Nuffnang

Pengikut

Kerabu Bersuara ®

sumber :-

Kerabu Bersuara ®


Buktikan Dengan Tindakan, Jangan Hanya Bilis Dicari

Posted: 14 Aug 2016 04:02 AM PDT



Buktikan Dengan Tindakan, Jangan Hanya Bilis Dicari

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad yang menggariskan fokusnya untuk menjadikan perkhidmatan awam sebagai sebuah perkhidmatan yang bersih dari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Saya rakamkan tahniah di atas komitmen dan azam yang disuarakan oleh beliau.

Namun, di dalam masa yang sama, suka untuk diingatkan bahawa apa yang ingin dilihat oleh rakyat ialah tindakan dan pelaksanaan terhadap kata-kata yang diucapkan. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru ini perlu menerima hakikat bahawa perlantikan dirinya ke SPRM ialah dalam satu suasana yang penuh dengan kontroversi dan persepsi. Latar belakangnya sebelum ini sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara dianggap sebagai satu beban yang perlu dibersihkan memandangkan Jabatan Peguam Negara lah yang telah membersihkan Perdana Menteri dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SR International. Justeru, di mata masyarakat, beliau berada di dalam pasukan Peguam Negara dan dibimbangi akan bertindak di SPRM sebagaimana tindakan Peguam Negara.

Dalam masa yang sama, masyarakat juga tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku di SPRM apabila tiga orang pegawai tertingginya meninggalkan Suruhanjaya tersebut secara serentak. Mereka ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum ini, Tan Sri Abu Kassim Mohamed bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Timbalan Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali. Adalah amat mustahil ia merupakan satu kebetulan semata-mata dan dibimbangi ia hasil tekanan dari pihak kerajaan yang memerintah.

Saya menaruh harapan agar Datuk Dzulkifli Ahmad dapat melaksanakan janjinya kepada rakyat dan negara. Ia hanya akan menjadi kenyataan apabila rakyat melihat bahawa bukan ikan bilis sahaja yang akan diburu oleh SPRM, bahkan ia turut memburu jerung-jerung yang lebih banyak mengaut keuntungan hasil salah guna kuasa. Datuk Dzulkifli Ahmad wajib membersihkan imej Malaysia di mata dunia yang menyaksikan bagaimana negara ini menurut laporan Transparency International telah jatuh ke kedudukan 54 pada tahun 2015 berbanding 50 pada tahun 2014. Skor Malaysia juga menurut badan berkenaan telah menurun daripada 52/100 kepada hanya 50/100.

AHMAD FADHLI SHAARI

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT