Isnin, 8 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[PANAS] Pemimpin PAS Didakwa Terima RM90 Juta... -updated

Posted: 08 Aug 2016 02:07 AM PDT

Di dalam satu pendedahan yang mengejutkan pimpinan tertinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dilaporkan telah menerima wang sejumlah RM90 juta beberapa bulan lalu dari Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak di dalam usahanya untuk memisahkan PAS dari pakatan pembangkang.

Untuk lebih melunakkan PAS, Najib sanggup untuk berjuang bagi menunjukkan bahawa beliau "lebih suci dari mereka" (more holy than thou) pada setiap agenda keagamaan PAS, dengan mengocakkan fahaman extremism di Malaysia disamping meremehkan institusi dan undang-undang, tanpa memperdulikan ianya boleh mengakibatkan kucar-kacir, pecah-belah malah membahayakan negara dan partinya sendiri.


Beliau (Najib) perasan yang dia bijak. Jika seseorang itu tidak mempunyai karisma untuk menarik pengikutnya, beliau akan beli mereka, apa saja yang diperlukan, tambah laporan tersebut.

Sasaran Najib seterusnya ialah menyerang pusat kekuatan politik pembangkang, iaitu parti DAP, yang selama ini mendapat sokong kuat rakyat kerana reputasi dan integritinya. Perdana Menteri itu telah melaksanakan teknik yang disenanginya iaitu melalui tindakan undang-undang, menyalahgunakan kuasanya untuk menuduh dan pemimpin DAP dengan tuduhan jenayah yang beliau sendiri sebenarnya terpalit dengannya iaitu, korupsi.

Malaysia kini berhadapan dengan penyaksian terhadap pemimpinnya yang paling korup di dalam dunia, didakwa telah mencuri berbilion ringgit, tetapi mengejar seorang pemimpin sebuah negeri di datas tuduhan yang remeh dan lemah kerana dikatakan membeli sebuah banglo dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran.

Mengharapkan Guan Eng dipenjarakan bersama-sama Anwar, PAS yang telah dibayar, semua para pengkritiknya dipecat dan ditukar dan kuasa penggisytiharan darurat di dalam tangannya, Najib kini merasakan beliau boleh menang pilihanraya umum sekali lagi. (Petikan Sarawak report / Terjemahan bebas:Greenboc)

ULASAN GB

Setakat ini PAS belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan samada mengiyakan atau menafikannya.

Benar atau tidak PAS perlu jawab. Jika tidak benar PAS perlu menyaman Sarawak Report.

Sebelum ini Pengerusi Lajnah Penafian Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pernah membuat ancaman yang serupa ke atas akhbar Berita Harian mengenai "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015.


Shamsuri dilaporkan menegeluarkan kenyataan berikut:
Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya. - Harakahdaily 31/7/2015

Berita Harian lansung tidak melayan penafian oleh Shamsuri tersebut, dan tidak ada pun tindakan susulan dari Lajnah Penapian PAS selepas itu.

Hanya gempaq lebih untuk ambil tindakan tetapi ternyata ia hanya sandiwara PAS.

Kita tengok juga kes terbaharu ini. Apakah PAS sedia mengambil tindakan ke atas Sarawak Report? Atau ia perulangan sandiwara yang sama seperti di atas?


TERKINI

Dakwa terima RM90 juta dari Najib, PAS nak saman S'wak Report

PAS hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS menegaskan berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat, selain agenda untuk terus mengaitkannya dengan Umno.

"Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM9O juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

"Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS," katanya pada kenyataan media.

Tambahnya, tindakan laman web itu menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Sabtu lalu, Sarawak Report menerbitkan artikel yang mendakwa Najib merayu PAS agar menjauhi gabungan pembangkang dengan sebanyak RM90 juta dialirkan kepada pemimpin tertinggi parti itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
-mk


Seperti yang GB ulas di atas, kita berharap kali ini PAS betul-betul saman Sarawak Report. Jangan main acah-acah aje macam kes nak sama Berita Harian dulu.

Dan nak kabor kat Deris Ahmad...RM90 juta beb, bukan kes curi telur!




FEATURED ADS


Tiada ulasan: