Selasa, 20 September 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


JEFF OOI, TANGAN UMNO DAN WAN A. RAHIM

Posted: 20 Sep 2016 02:03 AM PDT



JEFF OOI, TANGAN UMNO DAN WAN A. RAHIM

- oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Inilah tribulasi yang terpaksa PAS hadapi. Cukup rencam dan beraneka. Antara kebencian politik DAP dan kejahatan kerja tangan UMNO, PAS dihimpit di satu sudut lagi oleh dendam kesumat PAN. Semuanya sedang berpencak di hadapan PAS dalam senario menghadapi PRU14. Bersediakah semua penyokong dan ahli PAS menjadi perisai dan pedang perjuangan ini?

Kebencian DAP terhadap PAS dilontarkan melalui kebiadapan Jeff Ooi yang mempersendakan pemergian TG Datuk Harun Din. Walaupun sikap malaun ini dianggap oleh Lim Guan Eng sebagai tidak mewakili DAP, namun wajah DAP tertempel jelas dalam kedurjanaan ini. Sebab itulah DAP tidak menegur sikap kurang ajar Jeff Ooi tersebut.

Jeff Ooi membenci almarhum kerana ketegasan almarhum menegakkan dan memperjuangkan Islam. Almarhum adalah antara ulama besar dalam PAS yang mendokongi Majlis Syura Ulama. Semua sedia maklum betapa bencinya DAP kepada ulama PAS yang membentengi TG Haji Hadi dan dasar PAS. Kepimpinan ulamalah yang menggagalkan usaha proksi DAP iaitu PAN daripada menerajui PAS melalui muktamar di Kuala Selangor dulu. Tak dapat tanduk telinga dipulas. Tak dapat merebahkan TG Dr Harun Din, menerima berita kematiannya pun sudah cukup untuk melunaskan kebencian DAP.

Serentak dengan itu, UMNO pula menjadi tangan ghaib dalam SPR. Orang yang buta politik sahaja tidak nampak 'peranan' UMNO dalam persempadan semula kawasan pilihanraya. SPR memperkotak-katikkan sempadan DUN dan Parlimen dengan sejelas-jelasnya dengan cara menimbun kekuatan pembangkang di suatu kawasan dan membuka ruang lebar untuk UMNO menawan kawasan-kawasan lainnya. Dalam bahasa mudah,andai dalam satu Parlimen yang ada 4 DUN yang mencabar bagi UMNO, SPR cuba mengheret dan melonggokkan pengundi pembangkang dalam satu DUN di samping membuka ruang besar untuk UMNO merampas 3 DUN lagi . Para pembaca boleh mengikuti analisis persempadanan baru yang diviralkan melalui media baru sekarang.

UMNO tak pernah redha dengan PAS. Sebab itulah PAS istiqamah berjuang untuk menumbangkan UMNO walaupun berpegang dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera ( BPMS). PAS tak pernah kendur menentang kebobrokan UMNO. PAS tegas menolak untuk bersama dengan UMNO/BN. Hanya manusia yang bermain-main dengan politik fitnah dan kebencian menggegar-gegerkan UG.
Manusia itulah apabila tersepit dan terdesak mengajak PAS berunding untuk menentang UMNO/BN 1 lawan 1.

Manusia tadi boleh menjelma dalam bentuk Wan Abdul Rahim, Pengerusi PAN Kelantan. Pelbagai alasan (sebenarnya putar-belit) dicari untuk menjelaskan dakwaan 10 ADUN keluar PAS bersama Husam Musa. Habis penyokong-penyokong PAN mengalih muka kerana malu mendengar hujah lawak Wan Abdul Rahim. Manusia lawak inilah 'membentang kertas-kerja' untuk menjatuhkan PAS di Kelantan.

Bagi Wan A. Rahim dan pemimpin PAN, digambarkan PAS tak mampu lagi mempertahankan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN. Jadi, dakwa mereka lebih baik rakyat Kelantan bersama-sama dengan PAN untuk menyelamatkan Kelantan sambil berpaut secara biadap pada nama almarhum TG Nik Abdul Aziz.

Demikian gerbang politik yang akan dilalui oleh PAS. PAS perlu ada kekuatan dan keteguhan dalam berhadapan dengan situasi ini. Penyokong dan ahli PAS tak boleh lagi hanya gagah dengan kata-kata semangat yang semua orang boleh 'paste and copy' melalui whatsapp atau media baru.

Di manakah kita berkubu sebenarnya? Adakah dengan meninggalkan aktivis parti bertungkus-lumus dengan pelbagai tugas parti yang terpaksa dipikul sendiri kerana kekurangan amilin, sudah cukup kita titipkan kata-kata motivasi ? Sedangkan kita melayan dan bermanja-manja dengan gaji beribu di bilik-bilik berhawa dingin. Masihkah kita bersembunyi di bawah ketiak penguasa demi zon selesa? Motif tulisan aku adalah untuk menghulurkan sebilah pedang seorang satu.

Tiada ulasan: