Isnin, 1 Ogos 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO & GAMBAR] 20 Ahli UMNO Sertai AMANAH Di Melaka

Posted: 01 Aug 2016 01:30 AM PDT

Seramai 20 orang ahli UMNO cawangan Sungai Petai, Alor Gajah yang diketuai oleh salah seorang ahli jawatankuasanya, Encik Zainal Bujang telah menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara di Majlis Jamuan Hari Raya Parti Amanah Negara negeri Melaka malam tadi.

Borang berkenaan telah diserahkan kepada Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu yang turut hadir di majlis tersebut.


Ia merupakan satu kejayaan berganda bagi AMANAH Kawasan Alor Gajah yang telah dipilih untuk menjadi tuanrumah untuk majlis Jamuan Hari Raya peringkat negeri Melaka tahun ini.

Kejayaan utama Amanah Alor Gajah ialah majlis jamuan yang telah diadakan di Dataran Amanah Alor Gajah telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari rakyat pelbagai kaum yang telah datang membanjiri Dataran Amanah seawal jam 6.00 petang sekalipun acara bermula jam 7.00 malam dan mereka yang datang tidak terus pulang, malah sanggup menunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan..

Majlis dipenuhi dengan ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Harapan seusai solat Maghrib dan Isya berjemaah di dalam kabin yang disediakan khas di dataran tersebut.

Diantara yang berucap ialah Pengerusi Amanah Melaka, Tn Hj Adly Zahari, Naib Presiden AMANAH Nasional yang juga Ketua AMANAH Kawasan Alor Gajah, Dr. Hassan Baharum, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sdra Faiz Fadzil, Pengerusi DAP Melaka yang juga ADUN Bandar Hilir, YB Teh Kok Kiew, Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden Keadilan, YB Shamsul Iskandar Md.Akin, bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kemuncaknya oleh Presiden AMANAH, Tn Hj. Mohamad Sabu.

Khairuddin, 53, di dalam ucapannya yang berapi, bertekad dan berjanji untuk mempastikan Najib ditangkap dan didakwa ke muka pengadilan susulan daripada pendedahan kes penyelewengan dana 1MDB oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Beliau yang sebelum ini pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi yang memutuskan tuduhan cubaan untuk mensabotaj perkhid­matan bank dan kewangan negara tidak tertakluk bawah Sosma.

Beliau menyatakan bahawa 1MDB telah merompak harta rakyat di negara ini dan perancangan tersebut telah dilakukan dengan teliti oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak. (Rujuk video di bawah)

Tuan Haji Mohamad Sabu pula di dalam ucapannya meminta AMANAH pergiatkan penubuhan cawangan-cawangan parti Amanah di dalam usaha untuk Pakatan Harapan menghadapi pilihanraya umum ke 14 yang akan datang.

Beliau menyatakan bahawa UMNO kini menggunakan sentimen "perkauman dan agama" sebagai talian hayatnya untuk terus mengekalkan kuasanya di negara ini.

Beliau mengecam tindakan UMNO berkenaan dan menyifatkan UMNO dengki serta cemburu dengan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang dengan sebab itu UMNO mencari jalan untuk menangkap dan memenjarakan Guan Eng kerana semata-mata hendak menjatuhkan reputasi pemimpin DAP itu.

Sedangkan, menurut Mohamad, Pulau Pinang merupakan negeri yang melaksanakan uurustabir dan tatakelola negeri terbaik apabila hutang negeri Pulau Pinang merupakan yang terrendah berbanding dengan negeri-negeri lain, iaitu hanya sekitar RM69 juta berbanding Pahang dan Kedah contohnya di mana hutang mereka masing-masing kepada kerajaan Persekutuan mencecah sehingga RM3 bilion.

Setiausaha Amanah Melaka Tuan Haji Yuhaizad Abdullah yang ditemui menyifatkan kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama dan tungkus lumus semua pihak yang terlibat.

Sementara Pengerusi Amanah Melaka, Tuan Haji Adly Zahari di dalam ucapannya juga turut melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan yang menggalakkan dan melahirkan setingi-tinggi pengharagaan kepada semua Amanah kawasan-kawasan negeri Melaka, Pemuda Amanah Melaka dan Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Melaka yang telah menyumbang dan bekerjasama untuk menjayakan majlis berkenaan.



VIDEO







FEATURED ADS


Tiada ulasan: