Khamis, 15 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Syiah tetap Islam, kata mufti Pulau Pinang

Posted: 15 Sep 2016 12:00 AM PDT

  PETALING JAYA: Aliran Syiah tetap sebahagian daripada Islam walaupun mempunyai perbezaan besar dengan aliran Sunnah, kata Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

"Walaupun Syiah memiliki perbezaan agak jauh, selagi cara mereka sembahyang dan menghadap kiblat sama dengan kita, mereka sebahagian daripada kita.

 "Kita tidak boleh kafirkan mereka. Hadis Rasulullah pun ada sebut," katanya ketika dihubungi FMT.

 Beliau merujuk hadis dari sahabat Nabi, Anas bin Malik, seperti diriwayatkan dalam kumpulan hadis Sahih Bukhari: "Rasulullah bersabda, barangsiapa solat seperti kita, menghadap kiblat seperti kita, dan memakan haiwan sembelihan seperti kita, maka dialah orang Muslim yang berada di bawah perlindungan Allah dan Rasul-Nya".

 Pandangan mufti itu berbeza daripada pendirian pihak berkuasa agama di Malaysia yang menganggap Syiah menyimpang daripada Islam.

 Malah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 menyatakan Syiah sebagai ajaran "sesat" dan tidak boleh diamalkan. Wan Salim diminta mengulas masalah perbezaan fahaman di kalangan umat Islam yang turut mencorak pergolakan di Timur Tengah pada masa ini.

 Minggu lalu, Islamic Rennaisance Front (IRF) menganjurkan seminar "Islam tanpa Sektarianisme" yang juga membincangkan persoalan yang sama.

 Kita sibuk dengan pembahagian9 Mengikut Wan Salim, sikap taksub dan amalan "takfiri" (mengkafirkan umat Islam yang berbeza pandangan) oleh pihak tertentu menyebabkan berlakunya pembunuhan sesama umat Islam.

 Katanya lagi, sikap saling mengkafirkan atas perbezaan mazhab itu hanya bermanfaat kepada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada perpecahan umat Islam.

"Kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan sesama Islam. Itu hanya menguntungkan pihak yang memusuhi Islam. Mereka tidak mengira sama ada anda Sunni, Syiah atau Wahabi," katanya merujuk salah satu aliran yang menjadi ikutan rasmi di Arab Saudi.

 "Kita sahaja yang sibuk dengan pembahagian sebegini."

 Sebelum ini, ahli jawatankuasa Pemuda Umno, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, yang menjadi rujukan utama Umno dalam soal Islam, menyeru pihak berkuasa memerangi pengikut Syiah dengan menuduh mereka sama bahaya dengan militan IS.

 Ia bagaimanapun mengundang kritikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Ahmad, yang berkata perbandingan itu tidak sesuai.

 Aliran Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar dengan pengikutnya tertumpu di Iran, Iraq, Bahrain, beberapa bahagian Arab Saudi dan negara teluk lain.

 Ia berbeza pandangan dengan aliran Sunnah mengenai rujukan serta beberapa tokoh awal sejarah Islam. Pengikut Syiah juga kerap menjadi sasaran keganasan pejuang IS, kumpulan militan yang mengamalkan fahaman Wahabi berasal dari Semenanjung Arab.

 Malaysia merupakan satu-satunya negara di mana pihak berkuasa agama secara rasmi mengharamkan umat Islam berfahaman Syiah.

Komen al-Husseyn :

 Ummat Islam Iran dianggap dianggap bukan Islam, tetapi kenapa ummat Islam Iran tetap dibenarkan mengerjakan haji ke Baitullah?

Di samping itu, Iran diterima keahlian dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)...
 

   Malaysia yang sama pongpang-pongpang kutuk Iran / Syiah, tapi jemput Iran hantar pesertanya untuk pertandingan tilawah al-Quran....

Bagaimana senang-senang mengatakan mereka 'bukan Islam' dan Majusi?

RM90 Juta : Pas sunyi sepi sehingga sekarang ...

Posted: 14 Sep 2016 08:47 PM PDT

"Kita kenal peguam kanan (queen council) yang pernah
ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini. Dalam 
masa terdekat dalam masa sebulan ini," - Hj Hadi
  Dalam waktu yang sama, Pas juga berhadapan dengan dakwaan menerima bantuan kewangan sebanyak RM90 juta daripada Najib yang dibuat oleh Sarawak Report, tidak lama sebelum ini.

Berikutan itu, Hadi Awang pada 13 Ogos lalu mengumumkan bahawa Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report dengan melantik seorang peguam kanan di London bagi tujuan tersebut.

Katanya lagi, proses itu akan dilakukan dalam tempoh sebulan daripada sekarang.

Oleh kerana hari ini sudah 14 September, bermakna sudah lebih sebulan masa berlalu dan masih tidak kedengaran apa-apa perkembangan mengenai saman itu.

Apakah ia akan tetap diteruskan, masih dalam proses rundingan dengan peguam atau sudah dibatalkan sebagaimana ura-ura saman Najib terhadap WSJ sebelum ini yang hanya gah dan berdentum-dentum di permulaan, tetapi akhirnya sunyi sepi sehingga sekarang?

Jika Pas berdiam diri dan tidak meneruskan saman, tanggapan ramai ialah mungkin benar parti itu atau pemimpin tertentunya ada menerima bantuan kewangan daripada Najib sepertimana yang didakwa Sarawak Report itu.

Berhadapan dengan dua persoalan yang menjadi pertanyaan ramai itu, Pas sebenarnya boleh menyelesaikannya secara serentak dan sekaligus meletakkan namanya kembali dihormati iaitu dengan mengumumkan secara rasmi untuk menyertai parti-parti pembangkang bagi berlawan satu lawan satu dengan BN.

Dengan berani berbuat demikian, isu wang RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada Najib akan terhakis dengan sendirinya. Sama ada saman diteruskan atau tidak terhadap Sarawak Report, tidak lagi menjadi persoalan besar.

Adaptasi dari  di sini

Tiada ulasan: