Sabtu, 6 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lelong Cincin & Barangan Rosmah Untuk Tabung Pahlawan - Mahfuz

Posted: 06 Aug 2016 12:10 AM PDT

Tabung Pahlawan: MP cadang lelong barangan Rosmah

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melelong barang-barang peribadi berjenama miliknya untuk didermakan ke tabung hari pahlawan.

Beliau berkata, barang-barang berharga rosmah seperti cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan sebagainya jika ditukar dengan wang tunai boleh membantu prajurit yang telah banyak berjasakepada negara.


"Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga, jam berjenama, cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan.

"Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara," katanya.


Rosmah yang juga penaung Tabung Pahlawan sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.

Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.

Mahfuz juga mempersoal ke mana hilangnya GLC dan kontraktor yang memperoleh banyak projek di bawah kementerian pertahanan.

"Berapa jumlah sumbangan syarikat yang memperolehi projek kapal selam,kereta perisai dan macam-macam projek bernilai milion dan bilion ringgit Malaysia.

"Atau mereka lebih banyak menyumbang untuk program program politik pemimpin Umno dari melihat kepentingan dan kebajikan perajurit tanahair.

"Takkan Rosmah isteri perdana menteri tak tau di mana syarikat syarikat ini. Atau syarikat ni pun turut sumbang senyap-senyap pada Rosmah?" soalnya. -MD






FEATURED ADS


[VIDEO] "Tangkap Malaysian Official 1", Gesa 34 NGO

Posted: 05 Aug 2016 09:02 PM PDT

Ambil tindakan ke atas 'Malaysian Official 1', gesa gabungan 34 NGO

Gabungan 34 organisasi masyarakat sivil menuntut kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1) seperti disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), 20 Julai lalu.

Tuntutan tersebut merupakan salah satu daripada enam perkara yang dinyatakan dalam memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini.


Penyerahan memorandum diketuai peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ambiga, tindakan saman sivil oleh DOJ yang mahu merampas hartanah milik negaranya bernilai lebih AS$ 1 bilion itu membuktikan kegagalan sistem kawal selia dan keadilan negara ini menyelesaikan siasatan berkenaan.

Gabungan NGO itu juga mahu supaya kerajaan mendedahkan kedua-dua keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd serta keputusan interim tentang siasatan isu 1MDB kepada orang awam.

"Kes DoJ ini menunjukkan bahawa terdapat penyelewengan dana secara besar-besaran. Apakah yang masih tinggal sebagai kedaulatan negara kita apabila hampir semua institusi utama telah dirobohkan secara terang-terangan?" dipetik dari memorandum itu.

Turut menyerahkan memorandum itu Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy.

Selain AS, enam negara lain juga terbabit dalam siasatan 1MDB. Antaranya, Singapura yang memulakan siasatan bulan lalu ke atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram berkaitan dengan dua akaun yang terlibat dalam kes 1MDB. -MD






FEATURED ADS


Tiada ulasan: