Nuffnang

Pengikut

Kerabu Bersuara ®

sumber :-

Kerabu Bersuara ®


TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH BUKTI PENGARUH SYIAH DALAM MASYARAKAT ALAM MELAYU?

Posted: 26 Aug 2016 03:55 PM PDT



TONGKAT ALI & KACIP FATIMAH BUKTI PENGARUH SYIAH DALAM MASYARAKAT ALAM MELAYU?

Saya pernah ditanya seseorang tentang herba istimewa alam Melayu yang dinamakan sempena nama Saidina Ali dan Saidatina Fatimahرضي الله عنهما sama ada ia bukti pengaruh Syiah dalam Alam Melayu. Beliau juga sangsi kerana Islam turut dibawa ke Nusantara oleh pendakwah Parsi, maka boleh jadi masyarakat di Alam Melayu dahulu menganut fahaman Syiah.

Jawapan saya :

1) Dakwaan pengaruh Syiah itu hendaklah dibuktikan terlebih dahulu. Tanpa bukti, ianya hanyalah sangkaan semata2.

2) Yang membawa Islam ke Nusantara rata2nya ialah pendakwah2 berakidah ASWJ Asya'irah -Maturidiyyah & bermazhab fiqh Syafie. Sama ada gerombolan pendakwah dari Yaman, Parsi atau Gujerat, mereka adalah pendakwah Asya'irah bermazhab Syafie. Buktinya, akidah dan mazhab rasmi (majoriti) di Alam Melayu /Nusantara adalah seragam iaitu ASWJ Asya'irah Syafi'iyyah. Dari Champa, Aceh, Sumatera, Jawa, Brunei, Kalimantan, Sulawesi hinggalah ke Selatan Filipina. Malah penganut Syiah sangat asing di wilayah ini. Secara logiknya, para mad'u yang dulu beragama Hindu-Budhha pasti akan mengikuti fahaman para da'i.

3) Memang benar, antara pendakwah yang ramai membawa Islam ke Nusantara adalah dari Parsi. Namun kita perlu tahu bahawa wilayah Parsi (Iran) bertukar menjadi wilayah Syiah hanya selepas tahun 1501 ketika Kerajaan Shafawi mula memerintah Iran. Ketika ini pegangan ASWJ di Nusantara sudah pun kukuh & meluas (well established).

Kerajaan Shafawi menukarkan pegangan bangsa Parsi dari ASWJ kepada Syiah dengan perang & paksaan. Sebelum tahun 1501, majoriti bangsa Parsi di Iran berakidah ASWJ & bermazhab Hanafi dan Syafie. Sebab itu ramai di kalangan ulama2 Parsi yang masyhur & lahir di Iran sebelum penguasaan Dinasti Shafawi, berakidah ASWJ Asya'irah -Maturidiah & bermazhab Syafie seperti Imam Al Ghazali (pengarang Ihya' Ulumuddin), Abu Nu'aim Al Isfahani (pengarang Hilyatul Auliya'), Imam Baihaqi (pengarang Syu'abul Iman & Sunan Al Kubra) & ramai lagi.

4) Sekurang2nya tiga orang pembesar Melaka yang bernama Umar. Tun Umar anak Seri Bija Diraja, Khoja Umar anak Khoja Muhammad Syam dan Tun Umar anak Seri Wak Raja. Di samping itu ulama besar Kesultanan Melaka bernama Maulana Abu Bakar. Sekuat manapun seseorang Syiah itu bertaqiyyah, mereka tidak akan sama sekali menamakan anak-anak mereka dengan nama Abu Bakar & Umar. Kebiasaan orang2 Melayu menamakan anak2 mereka dengan nama Umar membuktikan mereka bukan Syiah.

5) Mencintai Saidina Ali & Ahlil Bait yang lain memang tuntutan dari Rasulullah SAW & ianya thabit dengan hadith2 sahih & hasan. Sebagai contoh Imam At Tirmidzi meriwayatkan :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ بِيَدِ حَسَنٍ وَحُسَيْنٍ فَقَالَ مَنْ أَحَبَّنِي وَأَحَبَّ هَذَيْنِ وَأَبَاهُمَا وَأُمَّهُمَا كَانَ مَعِي فِي دَرَجَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Rasulullah SAW pernah memegang tangan Hassan dan Hussain sambil bersabda, "Barangsiapa yang mencintaiku, mencintai kedua-dua anak ini, (Hasan dan Husain) dan ayah (Ali) serta ibu (Fatimah) mereka berdua, maka dia akan bersamaku pada hari kiamat". (Jami' At Tirmidzi. Hadith No. 3695)

Kecintaan terhadap Saidina Ali & Ahlil Bait inilah yang diajar oleh pendakwah2 Islam kepada masyarakat di Nusantara. Dengan sebab itu, sultan2 Melaka dinamakan dengan nama2 Ahlil Bait seperti Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid), Raja Kassim (Sultan Muzaffar), Raja Abdullah (Sultan Mansur) & Raja Hussain (Sultan Ala'uddin). Atas sebab itu juga, dua herba istimewa itu dinamakan tongkat Ali & kacip Fatimah sempena nama dua insan yang disayangi Rasulullah SAW.

Kefahaman yang 'elergik' dengan nama Saidina Ali & Ahlil Bait ini sangat bahaya. Apa sahaja yang bersangkutan dengan nama Ali, Fatimah & Ahlil Bait akan dikatakan dari Syiah. Kefahaman begini bertentangan dengan tuntutan Nabi SAW yang menyuruh kita mencintai Saidina Ali & Ahlil Bait. Ia sebenarnya sama bahaya dengan kefahaman yang mendewakan & memaksumkan Saidina Ali.

والله أعلمُ بالصواب
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

TIGA ULAMA DIGERUNI KOMUNIS : PEMIMPIN PERANG SABIL, PEJUANG YANG TAK DIDENDANG

Posted: 26 Aug 2016 03:50 PM PDT



TIGA ULAMA DIGERUNI KOMUNIS : PEMIMPIN PERANG SABIL, PEJUANG YANG TAK DIDENDANG

Ketika 1940 an dan 1950 an, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap & zalim terhadap masyarakat kampung. Mereka menculik anak gadis, membunuh para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung.

Maka bangkit tiga orang ulama yang memimpin penduduk2 kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut. Perang sabil ini dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Kiyai Haji Salleh di Johor.

Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh ulama2 ini ternyata menggerunkan pengganas komunis. Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, mereka berjaya membunuh ramai pengganas2 Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung2 lagi.

Disamping itu, ketiga2 orang tokoh ulama ini juga dikatakan sangat mahir dengan ilmu persilatan. Menurut cerita, banyak maunah (bantuan Allah) berlaku seperti parang terbang, para pejuang tidak mengalami luka ketika ditembak Komunis dan lain2 peristiwa di luar logik akal.

Sempena Hari Kemerdekaan, tokoh2 seperti ini juga wajar diingati. Jasa mereka bukannya kecil untuk dilupakan.

Selamat Hari Merdeka

-Hasanuddin Yusof-

Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara

Nabi Isa Ditangkap oleh Popis Tengah Hari Tadi

Posted: 26 Aug 2016 02:03 AM PDT





🔴As salam dan Selamat Mlm YDH Dato/Tuan/Puan/Encik..
🔴Tangakpan (1) lelaki Melayu mengaku *NABI ISA* (KES MASIH BELUM DI KLASIFIKASIKAN OLEH PEGAWAI PENYIASAT) akan di maklumkan kemudian.
▶Pengadu
Kpl 148510 Roslan Zainal Abidin
Caw Risikan Operasi JSPT KL
▶No rpt
Jln Tun Razak/006494/16
▶IO
Insp Faizal
▶Tarikh
25/08/2016
▶Masa
2118hrs
🔴Fakta kes tangkapan.
Pada 25/08/2016 pada jam lbh kurang 1630hrs semasa sy bersama Konst 189769,Konst 189776 dan Konst 189594 tugas rondaan penguatkuasaan no pendaftaran palsu dan kenderaan klon di Jln Tun Razak berhampiran susur masuk Jln Kuantan telah tahan (1) buah motorjeep jenis KIA Sportage warma emas no pendaftaran di gunapakai di bahagian hadapan dan belakang *WWE3621 KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSANTARA TUANKU RAJA MERONGMAHAWANGSA II SULTAN KEDAH ASAL IMAM ALMAHDI* yg di pandu oleh (1) lelaki berbangsa Melayu bersama (2) Penumpang wanita.Sy bersama saksi Polis telah memperkenalkan diri sebagai anggota Polis dengan menunjukan kad kuasa kepada beliau.Semasa pemeriksaan pemandu telah tidak puas hati kerana menahannya denganmengeluarkan kata-kata *KAMU TIDAK KENAL SIAPA SAYA*, *KAMU PERLU RUJUK KEPADA ISTANA DAN KPN SIAPA SAYA*, *SEDANGKAN JPJ PUN TIDAKBERANI MENAHAN KERETA SAYA* beliau juga berkata *SELEPAS SAYA AMBIL ALIH KERAJAAN MALAYSIA SAYA AKAN BUNUH KETUA POLIS NEGARA TAN SRI KHALID JUGA PERDANA MENTERI DATO NAJIB JUGA KAMU SEMUA YANG MENAHAN SAYA PERLU DI BUNUH* seterusny sy bersama saksi Polis telah membawa pemandu dan penumpang bersama kenderaan balik ke Balai Polis Trafik KL untuk siasatan lanjut.Sebaik tiba di Balai Polis Trafik pemandu tersebut telah mengeluarkan kenyataan di hadapan anggota bertugas trrdiri daripada Insp Shahrul,SM Ruhaizad,Kpl 160470 dan Kpl 165249 di pej tunda bahawa beliau adalah *NABI ISA* dan beliau akan membunuh Ketua Polis Negara, Raja-Raja Melayu dan Perdana Menteri Dato Seri Najib dengan cara gerakan bawah tanah.Belaiu juga mengatakan akan meramapas Putrajaya bersama kumpulannya.Kepada Raja-Raja Melayu sekiranya beliau berselisih dengan kenderaan nya di atas jalan maka beliau akan melanggar Raja-Raja Melayi tersebut sehingga mati.Untuk tindakan JSPT KL suspek telah di keluarkan saman Pol 257 di atas kesalahan (1). memandu kenderaan dengan lesen tamat no siri *A1141G001006* (2).lesen kenderaan tamat tempoh no siri *A1141G001007* (3).no pendafataran tidak ikut peraturan di bahagian belakang no siri *A1141G001009* (4).no pendaftaran tidak ikut peraturan di bahagian hadapan no siri *A1141G001008* kenderaan suspek juga telah di tahan di Balai Polis Trafik KL.
🔴Butir-butit suspek
*PEMANDU*
⏩Nama
Hasbull Jalil B.Hassan
⏩IC
730719-02-5087
⏩Alamat
204 Kg Kuala Samak 09300 Kuala Ketil Kedah
*PENUMPANG HADAPAN/ISTERI*
⏩Nama
Raja Nooraini Bt.Raja Ahmad
⏩IC
611222-08-5760
⏩Alamat
No 31 lorong 5 Tmn Sti Kurau Kemunting 34010 Taiping Perak
*PEMUMPANG BLKG/ANAK*
⏩Nama
Wan Nurhaziqah Asyikin Bt.Hasbull Jalill
⏩IC
011117-10-0704
⏩Alamat
3-3-2 Kenari Apartment Taman Melati Setapak 53100 Kuala Lumpur

Seterusnya suspek telah di rujuk kepada pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Pwrsekutuan (JAWI) utk tindakan lanjut.

🔚Tq

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT