Jumaat, 12 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Angkuh dan Sombongnya Dia...

Posted: 12 Aug 2016 12:12 AM PDT

PAS tidak perlukan Amanah untuk saman Sarawak Report - Naib Presiden PAS

SHAH ALAM: PAS tidak perlukan bantuan Amanah untuk menyaman Sarawak Report kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap pimpinan tertinggi parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata partinya mempunyai ramai peguam berkaliber untuk menguruskan saman tersebut.

Sebelum itu, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini Naib Presiden Amanah menawarkan khidmat guaman kepada parti itu selepas dipalit tuduhan kononnya pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


"PAS ada ramai peguam untuk mengendalikan kes itu (saman Sarawak Report).

"Tidak perlu bantuan peguam-peguam PAN (Amanah)," kata Iskandar menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Mujahid dalam pada itu berkata PAS harus segera membersihkan namanya ekoran tuduhan yang dilemparkan Sarawak Report itu amat berat dan wajar diambil tindakan.

"Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.

"Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia membantu," kata Mujahid dipetik sebuah portal berita.

Mengulas tawaran Mujahid lebih lanjut, Iskandar kemudiannya memulangkan paku buah keras kepada pemimpin Amanah itu.

"Kalau peguam-peguam PAN (Amanah) tidak ada kerja, bagi tahu (PAS).

"Mungkin kami boleh bantu," jawab Iskandar.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfoz Omar menyatakan keyakinan kepada kemampuan peguam dalam PAS untuk menyaman Sarawak Report.

"Saya fikir PAS tidak memerlukan pasukan dan bantuan mana-mana pihak untuk membantu PAS menyaman Sarawak Report.

"Saya penuh percaya bahawa PAS juga punyai pasukan peguam yang hebat untuk mampu menyaman Sarawak Report dan mengheret Sarawak Report ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Dalam pada itu, beliau turut meminta laman web itu agar menyenaraikan nama individu yang didakwa menerima wang berkenaan di pihak PAS.

"Saya meminta kepada Sarawak Report supaya menamakan siapakah orang atas PAS yang telah pun dikatakan menerima wang RM90 juta itu bagi pihak PAS. Jadi dia (Sarawak Report) kena namakan (individu terbabit) sehingga sekarang dia tidak menamakan induvidu tersebut.

"(Malah) dia harus menunjukkan aliran kemasukan wang seperti mana yang ditunjukkan sepertimana nombor akuan seperti mana yang pernah didedahkan tentang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi (Datuk Seri) Najib," ujar beliau.

PAS sebelum ini mengugut menyaman Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata, dakwaan itu palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti itu dengan Umno Barisan (BN).

Sarawak Report mendakwa Najib berjaya 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang dengan RM90 juta mengalir secara meluas kepada pemimpin atasan parti Islam itu sejak beberapa bulan lalu. -antarapos

ULASAN GB

Betul-betul angkuh dan somboing kenyataannya.

Apabila kita menghulur tangan ingin membantu, tiba-tiba dia menempelak: "Tidak perlu bantuan peguam-peguam PAN (Amanah)".

Malah dibahasakannya orang yang ingin membantu: "Kalau peguam-peguam PAN (Amanah) tidak ada kerja, bagi tahu (PAS). "

Anologinya seperti seorang yang hampir mati lemas dan datang orang AMANAH ingin membantu. DIlihatnya ornag AMANAH yang ingin membantu, diherdik dan dimakinya.... aku tak perlu bantuan kamu.... Tenggelamlah dia mati kaku.

Sikap PAS memang pelik. Menang pilihanraya dengan tiket Pakatan Rakyat tetapi kemudian "mengkhianati" rakyat apabila mereka mengambil keputusan untuk "berperang" dengan DAP dan AMANAH dan dalamasa yang sama berbaik-baik dengan UMNO.

Bukan sekali dua dia bersikap angkuh dan sombong. Di dalam kes kerusi PBT dahulu, mereka enggan utuk memberi sedikit ruang pun kepada AMANAH dengan tidak melepaskan sebarang kerusi PBT. Namun hukum kebenaran dan keadilan berjalan. PAS dilihat oleh rakyat sebagai pihak yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak boleh bekerja dengan sesiapa dan di dalam mana-mana pasukan pun..

Demikianlah, rakyat boleh dan akan menilai sikap PAS itu. PRU akan datang kita akan dapat menyaksikan apa kesudahannya dengan sikap PAS yang "selfish", angkuh dan sombong itu.

Sepatutnya pimpinan PAS yang ada perlu bersyukur kepada Allah kerana dengan kewujudan Pakatan Rakyat dulu, PAS telah mendapat tempat di hati rakyat termasuk yang bukan Islam. Malah PAS memenangi banyak kerusi samada di peringkat DUN ataupun parlimen hasil dari kerjasama erat parti-parti pembangkang ini. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan itu, sebaliknya berterusan ingin menunjukkan lagaknya konon mereka kuat jika bersendirian. Allah pasti akan menghukum sikap PAS itu yang tak bersyukur itu.

Itu hukum alamiah yang tidak diambil iktibar oleh PAS dan para pemimpinnya.

Baru duduk jawatan exco dan sudah kaya raya sudah berlagak angkuh dan sombong. Satu hari agaknya bila nanti Allah menterbalikkan keadaan dan memutar roda kehidupan di mana dijatuhkan menjadikannya papa kedana barulah disedari langit tinggi rendah....


"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (QS. Al-Isra: 37)





FEATURED ADS


Tiada ulasan: