermotosikal yang menghentak-hentak kereta yang dipandu peserta BERSIH.

Memandang serius insiden itu, Adun Kampung Tungku, Lau Weng San dalam satu kenyataan menggesa agar polis mengambil tindakan pantas menahan dan menyiasat peserta Gerakan Baju Merah yang telah bertindak 'seolah-olah mereka tidak perlu mematuhi undang-undang'.

"Janganlah kegagalan polis mengambil tindakan cepat ditafsir sebagai bertindak berat sebelah dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan politik pihak parti pemerintah," katanya yang juga Penolong Bendahari DAP Selangor.

Ahli Parlimen DAP Kawasan Klang, Charles Santiago berkata, UMNO harus bertanggungjawab terhadap tindakan Jamal dan penyokongnya yang mencetuskan kekacauan tersebut.

"Kegagalan parti pemerintah untuk berbuat demikian hanya membuktikan bahawa pemimpin UMNO juga bersekongkol dengan Jamal dan kumpulannya itu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengulangi desakan yang sama agar polis mengambil tindakan drastik terhadap Gerakan Baju Merah.

"Sudah tiba masa untuk Jamal bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya itu dan tidak terlepas daripada kesalahan seumpama itu lagi," katanya.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng pula berkata, polis harus bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang berlaku sepanjang tempoh selama tujuh minggu konvoi BERSIH sekiranya Jamal tidak diberkas ekoran perbuatan kumpulannya itu.

"Samseng UMNO berbaju merah akan terus membuat kacau sekiranya tindakan mereka tidak dibanteras dari awal," tegasnya yang juga Setiausaha DAP Kuala Lumpur.

Konvoi BERSIH 5 akan menjelajah ke seluruh 246 bandar, pekan dan kampung-kampung bagi memenuhi matlamat untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu-isu berkaitan skandal syarikat bermasalah negara 1MDB dan penyingkiran, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Obor simbolik dengan gaya Sukan Olimpik akan dibawa bersama-sama konvoi terbabit sebelum perhimpunan aman besar-besaran BERSIH pada 19 November akan datang diadakan di ibu kota. – Roketkini.com


PAS tak akan sertai BERSIH 5

Posted: 02 Oct 2016 07:01 PM PDT

DETIK DAILY
 



PAS memutuskan tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan hujung bulan depan, walaupun pada prinsipnya menyokong matlamat asal gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, BERSIH 5 mempunyai banyak matlamat lain yang dirasakan tidak selari dengan pendekatan parti Islam itu pada masa kini.

"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang di bawa Pas sekarang," katanya.

Namun Takiyuddin berkata ketetapan sama ada PAS akan membenarkan ahlinya menyertai himpunan itu secara peribadi belum diputuskan lagi.

"Ahli-ahli mungkin akan pergi itu, kita belum buat arahan lagi sama ada mahu benarkan atau tidak," katanya kepada Sinar Online.

Sementara itu, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan PAS seolah-olah kini 'bersama BN' sekiranya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 5.

"Tidak semestinya begitu, kita tidak sokong satu pihak itu bermakna kita menyokong pihak lain, itu teori yang tidak boleh di pakai semua keadaan, macam PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kita masuk bertanding menentang BN," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengumumkan pihaknya akan menganjurkan himpunan itu bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.


MCA tidak akan rebut kerusi tambahan bagi PRU-14

Posted: 02 Oct 2016 07:01 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Ong Ka Chuan
Ong Ka Chuan
 
 
MCA Pulau Pinang tidak berhasrat untuk merebut mana-mana kerusi tambahan daripada parti komponen lain Barisan Nasional (BN) dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi MCA negeri Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata impian sesebuah parti politik adalah supaya parti dapat berkembang dengan pertambahan kerusi tetapi bukan dengan cara merebut daripada rakan parti komponen BN.

"Kami mengalu-alukan pertambahan kerusi sekiranya diberi mengikut semangat Barisan Nasional dan kami tidak bercadang untuk berebut dengan parti komponen lain sehingga wujudnya pertelingkahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Bagan di sini hari ini.

Katanya jentera pilihan raya telah mula digerakkan di seluruh negeri sejak bulan Jun lepas dan sasaran parti di Pulau Pinang adalah untuk memenangi kerusi yang pernah ditandingi sebelum ini.

Ong yang juga Setiausaha Agung MCA pusat berkata pihaknya sudah mengenal pasti 10 calon yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat individu bagi kerusi Parlimen.

"Setakat ini MCA Pulau Pinang sudah bersedia untuk meletakkan calon bagi semua kerusi yang dipertandingkan pada PRU lepas dan yakin mampu menarik sokongan pengundi kaum Cina," katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan enam calon yang bakal mewakili parti untuk bertanding bagi kerusi parlimen bahagian Bagan dan dua kerusi DUN iaitu Sungai Puyu serta Bagan Jermal.

Katanya daripada enam nama yang akan diserahkan kepada MCA pusat, hanya tiga calon sahaja akan dipertaruhkan untuk mewakili MCA di bahagian Bagan.

"Enam nama iaitu Timbalan Pengerusi MCA Bagan Lim Hai Song, Setiausaha organisasi MCA Bagan Leon Tan, Timbalan Ketua Pemuda MCA Bagan Ang Chor Keong, Bendahari MCA Bagan Sum Yoo Keong, Setiausaha MCA negeri Dr Tan Chuan Hong dan Anggota Perwakilan MCA Bagan Khaw Tee Yong akan diserahkan untuk persetujuan parti pusat," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata senarai pendek calon yang akan bertanding pada PRU-14 itu berkemungkinan mengalami perubahan, jika persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan.
-- BERNAMA


Maut dalam perjalanan ke konvokesyen

Posted: 02 Oct 2016 06:53 PM PDT



Impian seorang penuntut politeknik untuk menggenggam segulung diploma dalam majlis konvokesyen hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia maut dalam satu kemalangan maut di Sabak Bernam pagi tadi.

Mangsa Nurul Azmina Alias, 21 dan berasal dari Flat Sri Melaka, Cheras dan menuntut di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam di sini.

Semasa kejadian di Jalan Kampung Simpang Tebuk Sultan, Sungai Air Tawar itu mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Sungai Air Tawar menuju ke politeknik untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi tadi, Proton Perdana V6 yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum berlanggar dengan papan tanda jalan serta tembok konkrit.

"Mangsa bersama kereta yang dipandu itu terjunam ke dalam parit yang mempunyai kedalaman air setinggi dua meter di bahu kiri jalan itu," katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Ekoran kejadian itu, mangsa disyaki lemas dalam kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, orang awam yang melihat kejadian itu bergegas dan membantu mengeluarkan mayat dari kereta sebelum dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk tindakan susulan.

"Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan lemas," ujarnya lagi. -- MalaysiaGazette


Kisah Zahid Hamidi dan Bersih 5

Posted: 02 Oct 2016 06:53 PM PDT


 
 Oleh Mohd Sayuti Omar


Pushhh... sehari dua ini sibuk sedikit, ada kerja besar dalam hidup saya - menulis dan menyiapkan buku terbaharu, pertama untuk tahun 2016. Tahun ini hanya tinggal dua bulan lebih sahaja lagi. 

Tahun Hijri pula sudah melangkah ke tahun baharu 1438. Sepanjang tahun ini (20016) saya belum menghasil atau menerbitkan apa-apa buku. Jadi saya kena penuh kelendar yang hampir ditutup ini.

Buku terakhir ialah; Nasib: Pas, Amanah dan Najib dalam PRU14. Buku itu terbit diakhir tahun lepas. Sedang elok selesai proses penerbitan berurusan dengan pencetak saya masuk wad, dan terpaksa melayan diri berbulan-bulan. Kerja rutin menerbitkan buku jadi tertangguh. Urusan pengedaran dan penjualan buku itu juga terjejas.

Alhamdulilah, dengan masa tersisa ada dua bulan setengah ini saya sedang menyiapkan buku mengenai analisis Piraum ke-14 di samping menduga dan memfirasatkan siapakah yang akan menjadi PM sebagai mengganti Najib Razak. Setakat ini penulisan lancar dan laju serta melekakan sehingga ada kala terabai makan dan minum telan ubat sekali.

Gara-gara itu sudah pasti blog dan media sosial lain tertinggal oleh saya. Isu pula banyak dan cepat berlalu bagaikan hujuh di awal Disember. Semua isu menarik untuk diulas, diberi pencerahan serta justifikasi mengikut laras pemikiran kita, saya.

Permainan dan percaturan politik bangsa kian kronik dan kronik.

Ada dua isu yang menarik perhatian saya dan perlu diulas tetapi kerana kengkangan masa ia terlepas atau hampir terlepas. Pertama isu penampilan Zahid Hamidi di persidangan PBB. Isu bahasa dan wibawa Zahid sebagai TPM.

Ucapannya panjang lebar dalam bahasa Inggeris. Penampilan Zahid berucap dalam bahasa Inggeris itu menjadi isu. Ada yang menyinis dan ada yang memuji Zahid. Ada yang kata bukan soal ketidakfasihan beliau dalam bahasa Inggeris perlu diketengahkan, tetapi isi ucapannya itu perlu dinilai.

Saya setuju soal ketidakfasihan bahasa Inggeris Zahid. Dia bukan berlajar dalam aliran Inggeris pun. Alirannya ialah bahasa Melayu sedikit Arab. Tidak seperti Najib belajar di luar negara atau seperti anak-anak bangsawan lain yang berpeluang mendalami bahasa Inggeris berfikir bahkan berbudaya Inggeris. Saya setuju juga apa harus dinilai ialah intisari ucapannya.

Dalam hal ini saya mengambil sikap berkecuali dalam dua keadaan itu. Bagi saya yang setuju sangat kalau bahasa Melayu dimartabatkan di arena antarabangsa. Cara memartabat itu selain daripada memurnikan sebutannya ialah menjadikan ia alat pertuturan menyampaikan hujah dan pandangan yang baik.

Kenapa Zahid tidak berucap dalam bahasa Melayu? Kenapa harus memilih bahasa Inggeris? Tidak ada alasan kalau hendak katakan pendengarnya (delegasi) tidak faham sebab ia ada penterjemah. Dalam hal ini bagi saya Zahid tidak mempunyai jatidiri yang kental mengenai bahasanya sendiri. Dia berasa rendah diri, tidak yakin dan berasa jatuh nilai kalau bertutur dalam bahasa Melayu.

Pemikiran Zahid masih lagi pemikiran lama yang tidak harus lekat kepada bakal PM.

Walhal Zahid patut menjual bahasa dan harga dirinya di sidang berkenaan. Belum pernah ada penutur dari Malaysia yang bercakap bahasa Melayu dalam sidang PBB? Semua bercakap dalam bahasa Inggeris. Selain mereka kebetulan mendapat dididikan Inggeris, mungkin mereka juga rasa rendah diri kalau berucap dalam bahasa Melayu. Seperti apa dialami Zahid itu. Maka walaupun sebutannya tidak betul tetapi janji dia boleh menyembur kata-kata tertulis dalam bahasa Inggeris.

Pada tahun 70an kalau tidak salah, pernah seorang wakil dari Malaysia yang mendapat peluang berucap dalam satu sidang PBB menggunakan bahasa Arab. Orang itu ialah Ibrahim Azmin, bekas wakil rakyat Kuala Nerus. Dia memang belajar di Arab, Ummu Qura Makkah. Hairan juga saya kenapa dia tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu sling Terengganu? Kalau itu boleh dibanggakan tentu ada kelainan penutur dalam sidang PBB, hanya itu sahajalah.

Mengenai isu Zahid dan bahasa Inggeris ini, saya sudah lepas komen sinis saya dalam twiter berbunyi: bahasa Inggeris Zahid sudah ada peningkatan. (Peningkatan di sini bunyi "idran" Jawanya kurang. Mungkin sebelum ke PBB dia sudah berlatih menyebut sling bahasa Inggeris ala PBB dengan rajin dan bersungguh. Lain kali kita mahu dengar Zahid berucap dalam bahasa Melayu di PBB pula seperti mana Seokarno dari Indonesia yang tidak pernah memperkecilkan bahasanya walaupun di mana dan di hadapan siapa pun beliau berpidato.

Demikian Karno yang berani dan tidak heran kepada mana-mana bangsa. Dia adalah petriotik yang sejati.

Bersih 5

Isu kedua menarik juga ialah mengenai road show pramula Bersih 5 yang diadakan di beberapa buah bandar besar pada hari Sabtu. Melihat kepada catatan dan pemasukan foto aktiviti itu di muka buku meriah sekali. Sambutannya rata-rata dalam skala kecil sahaja. Tetapi yang penting ia meriah dan menggambarkan rakyat sedia bangkit. Antara yang sempat dibaca road show atau dalam bahasa lain kerahan di buat di Perlis, Kota Bharu, Melaka, Pulau Pinang dan juga di Teluk Intan.

Majlis berjalan aman kecuali di Telok Intan ada provokasi  - DETIK DAILY

Tiada ulasan: