Selasa, 16 Ogos 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Peguam kecewa pihak berkuasa tidak bertindak ekoran kecurian wang 1MDB

Posted: 16 Aug 2016 05:46 AM PDT

ARIF ATAN
 
 
Datuk Zainur Zakaria yang turut bercakap dalam sidang media Husam Musa dan Matthias Chang hari ini.Datuk Zainur Zakaria yang turut bercakap dalam sidang media Husam Musa dan Matthias Chang hari ini.


Walaupun Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan saman sivil pada 20 Julai lalu terhadap pihak yang melarikan wang negara, pihak berwajib di negara ini dilihat tidak menyiasat mereka yang dinamakan sebagai defendan.

Peguam Datuk Zainur Zakaria berkata, beliau kecewa kerana pihak Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Bank Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita kecewa mereka sepatutnya bertindak untuk dapatkan semula wang milik rakyat Malaysia.

"Pihak berkuasa di negara ini tidak mahu bertindak walaupun jelas ada perlakuan jenayah sehingga difailkan di AS," ujarnya yang merupakan peguam Datuk Husam Musa dan Matthias Chang di Malaysia.

Mengulas lanjut tindakan undang-undang oleh DoJ itu, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu berkata, kerajaan AS bertindak mahu merampas segala aset yang diambil "perompak-perompak" terbabit.

Menyebut secara jelas nama Riza Shahriz Abdul Aziz dan Jho Low sebagai 'perompak' yang dimaksudkan, beliau turut menyelar pendirian sebahagian pemimpin Melayu Islam.

"Memalukan. Mereka lupa pemberi rezeki itu ialah Allah bukannya manusia apalagi di tangan perompak.
"Apa jenis manusia ini? Kalau diam, kita yang tanggung kesan 1MDB bukan mereka yang sebenarnya lanun," bidasnya.

Tambah Zainur lagi, pemfailan tuntutan (class action) oleh pihak mereka adalah bagi menuntut ganti rugi daripada "perompak" terbabit berbeza dengan tindakan DoJ.

TAHU PULAK MALU?

Posted: 16 Aug 2016 05:21 AM PDT

 shahbudindotcom

Ini adalah Datuk Seri yang bertugas sebagai pengarah di DBKL ketika di mahkamah pagi tadi.
 
 
 
 
Ini pula Datuk yang bertugas sebagai pengarah di sebuah jabatan kerajaan di Melaka.
 
 

 
 
Di Kelantan, yang ditahan ialah seorang pengurus kanan TNB.
 
 
 
 
Ketiga-tiga mereka direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 22 Ogos depan.

Walaupun nama ketiga-tiga mereka tidak disebut dan kesemuanya menutup muka ketika di mahkamah, tetapi di media sosial sudah pun bertaburan pengenalan diri kesemua yang didakwa itu.

Kenapa semua mereka menutup muka? Malu?

Masa naik Mesarati, Audi dan BMW dengan duit haram, tidak pernahkah terdetik perasaan malu itu? 


MB Kedah ada agenda tersembunyi untuk menutup skandal 1MDB, kata MP Alor Setar

Posted: 16 Aug 2016 05:15 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
Gooi Hsiao LeungGooi Hsiao LeungMenteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang mempertahankan perdana menteri dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berbanding menangani isu penting yang dihadapi negeri itu adalah amat dikesali ketika pembukaan persidangan dewan undangan negeri baru-baru ini.

 Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung berkata demikian, kerana merujuk kepada kenyataan Ahmad Bashah ,seperti dilaporkan dalam media semalam, yang mana menteri besar itu dikatakan, menuduh campur tangan asing itu, sebagai mempunyai agenda tersembunyi untuk menjatuhkan kepimpinan negara, adalah amat memalukan.

"Apakah campur tangan asing yang dimaksudkan oleh Ahmad Bashah, yang telah diambil untuk menjejaskan pilihan kerajaan atau pemimpin negara kita?

"Beliau tidak boleh hanya membuat tuduhan kosong dan tidak berasas tanpa fakta.

"Adakah MB Kedah merujuk kepada tindakan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk merampas aset bernilai RM4bilion (US$1bilion) yang dibeli di Amerika oleh wang yang dicuri daripada 1MDB?

"Adakah dakwaan MB yang menuduh terdapat agenda tersembunyi menjatuhkan pemimpin negara satu pengakuan bahawa "Malaysian Official 1" yang disebut dalam tindakan AS yang telah menerima US$681juta, adalah Najib Razak, Perdana Menteri kita sendiri?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, penyiasatan jenayah yang dijalankan  tidak kurang daripada 10 negara, termasuk Amerika Syarikat, melibatkan undang-undang pengubahan wang haram dan perbankan yang telah dilanggari dalam negara mereka sendiri, dimana dana disyaki dicuri dari 1MDB telah digubah diluar negara ujarnya sama sekali tiada berkait mengganggu urusan dalaman negara kita.

"Negara kita perlu mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan siasatan asing untuk mendedahkan konspirasi besar dari dalam negara, yang mana agensi-agensi penguatkuasaan kita sendiri yang sepatutnya melakukannya, tetapi sama sekali telah gagal untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah yang dilakukan.

"Hanya ada satu agenda tersembunyi yang sangat dimarahi rakyat Malaysia, iaitu terhadap kepimpinan Umno yang menutup, menafikan dan membela mereka yang menyalahgunakan kepercayaan awam dan kedudukan mereka dengan mencuri berbilion dari rakyat Malaysia berkait 1MDB," ujarAhli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan ini.

Timbalan Pengerusi PKR Negeri Kedah ini juga menegaskan, kenyataan terbaru MB Kedah berkenaan campur tangan asing ini ujarnya mengikut rentetan komen-komen sama pemimpin UMNO sebelumnya.

Apa hubungan sebenar antara Najib dan Jho Low, soal Kit Siang

Posted: 16 Aug 2016 05:12 AM PDT

lim kit siang

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan apa hubungan sebenar beliau dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata tindakan itu jauh lebih berguna buat masa ini daripada terus membuang masa menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

"Atau adakah Najib fikir bahawa skandal 1MDB yang melibatkan beliau itu memelihara hak, kepentingan dan maruah Melayu dan Islam di Malaysia?

"Saya percaya pemimpin dan ahli UMNO peringkat bahagian lebih berminat untuk mengetahui apa sebenarnya hubungan Najib-Jho Low dalam skandal 1MDB berbanding tohmahan Najib kononnya DAP itu anti-Melayu dan anti-Islam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang menjelaskan, Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak harus terlibat dengan politik perpecahan yang menggunakan sentimen kaum, agama, kebencian dan pembohongan terhadap lawan politik.

Malah, katanya, Najib perlu membuktikan bahawa beliau bukan seperti peserta demonstrasi Baju Merah yang pernah melemparkan duit neraka dan berharap agar DAP 'mati' sebelum ini.

"Sebagai pemimpin, beliau mesti menunjukkan sikap yang baik dan boleh dicontohi oleh penyokong-penyokongnya.

"DAP tidak pernah menjadi anti-Melayu dan anti-Islam. Ia sama sekali tidak masuk akal. Kita merupakan parti yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, bukan sahaja di kalangan ahli dan pemimpin, tetapi juga wakil rakyat," tegasnya.

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Parlimen DAP itu turut mempersoal sama ada Jho Low merupakan dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB berikutan namanya tersenarai sebagai defendan dalam saman yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru-baru ini.

"Atau adakah dalangnya Najib memandangkan 'Malaysian Official 1' disebut 36 kali dalam dokumen sebanyak 136 halaman tersebut?" soalnya.

Bulan lalu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengumumkan DOJ memfailkan saman sivil bagi merampas semula aset berkaitan 1MDB yang bernilai lebih AS$1 bilion kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.

Selain Jho Low, dokumen itu turut menamakan anak tiri Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz, ahli perniagaan dari Malaysia, Tan Kim Loong dan dua pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny. – Roketkini.com


Elak bebankan pengguna, SPAD perlu kurangkan birokrasi terhadap pemandu teksi, Uber

Posted: 16 Aug 2016 05:10 AM PDT

rajiv 2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) diminta supaya tidak mengenakan prosedur birokrasi yang rumit terhadap teksi, Uber dan Grabcar bagi mewujudkan persaingan yang sihat antara pemandu perkhidmatan awam berkenaan.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Rajiv Rishyakaran menjelaskan, prosedur tersebut termasuklah keperluan untuk memiliki lesen memandu perkhidmatan awam, pemeriksaan kenderaan secara berkala dan insuran yang membebankan. Ia setakat ini hanya terpakai kepada pemandu teksi.

Katanya, prosedur membebankan yang dikuatkuasakan SPAD itu kini perlu dipersoalkan kerana terbukti bahawa pengguna pengangkutan awam lebih cenderung memilih perkhidmatan Grabcar dan Uber berbanding teksi.

"Tambahan 'beban' yang dikenakan ke atas teksi kini boleh dipersoalkan, di mana kebanyakan rakyat Malaysia merasakan bahawa perkhidmatan Uber dan Grabcar adalah lebih selesa dan lebih dipercayai daripada kebanyakan (bukan semua) teksi.

"Pemantauan pemandu dan penilaian sistem dalaman yang digunakan oleh Uber dan Grabcar jelas lebih baik berbanding dengan prosedur yang dikenakan oleh SPAD ke atas pemandu teksi," katanya dalam satu kenyataan.

Sejak beberapa bulan lalu, pemandu teksi telah mengadakan beberapa siri protes bagi menentang kewujudan perkhidmatan pengangkutan awam, Uber dan Grabcar yang didakwa telah menutup periuk nasi mereka.

Malah, pemandu teksi mendakwa pemandu Uber dan Grabcar tidak perlu melalui kesukaran untuk menepati sepenuhnya prosedur yang dikuatkuasakan SPAD itu.

Ekoran itu, SPAD seperti yang dilaporkan media, semalam, akan mengadakan sidang media hari ini bagi mengumumkan secara rasmi Program Transformasi Industri Teksi termasuk pelan untuk membenarkan perkhidmatan e-hailing seperti Grabcar dan Uber.

Mengulas lanjut, Rajiv yang juga Adun Bukit Gasing berkata, SPAD perlu berhati-hati dalam mengumumkan apa juga jenis perubahan terhadap sistem Uber dan Grabcar bagi mengelakkan pengguna merasa terbeban.

"SPAD juga perlu lebih berhati-hati dalam apa-apa perubahan yang memerlukan bayaran tambahan, kerana pada akhirnya, pengguna juga akan terpaksa membayar untuk itu dengan tambang yang lebih tinggi," katanya.

Pengumuman yang dinanti-nantikan ramai pihak itu dilihat bakal menyelesaikan kemelut antara pemandu teksi dan pemandu Grabcar dan Uber yang telah berlanjutan sejak tahun lalu. – Roketkini.com


Bantah perobohan Puncak Purnama, aktivis berarak ke Suhakam

Posted: 16 Aug 2016 05:08 AM PDT

Anne Muhammad


Susulan tindakan Dewan Bandaraya KualaLumpur (DBKL) merobohkan tugu Puncak Purnama, sekumpulan aktivis seni hari ini berarak ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk membuat bantahan.

Kira-kira 200 aktivis berarak sejauh 250 meter bermula dari pusat membeli belah Sogo di ibu negara ke pejabat Suhakam bagi menghantar memorandum bantahan.

Mereka mula berarak pada jam 2.10 petang tadi sambil menyanyikan lagu 'rasa sayang' dan memainkan pelbagai alatan muzik.

Mereka turut membawa deretan panjang kain batik sepanjang pehimpunan itu.

Selain itu, kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk yang antaranya, tertera perkatataan 'Solidariti Puncak Purnama' , 'Selamatkan seni masa depan' dan 'Buta Seni Tak Pa, jangan Jadi Penghancur Seni'.

Susulan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan tugu Puncak Purnama, sekumpulan aktivis seni berarak ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menyatakan bantahan.

Kira-kira 200 aktivis berarak dari pusat beli belah Sogo di ibu negara ke pejabat Suhakam tidak jauh dari situ bagi menghantar memorandum bantahan.

Mereka mula berarak pada jam 2.10 petang tadi sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan memainkan pelbagai lagu.

Penuh warna-warni, kain batik dijadikan kain rentang menyatakan bantahan itu.

Kumpulan berkenaan turut membawa sepanduk yang antaranya, tertera perkataan "Solidariti Puncak Purnama" , "Selamatkan seni masa depan" dan "Buta seni tak apa, jangan jadi penghancur seni".
Arca awam Puncak dirobohkan Julai lalu.

Pelbagai persembahan simbolik turut dipersembahkan di depan bangunan menempatkan Suhakam, termasuk nyanyian, bacaan pusi dan persembahan teater ringkas.

Memorandum itu diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam Datuk Lok Yim Pheng.

Sementara itu pengumpul karya seni Zain Azahari Zainal Abidin ketika berdialog dengan Lok, nada percakapannya sedikit emosi.

Zain adalah bekas pengerusi Bank UMBC yang menyerahkan arca Puncak Purnama kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 1986.

Katanya, beliau cukup terkilan apabila DBKL merobohkan karya yang dibina 30 tahun lalu itu dengan memberi alasan ia tidak lagi dapat dibetulkan.

"Saya sangat terkilan, sudah menjadi tanggungjawab DBKL untuk menjaga tugu itu. Tapi mereka kata ia tidak boleh lagi dibaiki.

"Saya bertanya pada diri saya, Piramid Sphinx berusia beribu tahun boleh dibaiki tapi tugu yang berusia 36 tahun itu tidak boleh dibaiki," katanya.

Bagi Sasterawan Negara Baharuddin Zainal pula, beliau menyifatkan perobohan tugu itu adalah sejarah hitam dan ia sungguh mengaibkan seni rupa negara.

Katanya, semua pihak seharusnya sedar mengenai kepentingan harta intelek terutamanya di kalangan ahli politik dan juga pemerintah.

Katanya, seniman bergelut mengenai harta intelek iaitu hasil seni mereka tetapi 'kejahilan' berlaku di kalangan pemimpin politik dan pegawai awam.

"Saya bukan pelukis tapi saya seorang penulis. Dalam gambaran lebih besar iaitu kepentingan harta intelek dalam negara kita, satu negara yang bertaraf dunia dan berpendapatan tinggi dalam beberapa tahun tidak boleh mengabaikan harta intelek.

"Ramai tak tahu tentang harta intelek kecuali peguam. Seniman bergelut dengan aktiviti dia dan kehidupan dia tapi kalau kejahilan berlaku di kalangan pegawai awam dan pemimpin politik ini luar biasa," kesalnya.

Sementara itu pelukis Saiful Azman berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan ahli akademik di universiti awam dan swasta serta dan Majlis Warisan Kebangsaan untuk menyenaraikan arca dan karya penting bagi digazetkan.

Ia bertujuan untuk memelihara dan menjadi benteng terakhir dalam mempertahankan karya-karya seni tanah air.

Sesi dialog itu berlangsung selama satu jam dan selepas mendengar rintihan dari penggiat seni, Lok berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut.

Antara tokoh yang menyertai bantahan dan sesi dialog itu Baha Zain, Zain Azahari, U-Wei Saari, Hamidah Mohd Noor balu Syed Ahmad) dan Syed Nabil Syed Ahmad (anak) serta pegawai Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Peserta perhimpunan itu bersurai pada jam 5 petang.



Uber dibenarkan, tapi ada insentif untuk teksi

Posted: 16 Aug 2016 05:03 AM PDT

Alyaa Alazhar


Susulan perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi seperti Uber dan Grab Car akan dibenarkan, kerajaan mungkin memberikan insentif kepada pemandu teksi.

Ini antaranya bagi membantu pemandu yang mahu keluar daripada sistem pajak.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata pemandu teksi yang layak akan diberikan lesen individu bawah kategori teksi bermeter dan kereta sewa.

Pihak yang mahu keluar daripada sistem pihak akan menerima sejumlah RM5,000 daripada kerajaan untuk membeli kenderaan baru.

Pemohon bagaimanapun mesti bebas daripada rekod jenayah dan tidak muflis.

Dengan pendaftaran akan bermula pada 1 September depan, Spad juga merancang memperketat proses tapisan terhadap kedua-dua pihak, pemandu teksi dan pemandu Uber serta Grab Car.

Ini termasuk pemeriksaan perubatan, rekod jenayah, kesalahan trafik dan pelanggaran syarat lesen Spad.
Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pemandu teksi biasanya terperangkap dalam sistem pajak dan terpaksa membayar bayaran bulanan untuk kenderaan mereka.

"Selepas terma tamat, mereka boleh jual kereta tetapi mereka tiada lesen.

"Dalam isu ini, mereka layak mendapat lesen individu," katanya.

Minggu lalu dilaporkan keperluan Spad untuk mengawal konsep teksi elektronik menjelang akhir tahun ini bakal membuka jalan kepada pengesahan perkhidmatan Uber dan Grab di sisi undang-undang, seperti diputuskan kabinet.

Media melaporkan, kabinet percaya langkah itu penting untuk manfaat rakyat dan pindaan undang-undang dijangka dibentangkan pada sidang parlimen November ini.

Spad dalam Program Transformasi Industri Teksi yang dikemukakan baru-baru ini antara lain menjelaskan keperluan membenarkan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Rata-rata persatuan pemandu teksi tidak berpuas hati dengan 'penambahbaikan' yang dicadangkan SPAD kerana dianggap cuba 'membunuh' industri teksi negara.

Ini termasuk dalam pertemuan terbaru dengan Spad hari ini.

Ada lapan lagi bom, polis nasihat elakkan pusat hiburan

Posted: 16 Aug 2016 05:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Sebutir grenad atau bom tangan diletupkan dalam satu serangan ke atas sebuah kelab malam di Puchong pada bulan Jun lalu, manakala polis menemui sebutir lagi di Johor.

Walau bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay berkata laporan perisikan menunjukkan bahawa pengganas di Malaysia mungkin masih memiliki lapan lagi bom tangan seumpama itu.

"Kita masih ada lapan lagi (bom) di luar sana.

"Ini bom tangan yang sangat lama - (ia) model 1967 - tetapi masih boleh membunuh. Nasihat saya untuk mereka yang suka ke pusat hiburan (adalah) hentikan," katanya kepada Channel News Asia.

Ayob berkata serangan ke atas kelab malam Movida menimbulkan kebimbangan, kerana ia adalah kes pertama di mana anggota IS Malaysia yang berpangkalan di Syria dari jauh boleh melancarkan operasi di negara ini.

"Sebelum ini, penilaian kami adalah bahawa mereka tidak mempunyai kepakaran untuk memasang (peranti letupan) IED kerana mereka bukannya terlatih,

"Tetapi dengan pengeboman Movida, adalah jelas mereka mempunyai hubungan dan keupayaan untuk mendapatkan senjata dari negara-negara jiran dan itu adalah kebimbangan utama kami sekarang," katanya.

Ayob juga mendedahkan bahawa pengganas mungkin merancang lebih banyak serangan ke atas pejabat-pejabat kerajaan, pusat hiburan dan kem tentera dan ibu pejabat polis.

Pihak polis percaya serangan ke atas Movida, yang menyebabkan lapan orang cedera, dilaksanakan atas arahan Mohd Wanndy Mohd Jedi - seorang ahli IS rakyat Malaysia yang beroperasi di Syria.

Mohd Wanddy dipercayai telah menubuhkan beberapa sel-sel pengganas di Malaysia.

Pemuda mahu janji ditunaikan

Posted: 16 Aug 2016 04:30 AM PDT

Khairolnezam Shaari
Khairolnezam Shaari


KUALA PILAH – Umno Bahagian Kuala Pilah mendesak pemimpin pusat merealisasikan janji-janji pembangunan infrastruktur dalam daerah ini bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Pemudanya, Khairolnezam Shaari berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan kekuatan lima Dun dan satu parlimen dalam BN di daerah ini sudah cukup membuktikan Parlimen Kuala Pilah sebagai deposit tetap BN.

Justeru, katanya, pelbagai bentuk pembangunan perlu dibina di daerah ini terutama bagi mengatasi masalah jalan raya yang sering sesak pada hujung minggu dan lebih parah pada musim perayaan.

Katanya, perancangan jalan ke Kampung Talang ke Kampung Beting, jalan Ulu Bendul ke Terachi dan Kuala Pilah perlu diteruskan demi keselesaan masyarakat di daerah ini.

"Bukan itu sahaja, pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Pilah dan isu kesempurnaan kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampung Beting perlu dipertingkatkan dari sudut pembangunan supaya lebih efisien.

"Kami juga meminta kepada pihak berkaitan agar menyegerakan pemasangan pendingin hawa di Dewan Kompleks Rakan Muda Melang kerana di sini lokasi anak muda berhimpun untuk beriadah pada hujung minggu, selain sering digunakan dalam pelbagai majlis keramaian serta aktiviti yang pastinya padat pada setiap tahun.

"Keselesaan perlu diutamakan bagi menarik lebih ramai pengunjung dan anak muda melaksanakan aktiviti riadah di sini," katanya di Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah di Dewan Kompleks Rakan Muda Melang, kelmarin.

Mesyuarat itu disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim.
Hadir sama, Ketua Umno Bahagian, Datuk Ismail Lasim; timbalannya, Datuk Adnan Abu Hassan dan Ketua Wanita Umno, Datuk Norhayati Omar.

Selain itu, mengulas mengenai penubuhan Parti Bersatu, Khairolnezam berkata, Pemuda memandang serius segala bentuk ancaman terhadap Umno.

"Lebih-lebih lagi ancaman yang berskala besar seperti penubuhan Parti Bersatu. Pemuda sentiasa bersedia dengan jati diri dan daya juang yang cukup mantap serta berimpak tinggi dalam memastikan sasaran Bersatu tidak tertuju kepada pengundi baharu.

"Saya lihat, parti ini lebih kepada testing market kepada golongan seusia dengan kelompok penaja mereka. Penajaan parti yang berasaskan emosi, tidak kekal lama. Ia cuma satu gelombang besar yang akan datang dan akan pergi begitu sahaja," katanya.


DAP nak bawa usul 'kutuk' Ketua Menteri Melaka

Posted: 16 Aug 2016 04:14 AM PDT



DAP nak bawa usul 'kutuk' Ketua Menteri Melaka
Gambar kecil: Khoo Poay Tiong


AYER KEROH - DAP Melaka akan membawa usul 'mengutuk' Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pada Sidang Dun Melaka akan datang kerana didakwa cuba menghasut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelakangkan prinsip Perlembagaan.

Ketua Pembangkang Dun Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, tindakan itu dibuat kerana cubaan Ketua Menteri mahu persempadanan semula dengan menambah tiga kerusi Dun pada PRU akan datang.

"Jelas sekali, Idris merasa bimbang akan hilang sokongan majoriti, maka beliau meminta SPR membuat persempadanan kawasan pilihan raya demi memastikan kepentingan politik Umno dapat dipelihara, seterusnya mendapat kerusi Dun yang cukup untuk memerintah," katanya di sini semalam.

Poay Tiong yang juga Adun Ayer Keroh turut menyambut baik seruan Bersih 2.0 supaya Adun-adun tanpa kira parti membawa usul berkenaan nanti.


PAS yakin sistem kehakiman England siasat Sarawak Report

Posted: 16 Aug 2016 04:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
KUALA LUMPUR: PAS yakin badan kehakiman England akan menjalankan tanggungjawabnya dengan telus berkaitan samannya terhadap Sarawak Report, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Abdul Hadi berkata pihaknya akan tetap mengemukakan saman terhadap portal berkenaan dan ia bukanlah satu perkara baru bagi parti Islam itu bekerjasama dengan peguam dari luar negara.
"Kita yakin dan hormat ketelusan kehakiman di sana dan kami pernah menggunakan khidmat peguam luar bagi menyelesaikan kes sebelum ini.
"Buat masa ini kita sedang meneliti beberapa perkara untuk urusan saman yang dikendalikan sepenuhnya oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan," katanya.
Minggu lalu, PAS membidas Sarawak Report selepas laman pemberi maklumat itu mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak agar menjauhkan diri daripada gabungan pembangkang.
Parti itu mendakwa artikel tersebut berniat jahat dan mencemar nama baik serta dasar Islam yang diperjuangkannya.
Sarawak Report yang berpangkalan di London dikendalikan oleh Claire Rewcastle-Brown, yang didakwa Najib adalah sebahagian daripada konspirator untuk menggulingkan beliau daripada kuasa.
Laman web ini memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan salah guna 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri.
Najib menafikan menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan namanya dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Bagaimanapun, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini memulakan tindakan undang-undang untuk merampas aset yang didakwa diperolehi dengan dana yang disalahgunakan daripada 1MDB.

PKR Pulau Pinang gesa parti tolak kerjasama dengan BERSATU

Posted: 16 Aug 2016 04:13 AM PDT

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PKR Pulau Pinang Cabang Balik Pulau hari ini menyeru agar kepimpinan parti itu menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) yang mengamalkan diskriminasi kaum.
 
Ketua Cabang PKR Balik Pulau Datuk Abdul Halim Hussain berkata, penubuhan parti itu nyata tidak selari dengan pegangan PKR yang mengiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.
 
Malah sekiranya PKR memilih untuk bekerjasama dengan BERSATU, maka langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
"Jika parti ini (BERSATU) diterima dalam PH atau diterima sebagai rakan PKR maka ia memberi isyarat PKR mengiktiraf diskriminasi kaum dan ia bakal menjadi beban kepada kita khususnya bila berdepan pilihanraya, selama ini PKR diterima sangat baik di kawasan campuran tetapi dengan mengiktiraf parti perkauman ini pasti memberi kesan pada tapak sokongan PKR itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.
 
Jelasnya lagi, PKR seharusnya terus berpegang kepada prinsip reformasi yang menjadi asas penubuhan parti berkenaan tanpa perlu berkompromi dengan mana-mana parti yang tidak menghormati konsep keterbukaan yang diamalkan.
 
"Dalam Perlembagaan Negara, Perkara 10 (c) dengan jelas mengatakan semua rakyat Malaysia punya hak yang sama untuk berpesatuan. Maka sudah tentu menjadi hak asasi yang dibolehkan bagi Tun Dr. Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin untuk menubuhkan apa juga parti. Untuk itu kita perlu hormati dan raikan demokrasi lahirnya parti Pribumi.
 
"Namun dari segi prinsipnya untuk menjalinkan kerjasama dengan mana – mana parti atau pertubuhan sekali pun PKR seharusnya berpegang pada prinsip asas reformasi," katanya. 
 
BERSATU yang didaftarkan pada 9 Ogos lalu sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Parti itu kini dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu selepas Mahathir meninggalkan Umno dan Muhyiddin pula dipecat.
 
Bersandarkan itu, Abdul Halim berkata penubuhan BERSATU adalah sama seperti Umno yang bertunjangkan Melayu di mana hanya kaum Melayu yang boleh memegang jawatan dan kaum bukan Melayu hanya akan menjadi ahli bersekutu.
 
"Parti ini sangat jelas perkauman dari Umno itu sendiri. Parti ini membuka keahlian kepada semua kaum tetapi hanya Melayu sahaja boleh memegang jawatan atau mengundi. Adakah bukan melayu hanya layak menjadi tukang sorak.
 
"Mahathir yang kita yakinkan rakyat bahawa dia Mahafiraun, perompak negara tiba – tiba bila dia ketuai sebuah parti lain kita terima dan angkat dia sebagai pemimpin," soal Abdul Halim.
 
Justeru kenyataan Abdul Halim ini nyata tidak menepati kata-kata Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana parti itu terbuka dan sedia bekerjasama BERSATU.
 
 

Aib jika kami tidak bertindak, kata Husam selepas saman kes 1MDB

Posted: 16 Aug 2016 04:09 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Husam mengganggap, adalah mengaibkan kalau tidak ada sebarang tindakan dibuat selepas wang negara dirompak.Husam mengganggap, adalah mengaibkan kalau tidak ada sebarang tindakan dibuat selepas wang negara dirompak.


Datuk Husam Musa menyifatkan, adalah satu perkara yang mengaibkan jika tidak dibuat sebarang tindakan untuk mengambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.

Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.
Husam bersama penyokongnya dalam tindakan saman dalam kes 1MDBHusam bersama penyokongnya dalam tindakan saman dalam kes 1MDB
"Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya," kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.

Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang turut serta dalam sidang media hari ini dan memberikan nas al Quran kepentingan tindakan ini.Penasihat Parti Amanah Negara (Amanah) Ahmad Awang turut serta dalam sidang media hari ini dan memberikan nas al Quran kepentingan tindakan ini.Dalam sidang media hari ini Husam berkata, tujuan tuntutan ini dibuat difokuskan kepada usaha untuk membawa balik harta yang dicuri atau dirompak dari rakyat Malaysia.

"Kita fokus kepada harta yang dicuri bukan pencuri atau perompaknya," kata Husam dalam sidang media yang penuh sesak dengan wartawan dan jurugambar itu.

Turut serta bersama Husam adalah Datuk Zainur Zakaria, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia yang banyak membantu tindakan ini.

Zainur dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah bagi pihak kerajaan mereka manakala tindakan Husam dan Matthias adalah bagi pihak rakyat Malaysia.

Ini berikutan kegagalan pegawai yang dilantik oleh kerajaan gagal melaksanakan tugas ini.

"Pegawai kita yang sepatutnya bertindak lebih kepada mencari makan saja," kata Zainur kesal dengan kelemahan dan kegagalan mereka bertindak bagi pihak negara.

Matthias pula berkata, semua pihak patut bersama menyokong tindakan ini kerana ia adalah 'class action' iaitu mereka berdua hanya mewakili wakyat negara ini.

"Apabila kita menang nanti, wangnya adalah milik negara bukan dapat kepada kita pun," katanya.

Matthias juga berkata, semua pihak patut mengucapkan terima kasih kerana peguam Amerika sedia mengambil kes ini secara sukarela dengan bayaran yang berpatutan sahaja.

PKR Bidas Presiden PAS, Nafi PH Pakatan Pelampau

Posted: 16 Aug 2016 02:01 AM PDT



zu-hadi

 LIHAT VIDEO DI SINI


PKR membidas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tersasar jauh apabila mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH) mengamalkan budaya politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli dalam kalangan rakyat.


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membela PH sebagai pakatan masa depan yang mengamalkan politik matang, sebaliknya mendakwa kenyataan Abdul Hadi itu bukan ciri amalan politik matang.

"Saya tak pasti tentang kenyataan (Abdul Hadi) itu. Sekiranya itu kenyataan dia saya ingat penilaian dia tu silaplah.

"Kita adalah parti masa depan yang akan buat perubahan. Dalam tempoh yang singkat kita amat tunjuk kematangan kita.

"Jadi kalau kita dianggap politik emosi dan sebagainya, itu (dakwaan Hadi) bukan politik matang. Jadi jauh sekalilah (dakwaan itu)," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.

Abdul Hadi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pada Sabtu mengumumkan permuafakatan partinya dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang mengambil pendekatan jalur tengah di antara dua jalur politik ekstrim Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan menurut Abdul Hadi telah mengamalkan budaya politik lama iaitu politik emosi, politiking melampau, permusuhan dan kemarahan membuta tuli di kalangan rakyat.

Respon kenyataan Abdul Hadi itu, Ketua Wanita PKR itu berkata PKR akan tetap mahu meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS walaupun parti islam itu menolak politik lama yang dibawa Pakatan Harapan.

"Pada pendiran PKR gabungan PAS dengan IKATAN, terpulang pada dia (PAS) untuk nak menamakan (pakatan baru) dan sebagainya. Tapi yang penting PKR telah buat komitmen dan ketetapan yang kita akan berusaha untuk pastikan PRU14 ini kita akan 'satu lawan satu'.

"Kita akan usahakan habis-habisan sebab inilah peluang kita yang terbaik untuk tumbangkan BN," ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata PAS mengambil pendirian untuk tidak mencampuri tindakan PKR mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikeluarkan dalam laporan Ketua Audit Negara, Mac lalu.

Beliau berkata tindakan itu adalah hak PKR sebagai parti politik pembangkang yang mendokong prinsip demokarasi di negara ini.

"Malaysia adalah negara demokrasi, negara yang bebas. Itu hak masing-masing (untuk PKR kemuka saman terhadap Najib berhubung laporan 1MDB)," katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak mengulas sama ada PAS akan turut serta dalam mengemukakan saman berkenaan terhadap Najib.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali akan mengemukakan saman terhadap Najib bagi mendesak mahkamah campur tangan berhubung siasatan laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang masih lagi menjadi akta rahsia rasmi kerajaan (OSA).

Menurut maklumat pegawai khasnya, Azmin dilaporkan akan mengemukakan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diwakili Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya.

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Poster ‘Desak DAP Saman Razali’ Jadi Viral

Posted: 16 Aug 2016 01:55 AM PDT

 

 
lks-dana  


Poster mendesak DAP menyaman bekas aktivis parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman (di atas) berkaitan isu penerimaan dana Israel sebanyak RM1.2 billion menjadi viral di media sosial sejak malam Sabtu.


Kandungan poster itu memetik kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 2 Februari 2016 yang berikrar akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang mendakwa DAP telah ditawarkan RM1.2 billion daripada pihak Israel sebagai tukaran kepada pengkalan tentera di Port Dickson.

"Dah tujuh bulan lebih, bila DAP nak saman ???," kenyataan kandungan poster itu dipetik.

Pada tahun 2012, ketika berceramah di Putrajaya, Mohamed Razali mendedahkan bahawa DAP melalui Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah mengadakan rundingan dengan pihak kedutaan Israel di Singapura berkaitan dengan perancangan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) :
Untuk pengetahuan Tuan-tuan dan Puan-puan, tiap bulan Lim Guan Eng akan pergi ke Singapura. Saya biasa mengikuti banyak kali rombongan beliau ke Singapura. Dia akan pergi hari Sabtu petang dan akan balik hari Ahad petang.
Di Singapura, kita akan jumpa dua orang saja. Satu bekas pemimpin atau bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan lagi satu wakil Duta Israel di sana. Dua ni yang akan kita jumpa.
Sewaktu kita jumpa dengan Duta Israel atau wakil Israel, Tuan-tuan tahu tak, pihak Israel telah bersetuju memberi dana sebanyak 300 juta USD untuk PRU yang ke 13 ni. USD ya bukan RM ya. Duit tu sekarang berada di Singapura ya. Benda ni antara projek Isreal-Singapura dan DAP.
Bila saja bubar Parlimen, masa tulah duit akan masuk dan juga pakar-pakar Israel. Mereka merupakan beberapa warganegara asing. Mereka juga akan menyusup masuk ke bumi Malaysia ni. Semasa itulah Tuan-tuan boleh melihat kempen pilihanraya yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni.
Kalau Tuan-tuan tak percaya sekarang tak apa, bila berlaku, masa itulah Tuan-tuan akan mengingat saya, apa yang saya kata ni. Yang paling teruk, yang paling ganas akan berlaku di bumi Malaysia ni, PRU 13 ni. 300 juta USD ni, dapat Singapura.
Tuan-tuan jangan tanya saya bagaimana duit ini masuk. Bank Negara ke, Kastam ke, mereka tidak akan dapat mengesan apa-apa pun. Tak dapat dikesan duit tu masuk macam mana. Sampai tahap mereka buat.
Kita pun nak tanya juga pasal apa pihak Israel ni sanggup bagi duit sebanyak tu. Takkan saja-saja dia nak bagi duit. Mesti ada sebab. Sebabnya, Lim Guan Eng telah berjanji, sekiranya Putrajaya telah ditawan, kita akan serahkan Port Dickson sebagai base tentera Israel yang baru. Janji Guan Eng dekat Israel.
Selanjutnya, sila baca kenyataan lengkap bekas aktivis DAP itu, "Pendedahan Mohamad Razali, Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP"

Gaji doktor hospital kerajaan rendah

Posted: 16 Aug 2016 01:50 AM PDT

Gaji doktor hospital kerajaan rendah
Gambar hiasan
 

GAJI rendah di hospital kerajaan menjadi punca kenapa ramai doktor terpaksa menjalankan kerja sambilan selepas waktu pejabat.

Seorang pakar doktor ketika memberitahu Sin Chew Jit Poh, doktor muda di hospital kerajaan sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di universiti, beliau akan dikategorikan ke dalam Gred 41 dengan gaji bulanan yang diperolehnya adalah lebih kurang RM3,000 sahaja.

"Gaji beliau mungkin akan dinaikkan sehingga RM8,000 sekiranya beliau melanjutkan pengajian dengan memperoleh sijil kepakaran dalam bidang tertentu.

"Bagi seorang doktor muda, dengan pendapatan bulanan lebih kurang RM3,000, ia sebenarnya adalah jumlah yang amat kecil. Oleh itu, tidak mustahillah kita dapati ramai doktor di hospital kerajaan sanggup mencari kerja sambilan di klinik semata-mata untuk memperoleh pendapatan lebih," katanya. 

Menurutnya, seseorang doktor hospital kerajaan adalah dibenarkan melakukan kerja sambilan di klinik swasta selepas waktu pejabat, bagaimanapun beliau perlu mendapat kelulusan ketuanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seorang doktor yang bertugas di klinik gigi di Bangsar, Kuala Lumpur, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini, atas tuduhan menyebabkan kematian menantu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,

Pakar obstetrik dan ginekologi, Dr Ting Teck Chin, 36, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat ke atas Syed Alman Zain Syed Ali selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di klinik tersebut.

Akhbar ini melaporkan, secara umum ramai mengetahui ramai doktor di hospital kerajaan melakukan kerja sambilan di klinik swasta, cuma jarang apabila adanya pakar sakit puan yang melakukan kerja sambilan di klinik gigi seperti dilakukan oleh Dr Ting.

"Sebelum dibolehkan kerja sambilan di klinik swasta, seseorang doktor yang masih berkhidmat di hospital kerajaan mestilah membuat permohonan kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Selain itu, syarat utama yang diperlukan untuk kerja sambilan di klinik swasta ialah seseorang doktor itu mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun di hospital kerajaan," tulis akhbar ini.

Bukan isyarat kira duit

Pici Parnia, 14, dan Parcelia Renyelia, 12, rasa kesal dengan kritikan dilempar terhadap isyarat tangan yang ditunjuk kakak mereka iaitu penerjun negara, Pandelela Rinong Pamg ketika bertanding di Sukan Olimpik Rio de Janeiro, lapor Guang Ming Daily.

Menurut mereka, isyarat tangan yang ditunjukkan Pandelela di hadapan kamera televisyen itu sebenarnya adalah tanda cinta, dan bukan isyarat 'kira duit' seperti yang didakwa oleh segelintir orang.

"Kenapa mereka tidak mahu raikan kemenangan Pandelela, sebaliknya sengaja nak gembar-gemburkan isyarat tangan itu? Mereka yang komen di laman sosial sepatutnya memberikan galakan kepada kakak kami. Kami rasa sedih kerana ramai orang telah salah faham mengenai isyarat tangan itu," kata mereka kepada akhbar itu.

Pici dan Parcelia mengharapkan tumpuan kakak mereka tidak terganggu mengenai isu tersebut dan mendoakan kilauan emas menjadi milik Malaysia apabila Pandelela akan bertanding dalam 10 meter papan anjal individu esok.

Kampung Cina terus dibantu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kerajaan telah meluluskan 540 pelbagai rancangan pembangunan dengan peruntukan sebanyak RM42.3 juta kepada kampung-kampung Cina di seluruh negara sepanjang tahun ini, tulis Sin Chew Jit Poh.

Selain itu, dalam tempoh sama, kerajaan juga lulus permohonan membaiki 941 rumah milik golongan miskin di kampung Cina.

Ketika bercakap dalam satu perjumpaan di Segamat, Johor, Ka Siong berkata, buat masa ini, terdapat sebanyak 613 kampung Cina di seluruh negara dan kebanyakan rancangan pembangunan di situ telah pun diluluskan oleh kerajaan.

Beliau turut berharap ketua-ketua kampung Cina terus bekerjasama dengan bahagian-bahagian MCA dengan memberikan permohonan bantuan pembangunan yang lengkap sekiranya kawasan kampung mereka memerlukan bantuan dan peruntukan.


'Kenyataan Najib tentang Bersatu aneh'

Posted: 16 Aug 2016 01:45 AM PDT


Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin. - Foto Sinar Harian
 
 
SHAH ALAM - Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan parti itu membela nasib orang Melayu kerana mempunyai hubungan dengan DAP adalah sesuatu yang aneh.

Menurut beliau, selepas mengemukakan permohonan kepada pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), serangan terhadap Bersatu yang belum lagi ditubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin Umno.

"Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib malah parti ini belum ada ahli dan cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.

"Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP?

"Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan menguntungkan orang Melayu dan ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab serta pra-matang,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Perbetul apa tak kena dalam keluarga Umno sendiri]

Sebelum ini, Najib menyelar parti Bersatu berikutan cadangan untuk bekerjasama dengan DAP, yang sama sekali tidak pernah menyokong perjuangan atas nama pribumi dan hak Bumiputera.

Dalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan bahawa kenyataan berkenaan merupakan taktik kotor yang digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu di negara ini.

"DAP bakal dijadikan 'hantu' paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib.

"Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu," katanya.

Selain daripada itu, Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung dengan ROS bagi mendapatkan naskhah Perlembagaan Bersatu yang diserahkan semasa proses pendaftaran parti sekiranya beliau meragui perjuangan parti itu.

Beliau berkata, daripada 13 matlamat dan tujuan Bersatu, tiga daripadanya ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut serta mengamalkan agama masing-masing secara aman harmoni.

"Selain itu, matlamat Bersatu adalah bagi menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu di samping mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri Sabah serta Sarawak dan hak-hak sah untuk semua kaum,"katanya.

Tambah beliau, sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk berdebat.

"Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak-dalik lagi," katanya.


Olimpik: Peng Soon, Liu Ying mara ke final

Posted: 16 Aug 2016 01:43 AM PDT

Chan Peng Soon-Goh Liu Ying
Chan Peng Soon (belakang) dan Goh Liu Ying. -Foto Bernama
 

PASANGAN beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menjadi wakil pertama negara berjaya mara ke pentas akhir acara badminton pada aksi Sukan Olimpik Rio kali ini.

Kemenangan itu bukan sahaja memastikan pingat Perak dalam genggaman mereka, tetapi juga meletakkan pemburuan emas pertama Malaysia itu pada sukan Olimpik berada di landasan terbaik.

Gandingan negara yang menduduki ranking ke-11 dunia itu mengejutkan beregu keenam dunia dari China, Xu Chen-Ma Jin dengan straight set 21-12, 21-19 sebentar tadi pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pavilion 4, Riocentro.

Lebih manis, kemaraan Peng Soon-Liu Ying ke final itu paling bersejarah kerana sejak badminton dipertandingkan di Olimpik Barcelona 1992, beregu campuran negara tidak pernah mara ke pertandingan akhir dan menyumbang pingat.

"Persefahaman antara kami meningkat di atas gelanggang dan menghadapi pasangan China bukan tugas yang mudah.

"Namun kekuatan mental yang menentukan kemenangan ini dan kami akan buat terbaik di pentas final nanti," kata Peng Soon selepas perlawanan mereka.

Pada aksi akhir, Peng Soon-Liu Ying bakal menanti  pilihan utama Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China atau pasangan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyanas Natsir yang akan turun beraksi dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.


Pegang dua kerakyatan, Jokowi gugurkan menteri

Posted: 16 Aug 2016 01:27 AM PDT

SINAR HARIAN


Pegang dua kerakyatan, Jokowi gugurkan menteri



JAKARTA - INDONESIA. Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar yang baharu dilantik digugurkan dari kabinet semalam setelah timbul laporan berhubung beliau memegang dua kerakyatan pada hujung minggu lalu, lapor MediaCorp.

Archandra dikatakan memegang dua pasport, dari Indonesia dan Amerika Syarikat (AS).

Pengguguran itu dimaklumkan Menteri Sekretariat Negara, Prof Dr Pratikno pada sidang media, semalam.

"Sebagai menjawab soalan-soalan orang ramai berhubung kerakyatan Archandra Tahar dan setelah menimbangkan maklumat yang diterima dari pelbagai sumber, Presiden memutuskan dengan secara terhormat melepaskan jawatan Archadra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral," katanya.

Menteri Penyelaras Ehwal Maritim, Luhut Pandjaitan akan memangku jawatan berkenaan buat sementara waktu sehingga seorang menteri baru dilantik.

Media Indonesia, Antara sebelum ini melaporkan Archandra berkata beliau sudah melepaskan kerakyatan AS dan hanya memegang pasport Indonesia yang sah digunakan sehingga 2017.


Penggubahan wang haram: 'Datuk Seri' direman 7 hari

Posted: 16 Aug 2016 01:24 AM PDT

Penggubahan wang haram: 'Datuk Seri' direman 7 hari
Seorang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bergelar Datuk Seri direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, bagi membantu siasatan kesalahan menyalahgunakan kuasa, rasuah serta penggubahan wang haram. - Foto Bernama
 
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah reman seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman berakhir 21 Ogos ini.

Pengarah eksekutif pengurusan projek itu ditahan di pejabatnya jam 3.07 petang semalam.

Suspek berusia 54 tahun bergelar Datuk Seri itu ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Di bawah kesalahan seksyen Akta SPRM 2009, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 dan lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi.

Bagi Akta Penggubahan Wang haram pula, boleh penjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil haram atau RM 5 juta mana  yang lebih tinggi.

Suspek ditahan sesulan satu serbuan yang diadakan serentak semalam di tiga buah negeri termasuk di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

Serbuan dibuat susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pas dakwa BN gagal jadikan Malaysia sejahtera

Posted: 16 Aug 2016 01:22 AM PDT

Malaysia


SHAH ALAM – Pas Kedah mendakwa kerajaan pimpinan BN sejak lebih lima dekad lalu gagal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sejahtera untuk rakyatnya.

Sebaliknya, Pesuruhjayanya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, rakyat negara ini terpaksa menanggung pelbagai beban dan kepayahan selain negara ini yang digugat pelbagai ancaman terhadap keharmonian, keamanan, kestabilan serta kedaulatannya.

"Rakyat sudah penat, negara semakin sakit dengan kemelut dan hiruk pikuk politik retorik yang disulam oleh keparahan pelbagai skandal, salah urus tadbir, penyelewengan dan pengkhianatan dalam perjalanan pemerintahan.

"Maka, gagasan ini (Gagasasan Sejahtera) lahir tidak sekadar menyelamatkan pertiwi dan menunaikan tanggungjawab demokrasi tetapi menjadi solusi pemulihan yang akan mengangkat kembali dan meneguhkan negara di landasannya menurut acuan Perlembagaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, Pas mengumumkan kerjasama politik parti itu dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang sebelum ini membentuk blok politik ketiga kini dikenali sebagai Gagasan Sejahtera.

Dalam pada itu, Fakhruddin berkata, Gagasan Sejahtera yang dibentuk itu merupakan permulaan baharu untuk sebuah kehidupan lebih bahagia dan menjadi aspirasi murni rakyat Malaysia demi masa depan negara ini.

"Impian ke arah negara Malaysia yang sejahtera dan mencapai kemakmuran dalam segala aspek memerlukan dukungan bersama seluruh rakyat. Tunjangnya bermula oleh pemerintahan yang berakar dari dasar negara nan teguh serta menjulang prinsip.

"Dengan itu, Pas Kedah menyeru keterbukaan dan kesediaan seluruh rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya serta entiti masyarakat dan NGO-NGO untuk menjulang hasrat menjadikan Gagasan Sejahtera sebagai wadah kita bersama," katanya.


Gesa SPRM bukan hanya tangkap 'jerung’ sahaja

Posted: 16 Aug 2016 01:17 AM PDT

Che Hassan Che Johan
Presiden Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM), Lt Col (H) Che Hassan Che Johan.


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk terus komited bukan hanya menangkap 'jerung' tetapi dalam masa yang sama tidak melupakan bahawa setiap jerung ada keluarganya.

Demikian kenyataan tegas oleh Presiden Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM), Lt Col (H) Che Hassan Che Johan yang mengucapkan tahniah di atas kesungguhan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Dzulkifli Ahmad membanteras jenayah di kalangan penjawat awam.

"Jangan biar ketua keluarga jerung ini terlepas begitu sahaja. Yang berlalu biarkan ia berlalu... (sekarang) fokus ke depan," ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan VVIP, aset lebih RM13j dibekukan]

SPRM semalam menahan tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, suspek tersebut masing-masing berkhidmat di salah satu jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di tiga negeri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan) lebih kurang jam 12 dan 2 petang semalam. Ketiga-tiga mereka direman hari ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Che Hassan turut mengingatkan supaya prosedur siasatan SPRM dipercepatkan memandangkan wujud kes kendalian suruhanjaya itu yang mengambil masa bertahun untuk diselesaikan.

"Bagi saya wujudkanlah satu badan kehakiman khas untuk mengatasi campur tangan kuasa-kuasa yang mengganggu perjalanan proses pendakwaan untuk kepala-kepala jerung yang akan terlepas dari didakwa oleh SPRM," katanya.

Che Hassan turut menggesa SPRM di bawah seliaan Dzulkifli supaya lebih telus dan berintegriti dalam menjalankan tugas mencegah perbuatan kotor dan menjijikkan.


Tiada ulasan: