Ahad, 7 Ogos 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Mourinho julang piala pertama di United

Posted: 07 Aug 2016 11:14 AM PDT



ISNIN, 8 OGOS 2016 - 1:06AM

LONDON: Ujian pertama Jose Mourinho lulus selepas Manchester United merangkul Piala Perisai Komuniti buat kali ke-21 dengan menewaskan Leicester City 2-1 di Stadium Wembley, sebentar tadi.

United sebelum ini muncul juara sebanyak 20 kali termasuk empat berkongsi kejuaraan dan kali terakhir Red Devils merangkul piala berkenaan pada 2013.

Keputusan itu sekali gus meleburkan harapan Leicester City merangkul satu lagi piala selepas melakar sejarah muncul juara Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.

United terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Jesse Lingard pada minit ke-32 sebelum Jamie Vardy menyamakan kedudukan tujuh minit selepas bersambung babak kedua.

Ketika aksi tampak diheret ke penentuan sepakan penalti, sentuhan emas Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-82 memberi kegembiraan kepada pengurus baharu, Mourinho selepas bintang Sweden itu menanduk masuk bola hantaran Antonio Valencia. - AGENSI

DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH

Posted: 06 Aug 2016 11:34 PM PDT



DURIAN DAN NANGKA MENJADI PEMBUNUH
Oleh: Dr Mohd Syamirullah

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia.

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada diaisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air : http://e-mjm.org/2011/v66n1/Hyperkalaemia.pdf

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.

Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

SOLIDARITI BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN #pokemongo #muftiwilayahperseketuan

Posted: 06 Aug 2016 04:44 PM PDT



SOLIDARITI BERSAMA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah. Saya dengan ini menyatakan solidariti kepada Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Saya menentang sepenuhnya pembunuhan karakter dan serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya kerana pandangan beliau berkenaan Pokemon GO tanpa melihat perkara ini secara luwes dan mengenali beliau secara dekat. Berlaku adillah kerana ia lebih menghampiri taqwa.

Saya mengenali beliau pada awal tahun 2014 iaitu sebelum beliau dilantik menjadi Mufti lagi. Kami pernah bersama dalam beberapa program dakwah khususnya anjuran Relawan Du'at (RINDU) dan Pusat Dakwah Serantau (PDS). Pernah bersama dalam siri ziarah dakwah dan menjadi penceramah dalam kursus-kursus Latihan Du'at.

Sebagai makluman kepada semua, berikut adalah serba-sedikit info tentang beliau agar kita dapat memahami pendirian 'ulamak yang disegani ini. Must read! ❤💚

----------------------------------

Adakah anda mahu kenal Mufti Wilayah Persekutuan Dr. Zulkifli Al-Bakri? Beliau dihentam dengan teruk kerana fatwa berkaitan Pokemon GO. Okey jika anda tidak bersetuju dengan fatwa tersebut, bolehlah dibahaskan. Ini kerana dalam fatwa tersebut, Dr. Zulkifli Al-Bakri sendiri menyatakan:

Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/bl/1116-bayan-linnas-siri-66-integriti-data-peribadi-dan-kesihatan-pemain-selamatkah-pokemon-go

Maka ia masih terbuka kepada perbincangan pro dan kontra.

Cuma, sedihnya, banyak komen mengheret isu-isu lain kepada Mufti Wilayah. Kononnya mufti duitan, pembodek kerajaan, tak berani tegur pemimpin dan lain-lain.

Di sini saya kongsikan tulisan daripada status FB Ustaz Razif Fuad, seorang penuntut ilmu yang rapat dengan Dr. Zulkifli al-Bakri dan yang saya ambil daripada wikipedia berkaitan Dr. Zulkifli al-Bakri.

~~~~~~~~~~~~~
-1-

Selepas beberapa hari dilantik 2 tahun lalu, beliau dipanggil bertemu DS Najib. Beliau serahkan beberapa buah buku yang beliau pilih sendiri kepada PM. Antaranya, buku yang beliau tulis sendiri berjudul "Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat". Rujuk https://facebook.com/drzulmuftiwp/photos/a.427172850756033.1073741829.423534687786516/431189773687674/?type=3

Selain daripada mereka yang sekadar berdegar-degar di Facebook, ada yang berani menegur dengan kaedah sedemikian?

-2-
Beliau Mufti pertama dalam Malaysia yang keluarkan Irsyad berhubung bolehnya mangsa banjir Kelantan menerima zakat. Satu pandangan kontemporari yang banyak menyelesaikan masalah mangsa banjir. Masih katakan beliau hanya tahu berfatwa isu remeh?

-3-
Antara isu utama di Wilayah adalah masalah Masjid yang tidak cukup untuk menampung jemaah bagi Solat Jumaat. Sejak pelantikan beliau pada Jun 2014, jumlah permohonan Surau Jumaat yang diluluskan adalah yang tertinggi; sekaligus banyak menyelesaikan isu KELEWATAN ribuan pekerja Muslim masuk ke pejabat selepas solat Jumaat akibat kesesakan yang merupakan antara indikator utama pekerja yang produktif.

-4-
Saya percaya kebanyakan daripada anda ada kisah peribadi dengan Mufti Wilayah yang membuktikan bahawa beliau tidak seperti yang dimomokkan oleh mereka yang langsung tidak kenal beliau. Kita tahu semua label negatif itu tidak benar.

-5-
Biasanya kalau sekadar berceramah di tempat yang berhampiran, beliau lebih selesa menaiki Perodua Viva dan hampir-hampir tidak dibenarkan park di kawasan khas penceramah kerana tidak sangka seorang Mufti cuma datang dengan Viva. Masih katakan beliau cuma nak kenyang dengan gaji?

-6-
Beliau ada jiran berbangsa Cina yang sangat baik dengan beliau dan sehingga kini, jiran itu tidak pernah tahu yang beliau seorang Mufti. Mereka biasa bertukar-tukar buah tangan. Masih katakan beliau rasis?

-7-
Bukan sekadar banduan akhir, mereka yang berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan turut diziarahinya kerana beliau ingin memahami orientasi psikologi mereka yang bermasalah mental kerana ia sangat-sangat penting bagi pengeluaran fatwa berkaitan.
Beliau Mufti pertama dalam sejarah penubuhan hospital berkenaan yang datang melakukan lawatan dan kajian ke sana. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-8-
Mufti Wilayah sentiasa adakan ziarah berkala kepada banduan akhir di Penjara Kajang. Di sana, Mufti berikan motivasi dan kata-kata semangat untuk mereka sebelum menghadap tali gantung. Masih katakan beliau pentingkan diri dan tak hirau permasalahan rakyat?

-9-
Cukai Goods and Services Tax (GST) atau juga dikenali juga sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir

-10-
Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai 'bersejarah' itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama [8].

-11-
Institusi Fatwa Yang Responsif[sunting | sunting sumber]
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 2016

Sebagai satu langkah menjadikan institusi fatwa sebagai satu institusi yang responsif terhadap isu-isu agama yang berlaku, beliau telah memperkenalkan 5 ruangan di dalam web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi menjawab permasalahan agama dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ruangan itu adalah:

Bayan Linnas. Kenyataan umum kepada masyarakat awam berhubung isu nasional
Irsyad Fatwa. Kenyataan berhubung isu-isu agama bersifat semasa.
Irsyad al-Hadith. Kupasan berkenaan fiqh dan faedah hadith selain ilmu hadith dirayah
Irsyad Usul al-Fiqh. Kupasan permasalahan Usul al-Fiqh
Al-Kafi li al-Fatawi. Kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Untuk melihat fatwa-fatwa di atas, boleh lihat dalam web ini http://www.muftiwp.gov.my/index.php

Untuk mereka yang mahu mengenali siapakah Dr. Zulkifli al-Bakri, klik link berikut:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zulkifli_Mohamad_Al-Bakri

Semoga kita semua belajar menjadi manusia beradab. Jika tidak setuju dengan fatwa beliau, lontarkan pandangan dengan beradab. Jika kita yang sudah dewasa boleh memaki hamun dan mencerca seorang mufti, janganlah marah nanti jika anak kita membesar lalu mereka memaki hamun kita. Cerminlah diri kita.

Semoga kita memperolehi hidayah.

#MuftiWilayah
#TarbiyahDakwahSiyasah
#BeristiqamahHinggaKemenangan

Pokemon Go dan Fatwa #pokemongo

Posted: 06 Aug 2016 04:24 PM PDT



Pokemon Go dan Fatwa

Fatwa seseorang mufti walaupun tidak
mulzim (mengikat kepatuhan) orang awam, tetap mempunyai nilai syarienya yg perlu dihormati. Bukan krn isunya remeh seperti Pokemon Go, Starwars ataupun isu besar seperti GST, 1MDB dan korupsi politik. Tapi kerana kesungguhan usaha (بذل الجهد), penelitian dalil-dalil syarak (الاستنباط من الأدلة التفصيلية) dan kualiti penyelidikan utk merumuskan hukum (تحصيل حكم شرعي) hanya dimiliki segelintir ulamak. Ia bukan mampu dilakukan semua orang apatah lagi orang yg acah2 berlagak ustaz.

Kamu boleh saja kata usaha iftak (memberi fatwa) ini bodoh.. itu bodoh.. krn kamu ingat mufti kena ikut selera kamu... Walhal mufti sepatutnya menumpukan hal yg lebih besar.. tapi oleh kerana kebodohan manusia pintar hari ini yg mudah terpedaya dengan game Pokemon Go seperti kamu, mufti terpaksa menyatakan pendiriannya...

Alangkah lebih baik, kalau kita dengar orang mati jatuh longkang krn membaca al-Quran dalam Phone daripada mengejar Pokemon atas tiang letrik... Bodohnya kamu!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1234093029948753&id=100000442026372

Tiada ulasan: