Rabu, 7 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemuda Amanah sokong Anwar dan Mahathir menentang kleptokrasi

Posted: 07 Sep 2016 03:52 AM PDT

 Lihatlah kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan sokongan kepada kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai titik tolak kepada penyatuan rakyat menolak kekejaman rejim Umo-BN pimpinan Najib Razak.

 Itu pendapat Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil ketika pertemuan bersejarah kedua-dua tokoh berkenaan selepas 18 tahun yang mengundang pro dan kontra rakyat Malaysia.

 Menurutnya, rakyat harus mencontohi jiwa besar mereka memandangkan Mahathir telah menunjukan sokongan secara terbuka dalam menolak pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

 "Akta MKN adalah akta zalim yang mencabul kebebasan rakyat dan keluhuran perlembagaan. Justeru, kebersamaan Anwar dan Mahathir dalam penentangan akta ini menjadi contoh teladan bahawa rakyat perlu bersatu menentang kezaliman melangkaui sempadan ideologi politik," ujarnya dalam kenyataan hari ini.

  Beliau berkata, pertemuan kedua-dua negarawan itu yang disulami senyuman dan berjabat tangan adalah satu isyarat jelas kepada rakyat bahawa mereka merupakan pemimpin berjiwa besar yang sanggup bersama-sama meletakkan kepentingan rakyat mengatasi sengketa.

 "Perjuangan reformasi yang dipimpin Anwar pasti akan lebih bersemarak, inklusif dan ekstensif dengan sokongan bekas dan ahli Umno termasuk Tun Mahathir.

 "Rakyat terutama anak muda harus bersama dengan gerakan menjatuhkan pemerintahan kleptokrasi (pemerintahan oleh pencuri) Najib Razak," jelasnya.

 Tambah Faiz, usaha untuk menyelamatkan negara tercinta ini bukan lagi pilihan sebaliknya satu kewajipan.

  Sehubungan itu, Pemuda Amanah, ujarnya lagi, akan terus berjuang bersama Pakatan Harapan menggerakkan massa bagi mencapai matlamat suci ini demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

  Semalam, Mahathir sempat bertemu Anwar sebelum mahkamah bersidang dan mereka kelihatan berpelukan seketika serta bersalaman sebelum beransur ke bilik saksi selama 30 minit ~ sumber

Harap Shazni Munir segera bersihkan hingusnya...

Posted: 06 Sep 2016 11:00 PM PDT


  Dalam satu kenyataan, Ketua Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menyambut baik pertemuan dua tokoh negarawan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

  Khalid berharap pertemuan mereka itu sebagai satu lonjakan sokongan terhadap pembangkang agar matlamat menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tercapai.

  Beliau menganggap ia satu 'gelombang baharu' dan gandingan kedua-dua pemimpin ini menjanjikan satu kekuatan kepada pakatan pembangkang. (Klik untuk ucapan Khalid yang menyambut baik pertemuan dua tokoh tersebut di sini)

 Tiba-tiba Naib Ketua Pemuda AMANAH buat komen yang mengarut dan merapu suruh Tun M lakukan yang bukan-bukan...  Ini sangat bertentangan dengan sikap inklusif yang patut ada pada parti Amanah Negara.

 Sikap keterbukaan Amanah dapat kita lihat sebagaimana yang dipaparkan oleh Dato Husam yang mengalu-alukan Tun M bertanding di Putra Jaya PRU 14 nanti?

  Begitu juga dengan sikap terbuka Khalid Samad yang sedia memberi laluankepada parti baru Tun M, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding menentang PAS dan Umno di kerusi majoriti Melayu.

  Kita harap Shazni Munir segera kesat dan bersihkan hingusnya yang sedang meleleh... baca teguran Datuk Khairuddin yang menganggapnya sebagai 'Budak Hingusan' :
 Penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menempelak Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin kerana mempersoalkan keikhlasan bekas perdana menteri itu untuk 'berbaik-baik' dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambil melabel Munir sebagai "budak hingusan", Khairuddin menyelar pemimpin belia AMANAH itu kerana gagal memahami kepentingan pertemuan kedua-dua mereka semalam.

 "Budak hingusan ini tak faham bahasa! Apabila Allah SWT mengizinkan pertemuan di antara Dr Mahathir dan Anwar, kita patut bersyukur kerana (ini) permulaan pertemuan di antara kedua-dua tokoh pemimpin ini berjalan secara baik serta harmonis!

 "Dalam ertikata lain, ini adalah permulaan yang amat ideal yang bakal memberi munafaat kepada keseluruhan bangsa Melayu, Islam dan keseluruhan rakyat di tanah air kita.

 "Pertemuan bersejarah ini juga adalah detik permulaan yang amat bermakna ke arah memantapkan lagi perpaduan sesama parti-parti pembangkang di bawah Pakatan Harapan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

 Khairuddin berkata AMANAH selaku sebuah parti di bawah Pakatan Harapan, harus menyokong pertemuan itu dan bukannya meletakkan pelbagai syarat lain.

 Munir dalam kenyataan medianya  menuntut Dr Mahathir turut menghadiri perbicaraan kes liwat II melibatkan bekas timbalannya itu dan membuat permohonan maaf terbuka kepada rakyat.

 Semalam, Dr Mahathir membuat penampilan mengejutkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada permohonan Anwar untuk mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.

 Ia adalah pertemuan sulung kedua-dua mereka selepas 8 tahun apabila Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu memecat timbalannya, Anwar dan memenjarakannya atas dakwaan kesalahan meliwat dan menyalah-gunakan kuasa.

 Anwar dibebaskan pada 2004 selepas tuduhan liwat itu dibatalkan tetapi beliau kembali ke penjara sekali lagi pada tahun 2015 di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan sama. Mengulas lanjut, Khairuddin berkata Munir perlu bersikap lebih matang dalam politik.

 "Pandang ke hadapan secara lebih positif demi untuk menguatkan lagi barisan kita bagi membuat persediaan menghadapi PRU14 akan datang.

 "Kalau Shazni Munir bankrap idea dalam politik; duduk diam-diam dan ikut saja tindakan tokoh-tokoh pemimpin tertinggi menerajui barisan pembangkang secara pragmatik bagi menjaminkan kemenangan Pakatan Harapan menawan Putrajaya selepas pilihanraya umum yang akan datang," katanya. ~ 
sumber  

Perak negeri kedua paling miskin : Zambry jangan nak bohong rakyat Perak!

Posted: 06 Sep 2016 05:30 PM PDT

Pemimimpin Pakatan Harapan Perak sewaktu mengadakan sidang media kelmarin
mendedahkan cubaan Zambry yang cuba memutarbelitkan laporan KRI
    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry sangat kecewa dengan laporan kajian yang dibuat oleh Insitut Penyelidikan Khazanah (KRI) bahawa Perak menjadi negeri kedua yang mempunyai isi rumah kurang di bawah RM2,000 sebulan selain 81.1 peratus isi rumahnya berpendapatan kurang RM6,000 sebulan.

 Marah dengan kajian tersebut walaupun ia adalah berasaskan kepada maklumat rasmi yang diperolehi dari Jabatan Stastistik, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk tempoh sehingga 2015, Zambri telah menggesa KRI membuat kajian kali kedua Keadaan Isi Rumah dengan disertai sama oleh pihak Jabatan Statistik dan juga Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

  Pakatan Harapan Perak yang mengadakan sidang media petang kelmarin telah menempelak tindakan Zambri yang cuba memutarbelitkan dan menafikan laporan kajian tersebut dan menuntut Kerajaan negeri BN meminta maaf kepada rakyat kerana Perak kini negeri kedua paling miskin!

Kenyataan media penuh adalah seperti beikut : 

1. Laporan kajian Khazanah Research Institute (KRI) state of household report II menunjukkan negeri Perak kini telah menjadi negeri kedua paling miskin diseluruh Malaysia.

 2. Laporan tersebut adalah berasaskan kepada maklumat rasmi yang diperolehi dari Jabatan Stastistik, Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk tempoh sehingga 2015.

 3. Laporan tersebut jelas menunjukkan 81.1% isi keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM6,000 sebulan, iaitu paras pendapatan secara purata peringkat kebangsaan. Keadaan ini menyaksikan Perak menduduki kedudukan ke-2 paling bawah selepas Kelantan(84.8%) sementara Perlis bersama Pahang menjadi negeri ke-3 paling miskin. (80.3%).

 4. Harus diperhatikan semua negeri miskin adalah ditadbir oleh BN dan PAS sementara negeri Pulau Pinang & Selangor yang diurus oleh Pakatan mempunyai prestasi yang jauh lebih baik, iaitu menduduki tempat ke-3 dan Ke-7.

 5. Laporan tersebut menunjukkan Kedudukan Perak sebenarnya lebih parah kerana berdasarkan kepada pendapatan purata seisi keluarga(means & average household income), Perak juga menduduki kedudukan ketiga paling bawah.

 6. Laporan KRI juga mendedahkan bahawa 21.3% keluarga di Perak hanya memperolehi pendapatan kurang dari RM2,000 sebulan dan 40% keluarga di Perak mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Kedudukan ini menunjukkan Perak berada di kedudukan kedua paling teruk selepas Kelantan.

 7. Laporan tersebut juga menunjukkan kurang dari 20%, iaitu 18.9% keluarga di negeri Perak mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM6,000.00 iaitu paras purata peringkat kebangsaan.

 8. Laporan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri juga menunjukkan di bawah BN, Perak kini juga merupakan negeri yang mempunyai paling ramai keluarga miskin yang berpendapatan kurang dari RM2380.00 sebulan, iaitu sejumlah 122,000 buah keluarga di Perak diletakkan dalam kategori ini. 

9. Dari segi penarikan pelaburan asing, atau FDI, Perak juga menduduki tangga bawah di No.9, satu pencapaian yang cukup hambar.

 10. Walaupun kerajaan BN Perak berasa marah dengan laporan Khazanah Institut ini, tetapi kemarahan Menteri Besar Dato Seri Zambry Abdul Kadir sedikit pun tidak mengubah nasib malang rakyat negeri Perak sebaliknya ia hanya mendedahkan kelemahan dan prestasi buruk kerajaan BN yang diterajui olehnya.

 11. Walaupun kerajaan negeri BN cuba menutup kelemahan dengan mendakwa mereka berjaya mengurangkan paras kemiskinan dalam negeri Perak tetapi semua pihak perlu sedar takrifan kemiskinan yang ditetapkan oleh BN untuk menipu rakyat adalah untuk keluarga miskin tegar, ia bererti keluarga berpendapatan kurang dari RM520.00 sebulan dan keluarga miskin pula RM830.00, ini adalah satu paras ukuran yang tidak masuk akal dan tidak bertapak di atas bumi yang nyata.

 12. Penjelasan kerajaan negeri bahawa Perak mengalami pertumbuhan KDNK atau GDP sebanyak 37.07% dalam tempoh 5 tahun adalah meleset & tidak berasas sama sekali. Kenyataan kerajaan negeri jika benar bererti Perak mengalami pertumbuhan ekonomi tahunan lebih 7.41% secara purata yang mana jelas adalah satu pembohongan.

 13. Pakatan Harapan mendesak kerajaan negeri BN berhenti memutar belit isu ini sebaliknya memohon maaf segera kepada semua rakyat negeri ini dan mengumumkan dasar & rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan paras pendapatan rakyat Perak supaya rakyat bebas dari belenggu kemiskinan.

Tarikh : 6hb September, 2016
 Pakatan Harapan Perak

Tiada ulasan: