Khamis, 4 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kerana UMNO, Nik Abduh Sanggup Berdusta & Memfitnah Ayahnya Sendiri?

Posted: 04 Aug 2016 12:46 AM PDT

Ayah pernah ramal kematian Pakatan, kata Nik Abduh

Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik Abduh.

"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar," kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz meninggal dunia.


DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai kumpulan kuasa ketiga pembangkang.

Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati mendalam antara satu sama lain.

Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014. -mk

ULASAN GB

Kenyatan yang dibuat oleh Nik Abduh amat meragukan.

Yang pertama beliau mendakwa Allahyarham ayahandanya, "TG Nik Aziz pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP".

Meragukan kerana belum pernah dijumpai mana-mana kenyataan Allahyarham menyatakan begitu kecuali inilah kali pertama Nik Abduh menyatakan sedemikian.

Walhal semua rakyat tahu bahawa Allahyarham orang yang paling kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Ini terbukti melalui kenyataan anakanda Allahyarham yang seorang lagi, Nik Omar namanya iaitu abang kepada Nik Abduh.


Kedua ialah kenyataan-kenyataan Allahyarham sendiri mengenai DAP. Sekalipun DAP menolak hudud, TG Nik Aziz tidak pernah menjadikan ia sebagai satu masalah besar yang boleh menggugah Pakatan Rakyat. TG Nik Aziz melihat itulah peluang besar bagi PAS untuk terus berdakwah.


Malah di satu ketika TG Nik Aziz menyatakan bukan satu masalah besar orang Melayu menyertai DAP.


Berbanding dengan Haji Hadi yang mengutuk DAP dan memuji MCA, Allahyarham Nik Aziz mengambil pendirian yang berbeza:



Selain daripada itu, adalah tidak wajar untuk menyatakan TGNA "meramalkan" kerana TGNA bukan seorang tukang ramal.

Dan seperkara yang tidak dapat dinafikan kebenaran ialah Nik Abduh ingin membawa PAS mendekati UMNO. Semua orang tahu hal itu. DI satu ketika beliau menyatakan PAS bukan saja berniat malah berazam untuk bersatu dengan UMNO. Ia bukan fitnah.



Cukup-cukuplah menjadikan dan menggunakan nama ayahandamu sebagai sandaran untuk melaksanakan cita-citamu untuk bersama UMNO!

Binalah ketrampilan diri sendiri untuk populariti bukan bersandar kepada orang yang telah pergi apatah lagi sikap warak dan zuhud TG Nik Aziz tidak kamu ikuti. Jauh panggang dari api!




FEATURED ADS


BERS✓H 5.0 Fokus Kepada Skandal 1MDB & Dakwa MO1

Posted: 03 Aug 2016 08:41 PM PDT

Lagi demo BERSIH, kali ini desak tangkap MO1

BERSIH hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan rakyat besar-besaran kali kelima akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah pada sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya berkata, himpunan kali ini adalah untuk menuntut tindakan lanjut mengenai skandal 1MDB.



Katanya, untuk tidak mengadakan himpunan bukan lagi satu pilihan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman sivil bagi merampas aset berkaitan dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

"Satu himpunan aman BERSIH 5 akan dianjurkan. Ini adalah lanjutan untuk meminta tindakan yang sewajarnya dan untuk akauntabiliti skandal 1MDB.

"Masa dan tarikh aksi BERSIH 5 akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

Menurut Maria, ketika ini, BERSIH akan fokus untuk membina satu gerakan majmuk dengan penglibatan pelbagai pihak untuk menjayakan himpunan itu.

Ini, termasuk mengadakan rundingan berterusan dengan semua pihak dan gerak kerja mobilisasi BERSIH 5 akan bermula dari saat ini.

Katanya, cadangan untuk turun ke jalanan adalah tindakan yang tepat kerana sebagai rakyat negara ini, mereka perlu mengambil pendirian tegas terhadap skandal rasuah terbesar negara ini.

"Terdapat kelalaian yang serius dalam kewajipan perdana menteri dan ahli kabinetnya untuk menjaga kepentingan rakyat.

"Mereka telah membenarkan skandal 1MDB untuk berlanjutan selama lima tahun tanpa sebarang akauntabiliti.

"Kini, mereka harus menyiasat, menangkap dan mendakwa segera Malaysian Official 1 akan jenayah yang sudah dilakukan. Jika mereka tetap membisu, maka perdana menteri dan kabinets harus letak jawatan serta-merta,
" katanya.

Maria berkata keputusan untuk turun ke jalanan itu adalah sebagai membantah penafian berturusan daripada pihak kerajaan dan ketiadaan tindakan yang diambil sehingga kini.

Sebaliknya, katanya, pihak kerajaan telah mengganggu siasatan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dan jawatankuasa khas 1MDB (1MDB Task force).

Najib juga memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; menukar Peguam Negara, Tan Sri Adul Gani Patail, menukar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kasim Mohamad dan dua pegawai kanan suruhajaya itu.

"Undang-undang zalim, halangan keluar negara, dan intimidasi oleh polis dan pihak berkuasa turut dilakukan ke atas aktivis sosial dan ahli politik untuk menutup mulut mereka.

"Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri atau menerima kleptokrasi dan skandal rasuah yang telah terjadi. Kita harus terus menuntut jawapan dan kebenaran.

"BERSIH mengajak semua rakyat Malaysia untuk meneruskan perjuangan dan bersatu pada masa yang penting ini," katanya. -mk

ULASAN GB

Rasanya, langkah mengadakan himpunan BERS✓H 5.0 untuk menangani isu skandal 1MDB dan mendakwa MO1 adalah langkah yang wajar.

Ini kerana nama negara begitu tercemar dengan pembongkaran skandal berkenaan dan bagi membuktikan bahawa negara kita adalah negara yang berakuntabiliti dan rakyatnya menolah sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan, seluruh rakyat perlu bersama-sama menjayakan himpunan BERS✓H nanti bagi membuktikan kepada dunia bahawa rakyat negara bermaruah dan berintegriti, menolak segala bentuk penyelewengan dan korupsi.

Jika Najib serius untuk menyelesaikan masalah negara susulan pembongkaran skandal tersebut, beliau perlu membenarkan dan merestui perhimpunan berkenaan.


FEATURED ADS


Tiada ulasan: