Jumaat, 5 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


BERS✓H 5: TITM Serik Untuk Bersuara Sebelum Di "Uturn"kan Haji Hadi?

Posted: 05 Aug 2016 01:09 AM PDT

PAS belum putuskan sertai BERSIH 5

Walaupun berjaya mengumpul penyertaan besar sebelum ini, BERSIH 4 bagaimanapun terpalit imej polarisasi kaum apabila kurangnya penyertaan orang Melayu.

Salah satu faktornya ialah apabila PAS tidak mendukung acara itu secara rasmi selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP.

Justeru, bagi masyarakat sivil, penyertaan parti itu amat penting bagi mengelakkan tanggapan negatif berulang.

PAS bagaimanapun setakat ini masih belum membuat keputusannya.


"Parti belum buat sebarang keputusan.

"Kita tunggu sehingga sampai waktu kita akan umumkan pendirian parti," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui pesanan teks kepada Malaysiakini malam tadi.

Tuan Ibrahim juga berkata pihaknya setakat ini belum dimaklumkan atau diundang secara rasmi oleh BERSIH.

Beliau ditanya pendirian parti Islam itu kali ini setelah BERSIH semalam (Selasa) mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB. -mk



ULASAN GB

Rasanya TITM sudah serik untuk kemukakan pendiriannya sebab setiap kali beliau suara, ianya akan di'uturn'kan oleh Presidennya Haji Hadi.

Apahal TITM mahu ulas lagi sedangkan setiap kali beliau ulas, setiap kali itulah keputusannya akan di terbalikkan oleh Presiden PAS sendiri?


Tentang Himpunan BERSIH, sudah ada precedent sebelum ini:


Yang terbaharu, TITM pernah menyuarakan supaya semua parti pembangkang melaksanakan "gencatan senjata".


Tetapi ini pula kenyataan Haji Hadi:


Dalam PAS yang mengamalkan kepimpinan diktator, "pemimpin lain tak usah menyibuk" -kata seorang pascai. Mereka kena ikut dan patuh kepada Presiden, jika tidak kamu dianggap pengkhianat!

PAS meletakkan kepimpinan Presidennya terutama Haji Hadi lebih tinggi dari Rasulullah sendiri sedangkan Rasulullah boleh dibantah keputusannya seperti di dalam kes Khabab yang terkenal itu seperti yang pernah GB nukilkan sebelum ini:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?"

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,"jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan "sahabat lancang" itu untuk menuruti perintahnya, setelah berfikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Di dalam PAS, orang yang berbeza pendapat dengan Haji Hadi akan dianggap pengkhianat, akan dianggap menentang ulamak dan akan dianggap musuh.

Bertentangan sungguh dengan kisah Khabab di atas, PAS mengajar ahlinya jangan "lebih cerdik" dari Presidennya, sama seperti UMNO. Siapa lawan Najib akan "dipancung". Begitulah dalam PAS, siapa lawan Haji Hadi pun akan "kena pancung".


Kasihan PAS. Hanya yang bodoh dan bangang yang layak tinggal dalam PAS.

Mujurlah Allah telah membuka ruang dan mempermudahkan penubuhan parti Islam yang kedua di negara ini, AMANAH namanya. Parti Islam yang lebih baik, yang amanah, progresif dan peduli. Pendakwa Xifu Naser manyatakan kemunculan AMANAH merupakan kebangkitan Islam sejati di negara ini. Begitu besar rahmat Allah kepada hamba-hambaNya yang jujur dan ikhlas di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.






FEATURED ADS


Tiada ulasan: