Nuffnang

Pengikut

Kelab Greenboc

sumber :-

Kelab Greenboc


Mana Suara Ulama Dalam Isu 1MDB?

Posted: 25 Aug 2016 02:01 AM PDT

Isu 1MDB tidak dianggap 'jenayah agama' di kalangan agamawan, bidas Husam

Isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam konteks berkerajaan, kata Adun Salor Datuk Husam Musa.

Beliau berkata, golongan agamawan melihat 'good government' ini sebagai tanggungjawab yang dipisahkan daripada Islam sehingga ia tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' oleh pelakunya.


"Dalam kes 1MDB jika menghilangkan wang yang di amanahkan rakyat itu tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' apa lagi?

" Kita nak kejam mata sebelah. Jika ustaz-ustaz mendapat maklumat seluasnya mereka akan istigfar 100 kali, malah tidak ada seorang ustaz pun dalam Pas akan duduk diam," ujarnya ketika sesi soal jawab dalam Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling Jaya malam tadi yang dianjurkan oleh akhbar mingguan Amanah semalam.

Mengulas lanjut mengenai jenayah agama ini, Husam berkata,di dalam al-Quran banyak disebut pemimpin agama dikalangan Bani Israel mereka membiarkan penyelewengan harta benda rakyat dengan tidak menegur pemimpin dan penguasanya, maka dikutuk Allah swt.

"Selain al- Quran dalam hadis Rasullullah saw juga mengecam pemimpin masyarakat membiarkan amalan pecah amanah berlaku berleluasa.

"Apa yang berlaku dalam kes 1MDB ini ternyata jumlah pecah amanahnya cukup besar berbilion ringgit digunakan untuk perkara bertentangan dengan agama Islam.

"Pastinya golongan agamawan mempunyai kewajiban yang besar berbanding orang biasa seperti kita.

"Isu 'good government atau berkerajaan yang baik ini masih lagi agak asing bagi kebanyakan agamawan.

"Mereka hanya melihat Islam sebagai hukum berkaitan ibadat dan kekeluargaan semata-mata, tetapi kes bernegara kurang diberikan perhatian untuk membincangkannya," ujarnya.

Apakah punca berlaku keadaan ini dikalangan ulama, naib presiden Pas ini berkata, dua sebab menjadi penghalangnya.

"Pertama golongan agamawan belum mendapat maklumat sepenuhnya mengenai isu ini kerana kebanyakan bahan-bahannya disebarkan dalam bahasa Inggeris.

"Tetapi itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk golongan agamawan ini mencari duduk perkara sebenar yang berlaku dalam isu 1MDB ini.

"Keduanya masalah kita antara kefahaman agama dengan konsep kenegaraan Islam ada jurangnya. Kebanyakan orang yang beraliran agama masih ada pemisahan sekular dan islamik yang menghalan mereka untuk bertindak dan menyuarakan pandangan.

Rakyat ternanti-nanti sikap agamawan Islam dalam isu 1MDB kerana tanggungawab di bahu golongan agamawan sangat besar apa hala tuju mereka bagi menangani isu ini, masih lagi tidak dijelaskan,"ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Dalam perkembangan sama Presiden Amanah Mohamad Sabu juga pernah membidas sikap ulama negara ini yang membisu dalam isu membabitkan 1MDB.

Mohamad dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara.

Katanya penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan, Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulama yang lantang menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong. -MD


'Rakyat perlu ulama berani, bukan kaki label'

Sebahagian ulama di negara ini dilihat lebih gemar menghukum dan melabel pihak tidak sealiran dengan mereka namun tidak bersuara terhadap kemelut rasuah yang berlaku terutamanya membabitkan 1MDB.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata rakyat di negara ini sebenarnya menantikan ulama untuk mengetuai gerakan menentang rasuah terutama melibatkan pimpinan negara.

Masalahnya, kata Mohamad, di negara ini 'kaya' dengan ulama yang gemar melabel pihak tidak sependapat dengan mereka dengan pelbagai gelaran, termasuk munafik, liberal, pengkhianat, khadam dan perkataan jelek lain.

"Sedangkan, rakyat menunggu mereka yang muncul untuk memimpin seperti Imam Nawawi, Ayatullah Khasyani dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.

"Menjelmalah orang seperti ini untuk menjadi ikutan rakyat supaya kita dapat menentang segala bentuk korupsi.

"Kami dahagakan ulama-ulama seperti itu, bukan ulama yang menghukum seperti sekarang ini," kata Mohamad dalam kenyataannya hari ini.

Isu 1MDB pernah dibangkitkan pelbagai pihak termasuk di parlimen, bermula dengan pendedahan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia kemudian diulangi beberapa anggota parlimen termasuk Rafizi Ramli (Pandan) dan Tony Pua (Petaling Jaya Selatan).

Portal Sarawak Report kemudian membuat pendedahan lanjut sehingga berlaku pergolakan besar menyaksikan Tan Sri Abdul Gani Patail dihentikan dan seorang pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman diambil tindakan.

Ganti penguasa rasuah

Baru-baru ini Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil ke mahkamah untuk merampas pelbagai aset dianggar bernilai AS$1 bilion didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB.

Beberapa nama muncul dalam dokumen itu, termasuk anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, serta hartawan muda kelahiran Pulau Pinang Jho Low yang turut didakwa mempunyai hubungan rapat dengan perdana menteri.

Satu lagi individu disebut dalam dokumen DOJ itu ialah Malaysian Official 1 yang tidak didedahkan identiti sebenarnya.

Antara aset yang dimaksudkan ialah rumah agam, lukisan bernilai jutaan dolar, jet peribadi dan kutipan filem Hollywood The Wolf of Wall Street.

Mohamad berkata ulama terdahulu seperti Abdul Rahman Limbong diingati kerana berani bangkit menentang British (yang menjadi kerajaan ketika itu) serta mengkritik sistem percukaian yang dikenakan terhadap penduduk Terengganu.

Ayatollah Kashani pula, kata Mohamad menggerakkan rakyat Iran menumbangkan kerajaan diktaktor Shah yang terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dalam perniagaan tembakau dan memiskinkan petani.

"Penentangan daripada rakyat berhubung isu rasuah sangat perlahan kerana tidak ada golongan ulama yang menegur pemerintah," katanya.

Justeru Mohamad menyeru supaya pemerintah yang terlibat dengan rasuah dijatuhkan dan diganti dengan pemerintah yang lebih adil.
-mk


VIDEO BERKAITAN







FEATURED ADS


"Nazar Saya: Kalau Saya Sihat Saya Akan Aktif Dalam AMANAH"

Posted: 24 Aug 2016 09:27 PM PDT

"Kalau Saya Sihat, Saya Akan Aktif Dalam AMANAH, Ini Nazar Saya"

Pertemuan mahabbah di antara dua sahabat karib, alhamdulillah pertemuan ringkas di antara Asar hingga waktu Maghrib, menggamit dua tokoh mantan pimpinan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran bagi membawa masyarakat mengenali kefahaman & perjuangan Islam .

Tokoh yang di maksudkan ialah Al-Fadhil Ustaz Ahmad Awang yang berkunjung ke rumah Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz di Taman Meru Ipoh.


Mereka memulakan pertemuan dengan ramah mesra,dan bertanya khabar. Lalu, Sheikh terus minta penjelasan akan keadaan politik semasa Malaysia.

Ustaz Ahmad Awang memulakan muqadimah jawapannya dengan senyuman dan terus menceritakan sejarah PAS semenjak beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS, sehinggalah ketika beliau dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden pada sesi muktamar pemilihan PAS yang lalu khusus sehinggalah membawa kepada penubuhan parti.

Bersama Ustaz Ahmad Awang dalam ziarah tersebut adalah Ustazah Rosiah(isteri) dan anak UAA, Ustaz Rashidi (Pengarah Biro Syariah Pemuda Amanah Perak), anak muda dan juga blogger Al-Hussin.

Tatkala kami asyik mendengar sejarah yang sentiasa mendewasakan kami, sedar tak sedar Ustaz Ahmad Awang telah pun bercakap hampir 2 jam sambil di temani jamuan makanan yang telah di sediakan oleh tuan rumah (Sheikh)

Ketika di saat-saat akhir pertemuan, Sheikh memberi sedikit pandangan tentang keadaan politik negara.

Pertemuan ini menjadi semakin nostalgia apabila sheikh yang uzur tidak menginzinkan beliau untuk bercakap dengan lancar, oleh itu beliau menulis setiap persoalan dan jawapan yang diajukan.

Malah yang lebih menarik Ustaz Ahmad Awang juga turut menjawab persoalan itu dengan penulisan dan penerangan, indahnya ukhuwwah dua sahabat karib ini.

Akhirnya Ustaz Ahmad Awang meminta agar sheikh menyatakan Harapan kepada Ustaz Ahmad Awang. Lalu beliau menulis, "Kalau Saya Sihat, saya akan aktif dalam Amanah, ini nazar saya".


Lalu di sambut dengan takbir, dan doa oleh Ustaz.

Begitulah mesranya Dato Sheikh. Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat, beliau masih lagi mampu menghadiri mesyuarat-mesyuarat sebagai Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak, sebagai Pengerusi Lajnah Tashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan masih kekal menerajui Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).

Beliau juga masih lagi merupakan Pengerusi Yayasan ADDIN yang mengendalikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (ADDIN) sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.

Ketika akhir sebelum kami menunaikan solat Maghrib bersama sheikh, beliau mengirim salam kepada Presiden Amanah Tuan Haji Mohamad Sabu.

Semoga pertemuan ini diberkati Allah dan semoga sejarah ini melakar suatu sejarah politik baru di Malaysia.

Takbir

Ahmad Saqif Ansorullah
(Sekretariat Penasihat Umum AMANAH)
22/8/2016
Gunong Semanggol, Perak.



DARI ALBUM

PENGKALAN HULU, 15 Nov 2012 -- Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah 
menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H 
kepada Datuk Syeikh Mohamad Nor Mansor Al-Hafiz, 55, 
Pegawai Agama Majlis Agama Islam Perak 
pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 
peringkat negeri Perak di Masjid Jamek Pengkalan Hulu -BERNAMA




FEATURED ADS


Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT