Rabu, 17 Ogos 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hj Hadi kantoi sebab ponteng sokmo....

Posted: 17 Aug 2016 03:10 AM PDT

  Mujur ada Asmuni Awi
  Pada 23 Februari 2014 yang lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah memerintahkan Tuan Guru Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember 2014.

 Mujurlah ada Asmuni Awi, yang telah membantu untuk mengetepikan tuntutan itu. Maka selamatlah Hj Hadi ketika itu... Pas pun tak perlu nak lancarkan kutipan derma jihad untuk Hj Hadi.

   Hj Hadi sudah tentu patut mengucapkan terima kasih kepada Asmuni dan anaknya si Fitri.... Kalau budi yang lama itu pun payah bagi Hj Hadi nak ucapkan terima kasih kepada mereka, pastinya sukar untuk mendapatkan bantuan guaman dari Asmuni & Co.

   Lagi pula Asmuni Awi dah dianggap musuh oleh Hj Hadi dan wala'unnya... Siapakah agaknya yang akan membantu Hj Hadi kali ini?

    Ya... kali ini, gara-gara kegemarannya suka ponteng,

  Satu penghakiman ingkar telah dibuat pada 12 Ogos 2016 keatas presiden Pas, Tuang Hj Hadi oleh mahkamah sesyen Kota Kinabalu kerana beliau gagal menghadirkan diri.

  Mahkamah itu telah memutuskan bahawa defendan , Hj Hadi perlu membayar ganti rugi kepada Marcel gangguan dengan hak Perlembagaan plaintif untuk kebebasan beragama di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dalam jumlah yang perlu ditaksir; Ganti rugi bagi kekufuran terhadap defendan dalam jumlah yang perlu ditaksir; faedah berkanun dan kos.

  Plaintif telah memohon untuk penghakiman dan mahkamah selepas meneliti permohonan itu, mengeluarkan perakuan tiada kehadiran oleh defendan walaupun surat panggilan oleh peguam plaintif telah disampaikan pada 19 Julai.

 Mengikuti perakuan itu, mahkamah membenarkan penghakiman yang memihak kepada plaintif.  ~ sumber

 Pada 25 Jan 2016, Marcel Jude Joseph 54, telah menamakan Hj Hadi sebagai defendan atas tuduhan membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

 Dalam pernyataan tuntutannya, Marcel berkata pada 18 Jan tahun ini akhbar dalam talian Free Malaysia Today atau FMT telah menerbitkan satu artikel yang berasal daripada defendan bertajuk "Christianity Rejected By The Educated says Hadi"

 Marcel mendakwa defendan membuat kenyataan fitnah kepada perenggan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam artikel tersebut.

  Pada 23 Februari 2014, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah mengarahkan Abdul Hadi membayar saman berjumlah RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh calon PKR Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin; ekoran dakwaan yang dibuat ahli parlimen Marang itu bahawa ada calon PKR menjual pil kuda menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Zahid Hamidi , percayalah hanya dia Melayu yang tidak makan babi...

Posted: 16 Aug 2016 11:44 PM PDT

  TAMPIN, 16 Ogos - Di samping mengekalkan hubungan yang sihat antara kaum di Malaysia yang berbeza adalah penting, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu perwakilan Umno hari ini bahawa terdapat beberapa garisan yang dia tidak akan seberangi seperti makan daging babi untuk meraih undi daripada pengundi Cina.

 Dalam ucapan perasmian beliau pada mesyuarat Umno Bahagian Tampin di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dia mahir dengan budaya Cina, terutamanya opera Cina kerana dia telah mengambil empat mata pelajaran minor Cina termasuk penulisan dan kesusasteraan Cina.

 "Saya percaya dalam silang budaya. Walaupun kita adalah orang Melayu, kita mesti menghormati orang India dan budaya Cina.

 "Saya hanya tidak makan daging babi untuk mendapatkan undi daripada orang Cina ... yang saya tidak akan lakukan," kata Ahmad Zahid.

 Menteri Dalam Negeri itu berkata walaupun dia sentiasa mempertahankan masyarakat Melayu, beliau juga tidak menafikan peluang yang adil kepada kaum lain.

 "Ya, saya mempertahankan orang Melayu, tetapi saya tidak pernah menafikan peluang kaum lain.

 "Sejak ditubuhkan Umno ... kita tidak pernah menghalang lain kaum. Mengapa? Kerana Umno dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan rasional, " kata Ahmad Zahid kepada sorakan dari orang ramai. ~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Zahid Hamidi ni adalah seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia ... tapi takkanlah mentalitinya sama taraf dengan seorang Adun Pas yang memakai pakaian dewa cina untuk meraih sokongan orang Cina....??

  Zahid Hamidi mengaku  bahawa dia mahir dengan budaya Cina, terutamanya opera Cina kerana dia telah mengambil empat mata pelajaran minor Cina termasuk penulisan dan kesusasteraan Cina....

  Kah! Kah! Kah! Zahid ni memang komidi sangat!

 Dia perlu sedar, calon MCA yang memang budayanya Cina, bertutur dalam bahasa Cina atau menulis kaligrafi Cina dan makan daging babi, tetapi mereka tidak menikmati sokongan pengundi Cina yang ramai kerana calon MCA bersubahat dan mempertahankan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh Umno/BN.

  Jangan ingat kerana mahukan sokongan pengundi Cina, maka seseorang itu perlu makan babi sebab orang Cina makan babi?

  Kenyataan Zahid Hamidi ini adalah satu penghinaan terhadap kaum Cina; seolah-olah orang Cina tidak menyokong orang Melayu kerana orang Melayu tidak makan daging babi.

  Bahawa orang Cina akan menyokong atau memberikan undi mereka kepada orang Melayu, hanya sekiranya orang Melayu itu sanggup makan babi?

  Apakah Zahid beranggapan bahawa kaum Cina tidak tahu menghormati ISLAM dan umat Islam di negara ini?  Orang Cina tahu orang Islam tidak makan daging babi, maka mereka tidak akan suruh kamu makan babi baru mereka akan memberi undi kepada kamu dan Umno.

  Apakah orang-orang Cina yang telah memberikan undi mereka kepada orang Melayu sebelum ini kerana orang Melayu makan babi?

  Jika anda seorang pemimpin yang adil, anda tidak perlu makan daging babi untuk mendapatkan undi orang Cina.

  Wahai Zahid Hamidi, sedarlah kamu bahawa mereka tidak memerlukan kamu untuk makan daging babi atau bertutur dalam bahasa Cina atau menulis kaligrafi Cina atau memakai pakaian dewa Cina macam orang Pas tu...

 Jika kamu seorang pemimpin yang bersifat perkauman dan rasuah, walaupun kamu makan daging babi, orang Cina tidak akan mengundi kamu.

 Jangan kamu beranggapan bahawa memakan babi itu adalah perkara yang paling keji dan mungkar dalam Islam  dan dengan tidak memakan daging babi, maka kamu adalah manusia bersih daripada sekalian dosa-dosa dari semua perkara-perkara yang mungkar....
 
  Orang Cina juga tahu, Islam melarang orang Islam makan rasuah... Dan mereka mahukan kamu tidak menjadi keldai bisu dalam mempertahankan PM dan skendal 1MDB.

  Apakah Zahid Hamidi akan berhenti makan daging lembu kerana mahukan sokongan pengundi India yang sangat menghormati lembu?

Tiada ulasan: