Selasa, 9 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


TGNA Pernah Berpesan: "Harta & Pangkat Bakal Rosakkan PAS"

Posted: 09 Aug 2016 01:41 AM PDT

"Tuan-tuan semua hendaklah ingat bahawa harta dan pangkat adalah dua perkara yang selalunya meruntuhkan sesebuah perjuangan.

Umno tunggang langgang, bergaduh sesama sendiri disebabkan harta dan pangkat. Dan kita bimbang takut-takut orang PAS juga diserang penyakit yang sama dengan UMNO, yang akhirnya menyebabkan kita runtuh.

Kita sangat yakin bahawa PAS tidak akan rosak kalau tidak dengan kerenah dan khianat daripada orang dalam PAS sendiri. Antara punca yang menyebabkan orang PAS mengkhianati sesama sendiri ialah kerana keinginan merebut harta dan pangkat.


Kalau Qabil dan Habil sanggup berbunuh kerana harta. Kalau firaun dan qarun sanggup melawan para-para Nabi kerana harta dan pangkat, maka perkara yang sama x mustahil berlaku dikalangan kita, kalau kita tidak berhati-hati dan berpegang kepada ajaran Islam dengan sebenar-benarnya."

-Petikan ucapan TG Nik Aziz di Bukit Bakar Machang pada 25/12/97


ULASAN GB

PAS rosak dan binasa kerana berebut harta dan pangkat, demikian pesanan Almarhum TGNA.

Dan ia menjadi kenyataan apabila kerana perebutan pangkat dan jawatan di dalam PAS semasa muktamar yang lalu apabila golongan ulama menggunakan kaedah CAI menyingkirkan golongan progresif yang ada dalam PAS...

Saya tertarik dengan tulisan Sayuti Omar di dalam blognya:

Jika dahulu, zaman Pas dipimpin oleh para ulama segonti, yang "muhid" dengan Allah, yang berjuang pakai kapcai dan basikal atau paling-paling ada Toyota K20 atau van C20 mungkin laporan atau berita sebegitu mudah dibuang begitu sahaja. Ia nyata fitnah. Tetapi hari ini yang memimpin Pas adalah mereka yang kedudukan dan gaya hidupnya tidak jauh beza dengan pemimpin Umno. Apa yang pemimpin Umno ada mereka juga memilikinya.

Misalnya, kalau pemimpin Umno naik jet mereka juga naik jet. Kalau pemimpin Umno ada motor besar, pemimpin Pas juga ada motor besar. Kalau pemimpin Umno ada motokar lebih daripada tiga dengan nombor plat satu angka atau dua angka, mereka juga ada kereta lebih daripada tiga dan bernombor plat dua angka yang harga tandernya mencecah puluhan ribu. Soal bini dan betina usah ceritalah. Saya pun nak juga berbini lebih daripada tiga, tetapi akan daya...

Demikian bagaimana gelombang duniawi mengubah pimpinan PAS. Jauh berbeza dengan akhlak dan kehidupan Almarhum TGNA. Cuma kita imbas semula petikan ini:

* Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..

* Bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

* "Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

* "Ketika hadir di dalam satu majlis, Tuan Guru dihidang dengan makanan kelas tinggi termasuk daging rusa. Tapi Tuan Guru Nik Aziz sedikit tidak menyentuhnya".

Seseorang bertanya:

"Tok Guru tak makan daging rusa ke?"

Jawab Tuan Guru Nik Aziz;

"Ramai lagi rakyat di Kelantan tak merasai daging rusa. Kalau saya makan apa saya nak jawab dengan Allah di akhirat nanti."

Berbeza benar dengan gaya kehidupan pemimpin PAS yang ada kini dengan kehidupan Almarhum TGNA.

Jadi teramat nyata benar pesanan TGNA tadi, bahawa PAS rosak binasa apabila para pemimpin dan ahlinya sudah berebutkan harta dan pangkat.... sama-sama kita bermuhasabah....



FEATURED ADS


SR Pertahan Dakwaan: PAS Sekutukan Diri Dengan Pencuri Yang Dikenali

Posted: 08 Aug 2016 06:33 PM PDT

Dakwaan RM90 juta PAS kecurigaan meluas, kata S'wak Report

Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown menjelaskan dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebanyak RM90 juta kepada PAS adalah berdasarkan "kecurigaan yang meluas".

Ini selepas Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man awal hari ini menyangkal dakwaan itu yang disiarkan dalam sebuah ulasan dalam Sarawak Report Sabtu lepas.


Bagaimanapun, Brown berkata, dia melaporkan kecurigaan seperti terkandung dalam laman web itu dan menegaskan dakwaan itu memang telah meluas.

"PAS tidak patut menyalahtafsirkan saya, walaupun mereka bukan ahli-ahli politik pertama yang mengecam perkara-perkara yang sebenarnya tidak seperti diperkatakan.

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

"Mengapa PAS bayangkan sebaliknya?

"Ia adalah apabila PAS tiba-tiba mesra kepada sebuah parti seperti Umno yang diketuai presiden 'King Of Cash' seperti ramai dalam PAS memberikan amaran.

"Najib dikenali dunia kerana korup dan telah membuat pembayaran jumlah yang besar kepada sekutu utama yang berbeza politik dengannya.

"Jadi sesiapa yang tiba-tiba menjadi rapat mesti menerima syak wasangka menyusul akan timbul," dia memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau berkata, walaupun pemimpin PAS mungkin didorong oleh sebab agama, mereka telah 'menyekutukan' diri mereka dengan 'pencuri yang dikenali' .

Najib, yang berada tengah-tengah skandal 1MDB, secara konsisten menafikan salah laku dan sebelum ini dibebaskan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali.

Sarawak Report mendakwa di dalam ulasannya pada Sabtu:

"Dia (Najib) 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang sama seperti cara biasa dilakukannya - RM90 juta didakwa secara meluas mengalir kepada pemimpin atasan PAS sejak beberapa bulan lalu."

Tuan Ibrahim berkata dakwaan bahawa pemimpin PAS telah menerima RM90 juta daripada Najib adalah palsu, dan parti itu bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan tersebut. -mk

ULASAN GB

Kini PAS nak buat apa agaknya? Nak saman Sarawak Report (SR)? SR sudah pun jawab bahawa:

"Saya boleh memberi keterangan bahawa tanggapan itu memang meluas, sejak beberapa rakyat Malaysia bertalian rapat dengan orang ternama telah memerhatikan perkara ini kepada saya.

Tanggapan-tanggapan meluas itu berdasarkan tindakan dan perkataan pemimpin tertinggi PAS sendiri. Cuba kita amati (ini koleksi GB sendiri, bukan SR).


Bukti tentang penerimaan RM90 juta itu mungkin ada atau mungkin tiada, tetapi seperti SR jelaskan ia adalah tanggapan yang meluas. SR tak perlu beri bukti tentang penerimaan wang sejumlah itu.

Tetapi mungkin rahsia itu akan terbongkar apabila kes itu dibawa ke mahkamah, iaitu apabila PAS menyaman SR dan bertindak menyoal mana bukti. SR mungkin telah bersiap sedia dengan buktinya jika itu berlaku. Sama macam kes 1MDB sehingga Najib pun tidak berani untuk saman SR.

Jadi kini bola di kaki PAS. Nak saman atau tidak. Kalau tak saman, maruah tercalar, kalau saman rahsia terbongkar.


ENTRI BERKAITAN:  [PANAS] Pemimpin PAS Didakwa Terima RM90 Juta... -updated




FEATURED ADS


Tiada ulasan: