Sabtu, 27 Ogos 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DAP Tanjung Piai bina strategi baru untuk rampas kerusi BN

Posted: 26 Aug 2016 10:56 PM PDT

1957847_314207098766232_933986017682785551_o

Roketkini.com


PONTIAN: DAP bakal menghadapi laluan sukar untuk merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada cengkaman Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum (PRU) akan datang jika gagal mengubah pendekatannya dalam menangani masalah dan persepsi masyarakat setempat.

Justeru, Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim berpendapat bahawa semua pihak perlu bekerja keras dalam menyusun strategi bagi menawan hati rakyat dengan menangani secara serius permasalahan yang dihadapi mereka sama ada di peringkat tempatan mahupun nasional.

"Pendekatan menghentam (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), harus dilakukan secara bijak dan berhati-hati sungguhpun kaum Melayu sudah semakin memahami isu sebenar di sebalik skandal memalukan itu.

"Jika kita dapat membawa mesej yang lebih murni yang mudah diterima masyarakat berkaitan kebejatan skandal 1MDB, sasaran 30 peratus sokongan kaum Melayu tidak mustahil untuk dicapai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, usaha berkenaan tidak akan membawa apa-apa makna jika BN meletakkan calon dari parti terbesar kaum Melayu, UMNO untuk bertanding di kawasan itu pada PRU akan datang.

"Umum mengetahui bahawa pada PRU-13 yang lalu, wakil MCA diselamatkan oleh undi dari kaum Melayu khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup.

"Jika perubahan ini berlaku, peluang DAP untuk merampas kerusi Parlimen dari calon parti UMNO, agak tipis.

"Sasaran 30 peratus sokongan pengundi Melayu akan menjadi lebih sukar dicapai berdasarkan majoriti nisbah pengundi kaum Melayu di kawasan Parlimen tersebut lebih tinggi berbanding kaum lain.

"Kelebihan ini pastinya akan digunakan oleh UMNO untuk mengelak daripada dimalukan di Tanjung Piai. Ini faktor yang tidak dapat dikawal oleh DAP," katanya.

Sehubungan itu, Mahdzir berkata jentera pilihanraya DAP khususnya di Tanjong Piai perlu menumpukan usaha untuk memperkukuhkan strategi kempen di peringkat akar umbi bagi memastikan sokongan 30 peratus pengundi kaum Melayu berjaya dicapai.

"Seperti yang dianalisa oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, kerusi Parlimen Tanjung Piai memerlukan tambahan purata sekitar 10 peratus undi untuk memastikan kerusi tersebut beralih kepada DAP dan Pakatan Harapan.

"Berdasarkan jumlah undi pada PRU-13, jika perubahan 10 peratus undi yang bersamaan dengan sekitar 4,000 undi kepada DAP berlaku, maka MCA akan kehilangan kerusi tradisi tersebut," katanya.

DUN Kukup dan Pekan Nenas yang terletak dalam Parlimen Tanjung Piai dianggap sebagai kubu kuat DAP. Pada PRU-13, Mahdzir yang memperoleh 19,581 undi tewas kepada pencabarnya dari MCA, Wee Jeck Seng yang memperoleh 25,038 undi. – Roketkini.com


Serangan PAN Perlu Bermula Di Kelantan, Gesa Zaid

Posted: 26 Aug 2016 10:47 PM PDT

 


LIHAT VIDEO DI SINI

 
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Parti Amanah Negara (PAN) melakukan serangan untuk melemahkan PAS dengan memberi tumpuan di negeri Kelantan.


"Amanah (PAN), parti baharu gunalah platform isu ini (1MDB), pertamanya serang Kelantan. Sebab Kelantan sokong (Datuk Seri Mohd) Najib," gesanya di hadapan kira-kira 100 hadirin di 'Wacana Harapan- 1MDB ke mana hujungnya?' anjuran Akhbar Mingguan Amanah di Petaling Jaya malam tadi.

Zaid yang juga merupakan salah seorang tenaga penggerak 'Selamatkan Malaysia', suatu gerakan yang dibentuk selepas pengisytiharaan Deklarasi Rakyat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan PAN perlu bertanding di semua kerusi yang bakal PAS bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Jadi, kita tahu sasarannya, tempat orang-orang Melayu, (tempat) orang PAS kuat, (tempat) itu (kita) kena pergi.

"Saya harap parti Amanah akan bertanding di semua kerusi yang PAS bertanding.

"Saya cakap ni semangat sikit sebab (bakal) Menteri Besar (Kelantan) ada sebelah,"katanya sambil memegang tangan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Selain Zaid, turut menjadi ahli panel forum itu ialah Matthias Chang, Zainur Zakaria, Husam Musa dan Anis Syafiqah Md Yusof (Timbalan Presiden, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, kader mahasiswa PAN).



Naib Ketua Pemuda PAN ‘Terduduk’ Apabila Mahkamah Hukum Penjara Lapan Bulan

Posted: 26 Aug 2016 10:43 PM PDT

 

 
faq


Daripada seorang anak muda yang dilihat gagah perkasa seperti seekor singa nan kelaparan, kini Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar seolah-olah menikus seperti kucing selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan bulan terhadapnya kerana kesalahan menghasut dalam program #KitaLawan membela dan menuntut pembebasan Anwar Ibrahim di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tahun lalu.


"Alhamdulillah jam 3.50 pm tadi selesai urusan jaminan..terima kasih kepada yang sudi hadir memberi sokongan dan yang sudi menyumbang untuk wang jaminan.

"Sekarang dalam perjalanan ke Padang Terap, Kedah untuk program ceramah di sana . Mohon doa keselamatan. Maaf lewat update..," katanya dalam Facebook lewat petang tadi.

faq1
faq2


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Shamsudin Abdullah dalam penghakimannya berkata mahkamah menjatuhkan hukuman itu sebagai pengajaran kepada tertuduh (Mohd. Fakhrulrazi) supaya tidak mengulangi perbuatan menghasut untuk mengugat keselamatan negara.

"Hukuman adalah untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan mereka yang cenderung melakukan kesalahan yang sama pada masa akan datang dan mengambil kira kepentingan awam agar keselamatan tidak tergugat.

"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan berkuat kuasa hari ini," kata hakim Shamsudin.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd Fakhrulrazi, 38, sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dan menaikkan wang jaminan daripada RM1,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada 8 September 2015, Mohd Fakhrulrazi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berhubung pembebasan Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan #KitaLawan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang, 21 Februari tahun tersebut.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan memohon supaya pasport OKS (Orang Kena Saman) diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili Mohd Fakhrulrazi membantah permohonan pendakwaan supaya pasport OKS diserahkan kepada mahkamah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama ketika dipanggil memberi keterangan di balai polis dan hadir secara sukarela di mahkamah.

Mengenai jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pendakwaan, Noorazmir berkata kesalahan yang dihadapi anak guamnya tidak melibatkan kesalahan jenayah seperti merompak dan sebagainya yang memerlukan jumlah jaminan tinggi.

"OKS (Mohd Fakhrulrazi) yang merupakan penceramah bebas hanya memperoleh pendapatan berdasarkan sumbangan sukarela daripada pihak yang menjemputnya untuk memberikan ceramah dan dalam kes ini jaminan sebanyak RM1,000 adalah memadai," katanya.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Mohd Fakhrulrazi untuk diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
Pada 26 Mei 2016, Mohd Fakhrulrazi diperintahkan mahkamah supaya membela diri atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut dalam siri protes jalanan KitaLawan itu.

Hakim Shamsudin Abdullah membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa tertuduh ada menyebut perkataan menghasut ketika memberi ceramah.

"Pendakwaan mengemukakan lima saksi sepanjang perbicaraan. Selepas membuat penilaian maksimum terhadap semua dokumen dan hujahan, mahkamah mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh mematuhi Seksyen 152 hingga 155 Kanun Acara Jenayah dan tidak kabur atau cacat.

"Mahkamah juga mendapati tertuduh ada menyebut kata-kata yang mempunyai kecenderungan menghasut. Oleh itu mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri," katanya.

Pada 21 Februari 2015, Mohd Fakhrulrazi ketika berucap dalam program #KitaLawan di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang dengan lantang menuduh mahkamah diperalatkan kerajaan Barisan Nasional memenjarakan Anwar untuk mematikan karier politik Ketua Umum PKR itu.

Anwar tidak bersalah, kata Mohd Fakhrulrazi dan dakwaan-dakwaan yang dikenakan ke atas Anwar adalah fitnah semata-mata, justeru itu dia menuntut pembebasan Anwar daripada penjara.

Dakwaan Mohd Fakhrulrazi itu berlawanan dengan fakta kes ketika Anwar menghadapi pertuduhan liwat di mahkamah, di mana Ketua Umum PKR itu gagal mengemukakan bukti bahawa dia tidak tidak bersalah apabila tidak mahu memberi keterangan secara bersumpah di mahkamah, iaitu keterangan dari kandang saksi yang bebas disoal balas oleh pihak pendakwa, sebaliknya memilih keterangan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh, yang menghalang pihak pendakwa menyoal balas Anwar; gagal mengemukakan saksi alibi, yang membuktikan dia tiada di tempat kejadian pada masa, tarikh dan tempat yang dipertuduh dan enggan memberi kerjasama untuk memberikan sampel darah miliknya secara sukarela bagi membuktikan bahawa penemuan air mani di dalam dubur mangsa liwat bukan miliknya.

Anwar juga dilihat tidak bersedia untuk menjawab pertuduhan itu di mahkamah apabila kes itu berlangsung dalam jangka masa panjang yang melibatkan sekurang-kurangnya 69 kali penangguhan yang kebanyakannya dibuat oleh pihak Anwar.

Dalam ceramah di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang itu, Mohd Fakhrulrazi dilihat melakukan pelbagai cubaan menghasut termasuklah menuduh sistem kehakiman Malaysia telah rosak dan menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur sebagai pembunuh kepada Altantuya Shaariibuu.

Mohd Fakhrulrazi juga dilihat mempersendakan agama apabila membuat perbandingan dengan mengatakan 'yang baik semuanya datang dari Allah Taala dan yang buruk semuanya datang dari Najib dan Rosmah. '

Ketika membuat tuduhan itu Mohd Fakhrulrazi merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS pusat di bawah kepimpinan Ketua Pemuda PAS Pusat ketika itu, Suhaizan Kaiat yang sekarang ini merupakan Setiausaha Organisasi PAN.

LIHAT VIDEO DI SINI  
DAN JUGA VIDEO DI SINI

Tuduhan Sabotaj Kewangan Negara : Mahkamah Tolak Rayuan Khairuddin

Posted: 26 Aug 2016 10:25 PM PDT







PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan bekas Timbalan Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk membatalkan pertuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan kewangan negara yang dihadapinya.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak rayuan Khairuddin tanpa pendengaran penuh rayuan dan bantahan awal pendakwaan terhadap rayuan itu.


Hakim Raus mempersoalkan sama ada wajar bagi Khairuddin untuk memfailkan permohonan itu
sedangkan Mahkamah Tinggi telahpun mengeluarkan perintah untuk menangguhkan sementara perbicaraan kes yang dihadapinya sementara menunggu penyelesaian rayuan oleh pendakwaan di Mahkamah Rayuan.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa pertuduhan yang dihadapi Khairuddin dan peguam Matthias Chang Wen Chieh bukanlah kesalahan keselamatan dan ia tidak tertakluk di bawah kesalahan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kes itu ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 14 Nov – BERNAMA

Setiausaha Politik Menteri Kewangan kedua meninggal

Posted: 26 Aug 2016 10:20 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani, Mohd Amran Hashim, 51, meninggal dunia akibat serangan jantung pada Jumaat.
 
Allahyarham meninggal dunia pada 11.38 pagi ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke sini untuk menghadiri satu mesyuarat. 
 
Menurut Setiausaha Sulit Johari, Wan Hartini Wan Ngah, Allahyarham tiba-tiba sahaja pengsan di dalam kenderaan yang dinaikinya dan dipercayai meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke Hospital Putrajaya. 
 
"Allahyarham baru sahaja mendarat di KLIA dari Terengganu kerana mengikut menteri menghadiri mesyuarat di sana. 
 
Beliau mungkin mendapat serangan jantung kerana terlalu penat," katanya ketika dihubungi Bernama. 
 
Jenazah Mohd Amran dibawa pulang ke kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang. 
 
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Khursiah Abdul Aziz dan dua anak perempuan berumur 23 dan 18 tahun. -Bernama
 
 

Media dunia tertumpu ke Dataran Merdeka, Pelajar Malaysia

Posted: 26 Aug 2016 10:07 PM PDT

BORHAN AHMAD
 
 
#TangkapMO1 kini menjadi logo yang mendapat sorotan media yang utama.#TangkapMO1 kini menjadi logo yang mendapat sorotan media yang utama.


Menjelang perhimpunan #TangkapM01 di Dataran Merdeka petang ini, media antarabangsa mula turun ke Kuala Lumpur bagi membuat liputan skandal yang mendapat perhatian media seluruh dunia ini.

Reuters, BBC, AFP, NHK, Aljazeera bersama media lain mulai turun untuk membuat liputan ke atas perhimpunan yang digerakkan sepenuhnya oleh pelajar Malaysia ini.

Perjuangan Anis Syafiqah mulanya kelihatan kesaorangan tetapi kini menjadi ikon dan buruan media seluruh dunia.Perjuangan Anis Syafiqah mulanya kelihatan kesaorangan tetapi kini menjadi ikon dan buruan media seluruh dunia.Nama jurucakap gabungan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof kini menjadi soroton media selepas menjadi pelajar wanita 'biasa' yang berada di barisan depan gerakan ini.

Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Rawang yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Darul Quran Jakim dan kini belajar di Universiti Malaya (UM) menjadi buruan media.

Sehari menjelang perhimpunan ini, Anis Syafiqah berkata, cita-cita beliau bukan menempa nama menjadi seorang aktivis.

"Cita-cita saya ialah ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih baik.

"Perjuangan ini bukan kerana nama.
Perjuangan ini perjuangan kita bersama!" tulis Anis Syafiqah dalam facebooknya.

Dalam gerakan ini, Anis Syafiqah sentiasa ditemani rakan rapatnya, Aqilah Zainuri yang membantu beliau menjaga media dan penerangan.

"Terima kasih Mak, Abah, keluarga, dan semua rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan kami.

"Cacian, makian, tohmahan, ugutan semua sudah kami terima.

"Kepada yang cuba menjatuhkan, kami tidak goyah.
Kami akan terus melangkah.

"Hari ini adalah sejarah yang kita cipta. 27 OGOS Hari Mahasiswa dan Rakyat! Kita Jumpa di Dataran Merdeka!" tulis Aqilah dalam facebooknya pagi ini.

Kini perjuangan Anis Syafiqah dan rakan-rakannya mendapat dokongan semua pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir dijangka akan turun kira-kira jam 3 petang di Dataran Merdeka bagi memberikan sokongan moral kepada pelajar-pelajar yang berani ini.

Aqilah Zainuri, rakan yang sentiasa bersama Anis Syafiqah.Aqilah Zainuri, rakan yang sentiasa bersama Anis Syafiqah.Semalam, menjelang perhimpunan hari ini, 20 pelajar Malaysia di Australia berkumpul di Camberra bagi menyokong perhimpunan rakan mereka hari ini.

Icon demonstrasi Malaysia, Mohamad Sabu yang juga presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut memberikan sokongan moral kepada Anis dan rakan-rakannya.

Walaupun tidak dapat turun hari ini, Mohamad telah menemui mereka Selasa lepas bagi memberikan kata-kata semangat dan dorongan.

Di sebalik semangat dan dorongan, kerajaan mula memberikan tekanan kepada mereka.

Kementerian Pendidikan Tinggi mengeluarkan pekeliling melarang pelajar universiti terlibat dengan perhimpunan ini atau menerima hukuman.

Naib Canselor UiTM juga mengeluarkan pekeliling khas melarang pelajarnya menyertai perhimpunan petang ini.

Polis buru operator kren bantu siasatan kematian pemandu wanita

Posted: 26 Aug 2016 09:01 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang operator kren bagi membantu siasatan berhubung insiden sebahagian besi pencangkuk kren terjatuh yang menyebabkan seorang pemandu wanita maut di Jalan Raja Chulan, di Kuala Lumpur, semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata sehingga kini operator berkenaan yang difahamkan seorang warga asing, masih gagal membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
 
"Sehingga kini polis masih menjejakinya bagi membantu siasatan berhubung insiden itu," katanya ketika dihubungi.
 
Pada kejadian pukul 7.20 malam semalam, mangsa Chim Khoo Sing, 24, berasal dari Pulau Pinang maut akibat dihempap besi kren seberat 1,000 kilogram yang jatuh dari tingkat 20 bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Raja Chulan.
 
Menurut polis, mangsa maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di tengkuk, dada dan rusuk kanan.
 
 

MB Selangor dolak dalih ulas SAMM dedah proksi Paya Indah Wetlands

Posted: 26 Aug 2016 09:01 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
PUCHONG: "Rakyat negeri Selangor adalah proksi saya", demikian jawapan sinis Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika ditanya adakah Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad adalah proksinya dalam kontroversi Paya Indah Wetlands seperti yang didakwa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
 
Azmin yang kerap berdolak-dalih jika diajukan perihal isu ubah status lot tanah kawasan tadahan air hujan itu berkata, kerajaan negeri pimpinannya sedia disiasat sekiranya dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, benar.
 
"Saya sudah tegaskan beberapa kali bahawa pendirian kerajaan negeri pada hari ini bahawa kita bersikap terbuka dan telus. 
 
"Mana-mana pihak atau individu yang mempunyai dakwaan tidak payah menjerit setiap malam di media. Serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan," katanya di sidang media selepas merasmikan Projek Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, Puchong, pagi tadi.
 
Azmin berkata demikian mengulas tindakan Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard, melaporkan dakwaannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, bahawa kepimpinan Azmin secara salah mengubah status lot tanah 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands daripada pertanian kepada komersial.
 
Terdahulu, kerajaan negeri melalui Exconya, Elizebeth Wong menafikan dakwaan Chegubard dan menegaskan lot 68054 bukan sebahagian daripada Paya Indah Wetlands.
 
Sebaliknya, tanah paya yang diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998 hanya melibatkan lot 4827 dan 3974, ujar Elizabeth.
 
Azmin dan Elizabeth kemudiannya mencabar Chegubard melaporkan perkara itu kepada SPRM.
 
Chegubard selepas selesai membuat laporan kepada badan siasatan kerajaan itu memberitahu pemberita, identiti Zainol sebagai proksi Azmin, dikesan daripada dokumen yang dihantar melalui aplikasi 'Whats App' kepada semua exco kerajaan negeri Selangor, sekaligus menggambarkan hubungan rapat lelaki itu dengan Azmin.
 
 

Tiada ulasan: