Tukar Tiub |
- 5000 DI DATARAN MERDEKA
- PETANG TADI JALAN TAR
- APA MAKNA BERITA INI
- POWER ROTI JALAN
- DIMANA ANDA?
- PERJUANG BANGSA LAWAN BRFITISH
- NAKBA IALAH MALAPETKA
- ANWAR MUSA KENA TIBAI
- JANGAN SALAHKAN USTAZ
- MENUNGGU SAMAN
- APA PERANAN MEREKA
- MENONGGENG BERSAMA SAMA
Posted: 27 Aug 2016 06:48 PM PDT |
Posted: 27 Aug 2016 06:26 AM PDT |
Posted: 27 Aug 2016 05:00 AM PDT APA MAKNA BERITA INI? 1 - minta borang dedak 2 - nak masuk parti BERSATU Ibrahim Ali: Umno tak mampu bertahan PRU depan Katanya, Umno hari ini bertahan dengan waktu pinjaman kerana rakyat menghargai peranannya dalam mencapai kemerdekaan, dan membangunkan Malaysia. PETALING JAYA: Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata Umno pada masa ini berdepan banyak ketidaktentuan dan mungkin tidak akan bertahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika ia masih tidak berubah terutama ketika ia semakin dihimpit sindrom usia tua. Beliau berkata meskipun Umno mendakwa ia parti dengan manifestasi yang jelas, hakikat perlu ditelan yang Umno kini sengsara dengan sindrom usia tua sementara parti sezaman dengannya seperti Golkar di Indonesia, Parti Kongres di India, Parti Demokratik Liberal di Jepun, semuanya sudah hilang. MUSTAHIL PARTI KETUANAN MELAYU AKAN KALAH DALAM PRU KE 14 MUSTAHIL! ------------- |
Posted: 27 Aug 2016 03:00 AM PDT HANG INGAT APA? INI ROTI JALA PUNYA POWER Jika ada cuba fitnah saya, silakan...' SERI MANJUNG - "Jika ada orang yang cuba fitnah saya, fitnah anak-anak murid saya... silakan. Kami tidak takut kerana kami selalu berdamping dengan al-Quran. Demikian kata penceramah bebas Mohd Kazim Elias dalam Ceramah Perdana Daerah Manjung di Stadium Mini Majlis Perbandaran Manjung, di sini malam tadi. SEBELUM FINTAH PERGI RASA ROTI JALA DAHULU ------------- |
Posted: 27 Aug 2016 02:00 AM PDT |
PERJUANG BANGSA LAWAN BRFITISH Posted: 27 Aug 2016 01:00 AM PDT --- PEJUANG BANGSA MELAWAN BRITISH --------- |
Posted: 27 Aug 2016 12:00 AM PDT DARI ARKIB 6 OGOS 2011 NAKBA IALAH MALAPETAKA Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini. Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara. Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka. Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin. Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini, yang dieja dengan huruf M besar ini. Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti - Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu - Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British bawah jagaan England dan bukan lagi East India Company. Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British. Setiakawan melawan penjajah Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya. Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan, di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British. Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa. Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu. Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun. Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu. British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation pada tahun 1946 agak lewat. Ia muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British. Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA. Semua bangsa dipanggil Melayu Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British. Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen. Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu. Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu. Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British. Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British. Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British. Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation? Tidak berkesudahan Sejarah jelas membuktikan gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini. Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka. Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu. Saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan. Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Banda Dalam. Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan akta ISA pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong BERSIH ditahan tanpa bicara bawah Ordinan Darurat. Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan. Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun lalu, pada 10 Ogos 1511 Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos. Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.(tt) -------------- |
Posted: 26 Aug 2016 11:00 PM PDT |
Posted: 26 Aug 2016 10:30 PM PDT JANGAN SALAH KAN USTAZ jgn salahkan ustaz ustazah haji hajah..salahkan diri sendiri.kenapa memuja muji sang guru sang cikgu ini? nape mengangkat mereka seolah2 ayat2 suci keluar membuih dari mulut mereka?bila zakat cilok duit, semua marahkan zakat sdgkan diri sendiri yg beri zakat kpd pusat zakat demi mendapat potongan cukai..hati kena berani macam bro isham. zakat terus bagi kepada warga miskin dan tak perlu diwakilkan.jgn jadi pemalas dan malas membaca..nabi tak da kerja selain agama.nabi bukan mufti, nabi mati miskin tetapi mufti2 agamawan semuanya kaya dan raya setiap hari.nape percaya sang mufti adalah wakil tuhan?begitu juga tabung hajee.. dah tahu tabung hajee duitnya dirembat, pasal apa nak simpan tabung hajee lg..apa guna simpan tabung haji, kemudian g buat haji, tapi penjaga saudi mebunuh org..isham pernah kata, kalo kita semua keluarkan semua duit dari bank, maka bank takda duit, bayangkan kalo semua warga tak simpan tabung haje atau beri duit zakat kpd pusat zakat, mereka pun takda duit..kuasa on SAUDAGAR BESAR JUAL AGAMA Publish | Delete | Spam Anonymous on 8/26/16 ------------ |
Posted: 26 Aug 2016 09:30 PM PDT KES SAMAN akhbar wall street journal melaporkan najib terlibat dalam kes menncuri duit 1MDB sebaik saje berita itu meledak najib membuat kenyataan dalam masa satu minggu pada hari selasa najib akan menyaman wall street journal tujuan saman ini adalah untuk membuktikan bahawa laporan wall street journal salah untuk membuktikan najib bukan pencuri berita berlanjutan najib akan hantar surat peguam najib sedang cari cari peguam hingga hari ini sudah berpuluh ratus hari selasa satu habuk taaraaak tak ada saman tak ada peguam ini bermakan laporan akhbar wall street journa betul najib mencuri duit 1MDB PORTAL SARAWAK REPORT portal sarawak report 20 hari dahulu melaporkan bahawa parti pas telah menerima dana sebanyak 90 juta ringgit dari najib tuan ibrahim timbalan presiden pas mengeluarkan kenyaatan dalam masa SATU BULAN maknanya dalam masa 30 hari pas akan menyaman portal sarawak report tujuan menyaman sarawak report: 1- untuk membuktikan laporan sarawak report salah 2- untuk membuktikan laporan sarawak report berniat jahat untuk membuktikan pas TIDAK ambil duit dari najib takiyuddin setiausaha pas juga mahu saman sarawak report hanya hadi tidak berkata apa apa murshidul am harun jin juga senyap pada ketika ini mari kita semua berlaku adil mari kita berlaku jujur kepada parti pas jangan kita tuduh sebarangan terhadap parti islam ini masih ada kurang lebih 18 hari sebelum surat saman di hantar kepada sarawak report maknanya PAS masih dalam proses mencari peguam di london mencari alamat sarawak report mencari rumah pasong di london semua ini pasti dalam urusan TAPI JIKA SAMAN TIDAK JADI maka sah parti PAS pembohong maka sah parti penipu maka sah laporan berita pas dapat duit dari najib saperti laporan sarawak report betul dan saheh saperti najib parti pas juga menipu orang ramai saman hanya gertak gertak saman hanya satu ancaman taik kucing untuk selamatkan diri tapi sabar dahulu satu bulan belum sampai jangan terburu buru menuduh parti PAS jangan kita tohmah jangan kita fitnah jangan kita sebar kabar angin tentang parti islam ini sabar sabar sabar kita tunggu kalau ada saman pasti akan akan ada bicara kita lihat dan dengar fakta siapa salah siapa benar amin PAS akan saman Sarawak Report di UK bulan depan - Malaysiakini ...Aug 13, 2016 - PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini. Menurut Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS ... Pas akan saman <i>Sarawak Report - Utusan MalaysiaAug 9, 2016 - KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita propembangkang, Sarawak Report kerana ... PAS Akan Saman Sarawak Report Dalam Tempoh Sebulan | Perak ...peraktoday.com.my/.../pas-akan-saman-sarawak-report-dalam-tem... Aug 13, 2016 - KUALA LUMPUR : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam tempoh terdekat di England.Translate this page Dituduh Terima RM90 Juta Dari Najib, PAS Akan Saman Sarawak ...www.suara.tv/.../dituduh-terima-rm90-juta-dari-najib-pas-akan-sam... Aug 8, 2016 - PETALING JAYA – PAS hari ini membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 ...Translate this page Dituduh terima RM90 juta, PAS akan saman Sarawak Report | Free ...Aug 8, 2016 - PETALING JAYA: PAS hari ini membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti Islam itu menerima RM90 juta ... TERKINI PAS AKAN SAMAN SARAWAK REPORT | MyMassa | Dialog ...mymassa.blogspot.com/.../terkini-pas-akan-saman-sarawak-repor.ht... Aug 9, 2016 - Apa motif Sarawak Report yang melaporkan pimpinan Pas menerima RM90 juta daripada DS Najib. Ini yang ditunggu oleh Pas kerana selama ...Translate this page --------------- |
Posted: 26 Aug 2016 09:00 PM PDT F. BOOK Ketika... 1MDB skandal kewangan TERBESAR DALAM SEJARAH DUNIA terpalit pada Najib sampai kemuncaknya, TIBA-TIBA wajah2 Peguam Negara, Gabenor BNM & Pengerusi PAC pantas bertukar & berubah wajah baru... KENAPA ??!!! Ketika... di peringkat antarabangsa MAS (S'pura), DoJ (US), AG Swiss dan AG Luxemborg sdg sibuk siasat kes 1MDB tapi di Malaysia dgn cepat dan mudah tutup kes 1MDB... KENAPA ??!!! Anda Sendiri Tahu Jawapannya....!!! ----------- |
Posted: 26 Aug 2016 08:30 PM PDT SILA HORMATI PENDIRIAN PARTI PAS YANG SIBUK TERUTAMA SEDANG URUS KES SAMAN SARAWAK REPORT DI LONDON Esok PAS sibuk, tak hadir 'tangkap' MO1Penganjur 'redha', semua parti pembangkang termasuk Umno yang anti-Najib nyatakan sokongan kecuali PAS PETALING JAYA: PAS tidak memberi sebarang arahan kepada ahlinya untuk turun ke demonstrasi #TangkapMO1 anjuran mahasiswa esok, kata Ketua Dewan Ulama. Ini kerana parti Islam itu terbabit dengan acara lain, kata Mahfodz Mohamed. "Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri," katanya ketika dihubungi FMT. HANG INGAT NAK SAMAN DI LONDON SENANG KE? SEMUA AHLI WAJIB TONGENG ARAH LONDON KENTUT SESAMA BARU MAKBUL SAMAN PAS --------------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan