Jumaat, 1 Julai 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


SPRM: Peguam Negara Yang Arahkan LGE Ditangkap & Didakwa

Posted: 01 Jul 2016 01:25 AM PDT

NOW dakwa Pesuruhjaya SPRM dan Timbalannya dipecat, bukan letak jawatan

Berlawanan daripada pengumuman rasmi kerajaan, National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull 'dipecat' dan bukannya meletakkan jawatan secara sukarela.

Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli dan Akmal Nasir dalam satu kenyataan media mengakui telah dihubungi dan berjumpa dengan seorang pegawai kanan SPRM kira-kira 5 bulan lalu yang memaklumkan dua pegawai tertinggi SPRM itu telah dipaksa meletak jawatan.

"Kami juga dimaklumkan bahawa Pesuruhjaya dan Timbalan Persuruhjaya tidak berniat atau membuat permohonan perletakan jawatan ketika itu," ujar mereka.

NOW menyifatkan tindakan 'memecat' Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya SPRM merupakan campur tangan politik yang begitu luar biasa, menghina kebebasan SPRM dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

Malah Abu Kassim yang diumumkan meletak jawatan sebagai Pesuruhajaya SPRM akan kekal berkhidmat sebagai pegawai khidmat biasa sehingga tahun 2020.

Menurut NOW, jika Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak yakin tidak bersalah dalam skandal 1MDB mahupun SRC International, beliau seharusnya tidak perlu gusar atau takut dengan SPRM untuk menjalankan tanggung jawab mereka.

Sehubungan itu, NOW menyeru semua pihak termasuk Ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin masyarakat sivil dan rakyat biasa untuk mempertahankan integriti dan kebebasan SPRM.

Bernama hari ini melaporkan kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa Abu Kassim tidak akan meneruskan perkhidmatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos ini seperti dipohonnya.

Ali berkata selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Abu Kassim, 55, untuk menamatkan perkhidmatannya itu dengan memberi sebulan notis.

Ali menambah, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Dis 2020.

Abu Kassim dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 1 Jan 2010. -MD (23/6/16)


Banglo Guan Eng: Peguam Negara serah kembali kertas siasatan kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini mengembalikan kertas siasatan berkaitan kes yang melibatkan penjualan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tindakan itu diambil setelah jabatan tersebut meneliti dan mengkaji kertas siasatan itu yang diterima pada 26 Mei lalu.

"Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas siasatan tersebut, jabatan ini telah mendapati bahawa terdapat beberapa tindakan yang perlu disiasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes ini.

"Oleh itu, jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan lanjut bagi melengkapkan siasatan," kata Mohamed Apandi.

Beliau juga berkata, Jabatan Peguam Negara juga telah mengarahkan agar kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat.

Pembelian banglo itu oleh Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, menimbulkan kontroversi susulan pendedahan dibuat Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat.

Banglo yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn, Pulau Pinang itu didakwa dibeli pada harga lebih rendah dari pasaran iaitu RM2.8 juta.

Pembelian itu juga didakwa berkaitan dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis yang pada asalnya dikhususkan untuk projek perumahan rakyat miskin di negeri itu.
Astro Awani (6/6/16)


ULASAN GB

Pendakwaan ke atas Lim Guan Eng bermula dengan desakan bertubi-tubi kumpulan UMNO terhadap SPRM. SPRM menjalankan siasatan sama seperti siasatan-siasatan yang lain.

Setelah kertas siasatan siap, ianya diserahkan kepada AG pada 25/5/2016 kerana SPRM tiada kuasa pendakwaan, jika ada sebab untuk mendakwa LGE. Kuasa tersebut hanya ada pada AG.

Rakyat dimaklumkan SPRM telah mengembalikan kertas siasatan kepada SPRM pada 6/6/16, kononnya kertas siasatan itu tidak lengkap.

Tiba-tiba pada 22/6/16 Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull meletakkan jawatan mereka.

Dan 29/6/16, Lim Guan Eng ditahan dan didakwa di mahkamah.

SPRM menyatakan bahawa pihaknya telah melaksanakan tangkapan ke atas LGE dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara.


Rumusan yang kita boleh lakuan ialah kertas siasatan awal SPRM mendapati tiada kes terhadap LGE, tetapi tidak disukai oleh AG, Apandi Ali yang menyuruh SPRM melakukan siasatan lanjut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM seperti kita tahu sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa beliau akan tetap pertahankan anggota-anggotanya dan ketegasan itu menyebabkan beliau diminta untuk meletakkan jawatan (hasil kenyataan NOW diatas).

Justeru itu sebenarnya pihak yang begitu ingin menahan dan mendakwa LGE bukan SPRM tetapi AG sendiri. Dan sepertimana yang kita tahu AG ini adalah orang yang sama yang telah melepaskan Najib di dalam skandal RM2.6 bilion walaupun SPRM telah membuat semakan semula dan mendapati keberangkalian yang tinggi tentang perlakuan rasuah oleh Najib.

Rafizi, pemimpin pembangkang dan para peguam PH sepatutnya sudah bertindak jauh ke hadapan terhadap apa yang perlu dilakukan untuk mempastikan AG melaksanakan tugasnya untuk negara dan bukan untuk Najib dan UMNO.

Kurangkan berpolitik tetapi tumpukan strategi untuk SELAMATKAN NEGARA.

Tiada ulasan: