Rabu, 28 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Adakah lagi yang berani seperti mendiang Kevin Morais ?

Posted: 28 Sep 2016 09:00 AM PDT


   Hanya yang benar-benar berani dan bersih seperti Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Kevin Morais sahaja yang menolak dedak.

    Yang paling menariknya, mendiang bukanlah penganut agama Islam.... tetapi tidak pula pelahap seperti mereka yang mengaku Islam...

  Namun keberanian mendiang itu telah mengakibatkan mendiang berakhir dalam sebuah tong berisi konkrit di USJ Satu, Subang Jaya, yang dijumpai Polis di sini

  Mendiang Kevin Morais pernah berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, sewaktu Gani Patail menjawat Peguam Negara.

  Sayang sekali bekas bos mendiang tidak seberani dan seteguh sepertinya. Ikuti pandangan  chedet berikut :

PROPAGANDA 

 1. Di bawah pemerintahan Nazi di Jerman, Menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda. Tugasnya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.

 2. Malangnya selain dari orang Nazi, tiada siapapun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya. Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya. Akhirnya Goebbels bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafi kekalahan rejim Nazi.

 3. Sejak Najib dituduh melesapkan berbilion Ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.

 4. Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas Peguam Negara bahawa dianya tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan Kerajaan dan memangpun Perdana Menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya. 

 5. Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan. Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa "Cash is King" menolak kenyataan baru ini. 

 6. Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan. Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka. 

 7. Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh. 

 8. Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini. Demikian kenyataan oleh Sirul yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. 

 9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah. 

 10. New Straits Times, Utusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh penonton. Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB dan lebih-lebih lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200-300 orang sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat beribu-ribu yang hadir. 

 11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar. 

 12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.

JANGAN MELAMPAU DALAM BERAGAMA – JAUHI FAHAMAN TAKFIRI

Posted: 28 Sep 2016 04:28 AM PDT

YB Dato Abdul Malik Kassim 
 Pelampau agama bukan sahaja bermaksud pengganas bersenjata yang menyalahgunakan nama Islam, tetapi juga boleh terdiri daripada mereka yang mengtakfiri sesama Muslim.

 Fahaman serong itu cukup bahaya, sebab ia jauh menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Padahal, Islam adalah Rahmat Seluruh Alam. Islam adalah agama dakwah yang menasihati secara hikmah. 

 Kenyataan biadap, buat kesekian kali oleh YDP PAS Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim yang sebelum ini menfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang, kali ini ditujukan pula kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr Wan Azizah dalam isu RUU 355, sepertimana sedang diviralkan dalam media sosial, jelas mempunyai ciri-ciri takfiri. 

 Saya petik sedutan ucapan beliau tersebut :
[ https://www.youtube.com/watch?v=0_VRozj8iM0
 Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan. Kalau Kak Wan tak angat tangan boleh menyebabkan jatuh iman. Kalau ditakdirkan lepas tak angkat tangan itu mati … kami tanam (di) jirat ( tanah perkuburan bukan Islam).
 Beliau seolah-olah menjatuhkan hukum kafir kepada Presiden Keadilan itu, sekiranya Dr Wan Azizah tidak menyokong RUU 355. Siapa beliau, yang layak menjatuhkan hukum sedemikian rupa ? 

 Para agamawan Islam, khususnya pemimpin tertinggi PAS perlu menasihati pemimpin tersebut, agar tidak sewenang-wenangnya menghukum sesama muslim. Fahaman takfiri itu, seperti mengulangi fahaman kafir mengkafir, solat dua imam dan seumpamanya yang pernah berlaku sekitar tahun 70-an dan 80-an dulu. 

 Sepertimana kita sedia maklum, draf pindaan RUU 355, belum lagi dibentangkan secara jelas di Parlimen dan pastinya memerlukan penelitian dan pertimbangan setiap Ahli Parlimen sebelum menyatakan sebarang pendirian. Sepertimana dimaklumkan RUU 355 bukannya hukum hudud, dan ia belum lagi dibahaskan. 

 Sebagai rekod, pada Jun lalu, individu ini jugalah yang telah menfitnah kerajaan negeri, kononnya azan tidak boleh dilaungkan di Pulau Pinang sepertimana yang diucapkannya dalam tazkirah Ramadan di Padang Serai. Padahal, beliau selalu mendengar laungan azan di masjid, ketika mengadakan kuliah agama di negeri ini. 

 Dalam Al-Quran jelas menerangkan bahawa fitnah itu lebih besar bahayanya dari membunuh. Malah, Imam Ath-Thabari menjelaskan fitnah adalah perbuatan syirik, sehingga dikatakan syirik lebih besar dosanya dari membunuh. 

Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, beliau telah memohon maaf secara terbuka dan permohonan maaf itu telah diterima oleh kerajaan negeri. 

 Bayangkan, selepas menfitnah kerajaan negeri, Allah mencabut nyawanya sebelum beliau sempat memohon maaf…. ! 

 Justeru, saya memberi amaran keras kepada beliau kerana ini merupakan insiden kali kedua selepas memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghalang laungan azan di negeri ini pada bulan Jun lalu.' 

 Shaharudin perlu memohon maaf secara terbuka kepada Dato' Seri Dr Wan Azizah di atas ketelanjuran beliau itu.

  Bersederhanalah, jangan melampau dalam beragama!

YB DATO' ABDUL MALIK KASSIM
EXCO HAL EHWAL AGAMA P.PINANG 2
8 SEPTEMBER 2016~ sumber

Tiada ulasan: