Ahad, 21 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Sukaneka Cilik Al-Fateh Pertama Nobatkan CAF Bestari Melaka Sebagai Juara

Posted: 21 Aug 2016 01:14 AM PDT

Pernahkah anda pembaca blog Greenboc ini mengingati tentang kisah penubuhan Tadika Cilik Al Fateh (CAF) yang pertama di Melaka dikelolakan oleh AMANAH Cawangan Sungai Putat, Batu Berendam Melaka pada Januari tahun ini? (rujukan: Cilik Al-Fateh AMANAH Melaka Pertama Mula Beroperasi Jan 2016

Semalam, Tadika Cilik Al-Fateh Bestari Sungai Putat yang baru berusia 8 bulan ini telah muncul sebagai JUARA KESELURUHAN SUKANEKA CILIK AL-FATEH KEBANGSAAN yang pertama diadakan di Stadium UTM Skudai.

Sebanyak 12 kumpulan dari 12 Tadika Cilik Al-Fateh iaitu 11 dari Johor dan 1 dari Melaka telah menyertai Sukaneka tersebut.


Menurut seorang guru pengiring Cilik Al-Fateh Bestari Melaka, Puan Azura Talib, kemenangan yang diraih sebagai Juara keseluruhan sudah beliau duga dengan melihat kepada persiapan perbarisan dan apabila seorang muridnya dipilih untuk mengetuai membaca ikrar sukan berkenaan.

Suasana riang gembira dan ceria mewarnai suasana sukaneka berkenaan dengan aksi-aksi murid-murid yang memasuki pertandingan pelbagai kategori dan tidak kurang juga dengan beberapa aksi dan telatah yang melucukan.

Cilik Al-Fateh Bestari Melaka mengungguli beberapa acara iaitu bawa belon air di dalam Kategori 4 tahun dan isi air dalam botol dan lari bawa bola dalam kategori 6 tahun. Selain itu mereka juga berjaya di dalam acara yang sama di dalam kategori perempuan 6 tahun masing-masing di tempat yang kedua.

Diantara yang mengiringi para pelajar berkenaan adalah terdiri dari Pengurus Cilik Al-Fateh Taman Seri Jati Sungai Putat, Tn Haji Md Ali bin Sharif, gurubesarnya, Fatimah Wahit, guru-guru dan pemabntu, Nazrah ismail, Azura Talib, Nurul Fathiah dan juga para ibu bapa murid-murid berkenaan.

Cilik Al-Fateh merupakan produk AMANAH yang kedua selepas Amal Relief (ARIF) yang merupakan sebuah tadika berkonsepkan Islam untuk melahirkan "Generasi Muttaqin Pemimpin Masa Depan".

Visi Cilik Al-Fateh ialah untuk meneraju pendidikan prasekolah yang innovatif berteraskan Islam untuk membangunkan generasi muttaqin yang berilmu dengan misi utama bagi melestarikan sistem pendidikan pra-sekolah Islam bagi melahirkan generasi muttaqin yang berilmu, kreatif dan inovatif sebagai pemimpin masa depan, demikian dinyatakan oleh Pengerusi Cilik Al-Fateh Kebangsaan, Mohd Zuhan Mohd Zain di dalam satu taklimatnya yang diadakan di Melaka beberapa bulan lalu.

Kisah kejayaan Cilik Al-Fateh Bestari Sungai Putat ini merupakan sesuatu yang menggamit hati nurani bagi membuktikan bahawa dengan kegigihan dan kesungguhan, tidak apa yang boleh menghalang kita mencapai kejayaan.

Orang ramai yang mempunyai anak-anak berumur 4-6 tahun dipelawa dan digalakkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka di tadika ini bagi sesi yang akan datang.

Bagi menjayakan tadika Cilik Al-Fateh Sungai Putat ini untuk meningkatkan kemudahan prasarana dan membantu pengurusan, pihak pengurusan Cilik Al-Fateh masih mengalu-alukan sumbangan dari orangramai dan semua sumbangan disalurkan ke akaun

Maybank 554026275398
di atas nama TADIKA CILIK AL-FATEH
dan maklumkan segala sumbangan kepada melalui telefon atau sms ke nombor 019-6551818 atau 019-2360941

Sekali lagi kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cilik Al-Fateh Melaka di atas kejayaannya.

Juga kepada Pengurusan Cilik Al-Fateh Kebangsaan di atas kejayaannya menganjurkan Sukaneka Cilik Al-Fateh dengan cemerlang.

Sementara itu AMANAH Melaka turut berhasrat untuk menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah Tadika Cilik Al-Fateh di setiap kawasan menjelang awal tahun hadapan.

Diharapkan Cilil Al-Fateh ini juga akan dapat dikembang ke seluruh negara bagi memenuhi permintaan keperluan pendidikan prasekolah yang innovatif dan progresif berteraskan Islam. -Greenboc






FEATURED ADS


MO1 Mungkin Pokemon Yang Paling Sukar Ditangkap -updated

Posted: 20 Aug 2016 08:16 PM PDT

Rakyat Malaysia diminta menyertai perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos supaya mereka boleh menangkap Malaysian Official 1 (MO1) seperti menangkap Pokemon.

"Saya ingin bertanya, bagaimana kita tangkap MO1, kerana Malaysian official 1 masih belum diketahui," kata aktivis sosial Hishamuddin Rais.

"Jadi saya nak tanya anak-anak muda, dapatkah kita tangkap MO1 pada petang itu? Kerana itu saya menyeru seluruh rakyat Malaysia datang beramai-ramai, kita tangkap dia (MO1) macam kita tangkap Pokemon," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan bersama BERSIH dan sembilan NGO lain.


Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel turut bersetuju dengan Hishamuddin dan secara berseloroh berkata MO1 mungkin adalah Pokemon paling sukar ditangkap.

Sidang akhbar itu diadakan oleh NGO-NGO berkenaan untuk menyatakan hasrat mereka menyokong perhimpunan #TangkapMO1 oleh kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Anak Muda.

NGO lain ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), C4, Pusat Komas, Lawyers for Liberty (LFL), Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), Persatuan Peguam Wanita, Sister in Islam (SIS), Empower dan Ikram Malaysia.

Kumpulan itu menggesa polis memudahkan Gerakan Anak Muda yang membincangkan aturcara protes dengan pihak berkuasa hari ini.

Mereka juga berjanji untuk menyediakan sokongan undang-undang kepada peserta yang menyertai perhimpunan berkenaan.

"Kebebasan untuk berhimpun secara aman adalah hak yang dijamin untuk semua rakyat Malaysia di bawah perlembagaan persekutuan. Hak ini boleh digunakan untuk semua rakyat Malaysia, termasuk belia dan pelajar.

"Untuk tujuan ini, kami menyeru kepada Polis Diraja Malaysia memberikan kerjasama sepenuhnya dan membenarkan perhimpunan itu berlangsung secara aman," kata 10 NGO itu dalam satu kenyataan media bersama yang dibacakan pada sidang akhbar tersebut.

Kumpulan itu turut mengecam penahanan aktivis pelajar Ariffin Amin oleh polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini kerana menganjurkan taklimat mengenai isu-isu 1MDB dan MO1. – mk


Pemuda Pakatan Harapan bersama mahasiswa tangkap #MO1


Pemuda Pakatan Harapan akan menggerakkan seluruh jentera sebagai tanda solidariti terhadap perhimpunan aman '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos ini.

Dalam sidang media bersama di ibu pejabat pejabat PKR, Petaling Jaya, mereka menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan mobilisasi, keselamatan dan perundangan terhadap himpunan tersebut.

Mereka juga meminta kerajaan memberi ruang kepada anak muda dan mahasiswa untuk bersuara kerana mendakwa suara mereka suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik.

"Diingatkan kepada Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan para pentadbir universiti supaya memberi ruang kepada mahasiswa dan anak muda bersuara.

"Suara mahasiswa adalah suara kuasa ketiga yang bebas daripada kepentingan politik yang akan menjadi pemangkin untuk mencapai negara lebih sejahtera," katanya ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan dalam sidang media tersebut.

Pemuda Pakatan juga merakam ucapan tahniah kepada anak muda dan mahasiswa yang memulakan usaha '#TangkapMalaysianOfficial1'.

"Semoga usaha ini akan menjadi pemangkin untuk kita mencapai impian Malaysia yang lebih sejahtera. Ayuh anak muda Malaysia, kita turun ke himpunan '#TangkapMalaysianOfficial1'," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua DAPSY Kebangsaan, Wong Kah Woh.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada kepincangan urus tadbir membimbangkan ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (US DOJ) berkenaan penyelewengan wang melalui 1MDB.

"Tiga individu yang didakwa bertanggungjawab disebut dengan jelas dua daripadanya Rizza Aziz dan Jho Low, namun seorang lagi hanya dinyatakan sebagai Malaysia Official 1.

"Dipercayai individu di sebalik nama Malaysia Offical 1 yang disebut 32 kali dalam laporan US DOJ menjadi dalang dalam menyusun atur dan menerima ratusan juta dari 1MDB ke akaun peribadinya," katanya.

Gabungan #TangkapMO1 merupakan usaha sekumpulan mahasiswatempatan bagi mendesak penangkapan individu yang didakwa sebagai MO1.

Gabungan itu turut menyatakan tuntutan mereka supaya semua institusi awam seperti PDRM dan SPRM daripada bebas cengkaman dan campur tangan politik UMNO BN.
-MD


ULASAN GB

Pokemon beranama MO1 itu lebih mudah untuk ditangkap jika lebih ramai yang turun perhimpunan aman '#TangkapMalaysianOfficial1' 27 Ogos.

Tangguhkan semua aktiviti lain. Ayuh jom tangka MO1.



FEATURED ADS




Tiada ulasan: