Ahad, 10 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ada Yang Meroyan Minta Salahuddin Kembali Kepada PAS....

Posted: 10 Jul 2016 01:30 AM PDT

Salahuddin kembali ke Pas?

Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya.

Di samping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu di rumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik.


Tidak ketinggalan juga rakan-rakan lama daripada Pas yang berjumpa dengan saya. Ada di kalangan mereka yang masih memegang jawatan dalam Pas. Mereka datang bertanya khabar dan ada yang terus terang meluahkan perasaan kecewa kerana perjuangan Pas bukan lagi seperti dulu apatah lagi tanjak dan keris hadir dalam muktamar Pas yang lalu. Lain benar rasanya kata mereka.

Saya bersyukur dan gembira selepas hampir setahun ditubuhkan Amanah semakin mantap bertapak di persada politik tanahair. Jika diukur dari pencapaian dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar Amanah mampu setanding dengan parti-parti lain yang telah berumur puluhan tahun.

Lebih menyakinkan saya tidak ada seorang pun ahli dan pimpinan Amanah yang keluar parti. Walaupun diserang dari terbit mentari hingga terbit fajar sidiq Amanah mampu bergerak pantas memahat arca siasah negara.

Mutakhir ini ada berita yang mengatakan saya sedang berfikir serius untuk kembali ke parti lama saya. Ramai rakan-rakan yang bertanya dan risau dengan berita ini. Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun.

Saya sebagai Timbalan Presiden Amanah semakin sibuk membantu Presiden dan parti Amanah memperkukuh hubungan luar dengan semua segmen dalam masyarakat , NGOs dan tokoh-tokoh penting negara . Memperkukuh Pakatan Harapan bersama dengan Gerakan Deklarasi Rakyat akan terus menggempur kezaliman dan ketidakadilan BN demi menyelamatkan negara tercinta ini.

Saya dan rakan-rakan pimpinan yang lain akan buktikan bahawa Amanah adalah parti masa depan generasi muda dan merealisasikan cita-cita Islam adalah Rahmatallillalamin. Biarlah parti lain yang semakin seronok dengan ciri-ciri dan budaya ISIS.


Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara

ULASAN GB

GB sudah terbaca blog pascai yang meroyan bertanyakan samada benarkah Salahuddin Ayub dalam proses kembali kepada PAS?

Sebenarnya takda sorang pun kata begitu, kecuali blogger berkenaan yang sengaja buat-buat bertanya mungkin dengan bertujuan "untuk memikat semula" Hj salahuddin agar menyertai PAS semula.

"Depa ni dah gila talak," itu mesej ringkas Timbalan Presiden AMANAH tersebut kepada GB.

PAS kini sudah ketandusan pemimpin berkalibar dan professional. Yang ada pun professional cetak rompak (istilah yang berikan oleh muktamirin PAS yang lalu). Pun beliau kalah di dalam PRK yang lepas walaupun sebelum ini beliau tampak cukup hebat.

Malah ramai kalangan ahli-ahli PAS peringkat kawasan dan cawangan tak kenal lansung AJK Pusat mereka sendiri selain dari beberapa nama seperti TITM, Iskandar, Idris Ahmad dan Nasruddin Tantawi.

Maka tidak hairanlah mana-mana program dan aktiviti PAS seperti ceramah-ceramahnya yang dahulu berpusu-pusu rakyat datang mendengar kini sudah layu dan kekeringan yang mana jika tanpa Presiden nya sendiri alamatnya lebih kerusi dari pendengar. Malah jika Timbalan dan Naib-naib Presiden PAS sendiri datang berceramah, kehadirannya sudah tidak dapat digembar-gemburkan seperti dulu lagi.

Itulah kebenaran pahit yang perlu diakui oleh PAS kini. PAS sedang karam dan bakal tenggelam...

Benarlah kata Timbalan Presiden AMANAH di atas menyatakan "Saya anggap berita ini ibarat letupan mercun oleh budak-budak kecil dimalam hari raya. Letupan mercun tidak menakutkan cuma kadang-kadang seronok melihat budak-budak walaupun dilarang tetapi curi- curi bermain mercun."



UMNO Kepada PAS: "I Love U" Kerana Wujudkan 3 penjuru

Posted: 09 Jul 2016 08:10 PM PDT

GB agak sibuk kebelakangan ini. Jadi kekurangan masa untuk kemaskinikan blog ini seperti dulu.

Begitulah untuk entri kali ini cuma ada satu cedokan dari status FB Harapan Pb. Pendek tetapi agak menarik.

Ia berkisar mengenai kedudukan PAS di dalam arena politik negara yang kini berada di dalam apa yang dinamakan blok ketiga. PAS bersama IKATAN (bekas UMNO). UMNO gembira teramat sangat apabila berjaya memusnahkan Pakatan Rakyat dengan bantuan PAS. Dan langkah UMNO itu berhasil di dua PRK yang lalu dengan kewujudan pertandingan 3 penjuru yang menyebabkan UMNO menang dengan majoriti yang besar.


Jom kita ikuti:

3 Penjuru I Love U

Dialoq seorang kawan dengan orang Pas

Orang Pas kata "Umno tidak di hati Pas"
Kawan jawab, "Betul , Umno tidak di hati Pas tapi Pas kini di hati Umno"
Orang Pas kata, "Pas tak akan bergabung dengan Umno"
Kawan jawab, "Betul, tidak bergabung tapi cukup la Pas disayangi Umno"
Orang Pas tanya, "Kenapa Umno nak sayang Pas"
Kawan jawab, "Kerana Pas sanggup bertanding 3 penjuru, 3 penjuru I love u"
Orang Pas tanya, "Apa bukti Umno sayang Pas?"
Kawan jawab, "Bila TV3, Utusan Meloya dah tak hentam Pas"
Orang Pas berlalu pergi, tak mahu bercakap lagi


ULASAN GB

Teringat sangat pesanan Ustaz Fadzil Noor:



Tiada ulasan: