Rabu, 10 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Apabila TITM Terpaksa Menelan Kata-katanya Semula....

Posted: 10 Aug 2016 12:13 AM PDT

Langkah sekat portal Sarawak Report silap besar

KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan Malaysia menyekat laman sesawang Sarawak Report adalah satu kesilapan besar dan bakal memakan diri.

"Pertama, di alam internet hari ini, sekatan itu tidak akan menjadi efektif malah menyemarakkan lagi keinginan rakyat dan masyarakat antarabangsa untuk membaca apa yang dipaparkan laman itu," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan itu akan menyebabkan rakyat memberikan kepercayaan lebih kepada Sarawak Report berbanding kerajaan Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau pihak yang merasakan Sarawak Report sedang menyebarkan fitnah perlu memfail saman fitnah terhadapnya.


Kedua, ujarnya alasan yang mengatakan laman itu mengganggu "kestabilan negara" itu tidak betul.

"Yang mengganggu 'kestabilan negara' hari ini ialah masalah 1MDB dan cara 1MDB sedang melangsaikan hutangnya," ujarnya lagi.

Menurut beliau, selepas Tabung Haji, KWSP, KWAP kini TNB pula muncul untuk berniaga dengan 1MDB dengan cadangan membeli 13 aset tenaga 1MDB.

"Apakah rakyat akan menanggung kos perniagaan ini melalui bayaran tarif elektrik yang lebih tinggi selepas ini?" tanya Tuan Ibrahim.

Beliau menambah, untuk menjamin kestabilan negara, sepatutnya Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat 1MDB harus mengemukakan tarikh untuk menyiapkan siasatan secepat mungkin, malah menjamin bahawa hasil siasatan akan dibentang secara awam.

Justeru, beliau berharap kes penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang menyebabkan terbangkitnya isu penjualan maklumat palsu mengenai 1MDB bukanlah alasan untuk melengah-lengahkan atau menghentikan siasatan yang sedang dibuat Pasukan Petugas Khas pada akhirnya.

Ketiga, katanya apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyaman WSJ.

Tambah beliau, tempoh 14 hari yang diberikan kepada WSJ bermula 8 Julai untuk menuntut penjelasan akan tamat dua hari lagi.

"Jika Najib tidak jadi menyaman WSJ, maka Najib perlu bercuti dengan kadar segera.

"Dalam keadaan serabut ini, elok kerap Najib pergi umrah. Muhasabah diri dan apa yang sedang ditanggung oleh rakyat akibat kepimpinan beliau," kata beliau. - HARAKAHDAILY 20/7/2015


RM90 juta: Sarawak Report memfitnah PAS

Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.

Hari ini, Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.


Tindakan memfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya", saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
5 Zulkaedah 1437 / 8 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 8/8/2016


ULASAN GB

Bezanya masanya tidak terlalu lama, iaitu lebih kurang satu tahun TITM membuat kenyataan mempertahankan Sarawak Report. SILAP BESAR katanya kerajaan menyekat Sarawak Report.

Tetapi hari semalam TITM keluarkan kenyataan miminta rakyat tidak mempercayai laporan Sarawak Report.

Ia semata-mata kerana laporan Sarawak Report bahawa pimpinan PAS didakwa telah menerima RM90 juta dari Najib.

Fitnah! Kata TITM.

Dah nak buat macamana, PAS sendiri yang membuka ruang untuk fitnah itu berlaku dengan tindakan-tindakan pelik seperti yang kami laporkan sebelum ini di SINI.

Itu belum masuk foto-foto kenderaan mewah milik ulama-ulama PAS dengan nombor plat 2,3 angka, motorsikal besar, rumah besar, makan besar dan isteri "besar" (ramai).

Bukankah pimpinan PAS sendiri yang menyebabkan fitnah menimpa PAS dan yang mengejutkan fitnah itu dari tidur?

Jika sebelum ini TITM meminta Najib untuk menyaman atau bercuti dengan kadar segera, kini Najib pula boleh meminta TITM pula menyaman SR dan "bercuti".

Terus saman, jangan tunggu lagi. Bukankah maruah PAS perlu dijaga dan kata-katamu sendiri perlu dikota?


FEATURED ADS


Tiada ulasan: