Sabtu, 9 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Air Kangen berdepan tindakan undang-undang jika tak patuhi peraturan

Posted: 09 Jul 2016 06:21 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan kerana didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.
 
Beliau berkata Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan.
 
"Kementerian mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah viral di media sosial," katanya dalam satu kenyataan.
 
Katanya kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.
 
Di samping itu, katanya, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan.
 
"Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.
 
Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
 
Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
 
 

PAS akan kekal dalam kerajaan negeri Selangor lepas PRU14

Posted: 09 Jul 2016 06:14 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
MUAR: PAS akan kekal dalam pentadbiran Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, jika Pakatan Harapan dan parti berkenaan sekali lagi diberi mandat memimpin kerajaan negeri itu, demikian keyakinan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed.
 
Menurut Mahfodz PKR sama sekali tidak akan mengenepikan PAS walaupun parti itu kini mempunyai Amanah dalam pakatan barunya itu.
 
Malah ujarnya, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini mengakui betapa PAS punya aura dan pengaruh yang kuat di Selangor.
 
"(Datuk Seri) Azmin (Ali) mesti lebih tahu mana parti yang kuat, mestilah dia nak ambil yang kuat. Walaupun nak tukar dan ada kompromi, contoh nak jadi ahli majlis, dulu tak ada langsung. Sekarang ni bila orang PAS melompat kepada PAN maka ada suara dua tiga orang maka dapatlah PAN menjadi ahli majlis.  
    
"PKR kena fikirlah kalau nak singkirkan PAS, kerana di Selangor ni PAS mula-mula menang cuma 5 kerusi selepas itu dalam PRU lepas dapat sampai 15. Peningkatan dalam kalangan pengundi yang dapat bezakan antara Umno, PAS dan PKR," katanya kepada Antarapos.
 
PAS sebelum ini pada pilihan raya umum lalu berjaya memenangi sebanyak 15 kerusi, namun dua daripadanya keluar meninggalkan parti dan menyertai Amanah.
 
Tetapi tindakan itu tidak menggugat PAS untuk mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan negeri.
 
Ramai menjangkakan kedudukan PAS dalam Selangor akan berakhir pada PRU14 untuk memberi laluan kepada pemimpin PAN yang kini menggantikan parti itu dalam Pakatan Harapan (PH) selepas Pakatan Rakyat (PR) terkubur tahun lalu.
 
Tetapi Mahfodz juga tidak mahu merasa selesa dengan keyakinan itu, dan bersedia dengan sebarang kemungkinan namun menegaskan sekiranya ada pihak yang mahu bekerjasama dengan mereka, PAS mahu menjadi penentu kuasa.
 
Beliau turut mengakui parti itu tidak boleh membentuk kerajaan sekiranya bersendirian.   
 
"Logiknya begitulah tetapi dari segi politik ini benda tu tak mustahil berlaku. Kalau PAS dapat wakil rakyat ramai tapi kita tak boleh bentuk kerajaan, maka kita akan jadi parti yang menentukan. 
 
"Tak kira siapa parti politik yang kurang untuk membentuk (kerajaan) mereka mesti berjumpa dengan kita. Masa tulah kita boleh tawar menawar, boleh gunakan kuasa politik kita. Kalau nak (bersama) kita ini dia syarat-syarat dia.         
 
"Memanglah kalau sendirian tak boleh tapi dengan adanya kekuatan kita boleh meraih undi yang banyak maka masa itulah kita ada 'bargaining power'," jelas beliau.  


SKMM buru dalang amaran palsu lokasi sasaran IS

Posted: 09 Jul 2016 06:14 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memburu dalang amaran palsu kawasan sasaran pengganas IS.
Portal Malay Mail Online melaporkan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata pihak berkuasa bimbang amaran palsu itu – yang tersebar melalui media sosial – menyebabkan orang ramai berasa tertekan.
Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata SKMM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenalpasti dalangnya.
Pesanan palsu itu menyenaraikan Publika, Bangsar, The Curve, Mid Valley, "Kuala Lumpur Centre", Menara KL, Hartamas, Bukit Bintang dan stesen-stesen LRT sebagai sasaran serangan pengganas.
Ia mendakwa kerajaan mengesahkan salah satu kawasan itu sasaran pengganas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menepisnya sebagai palsu.
Kebetulan beberapa kawasan dalam senarai itu sama dengan kawasan tumpuan yang disebut Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor Januari lalu sebagai sasaran pengganas, susulan siri serangan di Jakarta.

Najib rahsiakan laporan audit 1MDB bagi kekal berkuasa?

Posted: 09 Jul 2016 06:01 AM PDT

MALAYSIAKINI


Adakah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB masih dirahsiakan kerana ia akan membawa kejatuhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, soal pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang.

"Persoalan Najib dan semua menteri kabinet perlu menjawab sama ada pengumuman terbuka laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB akan menyaksikan Najib tidak lagi mampu kekal sebagai perdana menteri dan presiden Umno?

"Adakah ini sebabnya, mengapa Najib sedang bertungkus lumus merahsia dan menyekat bermati-matian laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim juga menyoal sama ada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah dikemukakan kepada jemaah menteri atau anggota kabinet.

"Jika demikian, apakah pendirian kabinet mengenainya?"

Siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah diklasifikasikan sebagai sulit mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kandungan laporan itu bagaimanapun, didakwa dibocorkan oleh laman pendedah maklumat Sarawak Report.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report adalah sahih, dan juga tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang.

MB enggan ulas khutbah Aidilfitri JAIS sokong hudud

Posted: 09 Jul 2016 05:59 AM PDT

Zulaikha Zulkifli


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali hari ini enggan mengulas mengenai khutbah Aidilfitri yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung rang undang-undang persendirian oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta ulasannya berhubung khutbah Aidilfitri Rabu lalu yang dilihat 'menyokong' rang undang-undang presiden PAS itu, Azmin sekadar berkata:

"(Khatib) tak sebut pun nama presiden PAS (Abdul Hadi)," katanya ringkas kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri Selangor di ibu negara hari ini.

Rabu lalu, JAIS mengeluarkan khutbah Aidilfitri yang melahirkan rasa syukur berhubung kemenangan umat Islam dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Abdul Hadi.

Malah, khutbah itu turut menyatakan syukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai 'sesat'.

Khubah tersebut dibacakan di masjid-masjid seluruh Selangor pada pagi hari raya pertama.

Ia juga menggesa umat Islam untuk mengambil kesempatan pada musim perayaan ini untuk saling bermaafan, meningkat hubungan silatulrahim dan saling menziarahi sesama mereka.

Isu pelaksanaan hukum hudud dikatakan antara faktor yang membawa kepada 'kematian' Pakatan Rakyat tahun lalu apabila DAP dengan lantang menentang PAS yang mahu menjuarainya.

Meskipun terkubur, namun kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak dibubarkan tetapi Azmin selaku menteri besar cukup berhati-hati kerana kerajaan negeri pimpinannya akan tumbang jika tidak mendapat sokongan ADUN PAS mahupun DAP.

Sementara itu, Rumah Terbuka Aidilfitri kerajaan negeri tersebut turut dihadiri oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Malah kelihatan bersama adalah adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.

Beberapa pimpinan PKR juha hadir, antaranya, presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib presidennya Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

ASWAJA buat laporan polis ke atas Dr. Asri

Posted: 09 Jul 2016 05:53 AM PDT

 
 
Dr. Asri menjawab laporan berita dari portal Malaysiakini
Dr. Asri menjawab laporan berita dari portal Malaysiakini


Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) kesal dengan sikap Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin yang berterusan mengaitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dengan kumpulan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF).

Dalam kenyataan hari ini, jurucakap ASWAJA memberitahu, pihaknya akan membuat laporan polis terhadap Dr. Asri, selain bertindak mengheretnya ke mahkamah di atas tuduhan yang dianggap biadab itu.

"Ini satu kenyataan jelek yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang mufti apabila menyamakan ASWAJA dengan NGO bukan Islam berkenaan dalam isu penceramah bebas Dr. Zakir Naik.

"Malah ASWAJA sudah berkali-kali menjelaskan yang kita tidak pernah terbabit dalam isu pendakwah bebas itu sebagaimana tuduhan Dr. Asri.

"Amat malang bagi kita sebagai umat Islam yang baharu saja melalui bulan Ramadan, seorang mufti sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah tanpa rasa malu atau bersalah," katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Semalam menerusi laman sosial Facebooknya, Dr. Asri dikatakan mengkritik sebuah portal politik yang mengaitkan pengeboman di Dhaka, Bangladesh dilakukan oleh individu yang pernah mengikuti ceramah Dr. Zakir Naik.

Dalam tulisannya itu, beliau turut mengaitkan ASWAJA sebagai sebuah pertubuhan yang sama dengan HINDRAF kerana menolak kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia baru-baru ini.

Sementara itu, menurut jurucakap berkenaan, ASWAJA tidak boleh berdiam diri lagi dengan perangai Mufti Perlis itu yang berterusan memfitnahnya.

"Apakah Dr. Asri berfahaman wahabi kerana tidak tahu menjaga akhlaknya dalam melontarkan fitnah, malah tidak malu dengan kedudukannya sebagai seorang mufti?

"Bertaubatlah, seorang mufti sepatutnya menyatukan umat Islam, bukan memecahbelahkan umat Islam," katanya. -- MalaysiaGazette


Pahit getir hidup Datuk Vida

Posted: 09 Jul 2016 04:05 AM PDT

 
 
Hasmiza Othman. foto  ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR. 1 Feb. 2015
Hasmiza Othman. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR. 1 Feb. 2015
 
 
Jangkaan mengenai personaliti wanita ini yang kurang peramah agak tersasar jauh. Ditambah pula dalam gemerlapan populariti yang dilimpahinya bukan sedikit, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman melangkaui apa yang disangkakan pada awal pertemuan.
 
Sebelum ini, nama wanita berusia 43 tahun ini asyik disebut-sebut. Gara-gara melabur RM3 juta untuk menaja Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), impaknya produk beliau, Qu Puteh menjadi fenomena yang luar biasa.
 
Namun, Hasmiza yang popular dengan gelaran Datuk Vida itu tidak dapat lari daripada menjadi kutukan segelintir masyarakat apabila dia dituduh gila glamor apabila mengiklan diri dan produknya secara berlebihan ketika siaran langsung AJL29.
 
Apatah lagi dengan tanggapan suka menunjukkan kemewahan barang kemas dan baju mahal, Ketua Pegawai Eksekutif, Vida Beauty Sdn. Bhd. ibarat tidak bernyawa apabila diserang dari kanan dan kiri.
 
"Memang susah buat saya kerana gaya hidup saya sangat bertentangan dengan anggapan orang ramai dan apa yang mereka lihat di kaca televisyen.
 
"Saya sebenarnya seorang yang sederhana di rumah dan di pejabat. Saya bukan suka sangat nak pakai baju manik merlip dan muncul dengan penampilan sebegitu.
 
"Semuanya saya lakukan kerana identiti untuk produk saya promosi. Saya kena ada kelainan penampilan, baru orang ingat jenama produk saya," katanya tersenyum manis. 
 

 
Kata ibu kepada empat anak ini, dia sebenarnya tidak kisah untuk membeli apa jua barang walaupun tidak berjenama asalkan nampak cantik dan sedap mata memandang.
 
"Saya juga jenis tidak kisah makan di mana-mana. Gerai bawah pokok saya pergi hari-hari kalau sudah sedap. Pernah saya ketagih sangat dengan nasi vanggey.
 
"Buat apa nak malu. Saya pun tidak obses dengan kereta sport mewah. Cukup sebuah kereta yang selesa untuk saya berjalan jauh dan dapat berehat dan tidur sekejap," katanya bersungguh-sungguh dalam nada yang penuh teruja ketika ditemui ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak baru-baru ini.
 
Menyambung perbualan yang semakin rancak, Hasmiza memberitahu kesukaran hidupnya melalui pelbagai pahit getir untuk berada pada tahap hari ini mengajarnya untuk tidak meninggi diri.
 
Wanita kelahiran Machang, Kelantan ini jujur mengakui dia lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia sembilan tahun kerana kematian bapa.
 
"Saya dan ibu hilang punca rezeki ketika itu secara tiba-tiba. Jadi bermula dari situ, saya mengenal apa itu bisnes. Asal yang boleh dapat wang saku, saya buat.
 
"Saya pernah jual nasi lemak orang, untung dapat 30 sen. Saya bersyukur sangat duit itu saya lama-lama kumpul dapat beli motosikal.
 
"Ini kerana saya selalu fikir saya bila hendak sekolah naik bas ketika di sekolah menengah waktu itu," katanya yang bersemangat bercerita tentang kisah zaman persekolahannya.
 
Jelasnya, lebih menyedihkan apabila ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos perbelanjaannya di Universiti Sains Malaysia.
 
Kata anak tunggal dalam keluarga itu, harga tanah itu dijual pada harga RM13,000 dan hari ini harga tanah itu melambung kepada RM150,000.
 
"Tapi baru tahun pertama saya sudah habis RM5,000. Bayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Jadi saya mula berfikir kena cari duit saku.
 
"Saya mula jual macam-macam kepada pensyarah dan kakitangan universiti. Saya bawa kain telekung, batik dan macam-macam barang lagi dari Kelantan.
 
"Pernah waktu cuti semester, saya pergi kerja kilang selain kerja sambilan di restoran segera, Kentucky Fried Chicken," katanya yang tidak malu untuk mencari duit bagi menampung kos pelajarannya.
 
Sebagai pemegang Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah), Hasmiza turut tampil berkongsi pengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.
 
"Orang cakap kalau jadi cikgu tidak boleh meniaga, saya gelisah waktu itu. Saya memang boleh demam kalau tidak berniaga. Jadi tahun pertama jadi guru, saya sambung buat Sarjana dahulu sebelum meneruskan pengajian Doktor Falsafah secara jarak jauh," katanya rancak bercerita.
 
Seterusnya, akibat jiwanya memberontak mencuba karier yang lebih mencabar, Hasmiza memilih perniagaan salon sebagai destinasi kerjaya pilihan.
 
Dari situlah dia mula membuat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi keperluan pelanggan di salon bagi rawatan wajah.
 
Apatah lagi, ketika itu kira-kira 15 tahun yang lalu, gelombang produk kecantikan dari luar mendapat permintaan tinggi menyebabkan dia berani menghasilkan produk kecantikan sendiri secara kecilan.
 
Seterusnya, rezeki berpihak kepada dirinya apabila mula mengorak langkah panjang dalam kariernya dengan menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).
 
Mendapat wang tertunggak sebanyak RM500,000, dia memberani diri membeli iklan untuk mempromosi produknya itu.
 
Namun akhirnya akibat salah mengiklan, dia mengalami kerugian besar apabila produk langsung tidak mendapat sambutan.
 
"Rasanya sudah berjuta saya rugi akibat menaja dan buat iklan yang tidak menjadi. Sebab itu bila saya nak taja AJL29 dan Gegar Vaganza, saya sudah tekad, stesen tv kena ikut cara saya.
 
"Saya yang bagi idea semua sebab saya sudah belajar dari kesilapan lalu. Biasanya saya berdoa tidak kira waktu dan tempat sebanyak 20 kali sehari. Tapi waktu taja AJL29, saya berdoa lebih 50 kali. Saya reda dan tawakal.
 
"Dan Alhamdulillah, iklan saya menjadi dan jadi sebutan ramai. Permintaan dan jualan melonjak hari-hari sampai saya kehabisan stok dan terpaksa mengagihkan produk kepada stokis secara kuota," katanya serius.
 
Vida Beauty kini memiliki lebih 400 stokis di seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura dengan menggajikan kakitangan seramai 130 orang.
 
Tujuh tahun lalu, bisnes Hasmiza melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenakan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.
 
Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.
 
Apabila ditanya hasil di sebalik semua kejayaan itu, wajah wanita yang nampak tegas namun peramah itu tiba-tiba menjadi sangat ceria.
 
Katanya, dia gembira dan bersyukur kerana dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
 
"Sebanyak 98 peratus testimoni Pamoga kembali pulih seperti biasa dan yang buat saya gembira, apabila mereka dapat kembali bersolat dengan sempurna dan ada yang tidak perlu dijaga lagi oleh anak-anak setelah sakit sekian lama.
 
"Selain itu, saya juga mahu kejayaan di dunia dan akhirat. Berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang berkemampuan, itu yang lebih memberi kepuasan," katanya yang malu-malu bercerita tentang sekolah pondok miliknya selain kesanggupannya menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz.
 
Emosi sedih Hamza semakin larut apabila diminta berkongsi kenangan pahit sepanjang 15 tahun bergelar usahawan berjaya.
 
Wanita ini berkata, kehidupannya bagaikan musnah apabila hilang dua anak yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada 5 Ogos 2013.
 
Lebih menyayat hati, dua anaknya Eddie Zuhdi, 11, dan Edrie Zikri, 10, pergi mengadap Ilahi pada 25 Ramadan, lima hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal.
 
Dua lagi anaknya, Edlin Zamilin dan Eric Zaquan yang kini berusia 10 dan lapan tahun menjadi penyeri hidupnya untuk mengusung sisa duka yang belum hilang ke hari ini.
 
Bercerita mengenai arwah dua puteranya itu, naluri keibuan wanita ini cukup terserlah.
 
"Dua arwah anak saya itu hendak sangat berjumpa malam lailatulqatur dan selalu doa nak masuk syurga tertinggi. Saya menangis 40 hari dan bertahlil di ruang tempat mereka tidur.
 
"Namun saya sudah ada isyarat sebelum kejadian itu kerana suka bermurung. Bila saya terima berita, saya cuma terdiam dan reda. Ada orang cakap ini saham untuk saya di akhirat nanti," katanya sayu.
 
 Di akhir wawancara ini, nada suara Hasmiza kembali serius apabila dia berkongsi pengalaman bergelar ibu tunggal.
 
Berkahwin kali ketiga pada Oktober tahun lalu, jelas ada gerimis yang bertandang di wajah wanita ini biarpun bibir sentiasa menguntum senyuman.
 
Kurang selesa bercerita hal peribadi, barangkali ramai yang tidak tahu Hasmiza bergelar ibu tunggal selama lapan tahun sebelum berkahwin kali kedua Januari tahun lalu.
 
Derita yang dia tidak tahu kepada siapa boleh diluahkan apabila diceraikan selepas tiga bulan mengecapi alam perkahwinan.
 
Barangkali air mata wanita ini sudah kering untuk ditangisi. Dia sudah puas menanggung derita sebelum berada di puncak pada hari.
 
Justeru, kata nista yang dilempar gara-gara menaja AJL29 langsung tidak meninggalkan kudis buat dirinya.
 
"Saya cuma berharap dapat memberi sumbangan yang cukup kepada mereka yang kurang bernasib baik.
 
"Kehilangan dua anak membuatkan saya hendak kaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Itulah yang saya perjuangkan hari ini dalam perniagaan," luahnya yang melengkapkan pandangan sebagai seorang wanita yang istimewa di mata saya. - MalaysiaGazette
 
 

Perompak ambil masa dua minit larikan RM500,000

Posted: 09 Jul 2016 03:52 AM PDT

Oleh Bernama
 
 


Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit untuk melarikan wang tunai RM500,000 dari sebuah kedai pengurup wang di Jalan Besar, Sungai Bakap di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) DSP Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, empat lelaki yang memakai topeng dan menutup muka menggunakan kain serta bersarung tangan telah menyerbu masuk kedai berkenaan.

"Mereka menaiki kereta jenis Proton Waja kelabu dan berhenti di hadapan kedai sebelum meluru masuk dan mengacukan parang ke arah tiga pekerja wanita di dalam premis perniagaan berkenaan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, seorang daripada empat lelaki itu turut mengarahkan mereka yang berada di dalam kedai supaya diam dan tidak melawan jika tidak mahu dicederakan.

‘Tak dapat derma, dedak pun ok’ - NGO buat laporan polis

Posted: 09 Jul 2016 03:47 AM PDT

MALAYSIAKINI


Dua wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia (Keris) Azman Hassan berkata status Facebook milik Nga telah memuatkan satu gambar karikatur mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika Hari Raya sebagai rasuah.

Azman berkata, pemberian duit raya adalah satu amalan yang mulia kerana memberikan sedekah dan perkara itu telah dipolitikkan oleh Nga.

"Perbuatan Nga ini jelas menghina dan merendah-rendahkan amalan mulia ketika umat Islam menyambut Aidilfitri," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis diKepala Batasi hari ini.

Katanya, beliau berharap polis akan menyiasat kes ini termasuk pelukis karikatur, pemilik akuan facebook dan pentadbir akaun terbabit yang didakwanya cuba menghasut.

Azman berkata Nga sebagai seorang wakil rakyat sepatutnya lebih sensitif dan tidak mengaitkan sambutan Aidilfitri ini dengan sebarang unsur-unsur politik.

"Kami meminta Nga untuk mengeluarkan status tersebut dan memohon maaf secara terbuka dalam akaun facebook miliknya," katanya.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Saiful Anuar turut hadir bersama Azman untuk membuat laporan polis dengan jumlah empat laporan dibuat oleh wakil kedua-dua NGO tersebut.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga KorMing, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah Umno, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya... kami mintak derma..." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".- Bernama

Kenapa tak tanya saya depan-depan - Shafie Apdal

Posted: 09 Jul 2016 03:45 AM PDT

Anne Muhammad


Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikaikan tindakan kepimpinan parti itu yang menggantung keanggotaannya tanpa bertanya secara berhadapan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).

Sebaliknya, kata beliau, Umno bertindak ke atasnya tanpa menyiasat terlebih dahulu ketika beliau sedang mengerjakan umrah.

"Siasatlah dulu, apa pasal takut sangat nak siasat saya berdepan, tanya saya apa salah saya dalam bulan yang baik kita beramal dan saya pergi umrah, tidak langsung semasa saya hadir Majlis Tertinggi tak ada tanya saya.

"Bila saya berumrah gantung saya. Tapi tak apalah mungkin ini di antara petunjuk Allah bila saya berumrah dan berdoa di Masjid Nabawi.

"Ya Allah saya umat yang maha lemah dan tak sempurna, tunjukkanlah jalan-jalan yang baik untuk saya membantu agama dan negara itu sahaja," katanya kepada pemberita di Balai Ketibaan Domestik KLIA hari ini.

Isnin lalu, Shafie mengumumkan keluar Umno selepas beliau digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lalu.

Shafie juga ditanya sama ada tindakannya meninggalkan parti itu akan memberi sebarang kesan.

"Saya dulu di antara pengasasnya (Umno) bukanlah besar sangat sumbangan saya tapi adalah sikit sumbangan saya di peringkat negeri Sabah dalam membesarkan dan membawakan parti Umno.

"Ada yang menyatakan tidak ada kesannya dengan saya keluar dari parti, kita tunggulah ada kesan atau tidak ada kesan kita tunggu Allah," katanya.

Shafie yang juga bekas menteri kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah berkata beliau mempunyai pengikutnya sendiri dan menggesa pemimpin Umno supaya tidak menghinanya.

"Saya tahu saya pun ada penyokong bukan tidak ada penyokong tapi jangan hina saya datang dari Sabah nak memperjuangkan dalam membantu negara kita.

"Saya tahu suara-suara dia di peringkat akar umbi. Lapan tahun saya jadi menteri luar bandar, saya tahu cita rasa masyarakat luar bandar.

"Saya bela mereka dari orang asli yang tak pernah dihantar sejak merdeka, 40 orang asli buat ijazah sarjana di London, Amerika Syarikat, ramai jadi saya sedar apa cita rasa dan yang terpendam dalam hati mereka," tegasnya.

Shafie ketika ditanya sama ada akan menyertai pembangkang berkata:

"Tidak akan menyertai mana-mana parti," katanya dan terus beredar.



KESELAMATAN NEGARA ATAU KESELAMATAN INDIVIDU?

Posted: 09 Jul 2016 03:37 AM PDT

shahbudindotcom


Berbanding banyak pihak yang menuntut agar tindakan lebih proaktif segera diambil demi kepentingan negara berikutan bocornya Laporan Audit 1MDB oleh Sarawak Report, Salleh Said Keruak seperti biasa, lebih mahukan polis menyiasat bagaimana kebocoran itu boleh berlaku.

Polis, katanya mesti menyiasat pengakuan Sarawak Report bahawa ia memiliki dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Tambah beliau, kerajaan mengklasifikasikan dokumen tertentu (tentunya merujuk kepada Laporan Audit 1MDB) di bawah OSA adalah untuk tujuan keselamatan negara.

Sebaik mengenapasti sumber ketirisan tersebut, individu yang terlibat dan organisasi yang bersekongkol perlu diheret ke mahkamah, tegasnya lagi.
 
 
 
 
Kita tentunya bersetuju bahawa ada dokumen tertentu yang diletakkan dibawah OSA bertujuan untuk keselamatan negara, tetapi apakah Laporan Audit 1MDB, jika tidak diletakkan dibawah OSA, turut mengancam keselamatan negara?

Apakah kerajaan meletakkan laporan itu untuk keselamatan negara atau bertujuan menyelamatkan pihak-pihak tertentu?

Di mana terancamnya keselamatan negara jika OSA tidak dikenakan terhadap Laporan Audit 1MDB itu?

Siapa pula individu yang paling terancam masa depannya jika orangramai bebas membaca dan meneliti Laporan Audit 1MDB tersebut?

Bukankah laporan audit, apatah lagi jika berkaitan syarikat milik kerajaan dan melibatkan harta rakyat, memang bertujuan untuk diketahui ramai?

Pernahkah laporan audit mana-mana syarikat milik kerajaan diletakkan dibawah OSA sebelum ini?

Mengapa Salleh tidak menuntut agar kebenaran Laporan Audit 1MDB itu disiasat dan diambil tindakan demi memulihkan imej dan wibawa kerajaan?

Salleh, Salleh...dulu, kini dan selamanya...serupa saja cara berfikirnya - bukan mencuri yang dianggapnya salah, tetapi siapa yang mendedahkan wajah pencuri yang dilihatnya lebih berdosa besar!! 


Jalan Setiu-Kampung Gemuruh sesak lebih 30 km

Posted: 09 Jul 2016 03:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


Jalan dari Kota Bharu menuju ke Kuala Terengganu sesak teruk lebih 30 kilometer dari bandar Setiu hingga ke persimpangan Tol Gemuruh apabila anak perantauan yang pulang ke kampung berhari raya mula kembali ke ibu kota.

Tinjauan Bernama mendapati sejak semalam kenderaan bergerak perlahan dari awal pagi hingga lewat petang dan jalan menjadi sesak apabila pengguna dari Kota Bharu, Kelantan turut menggunakan laluan tersebut untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Kesesakan teruk turut dialami di jalan sekitar Kampung Chalok dan susur masuk di Tol Gemuruh, bagaimanapun aliran trafik dari Kuala Terengganu ke Besut berjalan lancar.

Seorang pengguna jalan raya, Ahmad Sabri Hasan, 35 yang berasal dari Kota Bharu berkata beliau mengambil masa lebih enam jam dari Kota Bharu ke Tol Gemuruh disebabkan berlaku kesesakan jalan raya di beberapa tempat.

"Biasanya saya hanya ambil masa dua jam dari kampung ke tol ini, tapi hari ni sampai lima jam lebih...memang banyak kenderaan yang gunakan laluan ini terutamanya pada musim perayaan ini," katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang lagi pengguna, Ahmad Naufal Mustakin Ahmad Radzi, 27, dari Besut berkata beliau mengambil masa hampir tiga jam dari kampungnya ke Kampung Gemuruh untuk menggunakan laluan LPT2.

"Biasa tak sampai dua jam pun dari rumah, tapi hari ni memang banyak kenderaan sebab pengguna dari Kelantan pun guna laluan ni untuk naik ke LPT2.

"Laluan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu berjalan lancar sebab tak banyak sangat kenderaan...tapi dari Kota Bharu ke Terengganu, memang sesak teruk," katanya.

Sementara itu Norhafiza Ismail, 30 mencadangkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri supaya meneruskan projek pembinaan LPT3 yang menghubungkan Gemuruh hingga ke Tumpat, Kelantan bagi memastikan kesesakan jalan dapat diatasi.

"Saya pernah dengar kerajaan negeri dan pusat sedang kaji pembinaan LPT3...memang sangat bertepatanlah kalau LPT3 dibina sebab setiap kali musim cuti sekolah dan perayaan beginilah keadaan jalan raya...memang sesak!

"Kalau LPT3 dibina sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan ini dan pengguna boleh pulang ke kampung dan kembali ke ibu kota dengan selesa," katanya yang bertugas sebagai seorang guru di Pontian, Johor.- Bernama

Pemeriksaan ketat ke atas rakyat Malaysia ke Indonesia

Posted: 09 Jul 2016 03:21 AM PDT

Azeman Ariffin


Rakyat Malaysia dan Singapura yang memasuki Indonesia bagi sebarang tujuan akan dikenakan pengawasan ketat dan pemeriksaan menyeluruh secara rawak tidak lama lagi.

Syarikat pengendali lapangan terbang di Indonesia, PT Angkasa Pura II dalam satu kenyataan media yang dipetik oleh media-media tempatan menyebut pengawasan dan pemeriksaan ketat itu bagi memastikan rakyat dari kedua-dua buah negara itu yang memasuki Indonesia tidak membawa barangan terlarang terutamanya dadah.

Direktor Utama PT Angkasa Pura II Budi Karya Sumadi berkata tindakan itu diambil ekoran kebanyakan kes penyeludupan dadah ke negara itu membabitkan rakyat dari kedua-dua buah negara berkenaan.

"Dalam diskusi kami dengan Kementerian Perhubungan, ternyata banyak hal yang tidak diinginkan masuk ke Indonesia dari dua negara terdekat, yakni Singapura dan Malaysia. Oleh kerana itu, Menteri akan menyetujui 'random check-in', dari pesawat penumpang dua tujuan itu," katanya.

Beliau berkata pihaknya menunggu surat rasmi arahan dari Kementerian Perhubungan untuk menguatkuasakan peraturan baharu itu terhadap rakyat atau penumpang pesawat dari kedua-ddua buah negara berkenaan.

Budi berkata pergerakan rakyat Malaysia dan Singapura di lapangan terbang akan dipantau oleh pasukan peronda khas yang tidak memakai seragam dan mereka akan menahan sesiapa sahaja yang mencurigakan untuk pemeriksaan secara tertutup.

Sebelum itu, Menteri Perhubungan Ignasius Jonan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengarahkan pihak berkuasa di lapangan terbang membuat pemeriksaan menyeluruh secara rawak terhadap rakyat asing yang memasuki Indonesia.

Katanya pemeriksaan secara rawak itu perlu dilakukan ekoran terdapat banyak kes penyeludupan dadah ke negara itu berlaku melalui jalan udara.- Bernama

Peniaga cekik darah! Ayam naik RM30 seekor

Posted: 09 Jul 2016 02:47 AM PDT

Peniaga cekik darah! Ayam naik RM30 seekor
Ab Ghani (tengah) turut memeriksa ayam yang didakwa dinaikkan harga sesuka hati oleh peniaga. –Foto Sinar Harian
 
 
KOTA BHARU - Cekik darah! Itu tindakan sesetengah peniaga di negeri ini yang dengan sesuka hati menaikkan harga seekor ayam sehingga mencecah RM 30 seekor pada musim perayaan demi untuk meraih keuntungan lebih.

Tindakan mereka dikesan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK) menerima aduan dari orang ramai berhubung kenaikan harga mendadak yang turut memberi kesan kepada pengguna.

Hasil tinjauan dan risikan yang dilakukan pegawai penguat kuasa KPDNKK di Pasar Siti Khadijah di sini semalam mendapati enam peniaga dikesan mencatut harga sesuka hati dan diberi notis tunjuk sebab bagi memberi penjelasan berhubung kenaikan harga ayam secara mendadak pada musim perayaan.

Pengarah KPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun berkata, setakat semalam sebanyak 16 aduan melalui telefon yang diterima dari pelanggan berhubung kenaikan harga ayam di pasar-pasar besar di seluruh negeri Kelantan.

"Aduan yang kita terima dari pelanggan rata-ratanya merungut apabila ayam-ayam yang dijual dinaikkan harga sehingga RM 30 seekor.

"Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang kita lalukan di Pasar Siti Khadijah di sini semalam, mendapati peniaga tidak menggunakan alat timbang dan menjual ayam menggunakan kaedah ekor," katanya.

‘Tak mungkin Clare akan diekstradisi ke Malaysia’

Posted: 08 Jul 2016 06:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Peguam di negara ini mempercayai kemungkinan kerajaan Malaysia mendapat perintah ekstradisi dari UK untuk membawa balik editor, Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang mendedahkan dokumen 1MDB yang diklasifikasikan sebagai rahsia adalah amat tipis.

"Kemungkinan besar kerajaan Malaysia tidak berjaya dalam sebarang percubaannya untuk mengekstradisi Rewcastle-Brown dari UK ke Malaysia untuk menghadapi tuduhan melanggar akta rahsia rasmi," kata peguam Andrew Khoo kepada Malaysiakini.

Pada Khamis, laman web Sarawak Report mendedahkan dokumen yang didakwanya sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Khoo, yang juga ahli Majlis Peguam Malaysia berkata, UK mempunyai pendekatan yang lebih "matang" terhadap media.

"Hakikatnya di UK dan negara demokrasi maju lain, mereka mempunyai rasa hormat yang lebih matang dan memahami peranan akhbar dan kewartawanan penyiasatan untuk mendedahkan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa di pihak kerajaan.

"Ini dilihat sebagai tunggak asas sebuah masyarakat yang terbuka dan demokratik," katanya.

Beliau berkata, tiada mahkamah di Britain akan melayan apa-apa permintaan ekstradisi daripada Malaysia, sambil menambah bahawa beliau tidak fikir jika ada Peguam Negara Malaysia yang "waras" akan membuat permohonan seumpama itu kepada mahkamah Inggeris.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen berkata, satu-satunya pilihan realistik untuk kerajaan Malaysia adalah untuk mengambil tindakan sivil terhadap Sarawak Report di mahkamah British.

Khoo berkata, kerajaan juga boleh mendakwa Sarawak Report atau Rewcastle-Brown di Malaysia tanpa kehadirannya, walaupun prosiding itu berkemungkinan mempunyai "semua ciri sebuah mahkamah kangaroo".

Dengan keputusan bersalah, beliau berkata, mereka kemudian boleh cuba mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan Rewcastle-Brown dengan memohon beliau diletakkan dalam senarai notis merah pada peringkat antarabangsa.



NGO bidas PM membisu kenyataan mufti

Posted: 08 Jul 2016 06:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Majlis antara agama di Malaysia mempersoalkan sikap membisu perdana menteri berhubung pelabelan 'kafir harbi' oleh Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman terhadap mereka yang menentang hudud .
Menurut Majlis Perundingan Buddhsim, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) kenyataan itu adalah sesuatu yang menghasut.

"MCCBCHST bingung dengan sikap membisu perdana menteri kita dan pemimpin lain mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti itu.

"MCCBCHST berpendapat, gesaan mufti itu adalah suatu provokasi berbahaya yang boleh menjejaskan kestabilan negara yang mana rakyat berbilang kaum dan agama telah hidup dengan aman dan damai selama lebih daripada setengah abad," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu berkata istilah 'kafir harbi', yang sesetengah pihak mentafsirkan sebagai halal ditumpahkan darah mereka itu adalah hasutan kerana ia menggalakkan orang ramai untuk melakukan pembunuhan dan jelas ini tidak mengikut perlembagaan.

Pada 24 Jun lalu, Abdul Rahman dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai melabel DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang tindakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Mufti itu kemudiannya menjelaskan istilah berkenaan bukan ditujukan hanya kepada DAP tetapi juga kepada semua masyarakat bukan Islam yang menentang hukum hudud.

Di sebalik bantahan seluruh negara berhubung kenyataannya itu yang dianggap pengkritiknya sebagai berbahaya dan tidak bertanggungjawab, Abdul Rahman enggan berganjak.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang berkata kenyataan mufti itu hanya pendapat peribadi dan bukan fatwa rasmi.

Namun kumpulan seperti Persekutuan Kristian Malaysia mendesak perdana menteri sendiri supaya tampil menegur mufti itu.

Portal dedah 'kritikan pedas’ ringkasan audit 1MDB pula

Posted: 08 Jul 2016 06:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Selaras dengan janji mereka untuk mendedahkan maklumat lanjut mengenai apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, Sarawak Report menerbitkan petikan ringkasan eksekutif laporan itu hari ini.

"Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB ditulis dalam bahasa profesional dan tanpa belas kasihan.
"Bagaimanapun, tidak ada sesiapun yang akan terlepas dengan apa yang ditelanjangkan melalui kritikan dan pandangan tidak bersetuju yang terkandung dalam perenggan-perenggan analisis fakta itu.

"Penelitian ketat ke atas lebih 330 muka surat berhubung bukti yang dibekalkan, Ketua Audit Negara seperti lazimnya, menyediakan 'ringkasan eksekutif' dengan tumpuan kepada maklumat utama dan perkara untuk diberi perhatian," petik artikel itu.

Ini adalah artikel ketiga berturut-turut yang disiarkan oleh Sarawak Report sejak Khamis lalu yang mendedahkan maklumat kononnya dari laporan Ketua Audit Negara berserta dokumen penting berkaitan siasatan 1MDB.

Dalam analisisnya terhadap ringkasan eksekutif berkenaanu, laman web yang berpangkalan di London itu berkata, Ketua Audit Negara membentangkan kebimbangannya berhubung beberapa pelaburan yang boleh dipersoalkan dan keputusan pihak pengurusan 1MDB.

Malaysiakini tidak boleh secara bebas mengesahkan sama ada dokumen yang diterbitkan oleh Sarawak Report itu adalah sahih dan tidak boleh melaporkan kandungannya kerana sekatan undang-undang
Khamis lalu, laman web itu mendedahkan bahawa ia telah mendapat "akses meluas" mengenai laporan Ketua Audit Negara yang menyiasat 1MDB serta menerbitkan beberapa maklumat yang kononnya daripada laporan itu.

Ia berjanji akan menyiarkan maklumat lanjut daripada laporan itu pada hari-hari akan datang, dan keesokannya, ia menerbitkan surat kedua yang didakwa adalah daripada Bank Negara Malaysia kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad dilaporkan mengesahkan bahawa pihak polis akan menyiasat perkara berkenaan kerana laporan audit negara itu telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Henti anggap Sarawak sebagai sebuah negeri, kata ketua SUPP

Posted: 08 Jul 2016 06:26 AM PDT

MALAYSIAKII


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem digesa untuk menghentikan semua rujukan kepada Sarawak sebagai sebuah daripada 13 negeri di Malaysia.

Presiden Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Han berkata ini perlu, jika Sarawak mahu dianggap sebagai rakan kongsi yang sama dalam persekutuan, dan untuk mendapatkan semula autonomi daripada Putrajaya.

"Jika kita serius tentang usaha kita untuk menuntut semula apa milik kita dari Putrajaya, maka kita perlu berhenti memperkecilkan diri sendiri dengan memanggil Sarawak sebagai sebuah negeri lain di Malaysia.

"Sarawak harus dikenali sebagai Sarawak, bukan salah satu daripada 13 negeri dalam pembentukan Malaysia," kata Sim yang dipetik oleh The Malay Mail Online.

Menteri Tempatan Sarawak itu mendakwa Adenan tidak mempunyai sebarang bantahan apabila beliau membangkitkan perkara tersebut.

"Beliau tidak memarahi saya, tetapi sebaliknya hanya tersenyum. Itu kepada saya bermakna bahawa beliau tidak mempunyai bantahan."

Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran buku di Kuching, Sim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga bertindak balas secara positif apabila beliau menuntut Putrajaya supaya mengembalikan apa yang dimiliki oleh Sarawak kepada rakyatnya.

"Perdana menteri berkata, ini cadangan yang adil."

ADUN Batu Kawah itu berkata beliau hanya menyatakan fakta apabila mencadangkan Sarawak tidak lagi dianggap sebagai sebuah negeri dan beliau bukannya tidak menghormati kepada persekutuan atau perlembagaan.

Sarawak dan Sabah menyertai Tanah Melayu atau Malaya untuk membentuk Malaysia bersama-sama Singapura pada tahun 1963. Namun republik Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Kedua-dua Sarawak dan Sabah mempunyai beberapa bentuk autonomi, terutamanya berkaitan imigresen.
Kuching kini dalam rundingan dengan Putrajaya untuk mendapatkan lebih autonomi.

Kenpa PERKASA tak lebih awal pertahan Zakir?

Posted: 08 Jul 2016 06:26 AM PDT

MALAYSIAKINI


Mengapa kumpulan pendesak Melayau, PERKASA hanya sekarang mempertahankan kritikan terhadap pendakwah Islam Dr Zakir Naik daripada kumpulan antara agama tempatan yang telah membidasnya sejak 2012.

Ini adalah soalan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Malaysia, RS Mohan Shan.

"Mengapa PERKASA tidak membuka mulut pada tahun 2012 dan (awal tahun ini) apabila kita menyuarakan tentang perkara ini (Zakir) juga?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas komen PERKASA semalam, yang menyelar dirinya kerana mendakwa Zakir menggalakan keganasan ke atas golongan belia dan mempertahankan pendakwah itu sebagai 'sederhana'.
PERKASA juga akan membuat laporan polis lewat hari ini terhadap MCCBCHST.

"Mereka boleh pergi dan membuat laporan polis, saya tidak akan menarik semula kenyataan saya. Apa yang saya katakan bukanlah suatu perkara baru, saya telah kata sejak 2012 (apabila Zakir pertama kali datang ke Malaysia)," kata Mohan.

Ketika tahun 2012, apabila Zakir melawat Malaysia, MCCBCHST telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak mahu kehadiran pendakwah itu di negara ini, katanya.

Tiada ulasan: