Isnin, 15 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Matthias & Husam Musa Berusaha Dapatkan Semula Wang Yang Dicuri Dari 1MDB

Posted: 15 Aug 2016 12:27 AM PDT

Matthias dan Husam saman Red Granite, Riza

Satu lagi tuntutan saman difailkan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat oleh Matthias Chang dan Datuk Husam Musa terhadap Riza Shahriz Abdul Aziz iaitu anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, syarikat filemnya Red Granite Pictures, Jho Low dan bank Goldman Sachs berhubung wang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad.

Tuntutan saman itu dibuat bagi memohon ganti rugi atas kecurian wang daripada 1MDB dan mendapatkan semula hartanah dan aset lain yang dibeli menggunakan wang curi itu.


Matthias, seorang peguam yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Husam, bekas naib presiden PAS yang dipecat daripada parti Islam berkenaan pada Mei memfailkan saman itu di Mahkamah Daerah AS di New York pada Selasa, menurut The Hollywood Reporter.

Pihak yang dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Red Granite Pictures yang menerbitkan filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio. -FMT



ULASAN GB

Tahniah kepada kedua-dua, Matthias Chang dan Husam Musa yang kini sedang berusaha untuk mendapatkan semula wang yang dicuri dari 1MDB bagi penerbitan filem Wolf of Wall Street

Kita akui ia bukanlah satu perkara yang mudah, namun kedua-duanya telah maju ke depan bagi menuntut semula wang rakyat negara ini.

Najib sebelum ini menafikan 1MDB mempunyai asset di luarnegara khususya Amerika Syarikat. Tetapi wang 1MDB itu, menurut DoJ telah dicuri olah pihak tertentu. Nama Riza Aziz, anak tiri Najib disebut berkali-kali oleh DoJ sebagai salah seorang dalang di sebalik 'kecurian'

Wang yang diperoleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti membeli hartanah di New York, London, dan Beverly Hills - di mana ketiga-tiganya didiami oleh Riza Aziz - serta menghasilkan filem blokbuster Hollywood.

Sebahagian wang digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas dan menganjurkan parti mewah. Jho Low, Riza Aziz bersama barisan pelakon filem 'Wolf of Wall Street'.

Jho Low didakwa mengeluarkan AS$1.15 juta daripada akaunnya di kasino Las Vegas pada 2012 untuk berjudi bersama beberapa individu.

Mereka termasuk Riza Aziz, Christopher 'Joey' McFarland; seorang pelakon utama filem 'The Wolf of Wall Street', dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB.

Wang itu juga turut dibelanjakan bagi membeli pegangan dalam EMI Music Publishing, membayar AS$35 juta jet pesawat Bombardier dan membeli lukisan Claude Monet.

Selain dari itu, wang derma yang didakwa diterima dari putera Arab Saudi sebelum ini sebenarnya merupakan dana 1MDB.

Mereka mendakwa 'Malaysian Official 1' menerima ratusan juta dolar daripada 1MDB yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Aliran wang tersebut dikatakan mempunyai banyak "cut-outs", salah satunya melalui putera Arab Saudi, yang kemudiannya dihantar kepada Najib.

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua "yang berusaha" tersebut.



FEATURED ADS


Tiada ulasan: