Ahad, 4 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dedah pembohongan Ust Nassarudin Daud, Exco Kelantan

Posted: 04 Sep 2016 03:00 AM PDT

Selepas tukar bendera,sekarang di cat warna oren..
  Apabila pas pecat Dato Husam dari parti lamanya, Husam pun ambil semula bangunan yang gah dan cantik yang selama ini Husam beri PAS guna buat pejabat bertahun-tahun lamanya...

  Bendera Amanah dinaikan menggantikan bendera parti lama.Bangunannya dicat warna oren, iaitu warna Amanah menggantikan yang hijau...

 Tetiba lebai Pas yang tak tahu kenang jasa yang selama ini menumpang percuma di bangunan tersebut memfitnah bahawa Husam merompak bangunan PAS? Memang melampau dan tidak senonoh sunggoh!

  Ustaz Nassarudin Hj Daud, Adun Meranti yang merupakan exco kanan Kelantan telah mendakwa bahawa tanah Pusat Khidmat Adun Salor, Kubang Krian, Kelantan itu adalah milik Pas.

   Menurut Nassarudin, tanah yang asalnya milik kerajaan itu kemudiannya diserahkan menjadi Pejabat Dun yang diwakili Dato Husam Musa.

  Menyangkal dakwaan tersebut, En Ibrahim bin Sulaiman (gambar) anak saudara kepada Pn Minah, pemilik asal tanah pejabat Dun Salor itu,  telah menjelaskan status tanah tersebut dengan terperinci dengan mengemukakan salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini.

  Menurut maklumat, En Ibrahim yang ditemubual, bahawa pemilik asal tanah tersebut ialah Pn Minah binti Musa. Didaftarkan: Tahun 1960. Jadi Hak Milik: Tahun 1961

  Kemudian ianya menjadi milik kepada Pn Saripah binti Dollah pada tahun 1993. Puan Saripah ialah isteri kepada Dato' Rosli Ibrahim. Dato Rosli telah menyerahkan tanah tersebut kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

  Jadi jelas bahawa dakwaan Ust Nassarudin bahawa tanah tersebut kepunyaan Pas adalah bohong.

 Dan bahawa tanah tersebut adalah milik Kerajaan negeri yang kemudiannya diserah untuk dijadikan Pejabat Dun Salor sebagaimana dakwaannya juga adalah bohong.

  Tanah tersebut adalah milik persendirian yang telah diserah oleh tuan tanah tersebut  kepada Dato Husam Musa untuk aktiviti beliau.

   Ternyata apa yang Dato Husam Musa katakan bahawa bangunan tersebut adalah hak miliknya adalah benar.

 Ayuh kita sama-sama menyertai kebenaran dan jangan terus diselubungi dengan pembohongan dan kepalsuan. SERTAI AMANAH UNTUK BUAT PERUBAHAN.

Nota : Untuk salinan Geran Pemilik Asal dan Pemilik Terkini, sila klik di sini 

Husam : Hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru

Posted: 03 Sep 2016 07:00 PM PDT

  Kini kita semua sudah tahu di mana Dato Husam.... Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, sewaktu diakhir hayatnya juga pernah bertanyakan dimana Dato Husam....

  Alhamdulillah... kerana Dato Husam selama ini tetap istiqamah bersama dalam perjuangan almarhum TGNA.

   Husam sekadar berhijrah meninggalkan bahtera lama yang tidak tentu hala arah tujuannya untuk bersama bahtera AMANAH yang lebih jelas arah tujunya...

  Sebab itu Husam juga mengajurkan kepada rakan-rakan yang lain yang mahu mengikut perjuangan Allahyarham TGNA supaya turut menyertai AMANAH.

   "Bagi orang PAS yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mereka kena menyertai AMANAH kerana hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru." Jelas Husam.

Selamat berehat Tok Guru ku 

Almarhum TGNA dgn Dato Husam, di saat saat akhir hayat TGNA di HUSM,
dimana waktu tu Dato Husam di luar Kelantan balik segera bila TGNA memangil 
untuk berjumpa beliau - Ehsan Syam Ghaz
    "Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.

 Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegaslah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.

 Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?" Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.

Apakah yang telah diperkatakan oleh almarhum kepada Husam? Masih menjadi
 rahsia antara mereka berdua.... - Ehsan Syam Ghaz
  Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.

 Selain Husam, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyebut nama Abang Ya (pegawai polis berpangkat Kopral, bekas pengawal peribadi beliau semasa menjadi MB), ketika beliau berehat di HUSM kali ini.

 Sejak melepaskan jawatannya sebagai MB, kesihatan Nik Aziz merosot teruk. Beliau sering bersungut keletihan. Wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Pulau Melaka menjadi rumah kedua beliau.

 Memang, dengan umurnya mencecah 82 tahun dan segenap tenaga diberikan untuk jamaah dan kerajaan selama ini, beliau wajar banyak berehat.

 Namun beliau sering menyebut dua nama yang seangkatan dengan beliau apabila mengenangkan kesihatannya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew. Kedua-duanya lebih tua dari beliau namun masih aktif dan sihat sedangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital.

 Saya membuat temujanji untuk mewawancara beliau pada jam 11.30 pagi 19 Ogos di JKR 10, Kota Bharu. Ketika itu, pihak yang menjaga beliau penuh yakin, ia boleh diadakan.

 Di Kuala Lumpur, saya telah memberitahu pihak pengurusan The Malaysian Insider, ia bukan satu yang pasti memandangkan status kesihatan Tok Guru yang sangat disayangi ramai itu.

 Selepas tidak boleh bertemu di JKR 10, saya ke HUSM petang itu juga untuk melihat sendiri keadaan beliau. Ketika itu anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anggota Parlimen Pasir Mas baru sampai dari Kuala Lumpur. Seorang doktor pakar ketika itu sedang memeriksa beliau.

 "Ayah ok. Cuma dia perlu rehat," kata Nik Abduh."Tadi ayah bercakap dengan saya dan meminta membuat kenyataan mengenai Mesir," tambah Nik Abduh sambil membaca catatan kenyataan dari Nik Aziz itu yang sangat tidak berpuashati dengan regim tentera yang merampas kuasa dan seterusnya membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Beliau juga tidak berpuashati dengan pemerintah Arab Saudi yang menyokong tindakan itu.

 Doktor yang merawat beliau juga berkata, "Tok Guru ok. Insya Allah esok boleh kalau dia nak balik. Tetapi lebih baik dia rehat di sini."

 Menurut Nik Abduh, di rumah mereka dekat Pulau Melaka orang ramai sentiasa datang untuk bertemu ayahnya walaupun sudah tidak menjadi MB lagi.

 "Kami telah memberitahu mereka supaya datang waktu solat lima waktu. Kalau ayah turun solat, bermakna dia sihatlah," beritahu Nik Abduh. Sebab itu, orang ramai memenuhi masjid itu setiap kali solat waktu terutama waktu Subuh.

 Di wad HUSM, Datin Tuan Sabariah, isteri Nik Aziz sentiasa berada di sisi beliau. Ibu yang melahirkan 10 orang anak yang hebat ini seorang pendiam dan tidak berminat langsung untuk ditemubual oleh media.

 Menurut salah seorang anak beliau, Nik Aziz akan bangun secara automatik apabila terdengar bunyi azan.

 "Bila Tok Guru boleh bangun bila dengar bunyi azan itu melambangkan minda dia sihat dan cergas," kata doktor yang merawatnya.

 "Satu lagi saya nampak beliau akan bersemangat dan matanya terbuka luas kalau bercakap hal semasa dan politik," kata beliau sambil tersenyum.

 Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi kami datang ke HUSM untuk mengintai peluang untuk bertemu dan berbual dengan tokoh politik yang telah meletakkan kedudukan yang tinggi dalam bechmark politik Malaysia ini.

 Wartawan Elizabeth Zachariah dan jurugambar Afif Abd. Halim tidak berpuashati selagi tidak dapat bertemu Nik Aziz kerana itulah tugasan mereka ke Kota Bharu.

 Dengan ditemani seorang rakan dari Kota Bharu, kami memasuki wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM itu. Kali ini, anak dan menantu serta cucu beliau dari Kuala Lumpur juga ada di dalam wad.

 Nik Aziz sedang lena tidur. Abang Ya (bekas pengawal peribadinya yang disebut Nik Aziz) turut berada di wad.

 Kami masuk ke dalam wad dan melihat beliau tidur lena. Saya mengusap lengannya (sebagaimana diajar Abang Ya) namun beliau terus lena. Elizabeth dan Afif melihat. Namun Afif tidak sampai hati untuk mengambil gambar insan hebat yang sedang tidur ini.

 Selepas kira-kira 10 minit merenung Tok Guru yang sedang tidur ini, kami beredar dari wad itu sambil bersalam dengan anak menantunya.

 Tok Guru, berehatlah.

 Anda telah menyumbang lebih 60 tahun hayat mu untuk agama, bangsa dan negara mu. Anda telah meletakkan satu mercu tanda tersendiri untuk ahli politik di negara ini.

 Kami yakin, tidak ada yang dapat memecahkan rekod kehebatan mu. Pengganti mu, Datuk Ahmad Yakub telah membuat sesuatu yang betul apabila menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' untuk menghayati ilmu yang kamu berikan.

 Benar kata beliau, ulama ramai di dunia ini. Tetapi ulama yang bersama jamaah dan membuktikan mereka layak untuk mentadbir negara tidak ramai. Ulama yang membuktikan mereka juga layak membuat tadbir urus yang baik untuk sebuah kerajaan.

 Selamat berehat Tok Guru ku sayang.

 ~ Zulkifli Sulong - 22 Ogos 2013.

 *Zulkifli adalah bekas Ketua Pengarang Harakah, Harakahdaily dan Siasah. Selepas 26 tahun bersama kumpulan Harakah, beliau kini bersama pasukan The Malaysian Insider sebagai Pengarang Analisis dan Rencana. 

Tiada ulasan: