Khamis, 29 September 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Bakal Berkubur Lantaran Ulamanya Suka Memfitnah, Memaki Hamun Dan Berdusta

Posted: 29 Sep 2016 01:40 AM PDT

Dakwaan tolak RUU Pindaan Akta 355 boleh gugur iman, akhirnya ustaz Pas kembali membuat pusingan kebelakang (UTURN) dan segera memohon maaf. Itulah Pas ketika bercakap sering kali sembero berhujah tanpa berfikir. Selepas membuat hukum segera pula menarik balik hukum seolah pemimpin Pas bebas mengeluarkan hukum sesedap rasa.

Inilah yang di namakan cakap mengikut hawa nafsu tanpa merujuk nas, dalil dan siasatan yang terperinci. Untuk makluman, Ustaz yang sama juga pernah mengeluarkan kenyataan tiada Azan di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang akhirnya segera menarik balik fitnah tersebut setelah mendapati ianya hanyalah ucapan fitnah.


Inikah yang di namakan dengan ISTIQAMAH? Tidak pernah berpegang dengan apa yang di ucapkan. Cakap-cakap hanyalah untuk menakut-nakutkan ahli Pas agar dapat membendung ahli daripada keluar meninggalkan parti. Ahli-ahli di takutkan dengan menggunakan hukuman gugur akidah, murtad, munafik, kafir dan sebagainya supaya mengekalkan sokongan kepada parti.

Tidak hairanlah ahli Pas di lihat sentiasa terkesima dengan sebarang kenyataan pemimpin mereka. Hendak di tolak mendatangkan kebimbangan kalau-kalau gugur akidah. Sejarah Pas zaman berzaman membuktikan ahli tegar telah di doktrinkan mesti wala'(patuh) serta tsiqah (percaya) dengan kepimpinan. Setiap ahli di kehendaki baik sangka dengan pemimpin parti.

Oleh kerana itulah pemimpin Pas boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan hukum. Kebolehan mereka memutar belitkan hukum terus menjadi tanda soal terutamanya ustaz-ustaz jadian yang hanya di celup setahun atau 2 tahun pengajian pondok. Ada juga yang berkelulusan guru sejarah tetapi mendapat title(gelaran) ustaz hanya kerana kebolehan mereka mengupas persoalan ugama.

Banyak lagi ustaz-ustaz jadian keluaran Pas telah di endorse(mendapat sokongan) daripada berlatar belakangkan pendidikan sekular kepada gelaran ustaz supaya dapat menjadikan parti sebagai jalan pintas untuk mendapat sokongan. Cuba perhatikan dan selidiki!

Banyak lagi persoalan yang boleh di pertikaikan. Inilah pentas-pentas mudah untuk mendapatkan envelope. Ada kalangan mereka yang menjadikan ini sebagai jalan mudah dengan menjual ugama dengan harga yang sedikit. Hukum ke hulu amal ke hilir.

Wahai orang- orang yang beriman, jika ada seorang fasiq datang kepada kalian dengan membawa suatu berita, maka tabayyunlah (teliti/selidikilah dulu), agar jangan sampai kalian menimpakan suatu bahaya pada suatu kaum atas dasar kebodohan, kemudian akhirnya kalian menjadi menyesal atas perlakuan kalian.
[Al-Hujurât 49:6].

Kepada rakan-rakan yang masih berada di dalam Pas selidiklah terlebih dahulu daripada terus menelan bulat-bulat sebarang hukum yang di lemparkan agar tidak mendatangkan fitnah kepada orang lain. ~Bekas Ahli Pas

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Akhirnya dia memohon maaf. Ini kali kedua. Kali pertama dulu beliau memohon maaf kerana memfitnah kerajaan Pulau Pinang. Dalam tazkirah Ramadan sewaktu kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar berlangsung, Shaharuddin mendakwa akan berlaku larangan azan di masjid-masjid jika DAP memerintah seperti yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.

Sekarang ini nampaknya PAS menggunakan talian-talian hayat seperti fitnah, takfiri dan pendustaan untuk kelansungan PAS dan peliknya ia dilakukan oleh orang yang bergelar ustaz dan ulama.

Berikut ialah contoh-contohnya lagi:




Apabila yang bercakap dusta dan fitnah itu seorang yang bergelar ustaz dan ulama, maka apakah kredibiliti yang ada lagi kepada parti yang dia wakili itu?

Memaki hamun pula sudah tidak asing lagi kepada golongan ini.

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Ia adalah petanda kehancuran jemaah dan partinya sendiri.

Golongan yang melampau batas itu akan tetap menerima hukuman kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas sepertimana peringatanNya berkali-kali di dalam Al-Quran:

Innallaha la yuhibbul musrifiin
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas




FEATURED ADS


[VIDEO] PAS Guna RUU 355 Untuk Mengkafir Sana Sini...

Posted: 28 Sep 2016 07:32 PM PDT

PAS kini didapati menggunakan RUU 355 sebagai modal baharu untuk mengkafirkan orang lain.

Di dalam satu video yang tersebar luas di media sosial, seorang penceramah PAS yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Padang Serai telah menganggap seseorang yang tidak menyokong RUU 355 sebagai "jatuh iman" disamping memberi contoh yang keterlaluan menggunakan nama seorang pemimpin tertinggi Keadilan iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berikut ialah sedutan ceramah ugama yang disampaikan:


"KAK WAN... KAK WAN KENA ANGKAT TANGAN! KALAU KAK WAN TAK ANGKAT TANGAN, BOLEH MENYEBABKAN "JATUH IMAN" KALAULAH DITAKDIRKAN... LEPAS TAK ANGKAT TANGAN ITU MATI, KAMI TANAM JERAT".

Begitulah sikap pimpinan PAS yang ada merujuk kepada ura-ura PAS untuk membentangkan Bil Persendirian untuk meminda RUU 355 yang didakwa untuk memperkasakan mahkamah syariah.

Shahrudin menyatakan bahawa jika Presiden Keadilan itu mati sejurus selepas tidak angkat tangan (untuk menyokong RUU 355), beliau menyatakan beliau akan menanamkan jenazah itu di jerat (perkuburan orang Cina bukan Islam).

Ramai pihak menganggap ucapan pemimpin PAS itu sebagai amat keterlaluan dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Bagan Serai hari ini telah mengeluarkan kenyataan meminta agar Ustaz Shahrudin meminta maaf secara terbuka di atas kelancangan ucapannya itu.

Sebelum ini, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yusoff menyatakan RUU persendirian untuk meminda Akta 355 Mahkamah Syariah yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat kabur dan akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

Malah katanya, langkah dibuat Presiden Pas itu akan mengundang cabaran di mahkamah dan mungkin akan dicabar atas alasan bercanggah dengan perlembagaan.

"RUU 355 setakat yang kita lihat perlu dibantah sebab pada akhirnya ia akan mendatangkan fitnah kepada Mahkamah Syariah.

"Sebagai seorang Islam kita perlu menyokong usaha memperkasa mahkamah syariah tapi ini (RUU355) bukan caranya.

Sementara itu, semakan terhadap Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan membertakan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah.

Cadangan pindaan itu dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984

Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.

Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.


Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.

Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu?

PAS perlu hentikan segera retorik RUU 355 untuk mendapat sokongan orang Islam terhadap partinya dengan mengkafir mereka yang menolak usul persendirian berkenaan kerana RUU 355 bukan soal aqidah. malah keseluruan RUU berkenaan adalah di bawah Perlembagaan Lord Reid, malah mengukuhkan RUU bererti mengukuhkan Perlembagaan Lord Reid yang ditentang oleh PAS sendiri.

Apa-apa pun hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS bakal terhukum kkerana sikapnya yang melampau batas itu.

Sementelah lagi ramai yang masih ragu-ragu dengan keikhlasan UMNO samada akan membenarkan Haji Hadi untuk membentangkan Bill Persendiriannya pada persidangan parlimen bulan Oktober depan setelah ditangguhkan sebaik saja ia dibacakan buat kali pertama pada persidangan parlimen yang lalu. -Greenboc.









FEATURED ADS


Tiada ulasan: