Nuffnang

Pengikut

DIALOG RAKYAT

sumber :-

DIALOG RAKYAT


TIGA TAN SRI WAJIB SAMAN MALU ATAU SEDIAKAH NAIB KETUA PEMUDA UMNO MOHON MAAF SECARA TERBUKA?

Posted: 02 Aug 2016 06:39 AM PDT

shahbudindotcom


Dalam satu keputusan yang dianggap tamparan dan memalukan, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun terhadap Tiga Tan Sri atas dakwaan berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan, telah ditutup. 

Kata beliau, siasatan polis mendapati laporan polis yang dibuat oleh Khairul Azwan  atau lebih dikenali Azwanbro itu hanyalah berdasarkan andaian semata-mata.

"Kita sudah merakam percakapan dia dan kita mendapati Khairul Azwan membuat laporan itu berdasarkan andaian-andaian sahaja.

"Tidak dapat mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa juga yang dia nyatakan dalam laporan. 

"Untuk itu, pihak polis tidak akan meneruskan siasatan. Kita telah menghentikan siasatan," kata Khalid lagi.
 
 
 
 
Dalam bahasa yang mudah, bermakna kes ini telah tutup fail dengan serta-merta. Tiga Tan Sri yang didakwa oleh Khairul Azwan iaitu Abu Kassim Mohamed, Gani Patail dan Dr Zeti Akhtar Aziz juga tidak akan dipanggil polis untuk memberi apa-apa keterangannya lagi.

Jika hanya berdasarkan andaian-andaiain saja, kenapa Khairul Azwan tergamak membuat laporan polis terhadap tiga tokoh terkemuka terbabit? 

Hello bro, bukankah andaian lebih sesuai dijadikan modal sembang kedai kopi sahaja?

Mana wibawa dan harga dirinya sebagai Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, jika berdasarkan andaian saja sudah sanggup pergi ke balai polis untuk membuat dakwaan terhadap orang lain?

Masa buat laporan polis, bukan main gempak lagi ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya. Cuba kita imbas semula yang diperkatakan oleh Khairul Azwan pada 26 Julai lalu sebaik saja selesai membuat laporan polisnya.

- Ketiga-tiga mereka yang disyaki itu didakwa memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk FBI.

- Mereka memberikan maklumat sulit tersebut kepada pihak asing tanpa kelulusan yang sah daripada pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara.

- Sebahagian besar maklumat dan dokumen yang dikemukakan adalah palsu, diputar-belit dan direka untuk mencapai agenda jahat mereka.

Ditanya berkenaan dokumen yang dibekalkan oleh ketiga-tiga individu berkenaan, Khairul Azwan berkata, beliau hanya akan berkongsi maklumat tersebut dengan menteri yang bertanggungjawab dan terpulang kepada pihak polis menentukan bila beliau boleh berbuat demikian.

Makna kata, ketika membuat laporan polis itu, Khairul Azwan ada bukti dan dokumen-dokumen tertentu dalam tangannya.

Kenapa alih-alih selepas dipanggil polis, semua dakwaan disahkan pihak polis hanya berdasarkan andaian-andaian sahaja?

Mengapa tiada sebarang bukti dapat ditunjukkan kepada pihak polis?

Apa jadi ni beb? Tak malukah buat perangai sedemikian sedangkan pegang jawatan Naib Ketua Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia?

Dengan kenyataan dan pengesahan Khalid itu, apa yang akan dilakukan oleh Khairul Azwan selepas ini?

Adakah beliau akan memohon maaf secara terbuka kepada ketiga-tiga Tan Sri itu dan membeli iklan di akhbar-akhbar arus perdana  bagi tujuan yang sama?

Atau hanya akan berdiam diri dan selamba saja?

Tetapi, bagaimana dengan ketiga-tiga Tan Sri yang telah diaibkan dengan tuduhan-tuduhan berat dan palsu oleh Khairul Azwan itu?

Bagaimana nama mereka mahu dibersihkan setelah dicemarkan dengan tuduhan-tuduhan yang rupa-rupanya hanya berdasarkan andaian?

Tiada lain, ruang kini sedang terbuka luas untuk Abu Kassim, Gani Patail dan Dr Zeti untuk masing-masing mengemukakan saman malu dan menuntut gantirugi terhadap Khairul Azwan atas dakwaan palsu dan reputasi mereka yang telah dihancurkan.


Jangan panik, bekalan pasport Malaysia tidak terganggu

Posted: 02 Aug 2016 06:39 AM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


malaysian-passport


PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen sentiasa memastikan bekalan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) tidak terganggu walaupun ia sedang dalam proses transisi kepada versi baharu serta menghadapi sedikit masalah penghantaran.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata permohonan pasport sedia ada akan diproses pada hari sama.

Merujuk laporan media pada 29 Julai lepas, berhubung proses permohonan pasport mengambil masa enam bulan dan dikatakan berpunca daripada masalah kekurangan bekalan pasport oleh pihak pembekal, Mustafar berkata jabatan itu memandang serius laporan berkenaan yang telah mencetuskan situasi panik.

Susulan daripada laporan berkenaan, katanya, pejabat pasport seluruh negara dibanjiri orang ramai untuk membuat permohonan sama ada permohonan baharu atau memperbaharui pasport.

Mustafar menegaskan bahawa pihak kerajaan dan Jabatan Imigresen khususnya sentiasa melaksanakan usaha yang terbaik dalam memperkasakan perkhidmatan awam.

"Selama ini, rekod pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa adalah yang terbaik berbanding negara lain dan penyerahan pasport dalam satu jam selepas bayaran adalah yang pertama diperkenalkan di dunia," katanya menambah negara maju mengambil masa dua minggu ke tiga bulan bagi mendapatkan pasport.

Mustafar dalam pada itu menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada membuat permohonan pada saat akhir.

Ini kerana, katanya ia akan mengakibatkan masalah kepada pemohon sekiranya pasport mereka tidak dapat diproses pada hari yang sama akibat lambakan orang ramai di pejabat pasport di seluruh negara.

"Dinasihatkan orang ramai tidak panik di atas isu ini dan memberi ruang serta sokongan kepada kerajaan untuk menangani isu ini dengan berkesan," katanya.— Bernama


Bantuan kewangan, latihan untuk belia minat pertanian

Posted: 02 Aug 2016 06:33 AM PDT

HARAKAHDAILY





KUALA LUMPUR: Belia yang berminat menjadikan pertanian sebagai kerjaya berpeluang menerima bantuan kewangan tidak melebihi RM30,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, bantuan itu diberikan dalam bentuk peralatan bagi mereka yang sudah memulakan projek, lapor SelangorKini.

"Kita mahu membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil projek diceburi," katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berhubung galakan kepada belia untuk menceburi bidang pertanian.

Zaidy berkata, tiga program utama turut diwujudkan bagi tujuan galakan termasuk Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS), Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Komuniti.

"Bagi mereka yang belum memulakan projek pertanian, kita juga anjurkan seminar dan kursus latihan.

"Antaranya, Program Kursus Tanaman Berkonsepkan Fertigasi, Penternakan Kambing dan Ayam Pedaging, Penternakan Ikan Air Masin dan Tawar dan Penternakan Lebah Kelulut," katanya.
 

PAS P Pinang bersiap sedia walau PRN tidak berlaku

Posted: 02 Aug 2016 06:30 AM PDT

SALMIYAH HARUN


 


KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pilihan raya negeri (PRN) atau sebaliknya dengan segenap kekuatan yang ada.

Menurut Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohd Fauzi Yusof, walaupun pilihan raya negeri tidak berlaku kerana  DAP gagal mendapat persetujuan sekutunya PKR, namun PAS tidak memandang ringan terhadap usaha DAP dan sekutunya itu yang dilihat masih lagi berminat ke arah itu.

"Apa yang kita perhatikan daripada isu pilihan raya negeri yang berlaku ialah kegelabahan Lim Guan Eng dan pemimpin DAP yang terlebih dahulu menghebahkan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan segera sehingga membelakangkan sekutunya di dalam Pakatan Harapan," katanya kepada Harakahdaily.

Tegas beliau ketika dihubungi, sikap tidak setiakawan Lim Guan Eng dan DAP telah dialami oleh PAS sebelum ini, akhirnya kini dirasai sendiri pula oleh sekutunya, PKR.

Bagi PAS Pulau Pinang, kata beliau gerak kerja pilihan raya perlu dipertingkatkan lebih-lebih lagi komitmen ahli-ahli PAS bagi memenuhi pra-syarat kemenangan itu nanti.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu kerana rakan sekutunya PKR tidak bersetuju dengan cadangannya tersebut.

Sebelum itu, PKR menyatakan rasa belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan. - HARAKAHDAILY

50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Tawau

Posted: 02 Aug 2016 06:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
TAWAU: Kira-kira 50 rumah musnah akibat kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Tengah, dekat sini, tengah hari tadi.
 
Dalam kejadian bermula kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, api dikatakan berpunca dari sebuah rumah sebelum merebak dengan pantas berikutan keadaan berangin serta kedudukan rumah di perkampungan yang rapat antara satu sama lain.
 
Kejadian mengakibatkan sebahagian besar mangsa gagal menyelamatkan harta benda dan barangan berharga.
 
Dua anggota bomba turut dilaporkan mengalami sesak nafas, dipercayai berikutan asap tebal sebelum mereka dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan dan keadaan kedua-duanya dilaporkan stabil.
 
Tiada penduduk dilaporkan cedera atau membabitkan kehilangan nyawa. Ia kebakaran besar kedua di daerah ini dalam tempoh lima hari selepas 30 rumah hangus di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, dekat sini, mengakibatkan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal, Jumaat lalu.
 
Ketua Zon, Bomba dan Penyelamat Bahagian Tawau, Penguasa Kanan Bomba Ismaidi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.39 tengah hari sebelum menghantar 35 anggota bersama empat jentera ke lokasi, sambil dibantu polis dan pasukan bomba sukarela.
 
"Kebakaran itu membabitkan lebih 50 rumah musnah sama sekali selepas bergelut dengan kesukaran memadam kebakaran akibat bekalan air terputus.
 
"Api dapat dikawal sepenuhnya jam 3.48 petang tadi dengan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi.
 
Penduduk, Bunga Manahau, 60, tidak dapat menahan sebak menyaksikan rumahnya musnah dimamah api sekelip mata.
 
"Kejadian begitu pantas, rumah yang kami duduki lebih 30 tahun musnah sama sekali. Ini ujian Allah dan sebagai hambanya kami reda walaupun tinggal sehelai sepinggang," katanya.
 
 

RISDA akur jika kerajaan tolak cadangan tanam ketum

Posted: 02 Aug 2016 06:19 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



PASIR MAS: RISDA akur sekiranya kerajaan menolak cadangan menanam ketum bagi tujuan eksport, kata Pengerusinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Zahidi berkata, cadangan itu tiada niat lain kecuali untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil sehingga RM1,000 sebulan dari kawasan seluas satu hektar, berbanding hanya RM200 sehingga RM300 sebulan hasil sawit dari keluasan sama.

"Itu hanya cadangan selepas dapat permintaan dari Amerika Syarikat dan Eropah. Jika Malaysia tidak bersetuju, mereka akan minta dari negara lain," katanya selepas Program Gerakan Peningkatan Produktiviti Peringkat Kelantan 2016, di sini hari ini.

Sebelum ini, RISDA bercadang menanam pokok ketum bagi memenuhi permintaan pasaran luar negara untuk kegunaan dalam bidang perubatan dan farmaseutikal.

Ketum disenaraikan dalam Akta Racun 1952 di Malaysia.


Bukan pengezonan semula Paya Indah Wetlands tapi tanah milik syarikat swasta - Exco Selangor

Posted: 02 Aug 2016 06:13 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Exco Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping sekali lagi menafikan berlakunya sebarang pengezonan semula tanah Paya Indah Wetlands seperti yang didakwa Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.
 
Menjelaskan status penukaran lot tanah yang dibangkitkan Badrul Hisham atau Chegubard, Elizabeth memberitahu pengezonan semula lot tanah yang dimaksudkan adalah milik syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd.
 
Malah katanya, buat masa ini tidak berlaku sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah Wetlands, seperti yang didakwa.
 
"Apa yang di luar Lot 4827 dan 3974 (tidak termasuk Lot 68054) bukan di dalam Paya Indah Wetlands Lot dengan pemilik (adalah) lain dan sebagainya," kata Elizabeth dalam sidang medianya di DUN Selangor, hari ini.
 
"Saya ingin tekankan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak sekalipun berniat untuk pelengkungan semula Lot 4827 dan 3974 seluas 450 hektar yang telah diwartakan oleh Jabatan Perhilitan Pusat sebagai Rizab Tanah Paya sejak 1998," katanya.
 
Tambah beliau, satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri berkenaan pengurusan dan pentadbiran pemuliharaan Paya Indah Wetlands turut ditandatangani pada 1 Ogos 2007.
 
"Sejak MoU ditandatangani, tidak ada sebarang permohonan menukar kegunaan tanah Lot 4827 dan Lot 3974.
 
"Lot selain daripada dua lot yang disebut ini bukan Paya Indah Wetlands dan merupakan milik persendirian," jelasnya.
 
Terdahulu, aktivis Chegubard mendakwa Kerajaan Negeri memulakan usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands di lot 68054 Mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat.
 
Chegubard turut mendakwa tindakan itu bakal mengganggu ekosistem keseluruhan Paya Indah Wetlands yang dikelaskan sebagai kawasan tanah lembap di bawah Konvensyen Ramsa

Seramai 20 ahli Umno sertai Amanah negeri Melaka

Posted: 02 Aug 2016 06:07 AM PDT

HAZAYANI ZAKARIA
 
 
Antara ahli Umno yang keluar parti itu menyertai parti  Amanah MelakaAntara ahli Umno yang keluar parti itu menyertai parti Amanah Melaka


Seramai 20 ahli Umno cawangan Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu.

Borang-borang tersebut diserahkan oleh ahli jawatankuasanya Zainal Bujang yang mengetuai kumpulan tersebut kepada presiden Amanah Mohamad Sabu dalam majlis jamuan hari raya Amanah Melaka di Dataran Amanah Alor Gajah, Sabtu lalu.

Permohonan ahli Umno untuk menyertai Amanah ini merupakan kejayaan berganda bagi Amanah kawasan Alor Gajah yang telah dipilih menjadi tuan rumah bagi majlis jamuan hari raya peringkat negeri Melaka tahun ini.

Majlis diisi dengan ucapan-ucapan para pemimpin Pakatan Harapan selepas solat Maghrib dan Isyak berjemaah di dalam kabin yang disediakan khas di dataran tersebut.

Antara pimpinan yang berucap ialah Pengerusi AMANAH Melaka, Adly Zahari, Naib Presiden Amanah Nasional yang juga Ketua Amanah Kawasan Alor Gajah, Dr. Hassan Baharu dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzi.

Pengerusi DAP Melaka, Teh Kok Kiew yang juga Adun Bandar Hilir, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md. Akin yang juga Naib Presiden PRK, bekas Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan kemuncaknya oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Adly Zahari di dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang menggalakkan dan merakam setingi-tinggi pengharagaan kepada AMANAH kawasan-kawasan negeri Melaka, Pemuda Amanah Melaka dan Angkatan Wanita Amanah (Awan) Melaka yang telah menyumbang dan bekerjasama untuk menjayakan majlis tersebut.

‘Potong bajet JPM bukan minta PIBG cari duit’

Posted: 02 Aug 2016 06:02 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mencadangkan bajet Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berjumlah RM20.3 bilion tahun ini dikurangkan atau dipotong bagi membayar perbelanjaan untuk infrastruktur sekolah.

Katanya, adalah tidak masuk akal seperti cadangan seorang menteri supaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan (PIBG) pula melaksanakan program mengutip dana daripada orang awam untuk membantu sekolah menyelesaikan masalah pengurusan infrastruktur.

"Kerajaan sewajarnya mengambil sebahagian daripada peruntukan RM20.3 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri untuk digunakan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas idea Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mencadangkan supaya dana dikutip oleh PIBG sekolah bagi mempercepatkan pembiayaan bagi infrastruktur sekolah, sementara menunggu dana persekutuan.

Lim berkata rakyat tidak memerlukan seorang menteri yang sebaik sahaja dilantik, berhasrat mahu memerah rakyat yang sudah sedia terbeban dengan masalah kewangan.

Katanya, adalah langsung tidak masuk akal apabila kerajaan lebih sanggup membelanjakan berbilion ringgit untuk menghantar angkasawan menikmati roti canai di angkasa lepas, serta membina menara pencakar langit KL118 yang akan menjadi bangunan tertinggi di negara, tetapi enggan menyediakan khidmat asas kepada negara dengan memberikan pelajar kemudahan tempat belajar yang sesuai.

"Tidak masuk akal juga apabila menteri yang baru dilantik semula ini cuba menunjukkan kerisauannya terhadap kekurangan dana kerajaan untuk menyelenggara sekolah.

"Sedangkan keseluruhan kabinet langsung tidak peduli dengan dakwaan kecurian AS$3.5 bilion daripada dana berdaulat negara, yang dilaporkan telah digunakan untuk membayar hutang judi dan membeli lukisan mahal sebagai hadiah untuk individu tertentu," katanya.

Beliau menunjuk pelbagai pemotongan bajet tahun ini ke atas sektor pendidikan sehingga menjejaskan sekolah-sekolah dan institusi pengajian awam, sedangkan bajet untuk JPM meningkat 7.6 peratus daripada RM19 bilion pada 2015 kepada RM20.3 bilion pada 2016.

Beliau juga mengeluh dengan kehadiran sembilan orang menteri di JPM yang berfungsi untuk bercakap sahaja, dengan bermodalkan wang pembayar cukai.

Lagi pegawai era Gani tinggalkan pejabat AG

Posted: 02 Aug 2016 05:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


Pelantikan bekas Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah
sebagai pesuruhjaya kehakiman semalam menandakan seorang lagi pegawai kanan yang dikatakan rapat dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail meninggalkan pejabat peguam negara.

Sebelum ini, pada April lalu, Peguam Cara Negara Datuk Azailiza Mohd Ahad memilih persaraan awal manakala bekas ketua divisyen pendakwaan, Datuk Abdul Wahab Mohamed meninggalkan pejabat peguam negara pada Disember lalu.

Pergerakan itu dilaporkan berlaku selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan Gani sebagai peguam negara pada 28 Julai tahun lalu.

Apandi hadir semalam apabila Tun Abdul Majid dan peguam Azmi Abdullah, 49, mengangkat sumpah sebagai pesuruhjaya kehakiman di hadapan Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Kedua-dua mereka akan berkhidmat di mahkamah tinggi di Semenanjung Malaysia.

Tun Majid, 55, adalah bekas ketua pendakwa di pejabat peguam negara sebelum jawatan terakhir sebagai timbalan peguam cara negara I.

Beliau telah mengendali dan mengetuai pihak pendakwaan dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hingga kes itu berakhir di mahkamah persekutuan.

Beliau juga mengendalikan perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang membabitkan bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Awal tahun ini, Tan Sri Ali Hamsa, selaku Ketua Setiausaha Negara, mengesahkan bahawa bekas Peguam Cara Negara, Azailiza memilih untuk bersara awal daripada pejabat peguam negara.

Ini berlaku walaupun terdapatspekulasi bahawa beliau memilih untuk persaraan awal selepas dikatakan akan dipindahkan ke jabatan kerajaan lain.

Azailiza, dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada 1 Nov 2014 dan meninggalkan jawatannya itu pada 8 April ini.

Tempat beliau digantikan oleh Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Sementara itu, bekas ketua divisyen pendakwaan, jabatan peguam negara, Abdul Wahab kini berkhidmat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, selepas dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 15 Disember lalu.

Penggantinya adalah Datuk Zauyah Be Loth Khan, bekas penasihat undang-undang negeri Selangor.

Tidak lama selepas Apandi mengangkat sumpah sebagai peguam negara pada tahun lalu, Jessica Gurmeet Kaur, seorang pegawai di pejabat peguam negara, menyaksikan kontraknya ditamatkan dan diancam dengan pengusiran.

Beliau adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas bagi menyiasat 1MDB - terdiri daripada pegawai polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara.

Pasukan itu kemudiannya dibubarkan.

Beliau, bersama dengan bekas penasihat SPRM Rashpal Singh, telah disiasat berhubung kebocoran kertas pertuduhan yang dikatakan untuk mendakwa perdana menteri.

Jessica kemudiannya digantikan oleh Datuk Dzulkifli Ahmad, dalam sekretariat pasukan petugas khas itu. Dzulkifli sekarang adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Negara tanggung hutang 1MDB, PIBG cari dana sendiri?

Posted: 02 Aug 2016 05:47 AM PDT

Slide1

Oleh Zulhazmi Shariff


Menteri yang baru dilantik dalam rombakan Jemaah Menteri baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar dilaporkan membayangkan cadangan mewajibkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan program kutipan dana awam bagi menampung perbelanjaan sekolah.

Cadangan tersebut ditempelak Ahli Parlimen Segambut YB Lim Lip Eng yang mempersoalkan ke mana perginya dana Kerajaan untuk melicinkan perjalanan pendidikan Negara.

Kerajaan sanggup berhabis dana membina bangunan pencakar langit dan sebagainya sedangkan perbelanjaan pembangunan pendidikan hendak diletakkan di bahu ibu bapa dan guru.

Sebenarnya isu perbelanjaan sekolah bukan suatu perkara baru malah sudah berlarutan sekian lama dek kerana kekangan belanjawan daripada Kerajaan.

Dalam Belanjwan 2016 yang dibentangkan tahun lalu oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri atau individu disyaki "Malaysia Official 1" (meski dinafikan) jelas bahawa peruntukan belanjawan pendidikan mengalami pengurangan.

Ada sekolah-sekolah yang terpaksa mengusulkan dan kemudian memutuskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG untuk mengutip yuran daripada ibu bapa bagi menampung perbelanjaan sekolah.

Perbelanjaan bagi kertas peperiksaan contohnya, ada sekolah meminta ibu bapa membuat bayaran sejumlah wang. Ada sekolah yang meminta ibu bapa menyumbangkan kertas dan sebagainya.

Noh Omar boleh menempelak Ahli Parlimen Segambut kononnya tidak reti bahasa tetapi hakikatnya yang tidak reti bahasa malah bertindak melepaskan tanggungjawab pendidikan ialah Noh Omar sendiri.

Pendidikan adalah tanggungjawab Kerajaan. Bagaimana Kerajaan boleh bertindak melepaskan tanggungjawab tersebut dan meletakkannya kepada ibu bapa untuk mencari dana?

Tidak cukup lagikah ibu bapa, guru dan anak-anak membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Sekarang ibu bapa, guru dan anak-anak hendak pula diminta mencari dana sendiri?

Apa makna sekolah bantuan penuh kerajaan jika belanjawan sekolah perlu diletakkan atas bahu ibu bapa?
Apa lagi yang kita rakyat Malaysia akan tanggung? Hutang judi kita tanggung. Hutang joli kita tanggung. Hutang Jho Low pun kita juga tanggung. – Roketkini.com


Rupa-rupanya rakyat bayar ‘cukai tersembunyi’ minyak diesel

Posted: 02 Aug 2016 05:45 AM PDT

nieching_minyak-01

Roketkini.com


JOHOR BAHRU,: Sudahlah tidak diberikan sebarang subsidi, rupa-rupanya rakyat Malaysia terpaksa membayar 'cukai tersembunyi' kepada kerajaan apabila membeli minyak diesel pada bulan-bulan sebelum ini termasuk Julai lalu.

Mendedahkan perkara itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata apabila harga runcit diesel lebih tinggi daripada harga sebenar minyak mentah dunia, perbezaan harga itu akan menjadi pendapatan tambahan untuk kerajaan.

Oleh itu, beliau menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan kepada rakyat sebab menaikkan harga minyak diesel sebanyak 10 sen kepada RM1.70 mulai hari ini, sedangkan harga diesel industri semasa hanya RM1.39 seliter

"Pada bulan lalu, harga purata diesel ialah RM1.60. Namun, diesel industri telah dijual pada harga RM1.45 seliter," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu, jika harga runcit diesel adalah berdasarkan harga purata bulanan minyak mentah dunia pada Julai lepas, harga diesel sepatutnya turun pada bulan Ogos.

"Tetapi, kerajaan UMNO-BN tidak pernah gagal untuk 'memeranjatkan' rakyat," tegasnya.

Beliau menambah, kerajaan telah mengutip sebanyak RM937 juta dalam tempoh empat bulan pertama sejak sistem apungan terkawal dilaksanakan pada Disember 2014 seperti yang telah didedahkan dalam Parlimen pada 7 April tahun lalu.

Sehubungan itu, Nie Ching membangkitkan beberapa persoalan yang harus dijawab oleh kerajaan agar rakyat tidak tertipu dan terpaksa membayar 'cukai tersembunyi' tanpa pengetahuan mereka.

"Berapa banyak keuntungan yang telah diperolehi kerajaan sehingga ke hari ini?

"Kita juga perlu tahu, berapakah cukai tersembunyi yang telah dibayar oleh rakyat sejak sistem apungan terkawal itu dilaksanakan?" soalnya.

Subsidi untuk RON95 dan diesel telah dimansuhkan sejak 1 Disember 2014 akibat kejatuhan harga pasaran bahan api global. Kini, harga runcit petrol dan diesel adalah tetap mengikut sistem apungan terkawal yang berdasarkan harga purata bulanan minyak mentah dunia. – Roketkini.com


Peguam Dr M jelaskan mengapa MO1 tak dinamakan

Posted: 02 Aug 2016 05:33 AM PDT

Hafiz Yatim


LIHAT VIDEO DI SINI


'Malaysian Official 1' yang jelas ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak dinamakan dalam dokumen mahkamah di Amerika Syarikat kerana beliau tidak memiliki sebarang aset yang akan dilucutkan haknya dan penyiasat terikat dengan konvensyen antarabangsa, kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Beliau berkata walaupun laporan Jabatan Kadilan (DOJ) tidak menamakan Najib secara langsung, ia tidak membebaskan perdana menteri daripada dakwaan penipuan atau sogokan berhubung dengan dana 1MDB.

Haniff, yang mewakili bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa prosiding mahkamah terhadap Najib berkata, begitu juga dengan pegawai-pegawai 1MDB yang tidak dinamakan secara langsung tidak bermakna mereka bebas daripada dakwaan penipuan.

Beliau berkata, tindakan mahkamah oleh DOJ itu menunjukkan bahawa asas tindakan adalah penipuan dalam 1MDB, dengan dana yang berasal dari Malaysia.

Hasil dana telah disalurkan keluar dari negara ini, termasuk ke Amerika Syarikat, dengan pembelian aset.

"Dokumen mahkamah juga menunjukkan terdapat sogokan, atau dana kemudian kembali ke Malaysia. Ia terletak dalam bidang kuasa Malaysia dan agensi-agensinya untuk menentukan sama ada terdapat unsur rasuah atau sogokan dan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka.

"Bolehkah Amerika bertindak terhadap penipuan atau dakwaan rasuah? Tidak boleh, kerana di negara itu ia hanya melibatkan pengubahan wang haram, mereka tidak boleh bertindak (berhubung penipuan) di sana.

Mereka tidak boleh bertindak ke atas 1MDB officials 1, 2 atau 3 atau juga Malaysian Official 1 di sana.

"Ini tidak bermakna mereka yang terbabit itu tidak terlibat dalam penipuan atau sogokan. Rakyat perlu memahami ini adalah daripada dokumen mahkamah," kata Haniff.

Tindakan boleh diambil ke atas mereka di Malaysia, kata peguam itu.

Haniff berkata demikian dalam tiga rakaman video mengenai isu 1MDB dan dokumen DOJ, yang telah dirakamkan oleh blogger Dinturtle dan disiarkan di blog dan juga di Facebook peguam itu.

Daripada kertas mahkamah, DOJ melaporkan Malaysian Official 1 menerima wang AS$731 juta, kononnya daripada dana 1MDB.

Exco Selangor nafi sokong Akta Pota dan Poca

Posted: 02 Aug 2016 02:35 AM PDT

 
Exco itu berkata terdapat kekeliruan dalam jawapan bertulis yang diberikan kepada media dengan jawapan yang dibacanya di dalam DUN semalam.


Datuk-Dr-Ahmad-Yunus-Hairi


SHAH ALAM: Exco Selangor menafikan kerajaan negeri akur dengan penggunaan Akta Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 (Pota) dan Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca) yang dikatakan langkah terbaik untuk mencegah elemen keganasan dalam negara ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata terdapat kekeliruan dalam jawapan bertulis yang diberikan media dengan jawapan yang dibacanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam.

Malah, katanya kerajaan negeri Selangor tidak bersetuju dengan penggunaan Pota dan Poca kerana akta itu tidak mempunyai prinsip keadilan dalam melakukan perbicaraan.

"Ini semua tidak menekankan prinsip tersebut jadi saya nak betulkan salah tanggapan daripada jawapan saya. Dalam jawapan tersebut jelas saya katakan prinsip keadilan dalam perbicaraan harus ditekankan di situ.

"Secara dasarnya kerajaan negeri tidak menyokong Poca atau Pota digunakan untuk menangani militan atau keganasan.

"Pun begitu saya ingat setakat ini saya rasa jawapan sebenar itu pun belum sedia lagi. Cuma saya ingat mungkin daripada media sosial yang saya lihat jawapan, saya tidak tahu siapa yang berikan jawapan itu.

"Saya sendiri pun tidak tahu ada wartawan yang mintak jawapan daripada saya. Memang ada perkataan sokong di situ tapi itu tidak menjadi prinsip dan kami terlepas pandang dalam jawapan bertulis yang dihantar kepada Dewan (DUN)," katanya pada satu sidang media.

Semalam Yunus dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor akur penggunaan Pota dan Poca sebagai langkah terbaik untuk mencegah elemen keganasan dalam negara ini.

Jawapan itu diberikan Yunus ketika sesi soal jawab yang dikemukakan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) pada sesi hari pertama sidang DUN Selangor semalam.

Tertuduh serangan IS di Puchong hadapi satu lagi dakwaan

Posted: 02 Aug 2016 02:19 AM PDT

 
Ini menjadikan tertuduh berdepan keseluruhan 10 pertuduhan, termasuk mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan memiliki, membaling dan meletupkan bom tangan sebelum ini.


Jonius-Ondie


KLANG: Operator kilang yang didakwa terlibat dalam kes pengeboman sebuah pusat hiburan di Puchong, dua bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas satu lagi pertuduhan memberi sokongan kepada perbuatan pengganas, hari ini.

Jonius Ondie @ Jahali, 24, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Mariam Maran Abdullah.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Mariam menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memberi sokongan kepada perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan bahan letupan dengan niat melanjutkan perjuangan ideologi bagi mengugut orang awam melalui aplikasi 'Telegram' miliknya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No 33, Jalan Sungai Condong 3, Bandar Armada Putra, Pulau Indah di sini, antara 25 Mac hingga 1 Julai lalu.

Kesalahan di bawah Seksyen 130 J (1)(b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Julai lalu, Jonius Ondie dan Imam Wahyudin Karjono, 20, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan melakukan perbuatan pengganas dengan cara membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213' sehingga menyebabkan lapan individu cedera.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn Bhd, Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong, pada jam 2 pagi 28 Jun lalu.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pula, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan memiliki, membaling dan meletupkan bom tangan menggunakan fius lever jenis 'Fuze M213' sehingga menyebabkan lapan mangsa cedera di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan memiliki bahan letupan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam sebatan.

Bagi lapan pertuduhan membaling dan meletupkan bom tangan, mereka didakwa bersama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Hakim, Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 21 September ini untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan sosial Imam Wahyudin sebelum menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh.

Tidak salah desak PM berundur – Dr Aziz Bari

Posted: 02 Aug 2016 02:19 AM PDT

Aziz Bari


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Mendesak supaya Perdana Menteri berundur daripada tampuk pemerintahan bukanlah suatu perkara yang perlu diperbesarkan kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi, ujar pakar Perlembagaan, Dr. Aziz Bari.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor berkata, adalah menjadi hak rakyat di negara ini untuk menikmati pentadbiran kerajaan yang bebas daripada sebarang keraguan mengenai kesahan dan keupayaannya untuk terus menerajui negara.

Sehubungan itu, katanya, adalah tidak wajar Pengerusi Bersih 2.0, Ambiga Sreenivasan dikritik ekoran tindakannya meminta Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri berikutan pelbagai dakwaan skandal yang melibatkan syarikat penuh milik kerajaan, 1MDB.

"Dan mungkin hanya dalam (negara) kleptokrasi seorang Perdana Menteri yang dilanda dengan pelbagai masalah ada keberanian untuk mengatakan bahawa beliau perlu untuk terus memegang jawatan itu demi melindungi kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil terhadap pihak-pihak yang didakwa menggelapkan dana terkait 1MDB. Dokumen saman itu menamakan "Malaysian Official 1" sebagai pegawai tinggi kerajaan yang didakwa pelbagai pihak merujuk kepada Perdana Menteri.

Ekoran daripada itu, empat hari selepas pendedahan DOJ tersebut, Ambiga dilaporkan media menggesa Najib Razak melepaskan jawatannya, malah turut meminta supaya "semua menteri yang tidak berkata apa-apa" tentang saman tersebut turut meninggalkan kabinet.

Mengulas lanjut, Dr. Aziz berkata, adalah menjadi budaya bagi sebahagian besar pemimpin luar negara melepaskan jawatan jika didapati gagal melaksanakan tugas yang membabitkan dasar dan kepentingan awam.

"Bandingkan saja apa yang Najib lakukan dengan apa yang dilakukan pemimpin British, David Cameron, beliau (Cameron) melepaskan jawatannya ekoran undi majoriti Brexit, yang mana telah menolak dasar beliau untuk terus kekal dalam Kesatuan Eropah (EU)," katanya.

Oleh itu, katanya, Najib harus bertanggungjawab terhadap kegagalan 1MDB dan semua menteri harus turut sama memikul beban kesalahan itu.

"Dari perspektif perlembagaan, tidak ada keperluan untuk menunggu sehingga perkara itu akhirnya disimpulkan di Amerika Syarikat. Atau sama ada kes ini masih satu kes sivil.

"Najib mungkin tidak tahu semua urusan yang telah dilakukan oleh 1MDB. Tetapi itu bukan isunya.
Pokoknya adalah 1MDB diasaskan oleh kerajaan Najib dan beliau harus memikul tanggungjawab itu," katanya. – Roketkini.com


'Plot guling Najib' - IGP kata kes tutup, laporan hanya andaian

Posted: 02 Aug 2016 01:59 AM PDT

MALAYSIAKINI


Polis tidak akan menyiasat laporan yang dikemukana oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa wujudnya konspirasi peringkat tinggi terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan itu berdasarkan "andaian" dan oleh itu tidak mewajarkan siasatan lanjut.

"Kita sudah rakam ucapannya, dan kita dapati Khairul buat cuma membuat laporan itu berdasarkan andaian.
"Dia tidak dapat mkemukakan apa-apa bukti untuk menyokong apa yang didakwanya dalam laporannya.

"Jadi PDRM tidak berhajat untuk meneruskan siasatan, kita telah memberhentikan siasatan," katanya kepada wartawan.

Khalid juga berkata Khairul tidak akan disiasat kerana membuat laporan palsu.

"Tidak, dia mungkin baca laporan dari akhbar, dan dia mendengar cerita, dia ada sebab untuk buat laporan polis.

"Tetapi apabila kita temubual dia, kita mendpti apa juga yang dituduhnya itu cuma berdasarkan cakap dengar dan juga apa yang dia baca, jadi andaian kita tak boleh teruskan," katanya.

Dalam laporan minggu lalu, Naib Ketua Pemuda Umno itu menamakan bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkonspirasi terhadap Najib dan kerajaan.

Beliau mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat, tanpa kebenaran.

Khairul juga mendakwa bahawa ketiga-tiga mereka juga memalsukan maklumat untuk mencapai agenda mereka.

Mengulas lanjut, ketua polis negara turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan polis sebarangan jika mereka tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

"Kalau tidak ada alasan-alasan yang kukuh, jangan buat sebarang tuduhan. Jadi kalau benda itu apa orang kata tidak berasas, buang masa kita saja," katanya.

Khalid juga berkata pemimpin Pemuda Umno itu juga telah diberikan nasihat supaya tidak mengulangi perkara sama pada masa depan jika tidak mempunyai fakta atau bukti.

Menjawab soalan wartawan, beliau berkata polis juga tidak akan memanggil ketiga-tiga 'Tan Sri" berkenaan untuk dirakamkan kenyataan mereka.

"Tidak, kita tidak mahu membuang masa memanggil mereka apabila tidak ada asas untuk berbuat demikian," katanya.

Bukan senang bersihkan 'tahi' lama, kata NUJ Utusan

Posted: 02 Aug 2016 01:57 AM PDT

MALAYSIAKINI


Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) cawangan Utusan Melayu menyatakan kesetiaan dan sokongan kepada pihak pengurusan terutama Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas walaupun gaji mereka telah terlewat bayar.

Dalam kenyataannya, NUJ Utusan berkata, pihak kesatuan kerana percaya usaha yang dilakukan Noordin ketika ini bagi menyelamatkan syarikat.

"Noordin bersama-sama Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berusaha meningkatkan pendapatan dan keuntungan syarikat dengan mencari sumber pendapatan lain dan tidak bergantung sahaja kepada penjualan akhbar, majalah dan iklan.

"Lebih dari itu, 'bukan senang nak bersihkan tahi' yang dilakukan kepimpinan tertinggi syarikat sebelum ini," jelas kesatuan itu.

Sebelum ini, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan, Tan Sri Zainuddin Maidin yang popular dengan panggilan Zam mendedahkan bahawa syarikat akhbar berbahasa Melayu itu sedang 'sakit'.

Dalam blognya, Zainuddin memetik kenyataan Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu(KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza yang menyeru supaya langkah segera diambil bagi menyelamatkan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang sedang berada dalam keadaan 'sakit'.

"Ini adalah berikutan kegagalan syarikat itu membayar gaji mengikut jadualnya kepada kakitangan termasuk para wartawan sebaliknya akan di bayar lewat iaitu pada 5 Ogos ini.

"Mereka telah diberitahu menerusi suatu surat pekeliling Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Mohd Noordin Abbas bertarikh 21 Julai 2016," petik Zainuddin sambil memuat naik satu memorandum pekeliling berkenaan apa yang dikatakan Raja Ahmad.

Mengulas lanjut, NUJ Utusan berkata, Kumpulan Utusan sedang mengambil langkah terbaik dalam mengurangkan kos operasi dan mencari peluang perniagaan baru tanpa membuang pekerja buat masa ini.
Kesatuan berharap masyarakat tidak bersangka buruk dan mempercayai dakyah pembangkang yang memburukkan Utusan dan UMNO membabitkan keadaan yang berlaku.

"Kesatuan juga menyeru masyarakat Melayu dapat memberi sokongan padu kepada satu-satunya syarikat akhbar pejuang masyarakat Melayu yang masih wujud sehingga kini.

"Kesatuan menyeru masyarkat Melayu kembali mengamalkan semangat membaca akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo," ujarnya lagi.

AMINNN...SAMA DAN SERUPA

Posted: 02 Aug 2016 12:30 AM PDT

shahbudindotcom


Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Dzulkifli Ahmad berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan menjadikan firman Tuhan sebagai pegangannya.

Dalam kenyataan pertama bersama tugas barunya itu, Dzulkifli berkata beliau sedar akan perintah Tuhan yang menyeru orang-orang beriman agar tidak khianat kepada amanah yang diberikan.
 
 
 
 
Perintah Allah SWT itu akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang melaksanakan amanah yang berat ini, katanya lagi.

Aminnn...

Pada 27 Julai lalu, Peguam Negara Apandi Ali berkata, beliau berpegang kepada falsafah Al-Quran  yang memerintahkan supaya manusia diadili sama rata tanpa memberi pertimbangan kepada pangkat atau hubungan kekeluargaan.

Katanya, falsafah itu bukanlah sesuatu yang asing kerana menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih adalah juga falsafah yang sungguh sinonim dengan fraterniti perundangan sejak sekian lama.
 
 
 
 
Falsafah Al-Quran itu juga memberikan saya inspirasi untuk mencipta slogan baharu Jabatan Peguam Negara "Bertekad Menegakkan Keadilan", tulis Apandi dalam sebuah akhbar.

Juga Aminnn...

Kedua-dua mereka nampaknya sama-sama berpegang kepada Al-Quran.

Tetapi, Dzulkifl didapati duduk bersebelahan Apandi ketika Peguam Negara itu mengadakan sidang media pada 26 Januari lalu yang membersihkan Najib daripada sebarang pertuduhan terhadap siasatan SPRM berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta serta dana RM42 juta milik SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.
 
 
 
 
Dalam kenyataannya semalam, Lim Kit Siang percaya Dzulkifli ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara telah memainkan peranan penting dalam membantu membersihkan nama Najib. Jawatan akhir Dzulkifli di Jabatan Peguam Negara sebelum dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM ialah sebagai Pengarah Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara.

Mudah-mudahan dengan sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pegangan, kedua-dua mereka benar-benar berpegang kepada ajaran serta perintah Tuhan dan bukan sekadar memegang Al-Quran ketika membacanya saja.


Kenapa MT tidak gantung Anifah? soal Shafie pada Musa

Posted: 02 Aug 2016 12:21 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Shafie Apdal disambut hangat di KimanisShafie Apdal disambut hangat di Kimanis


Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan tindakan pemimpin parti utama di Sabah yang sebelum ini dakwanya pernah sepentas dengan pemimpin parti pembangkang di negeri itu, tetapi tidak diambil tindakan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Kimanis  Datuk Seri Anifah Aman pernah sepentas dengan tiga pemimpin pembangkang di Sabah.

Tiga pemimpin parti pembangkang dimaksudkan Shafie itu ialah Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Li; Datuk Dr Jeffrey Kitingan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan;Ansari Abdullah, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran.

Shafie mendakwa sebab penggantungannya di buat oleh MT Umno kerana Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah,Datuk Seri Musa Aman yang juga ahli majlis tertinggi parti, menyatakan tindakan perlu diambil ke atas Shafie kerana didapati sepentas dengan pemimpin parti pembangkang dalam gerakan Deklarasi Rakyat.

"Saya tidak ditanya dalam mesyuarat, tidak berani tanya saya. Bila saya tidak ada mereka gantung saya tanpa siasat.

"Yang saya kesal... saya kena gantung, seperti yang diceritakan orang sakit digantung, susah mahu makan susah mahu bernafas,tidak disoal, tidak dipanggil saya.

"Anifah, kenapa tidak digantung? Beliau bersekali dengan Jeffrey Kitingan, Yong Teck Li dan Ansari Abdullah. Kononnya mereka perjuangkan hak Sabah.

Shafie mendakwa sebab penggantungannya di buat oleh MT Umno kerana Datuk Seri Musa Aman tuduh beliau sepentas dengan pembangkangShafie mendakwa sebab penggantungannya di buat oleh MT Umno kerana Datuk Seri Musa Aman tuduh beliau sepentas dengan pembangkang"Kenapa Musa tidak suarakan dalam mesyuarat MT?

"Ketua Menteri Sarawak Adenan Satim (Tan Sri) menyuarakan kuasa otonomi orang Sarawak, tidak campur tangan dengan DAP, tidak bersekongkol dengan PKR dan tidak sekali-kali duduk semeja dengan parti pembangkang, Adenan berani menyuarakan hak dan ekonomi bangsanya.

"Sebelum ini saya tidak pernah naik pentas dengan pembangkang, sekarang saya baru nak naik pentas dengan pembangkang," ujarnya.

Beliau bercakap dihadapan 3,000 penyokongnya pada satu Majlis Santai Aidilfitri yang diadakan di Kampung Brunei,Membakut semalam.

Justeru katanya, beliau mahu semangat Sabahan di negeri itu digerakkan semula untuk menuntut kuasa otonomi.

"Saya tuntut semangat Sabahan tetapi bukan bererti membenci Semenanjung. Kita hanya tuntut kuasa untuk Sabahan demi kemajuan luar bandar dan bandar bukan mahu bawa Sabah keluar dari Malaysia. Saya mahu mengubah langskap politik Sabahan," ujarnya.
Shafie dalam ucapannya di Membakut masih lagi merahsiakan bila masanya yang sesuai untuk mengumumkan nama parti baharunya.

"Tunggulah... when the time is right (bila tiba masanya nanti)," katanya.
Shafie kini dalam siri jelajahnya di 25 bahagian di Sabah selepas beliau membuat keputusan keluar Umno pada 4 Julai lalu.

Semalam sejumlah 2,000 ahli cawangan Umno Bahagian Kimanis mengisytiharkan keluar parti yang diwakili oleh Ketua Cawangan Bongawan dan Ketua Cawangan Kampung Lubang Batu Manahan.

Ini bermakna 4 bahagian (Semporna, Batu Sapi, Tenom dan Kimanis) daripada 25 bahagian di negeri bawah bayu itu menyatakan pendirian mereka secara terbuka untuk keluar Umno dan menyatakan sokongan kepada parti baharu yang akan ditubuhkan Shafie kelak.

Pulau Pinang sudah reda, Terengganu bakal bergelora?

Posted: 02 Aug 2016 12:18 AM PDT

MUAMMAR QADDAFI
 
 
Angin gelora seperti membelok ke TerengganuAngin gelora seperti membelok ke Terengganu


DAP hari ini telah memuktamadkan bahawa pembubaran Dun Pulau Pinang tidak akan berlaku lebih awal apabila PKR tidak bersetuju dengan langkah itu.

Namun sebaliknya politik negeri Terengganu dikatakan bakal bergolak kembali apabila bekas menteri besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang juga adun Kijal menyatakan kesediaan beliau untuk dipecat dari Umno.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas berlaku desakan daripada ahli Umno yang memintanya dipecat berikutan kritikan kerasnya terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekiranya Ahmad dipecat, Umno Terengganu bakal kehilangan seorang Adun sekaligus menjadikan kedudukan dalam dewan undangan negeri 16-16 dan hilang sokongan majoriti sekaligus akan memberi ketidakstabilan kepada kerajaan sedia ada.

Samada Ahmad dipecat atau tidak, kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Ahmad Razif sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang goyah.

Ditambah dengan hubungan yang tidak baik Ahmad Razif dengan Istana yang mengakibatkan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Razif telah ditarik balik pertengahan April yang lalu.

Menunggu sehingga PRU14 untuk membubarkan Dun dibimbangi akan menganggu kelancaran pentadbiran negeri.

Ahmad Said juga dikatakan masih ada penyokong dalam kalangan Adun BN Terengganu yang mampu mengikuti jejak beliau sekiranya beliau dipecat dari Umno mahupun keluar Umno. Hal ini sekaligus akan memberi kesan yang besar kepada kedudukan Umno dalam Dun Terengganu.

Langkah terbaik untuk UMNO menstabilkan kembali kedudukannya di Terengganu adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan kembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih dan membentuk kerajaan baru sekiranya rakyat masih memberikan mandat kepada mereka untuk mentadbir kerajaan negeri Terengganu.

Tindakan ke atas ahli Umno terbabit program Tun Mahathir

Posted: 02 Aug 2016 12:13 AM PDT

 MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Shahidan KassimDatuk Seri Shahidan KassimUmno Perlis akan mengambil tindakan disiplin terhadap ahlinya yang terbabit dalam penganjuran program yang dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad di Arau, dekat sini pada 28 Julai lalu.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata setakat ini beliau masih belum menerima laporan mengenai pembabitan ahlinya dalam program yang turut dihadiri bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Tindakan hanya dikenakan kepada mereka yang terbabit secara langsung dalam penganjuran yang dihadiri bekas Perdana Menteri itu, sama ada mempromosi atau sebagainya. "Di Perlis ada pelbagai puak (parti politik) yang datang memberi ceramah..bagi ahli yang hanya hadir dan mendengar itu perkara nombor dua, yang nombor satunya ada atau tidak ahli yang terbabit dalam penganjuran.

"Ini yang saya tunggu laporan daripada setiausaha perhubungan, sebelum menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Umno Perlis, semalam lapor BH online.

Mengulas isu fitnah yang dilemparkan ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dalam sebuah blog, Shahidan berkata, beliau tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik tuduhan berkenaan.

"Saya baru sahaja dimaklumkan mengenai perkara itu dan masih belum sempat membacanya," katanya.

Melaka umum insentif RM25,000 kejayaan keseluruhan Khairul Hafiz

Posted: 02 Aug 2016 12:07 AM PDT

BERNAMA
 
 
perhatian yang khusus perlu diberikan pada atlet Melaka yang menyinar di Sukma termasuk Khairul Hafiz agar mereka tidak leka atau alpa dengan populariti serta perhatian yang diterimanya dari pelbagai pihak atas kejayaan yang dikecapi mereka.perhatian yang khusus perlu diberikan pada atlet Melaka yang menyinar di Sukma termasuk Khairul Hafiz agar mereka tidak leka atau alpa dengan populariti serta perhatian yang diterimanya dari pelbagai pihak atas kejayaan yang dikecapi mereka.


Kerajaan negeri Melaka mengumumkan insentif keseluruhan sebanyak RM25,000 atas kejayaan raja pecut kebangsaan Khairul Hafiz Jantan mencipta rekod baharu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Sarawak yang berakhir Ahad lalu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata jumlah itu termasuk imbuhan RM10,000 atas kejayaannya memecahkan rekod kebangsaan 18 tahun acara 100 meter lelaki.

"Insentif tersebut sebagai penghargaan, sokongan dan dorongan kerajaan negeri kerana berjaya mengharumkan nama Melaka selain mencipta satu rekod baharu dalam acara 100 meter.

"Kami anggarkan Khairul Hafiz akan menerima insentif kira-kira RM25,000 dari kerajaan negeri atas kejayaannya meraih pingat emas dan juga memecah rekod kebangsaan serta perbaharui rekod Sukma," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Atlet Sukma Kontinjen Melaka dari Sarawak di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di sini, hari ini.

Kira-kira 2,000 orang awam, kakitangan kerajaan, ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri Melaka dan anggota keluarga atlet yang menyertai pertandingan berkenaan hadir menyambut kepulangan mereka.

Kejayaan anak kelahiran Melaka itu dengan catatan 10.18 saat sekali gus memadam rekod terdahulu,
10.30 saat yang dicipta bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek dari Sarawak pada 1998.

Pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Kota Tinggi itu yang dinobatkan Olahragawan Sukma turut memperbaharui rekod Sukma dalam acara 200 meter (21.03 saat), 4x100 meter (39.89 saat) dan 4x400 meter (3 minit 12.66 saat) bersama kuartet Melaka.

Mengulas lanjut, Idris berkata selain insentif kejayaan memecahkan rekod kebangsaan, kerajaan negeri turut mengumumkan insentif RM5,000 kerana berjaya memperbaharui rekod Sukma, pingat emas (RM5,000), perak (RM3,000) dan gangsa (RM1,000).

Beliau berkata Khairul Hafiz dilihat mampu mencipta nama lebih tinggi dalam sukan olahraga sekiranya beliau mengikuti latihan dan konsisten dalam setiap perlawanan yang disertainya.

"Banyak lagi peluang dan ruang yang beliau (Khairul Hafiz) dan rakan-rakannya dari Melaka dapat cipta dalam sukan berprestij antaranya Sukan Asia, Komanwel bahkan Olimpik sekiranya mereka diberi latihan dan perhatian yang baik," katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata perhatian yang khusus perlu diberikan pada atlet Melaka yang menyinar di Sukma termasuk Khairul Hafiz agar mereka tidak leka atau alpa dengan populariti serta perhatian yang diterimanya dari pelbagai pihak atas kejayaan yang dikecapi mereka.

Sementara itu, Khairul Hafiz yang menggelarkan dirinya sebagai 'The Speedy Jantan' itu berkata beliau akan mengikuti latihan seperti biasa bagi mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia pada September depan.

"Saya amat berterima kasih kepada jurulatih saya (Mohd Poad Md Kassim) yang tidak henti melatih saya sehingga dapat memecahkan rekod kebangsaan. Sebelum Sukma masa terbaik saya adalah 10.36 saat," katanya.

Catatan itu dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia di Vietnam pada Jun lepas.

Katanya semua kejayaan yang diperolehnya adalah 'pinjaman Allah' dan ia tidak akan mengubah dirinya menjadi orang lain.

Siswa lancar kempen tangkap 'Malaysian Official 1'

Posted: 02 Aug 2016 12:07 AM PDT

ARIF ATAN


#TangkapMO1  akan dimobilasi rakyat Malaysia pada 27 Ogos ini ddi Kuala Lumpur.#TangkapMO1 akan dimobilasi rakyat Malaysia pada 27 Ogos ini ddi Kuala Lumpur.


Sekumpulan mahasiswa melancarkan kempen _#TangkapMalaysianOfficial1 _ semalam ekoran kegagalan Perdana Menteri menyelesaikan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga
menyaksikan Jabatan Kehakiman Negara (DOJ) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan senarai nama yang terlibat dalam pengkhianatan berbilion ringgit dana awam itu.

Mereka yang dikenali sebagai Gabungan _#TangkapMalaysianOfficial1_ ( _#TangkapMO1_ ) itu berkata, mobilisasi besar-besaran bagi tujuan berkenaan akan dilakukan dengan kemuncaknya pada 27 Ogos nanti.

Wakil gabungan mahasiswa berbilang kaum itu, Luqman Nul Haqim Zul Razali berkata, laporan DOJ baru-baru ini mengesahkan lagi kekhuatiran rakyat terhadap penyelewengan dana 1MDB apabila menyebut tentang_'Malaysia Official 1'_ selain anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi, Jho Low.

"Sehingga hari ini, ketiga-tiga individu ini masih bebas malah tidak ada inisiatif bersungguh-sungguh daripada kerajaan Malaysia untuk bertindak ke atas mereka.

"Malah, kerajaan Malaysia juga masih enggan untuk mendedahkan siapa sebenarnya individu yang dinamakan sebagai _Malaysian Official 1_ yang dipercayai sebagai dalang utama disebalik penyelewengan wang rakyat ini," tegasnya.

Dalam sidang media di Restoran Amjal berhampiran Universiti Malaya (UM) itu, beliau berkata, mahasiswa dan anak muda akan menjalankan pelbagai program penerangan secara berkelompok dengan memfokuskan mahasiswa dan masyarakat luar Lembah Klang menjelang 27 Ogos ini.

"Kami juga mengalu-alukan pembabitan semua pihak tanpa mengira sempadan politik dan ideologi untuk bersama dengan kempen ini.

"Isu 1MDB bukan lagi rahsia dalaman negara, malah menjadi berita hangat di seluruh dunia.

"Anak muda tidak sanggup lagi menjadi bahan ketawa oleh masyarakat dunia apabila dilihat seolah-olah masih merelakan sekumpulan individu tidak bertanggungjawab terus merompak harta negara," ujarnya.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, rakyat Malaysia dibimbangi akan menerima kesan paling buruk jika kecurangan pengurusan dana awam itu berterusan.

"Lebih malang apabila anak muda yang mewakili 60 peratus daripada komposisi rakyat Malaysia akan terus berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan.

"Anak muda terpaksa menanggung beban kos hidup yang terus meningkat dalam keadaan peluang kerjaya dan purata pendapatan di Malaysia masih terkebelakang," jelasnya yang juga mahasiswa UM.

Sehubungan itu, Luqman menyeru supaya rakyat negara ini terutama anak muda bertindak dengan turun bersolidariti di ibu negara menjelang sambutan kemerdekaan itu.

"Inilah masanya untuk kita rayakan kemerdekaan dengan erti kata sebenar. Jika anak muda tidak bertindak hari ini, kita khuatir tiada lagi masa depan untuk generasi akan datang," tegasnya lagi.

Mahasiswa lain yang turut menyertai sidang media menjelang tengah hari tadi ialah Anis Syafiqah, Nurul Aqilah, Gan Yu Lin, Chan Tau Chang dan Chew Chuan Yang.

Untuk rekod, _#TangkapMO1_ tersebut adalah susulan demonstrasi _#TangkapNajib_ di ibu negara yang juga digerakkan oleh gabungan pelbagai pertubuhan mahasiswa dan anak muda pada 1 Ogos tahun lalu.

Subahat dengan Najib, pemimpin Umno dipandang hina, kata Tun Mahathir

Posted: 02 Aug 2016 12:05 AM PDT

 
 
Tun Dr Mahathir MohamadTun Dr Mahathir MohamadPemimpin-pemimpin Umno perlu mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi mengelakan kemungkinan ahli Umno dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian di dalam blognya semalam dipetik berkata, sejak skandal 1MDB didedahkan pemimpin Umno cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.

"Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah," ujarnya.

Kata beliau lagi,sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib adalah jelas bersalah.

"Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, BPR, Auditor General dan PAC. Tiap satu menerangkan kesalahan Najib.

"Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan. Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen.

"Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.

"Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV.

"Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin Umno sahaja yang tidak tahu malu," ujarnya.

Kata Dr Mahathir lagi, walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib.

"Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.

"Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia," seru Dr Mahathir kepada ahli Umno dalam catitannya itu.

Jelas beliau lagi, merahsiakan segala laporan berkenaan dengan kesalahan Najib melalui OSA mungkin mengelirukan sebahagian kecil dari rakyat Malaysia. Tetapi OSA ujarnya, tidak boleh rahsiakan perbuatan Najib di kalangan masyarakat dunia.

" Kamu, pemimpin Umno akan dipandang hina kerana masih mencuba menidakkan penipuan Najib dalam pengurusan 1MDB." tegasnya.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT