Rabu, 13 Julai 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


David Teo didakwa hina P. Ramlee: 'Pakcik saya tak pernah merempat' - Melissa Saila

Posted: 13 Jul 2016 08:57 AM PDT

Madiha Abdullah, Astro Awani
David Teo didakwa hina P. Ramlee: 'Pakcik saya tak pernah merempat' - Melissa Saila
Melissa persoal mengapa nama P.Ramlee perlu dipetik sebagai contoh kerana ia tidak relevan.
 

KUALA LUMPUR: Anak saudara Tan Sri P.Ramlee, pelakon dan pengarah, Melissa Saila, mengakui terguris dengan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh pengarah, David Teo yang didakwa menghina seniman agung tersebut.

Dalam panggilan telefon bersama Astro AWANI hari ini, Melissa dengan tegas menafikan P.Ramlee pernah hidup merempat seperti yang digambarkan dalam kenyataan itu.

"Ya, dia memang tidak kaya tetapi keadaannya tidaklah seteruk yang digambarkan," kata Melissa.

Melissa juga mempersoalkan mengapa nama P.Ramlee perlu dipetik sebagai contoh kerana ia sama sekali tidak relevan dengan konteks keseluruhan mesej yang ingin disampaikan terutamanya dalam persekitaran dunia hiburan kontemporari tanah air.

Jelas Melissa lagi, penggiat seni, sejak dulu hingga kini, berdepan dengan pelbagai masalah yang membawa banyak kesukaran untuk mencapai tahap stabiliti dalam karier masing-masing.

Jika ada yang mampu mengumpul aset dan kekayaan, ia dilakukan melalui bidang di luar bidang seni, seperti perniagaan.

Namun untuk seseorang artis melakukan sesuatu yang melangkaui bakat seni masing-masing, ia memerlukan kerjasama banyak pihak, selain penubuhan atau badan-badan yang membolehkan semua urusan berjalan lancar.

Sementara itu, Teo dalam satu kenyataan kepada media menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang menghina itu.

Jelas pengarah yang juga pemilik syarikat penerbitan MIG itu, dia memandang tinggi dan menghormati P.Ramlee yang disifatkan sebagai penggiat seni dengan bakat yang luar biasa.

Apa yang terjadi, kata David, berkemungkinan berpunca daripada salah tafsiran terhadap kenyataan sebenar yang dikeluarkan.

Justeru, dia memohon maaf jika kenyataan itu menyinggung mana-mana pihak.

Berikut adalah kenyataan penuh David:

Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee tiada galang ganti sebagai seorang insan seni yang 'multi talented'. Saya sebagai Penerbit sangat mengkagumi karya-karya beliau yg 'tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas'.

Saya sentiasa berpesan kepada artis-artis dan pengarah di bawah naungan syarikat saya supaya sentiasa berdisiplin dan berilmu supaya tidak menjadi mangsa tipu daya golongan yang ingin mengambil kesempatan.

Saya dengan ini menafikan dan tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang tersebar sekarang di media. Tidak juga terdetik sedikit pun untuk menidakkan apatah lagi menghina Seniman Agung Tan Sri P Ramlee dan karya-karya beliau.

Saya yakin ini semua adalah salah faham dan salah tafsir pihak yang mendengar dan menulis artikel ini.

Namun, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua terutamanya kaum keluarga Seniman Agung Tan sri P. Ramlee dan seluruh penggiat seni tanah air yang terguris dengan isu yg sedang diperkatakan sekarang.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Ribut, hujan lebat di KL akibatkan pokok tumbang hempap kereta

Posted: 13 Jul 2016 08:48 AM PDT

Bernama
Ribut, hujan lebat di KL akibatkan pokok tumbang hempap kereta
Keadaan sebatang pokok yang tumbang dan mengganggu lalu lintas. - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan ribut kencang yang melanda ibu negara petang ini mengakibatkan 10 pokok tumbang dan menghempap beberapa kereta dan rumah di beberapa lokasi.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata kejadian pukul 5.30 petang itu, turut menyebabkan pelbagai kerosakan harta benda termasuk sebuah garaj kereta runtuh menghempap empat buah kereta di Lengkok Abdullah, Bangsar.

Antara kawasan lain yang terjejas akibat pokok tumbang ialah berhampiran stesen KTM Bank Negara, Mid Valley menghala Lebuhraya Cheras, Jalan Klang Lama menghala ke Lebuhraya Persekutuan, Hotel Midah di Jalan Kampung Attap dan Desa View Towers di Taman Melawati dan Jalan Bunus menghala ke Jalan Raja Laut.

"Sehingga pukul 6.45 petang tadi, pihak bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 10 laporan berkaitan kerosakan harta benda dan pokok tumbang menghadang jalan.
"Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa," katanya ketika dihubungi Bernama
 
 

Polis nafi khabar angin pergaduhan kaum pada Hari Malaysia

Posted: 13 Jul 2016 08:48 AM PDT

Bernama
Polis nafi khabar angin pergaduhan kaum pada Hari Malaysia
PDRM ingin menegaskan bahawa mesej itu tidak berasas dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.
 

KUALA LUMPUR: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin kononnya keganasan kaum akan tercetus semasa sambutan Hari Malaysia pada September depan.

Sehubungan itu, PDRM memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan perbuatan berbaur hasutan dan penggunaan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

"PDRM ingin menegaskan bahawa mesej itu tidak berasas dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan merosakkan keharmonian kaum dan menggugat ketenteraman awam," kata Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini.

Khabar angin itu, yang disebar melalui media sosial, turut meminta orang bukan Melayu supaya menyimpan bekalan makanan dan keperluan lain bagi menghadapi kejadian yang dikatakan akan berlaku pada 16 September itu.



SKMM siasat komen pembaca Malaysiakini

Posted: 13 Jul 2016 08:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat aduan yang difailkan terhadap komen oleh pembaca yang muncul dalam laporan berita Malaysiakini pada 5 Julai.

Menurut pengadu, komen mengenai Islam itu adalah "melampau dan menjijikkan' berkaitan dengan artikel bertajuk "Reports: Terrorists in Dhaka followed Zakir Naik, IS recruiters".

Artikel itu berdasarkan laporan oleh akhbar bahasa Inggeris Bangladesh, The Daily bahawa Rohan Imtiaz, salah seorang daripada mereka yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Dhaka di mana 20 orang terbunuh, mengikuti pendakwah kontroversi itu di media sosial.

Seorang lagi pengganas dalam serangan itu, Nibras Islam, dilaporkan mengikuti suspek perekrut IS, Anjem Choudary dan Shami Saksi di Twitter pada 2014.

Zakir menafikan beliau menggalakkan atau menyokong keganasan.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengesahkan satu laporan telah diterima terhadap komen pembaca itu.

Beliau juga mengingatkan pembaca portal berita dan pengguna media sosial untuk menghormati sensitiviti agama dan mengingatkan mereka mengenai batas kesopanan ketika menyuarakan pandangan mereka.

"Perdebatan agama dan kaum perlu ditangani dengan berhati-hati; ia tidak perlu mewujudkan ketegangan. Kadangkala perbahasan terlalu peribadi dan tidak melambangkan kematangan.

"Ia adalah baik untuk tidak bersetuju dengan sesuatu, tetapi perbezaan perlu dihormati.

"Kita boleh jadi kritikal tetapi kita mesti bersama-sama memerangi ekstremisme. Mengetepikan perbezaan politik, kaum dan agama," katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan berkata portal berita itu sering mengingatkan pembaca untuk berhati-hati dengan komen mereka.

"Kami menasihatkan pembaca supaya tidak menggunakan kata-kata kotor atau membuat kenyataan menghina. Kami melakukan yang terbaik untuk memantau komen-komen ini, memadamkan yang menyakitkan hati. Kami juga menyekat mereka yang enggan mematuhi amaran kami,"katanya.

Gan juga menekankan kepentingan berbahas secara baik, terutama dalam hal-hal melibatkan kaum dan agama.

"Ada perbezaan pendapat di negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, tetapi mari kita bersetuju untuk tidak bersetuju dengan sopan," katanya.

Kumpulan media bantah

Sementara itu Institut Wartawan Malaysia (IOJ) membantah cadangan Salleh untuk mengambil tindakan terhadap Malaysiakini.

Ini berikutan kenyataan Salleh bahawa beliau akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap laporan Malaysiakini mengenai pendakwah Islam kontroversi itu.

"Kecenderungan semakin meningkat daripada pihak berkuasa sejak kebelakangan ini untuk mengetatkan kawalan ke atas wartawan dan organisasi media atas alasan memprovokasi sensitiviti mengenai pelbagai isu," kata institut itu dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, meskipun tidak bersetuju dengan laporan wartawan dan organisasi sesebuah media, ia tidak mewajarkan kerajaan mengambil tindakan undang-undang atau jenayah terhadap mereka.

Selain itu, kumpulan Gerakan Media Marah (Geramm) turut menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Salleh berhubung tindakan yang mungkin diambil terhadap Malaysiakini.

Geramm dalam satu kenyataan berkata, tekanan daripada pihak berkuasa sudah berlangsung terlalu lama dan bukan sahaja terhadap portal berita bahkan media arus perdana.

"Suasana ketakutan dan ancaman terhadap organisasi serta pengamal media perlu dihentikan oleh pihak berkuasa, ketika kebebasan media terus ditekan.

"Geramm menegaskan pendirian kami bahawa salah satu tugas utama media adalah untuk mencetuskan perbincangan sihat. Ia menjadi amalan biasa dalam sebuah negara demokrasi," tegasnya.

Bagaimana rupa bentuk parti baru Mahathir?

Posted: 13 Jul 2016 08:35 AM PDT

Zikri Kamarulzaman


Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali aktif dalam dunia politik dan berkemungkinan besar akan menerajui sebuah parti baru.

Bagaimanapun, butir-butir mengenai parti baru itu, buat masa ini adalah samar-samar kerana maklumat terperinci akan hanya dijadualkan untuk perbincangan esok.

Malaysiakini bagaimanapun menemui beberapa penyokong setia Mahathir untuk mengetahui apa yang mereka fikir parti baru itu akan menyerupai.

Adakah ia akan menjadi parti Melayu atau pelbagai kaum?

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, semalam berkata, parti itu akan dianggotai oleh bekas ahli Umno.

Mengulas lanjut hari ini, Khairuddin berkata pada pendapat peribadinya, parti itu perlu menjadi sebuah parti Melayu seperti Umno.

"Ini penting kerana jika kita berjaya menghapuskan semua pemimpin rasuah dalam Umno, kita semua boleh kembali dan merombaknya.

"Hakikatnya, Umno masih boleh diselamatkan," kata Khairuddin kepada Malaysiakini.

Beliau juga berkata dengan menjadi sebuah parti Melayu, mereka tidak akan bersaing dengan sama ada AMANAH, PKR atau DAP untuk mendapatkan sokongan.

Bekas ahli Umno Langkawi Anina Saadudin juga bersependapat. Katanya, sebuah parti Melayu baru diperlukan untuk menggantikan Umno yang kini rosak.

"Kita mempunyai sebuah parti pelbagai kaum, parti agama, parti untuk kaum Cina dan India, tetapi kita tidak mempunyai parti untuk Bumiputera selepas Umno telah rosak," kata Anina.

Naib Presiden kumpulan pemberontak Umno, Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed juga bersependapat bahawa masyarakat bukan Melayu sudah mempunyai pilihan politik untuk mereka.

Siapa bakal menyertainya?

Selain daripada Mahathir dan kumpulan pemberontak yang dinyatakan, Khairuddin yakin bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz adalah antara mereka yang bakal menyertai parti baru itu.

Bagi bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri , Khairuddin berkata, beliau juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat esok.

Bagaimanapun, katanya, adalah lebih baik bagi pemimpin Sabah itu mengikuti jalan yang berbeza.

"Pendapat peribadi saya adalah bahawa Shafie juga perlu menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan semua parti tempatan Sabah termasuk PKR dan DAP di sana.

"Ini akan memberi mereka peluang yang lebih baik untuk merampas Sabah."

Apa matlamat perjuangan mereka?

Buat masa ini, perjuangan parti baru itu mirip perjuangan gerakan Selamatkan Malaysia, iaitu untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menangani rasuah, dan melaksanakan pembaharuan institusi.

Anina berkata entiti yang baru perlu menjadi parti yang berjuang untuk rakyat.

Ia juga tidak seharusnya mengulangi kesilapan Umno, terutama dalam hal nepotisme.

"Tidak ada kedudukan yang seharusnya diwarisi, sama ada anak-anak presiden, sepupu, adik-beradik atau kawan-kawan melainkan jika mereka benar-benar layak dan cukup berwibawa untuk membawa perubahan politik.

"Parti perlu melangkah keluar dari falsafah feudal."

Mesyuarat untuk membincangkan pembentukan parti itu dijadual diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya pada jam 3 petang esok.

Dari tawaran PAS, Azmin nampak 'harapan'

Posted: 13 Jul 2016 08:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut baik tawaran 'gencatan senjata' rakan sejawatnya dalam PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Azmin yang juga menteri besar Selangor memuji Tuan Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang matang serta memiliki visi jauh, apabila meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepartian.

"Pendirian baru yang dikemukakan oleh PAS memberikan harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam negara yang tidak mungkin dicapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan semua parti pembangkang," katanya.

Tuan Ibrahim membuat seruan itu bagi memberi fokus kepada "musuh sebenar", iaitu Umno dan BN.

Katanya, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan mempunyai banyak persamaan dan hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza.

Dalam kenyataannya petang ini, Azmin berkata sejarah membuktikan perpaduan pembangkang berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di parlimen dua kali berturut-turut.

Pembangkang juga, katanya, memperoleh majoriti undi popular dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Sebaliknya, perpecahan hanya menguntungkan BN, seperti dalam pilihan raya Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini, kata Azmin.

PAS Selangor mahu 'formula'

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad juga senada dengan Tuan Ibrahim demi menumbangkan BN dan mengelak pertelagahan sesama sendiri.

Katanya, jika suasana itu berlarutan kemungkinan BN akan terus memerintah Malaysia dan Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka pada pilihan raya umum yang akan datang.

"Satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak dihormati mesti dicari," kata pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Rafizi harap dihormati ke akar umbi

Sementara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menganggap cadangan Tuan Ibrahim itu sebagai "hadiah terbaik" untuk rakyat.

Bagaimanapun, kata Rafizi, ia perlu dihormati dan dihayati oleh pendukung pembangkang hingga ke peringkat akar umbi.

"Seterusnya ada baiknya sekiranya satu perjumpaan tidak rasmi boleh diusahakan untuk membincangkan langkah lanjut untuk mencari titik mula ini ke arah kebersamaan dalam melawan BN," katanya.

Rafizi yang juga setiausaha agung PKR berkata sedang menunggu arahan lanjut Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menzahirkan usaha mencari titik mula untuk gesaan itu.

Isteri berhadapan detik mengerikan dibogel suami baran

Posted: 13 Jul 2016 08:03 AM PDT



Isteri berhadapan detik mengerikan dibogel suami baran


KOTA BHARU – Azab buat seorang wanita bersuamikan lelaki baran apabila terpaksa menanggung malu selepas dibogelkan di hadapan rumah hingga menjadi tatapan jiran tetangga dalam kejadian di Ketereh, di sini.

Terbaru, mangsa yang berusia 31 tahun itu turut mengalami lebam pada paha dan lengan serta bengkak di muka dan dahi kerana dipukul suami yang berusia 50 tahun itu pada jam 5.30 petang, 24 Jun lalu.

Ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu berkata, kejadian dia dibogelkan itu berlaku pada awal Jun lalu.

Katanya, ketika itu, dia baru selesai mandi dan suaminya tiba-tiba berang bertindak mengoyakkan baju serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan seluruh tubuh badan terdedah tanpa seurat benang.

"Ketika itu saya bergantung (memeluk) pada kakinya, menyembahnya, merayu, namun dia tetap membiarkan saya di luar rumah dalam keadaan memalukan begitu. Saya dibiarkan begitu kira-kira 15 minit," katanya.

Menurutnya, ada jiran tetangga dan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah melihat diri serta maruahnya 'dihina' sedemikian. Terdapat juga jiran yang melihat kejadian itu dari dalam rumah, namun mereka takut untuk membantu.

Katanya, sebelum ini dia kerap kali dipukul suami sejak mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu sehingga berasakan bingung serta trauma dengan penyeksaan itu.

"Terbaru, saya dipukul teruk sekali hanya kerana menukar namanya dalam telefon bimbit daripada suami kepada nama panggilan sahaja. Selepas kejadian itu, saya nekad membuat laporan polis bimbang perkara lebih buruk berlaku," katanya.

Katanya, suaminya seorang yang bertanggungjawab dari segi perbelanjaan rumah serta menyayangi anaknya, cuma panas baran lelaki itu bertambah selepas berkahwin dengan seorang wanita lain, baru-baru ini.

"Saya sedar diri hanya seorang suri rumah, tidak berpelajaran, tidak berharta, orang susah selain hidup sebatang kara, namun, tidak wajar saya menjadi mangsa pukul.

"Jangan fikir apabila cukup memberi nafkah, kemudian suami boleh memperlakukan sesuka hati pada isteri. Hinggakan saat ini saya berasa trauma dengan kejadian yang menimpa diri," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.


RM1.8 juta dana dikumpul buat Guan Eng

Posted: 13 Jul 2016 04:20 AM PDT

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
 
GEORGETOWN - Sebanyak RM1,881,635.61 sudahpun dikumpul sehingga petang semalam bagi kutipan kempen Solidariti Bersama Guan Eng.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Wisma DAP, Jalan Rangoon.

Kon Yeow sebelum itu turut menerima sumbangan dana berjumlah RM18,500 daripada wakil Bersih Shanghai dan Bersih Suzhou, China bagi kempen yang sama.

"Terima kasih kepada semua pihak-pihak yang menyumbang dan menyokong kempen ini," katanya ringkas.

30 Jun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Guan Eng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, Georgetown di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Guan Eng kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Sejurus itu, barisan pimpinan DAP Pulau Pinang mengumumkan kempen kutipan bagi wang ikat jamin tersebut.

Kempen itu merayu orang ramai menderma RM10 setiap orang bagi menggantikan dana parti.

Sejumlah RM890,000 digunakan dari akaun DAP Pulau Pinang, manakala RM110,000 disumbang oleh Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertegas bahawa tiada pembubaran Dun akan dilakukan.

Tegasnya, isu berkenaan adalah isu lapuk dan sudah basi.

"Saya tegaskan tiada sebarang keputusan dibuat bagi mempertimbangkan pembubaran Dun Pulau Pinang buat masa ini.

"Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, tidak ada apa-apa keputusan untuk bawa isu ini ke peringkat pusat ataupun negeri," katanya.


Macam Mana Nak Siasat Maklumat 1MDB Yang DiOSAkan?

Posted: 13 Jul 2016 04:20 AM PDT

INI cerita lawak. Tapi apa nak dihairankan? Malaysia dah jadi bahan lawak satu dunia.

Sarawak Report (SR) lapor maklumat yang ia dakwa dari Laporan Pengauditan 1MDB oleh Ketua Juruaudit Negara, (Tan Sri) Ambrin Buang.

Laporan itu dah diserahkan kepada Parlimen tapi dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi salah kalau dedahkan kepada umum.

[Teruskan perjuangan Selamatkan Malaysia. Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini.]

Kalau betul maklumat SR itu daripada laporan tersebut, ia sudah langgar OSA dan boleh disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum penjara mandatori sehingga dua tahun.

Boleh jadi masa Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, arah Ambrin menentukan kesahihan (verify) laporan audit 1MDB pada 4 Mac tahun lepas dia nak sabotaj atau lengahkan penyiasatan ke atas syarikat yang dia sendiri kemudikan.

Dia mungkin sangka Ambrin akan bagi cap jari kepada akaun tersebut maka dengan itu bebaslah dia daripada disyaki seleweng berbilion-bilion ringgit duit 1MDB.

Jadi apabila laporan Ambrin itu bukan saja tak dihebahkan malah dikunci pula di bawah OSA jelaslah ada benda besar yang Mohd Najib tak mahu rakyat jelata tahu.

Soalnya, trompet beliau yakni (Datuk Seri) Salleh Said Keruak aka SSK, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dah kata laporan SR kena disiasat untuk sahkan betul atau tidak.

KPN Mohd Najib pula, (Tan Sri) Khalid Abu Bakar kata dia akan tanya Ambrin.

Tapi macam mana dia nak tanya dan macam mana Ambrin nak jawab pasal laporan itu dah jadi dokumen super sulit bawah OSA?

Katakanlah Khalid tanya dan Ambrin sahkan laporan SR tu betul. Kita yang baca laporan SR walaupun SSK cuba sekat tahulah bahawa maklumat itu benar. Dengan itu lagi banyaklah pekung di dada Mohd Najib terdedah.

Tapi Ambrin boleh kata dia tak boleh jawab pasal laporan itu sudah diOSAkan.

Masalahnya kita yang baca berita arahan Mohd Najib kepada Ambrin 4 Mac tahun lalu dan laporan SR tiga hari lepas boleh buat kesimpulan bahawa bila laporan Ketua Juruaudit Negara itu diOSAkan maka tentulah ada rahsia besar yang Mohd Najib dan konco-konco beliau nak sembunyikan.

Nak tangkap dan siasat SR pun tak boleh pasal ia beroperasi di UK. Bukan tak cuba tapi tak berjaya!

Tahun lepas Khalid cuba tangkap pengarang SR, Claire Rewcastle-Brown, tapi gagal bila Polis Antarabangsa (Interpol) kata tak ada sebab nak tanggap perempuan orang putih itu.

Syusyah kan?

Kalau betul maklumat SR itu dari laporan Ketua Juruaudit Negara, ia dah jadi cerita kong-kalikong.

Kita rakyat jelata Malaysia yang tak layari Internet tak tahu tapi orang putih yang jauh beribu batu tahu.

Balik kepada cerita zaman dulu kala. Orang Melayu tak tahu apa-apa. Dok tak dok orang putih dah jajah satu Malaya.

Boleh lagi kusut kepala SSK. Dia sekat SR dan blog tapi rakyat jelata yang celik komputer boleh baca juga. Mereka lompat kawat duri yang dia pasang.

Terima kasih kepada pembahas yang kongsi maklumat macam mana nak lompat atau runtuhkan tembok yang SSK dirikan.

NOTA KAKI (ulangan): 1. Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone bukan fiksyen ciptaan saya. Ia adalah gelaran tertinggi Bugis daerah Gowa, Sulawesi yang diberikan kepada Mohd Najib pada 12 November 2005; 2. 


Pemakan dedak adalah gelaran yang laskar siber (cyber warriors) Umno/Mohd Najib bagi kepada satu sama lain selepas Perhimpunan Agung Umno 2014 apabila Mohd Najib menuduh mereka bangang kerana menyerang parti sendiri.

Wallahuaklam.


Menjawab tulisan “comot” Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Posted: 13 Jul 2016 04:14 AM PDT

MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
 
 
Muhammad Syafiq AzmiMuhammad Syafiq Azmi


Membaca tulisan terbaru Dr Ridhuan Tee yang disisipkan oleh beberapa akhbar dan blog mengenai serangan terbaru beliau kepada Amanah, saya kira ia perlu dijawab agar projek pembodohan dan pembohongan terhadap masyarakat ini tidak diteruskan oleh pihak yang berselindung disebalik kostum akademik atau agama.

Diawal tulisan beliau, Dr Ridhuan Tee telah menyatakan bahawa yang membina Amanah tidak sedikit pun mencerminkan sikap amanah mereka. Malah beliau memilih untuk memuji Pas dan Umno walau kata beliau tidaklah mereka semuanya betul, namun tidak pernah pula mereka melabel diri mereka sebagai organisasi atau individu yang amanah.

Dr Ridhuan Tee dalam salah satu perenggan menyatakan nama Amanah itu adalah sifat mulia yang dimiliki nabi. Maka ianya tidak harus ada dalam nama parti politik. Apa pula pandangan terhadap perkataan Islam yang tertera pada ceraian akronim PAS? Itu lebih besar dan buruk mudaratnya pada Islam jika mahu dipersoalkan.

Pendaftar pertubuhan (ROS) melakukan kesilapan meluluskan nama Amanah

Dr Ridhuan Tee menyatakan bahawa ROS telah melakukan kesalahan apabila meluluskan akronim Parti Amanah Negara dengan perkataan Amanah dan sepatutnya PAN. Beliau juga menjadikan Umno, Pas, MIC, MCA, DAP, PKR, SUPP, UPKO, PBB, PBS sebagai contoh antara singkatan yang mudah dan tidak memakan banyak ruang.

Kata beliau alangkah kelakar apabila PAS menggunakan akronim Islam sebagai singkatan dan Umno pula dikenali dengan singkatan Melayu. Di sini saya kira telah bermula kedangkalan yang disengajakan oleh Dr Ridhuan Tee dalam membina tulisan terbaru beliau. Jika dipecahkan nama Pas dan Umno itu satu persatu maka secara jelas akan tersingkap perkataan Islam dan Melayu walau tidak kelihatan pada singkatannya.

Pas (Parti Islam Se-Malaysia) dan Umno (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), maka di sana Dr Ridhuan Tee mungkin perlu membuat sedikit kajian ringkas yang tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk memecahkan akronim 2 parti yang terang-terangan melabel jemaah dan golongan mereka sebagai Islam dan Melayu.

Maka Parti Amanah Negara memohon nama singkatan Amanah agar ia selari dengan nama parti dan tidak timbul soal mengelirukan orang awam jika media menggunakan akronim yang diluluskan oleh ROS. Mungkin ada baiknya Dr Ridhuan Tee menasihati Umno dan Pas untuk tidak memalukan nama bangsa dan agama dengan tindak-tanduk mereka mutakhir ini kerana mereka mendukung label yang lebih berat.

Jika menggunakan nama PAN sekalipun saya yakin Amanah itu tidak akan sunyi dari tohmah dan adu domba mereka yang "cemburu". Pokok pangkalnya ialah tahap pemikiran musuh politik Amanah dan Pakatan Harapan(PH) itu bertembung atas premis dan isu yang bagaimana.
Dulu Keadilan dan kini PKR

Menyentuh isu nama KeADILan yang bertukar kepada PKR itu juga berlaku atas beberapa faktor. Untuk pengetahuan Dr Ridhuan Tee, awal penubuhan PKR dulu mereka dikenali dengan nama Parti Keadilan Nasional (KeADILan). Mereka juga awalnya punya kekangan yang sama sepertimana Amanah lalui dalam awal penubuhan parti.

Pada April 1990, ketika itu KeADILan juga mengambil alih sebuah parti kecil lalu ditukar nama setelah melalui beberapa prosedur. Namun selepas Pilihanraya Umum 1999, KeADILan dan PRM (Parti Rakyat Malaysia) bergabung atas prinsip perjuangan yang sama dengan menjadikan reformasi sebagai asas perjuangan lalu mereka menubuhkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) pada 2003.

Cuma yang saya sedikit kehairanan, mengapa kes yang melibatkan PGRM (Gerakan), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Barisan Jemaah Islam Se-Malaysia (Berjasa) terdaya pula Dr Ridhuan Tee menganggap akronim yang digunakan sebagai terpencil dan boleh diterima tanpa menyatakan asas penerimaan sepertimana beliau punya asas yang banyak mengapa ROS perlu menarik balik nama Amanah.

Dr Ridhuan Tee mungkin sengaja membiarkan masyarakat terbuai dengan ideologi kerasnya kerana beliau tidak menceritakan perihal sebenar apa yang cuba dilontarkan menerusi tulisannya melainkan ianya bersudutkan emosi berulang semata-mata. Apakah Dr Ridhuan Tee terlupa bahawa perlu juga Dr Ridhuan Tee beramanah dengan ilmu lantaran kewajipan menyampaikan perkara yang sebenar kepada rakyat?
Apakah isi 1 hinga 8, buah fikir terbaik Dr. Ridhuan Tee

Saya tidak mahu mengulas setiap satu daripada 8 isi yang diluncurkan dalam tulisan beliau kerana itu semua sering diguna pakai oleh musuh politik yang tidak setuju dengan Amanah, DAP dan PKR. Malah itu juga antara peluru kapur yang dihala oleh pejuang alam maya yang saban waktu menyerang koalisi PH. Cuma tidak sangka ianya turut diambil sebagai rujukan oleh sarjana seperti Dr Ridhuan Tee.

Setinggi-tinggi Dr Ridhuan Tee melambung Pas dan Umno dalam tulisannya. Mungkin kerana kedua-dua parti itu sudah senada dengan beliau. Beliau mempertikai mengapa mereka yang menang di atas tiket Pas tidak merasa malu kerana tidak mahu meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat yang dimenangi atas tiket Pas?

Biar saya pulihkan memori intelek Dr Ridhuan Tee yang mungkin sengaja dihilangkan untuk artikel beliau diangkat dan dijulang pengikutnya, pada 2 Pilihan Raya Umum yang lalu Pas, PKR dan DAP bertanding atas permuafakatan Pakatan Rakyat (PR). Maka di sana ada juga kerusi yang dimenangi PAS adalah hasil dari sokongan 2 lagi parti rakan dalam PR.

Mengapa tidak timbul pula soal pemulangan kerusi PAS kepada parti lain? Seteruk-teruk Umno pun saya jarang dengar mereka membincangkan ini dalam jangka masa yang lama. Jadi saya mohon Dr Ridhuan Tee mengeluarkan artikel atau tulisan berkaitan hasil kemenangan kerusi Pas yang dimenangi hasil sokongan ultra kiasu.

Cuma saya tertarik dengan isi kelapan iaitu yang terakhir, "Amanah mungkin amat takut dipanggil PAN sebab membawa papan dalam bahasa Cina dan kuali dalam Bahasa Iinggeris". Jika Dr Ridhuan Tee mahu berfalsafah, lebih baik jadi papan jika ia boleh diguna membina rumah dan jambatan untuk perlindungan dan kemudahan yang bergelar manusia. Jika kuali sekalipun paling tidak jadi tempat menakung masakan yang akhirnya mengenyangkan perut insan.

Dan sudah tentu keduanya lebih baik daripada jadi terompah yang hanya dipakai bila perlu. Malah ia jarang diguna untuk bersiar-siar atau dalam majlis keraian.

Pesanan buat Dr. Ridhuan Tee

Moga kelantangan Dr Ridhuan Tee akan dipandang oleh pimpinan negara di Putrajaya. Malah saya berharap beliau juga berani dan lantang dalam membela nasib rakyat tanpa mengira agama serta bangsa yang semakin hari semakin tertekan sara hidup mereka. Sesekali apa salahnya Dr Ridhuan menebak pimpinan negara persoalan 1MDB atau kepincangan cukai GST.

Bukan hanya berani bersuara berkenaan ultra kiasu dan penyatuan Umno dan Pas, tetapi memikirkan bagaimana untuk mengharmonikan masyrakat dalam negara atau paling tidak bersama-sama membina politik yang matang dalam erti kata sebenar dan bukan omongan kosong.

Namun jika jawapan Dr Ridhuan Tee untuk Malaysia ini aman dan harmoni maka perlu dihapuskan ultra kiasu, saya nasihatkan Dr Ridhuan Tee bertanding pada PRU 14 yang akan datang jika berani.

1MDB: Jangan jadi pemimpin bodoh, kata Mohamad Sabu

Posted: 13 Jul 2016 04:10 AM PDT

HAZRI NAWAR
 
 
Clare Rewcastle BrownClare Rewcastle Brown


Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Pemimpin politik dan orang awam jangan jadi bangang. Sarawak report keluar kerana laporan audit 1MDB tidak diberi kepada awam malah diletak bawah OSA," katanya kepada Malaysia Dateline.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, beliau melahirkan kehairanan dengan sikap sesetengah pemimpin politik pembangkang yang membidas pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sedangkan kata beliau, pendedahan portal itu telah membuka mata banyak pihak terhadap maklumat baru skandal 1MDB yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang ramai.

Semalam, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim meminta rakyat tidak terpedaya dengan laporan Sarawak Report berhubung 1MDB kerana disifatkannya sebagai "menyimpang jauh daripada kebenaran".

Menyokong pendirian kerajaan, Pemimpin Pas itu senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak agar laporan lengkap 1MDB dirujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sebagai penyelesaian, beliau pada masa sama turut mendesak laporan ketua audit negara mengenai 1MDB yang tulen didedahkan segera.

Sarawak Report sejak beberapa hari lalu telah 'membocorkan' maklumat yang didakwa diperoleh daripada dokumen laporan audit mengenai 1MDB.

Nga bagi keterangan Isnin depan di Bukit Aman, DAP lapor polis peserta demontrasi

Posted: 13 Jul 2016 04:06 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Pemimpin utama DAP telah membuat laporan polis ekoran kejadian demontrasi Pemuda Umno dan  gerakan baju Meraah di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.Pemimpin utama DAP telah membuat laporan polis ekoran kejadian demontrasi Pemuda Umno dan gerakan baju Meraah di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.


Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming akan dipanggil memberikan kenyataan di Bukit Aman pada Isnin minggu hadapan kerana kontroversi kartun berkaitan hari raya.

Katanya, beliau telah dihubungi pegawai penyiasat kes itu yang mahu beliau hadir ke ibu pejabat polis di Kuala Lumpur itu.

Nga dilapor berkata akan memberikan kerjasama penuh.

"Kami sentiasa sedia membantu (siasatan)," katanya.

Nga hari ini turut membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Ipoh, beliau mendakwamenjadi mangsa fitnah dalam isu itu.

Nga menafikan melukis dan memuat naik gambar tersebut atas akaun Facebook beliau.

Semalam, terdapat protes melibatkan pemimpin Pemuda Umno dan kumpulan NGO Gerakan Baju Merah di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Mereka menuduh Nga tidak menghormati Islam dalam dua status Facebook pada hari raya puasa lalu, termasuk yang memapakan kad hari raya maya dengan imej bendera Amerika Syarikat.

Dalam demonstrasi semalam keadaan kecoh apabila berlaku tolak menolak antara peserta himpunan dengan anggota polis.

Kumpulan itu turut melempar "duit neraka" ke arah bangunan parti itu. Dalam tradisi Cina, duit neraka dibakar sebagai persembahan kepada nenek moyang si mati.

Anak syarikat TH dituntut di mahkamah RM35.5 juta, saham merudum kepada 6.5 sen

Posted: 13 Jul 2016 04:05 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Rafizi mahu Tabung Haji menarik balik laporan polis terhadapnya kerana kini semua dakwaan beliau ternyata benarRafizi mahu Tabung Haji menarik balik laporan polis terhadapnya kerana kini semua dakwaan beliau ternyata benar


Tindakan dua syarikat antarabangsa minggu lalu memfailkan dua petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka dari TH Heavy Engineering Berhad (THHE) berjumlah RM35.5 juta menyebabkan saham THHE telah menjunam ke paras terburuk dalam sejarahnya, semasa berita ini ditulis, saham THHE diniagakan pada 6.5 sen sesaham.

Menurut Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR, sepanjang bulan Februari 2016, beliau telah memberi tumpuan kepada kedudukan kewangan Tabung Haji dan risiko-risiko kewangan/pelaburan yang perlu ditangani dengan segera demi kepentingan pendeposit dan jemaah haji.

Antara lain beliau mempersoalkan pelaburan-pelaburan yang merugikan pendeposit seperti Silverbird Berhad (pembuat roti High 5 yang kini terbukti gagal buat kali kedua), Felda Global Ventures dan penglibatan Tabung Haji membeli Ramunia Holdings Berhad (kini dikenali sebagai TH Heavy Engineering Berhad atau THHE).

"Minggu lalu, dua syarikat antarabangsa telah memfailkan dua petisyen berasingan untuk menuntut hutang mereka dari THHE.

" MIB ITALIANA S.P.A sebanyak USD 1,266,496.80 atau RM5.1 juta, manakala Orwell Offshore Ltd sebanyak USD 7, 607,440.74 atau RM30.4 juta," katanya dalam satu siaran media hari ini.

Ekoran dari dua petisyen menuntut hutang yang berjumlah RM35.5 juta ini katanya, saham THHE telah menjunam ke paras terburuk dalam sejarahnya yang diniagakan pada 6.5 sen sesaham.

Rafizi sebelum ini telah memberi amaran bahawa prospek jangka panjang pelaburan Tabung Haji di dalam THHE adalah buruk memandangkan prestasi kewangan THHE yang lemah selama ini akan diburukkan lagi akibat pasaran minyak mentah dunia yang terus kekal rendah.

"Perkara ini kini disahkan apabila bukan sahaja saham THHE diniagakan pada harga terendah, penganalisa pasaran juga telah memotong unjuran prestasi kewangannya dan menasihatkan pelabur menjual saham-saham THHE. Firma saham Maybank Kim Eng dalam nota pelaburan bertarikh 8 Julai 2016 memotong unjuran perolehan THHE bagi tempoh 2016 hingga 2018 sebanyak 16% - 32%," katanya.

Beliau juga telah memberi amaran sebelum ini bahawa pergantungan THHE kepada satu-satunya projek besar iaitu menyediakan kemudahan FPSO (floating production, storage and offloading) untuk disewakan kepada konsortium JX Nippon dan Petronas Carigali (75%:25% pegangan) yang mengendalikan lapangan gas Layang adalah sangat berisiko tinggi kerana kelewatan-kelewatan yang telah berlaku.

"THHE sepatutnya menyiapkan FPSO itu pada awal 2016 tetapi telah dilanjutkan tempohnya hingga ke pertengahan 2016 (iaitu sekarang).

"Sehingga kini tidak ada tanda-tanda bahawa FPSO itu akan siap, malah ada dakwaan bahawa ada masalah teknikal yang menyukarkan kerja-kerja menukar FPSO milik THHE untuk menepati spesifikasi teknikal seperti di dalam kontrak dengan consortium JX Nippon-Carigali," katanya.

Lebih buruk lagi menurutnya, masalah kewangan dan aliran tunai terhad yang dihadapi oleh THHE kini bermakna ia berhadapan risiko melanggar kontrak dan tidak dibayar jika ia gagal memenuhi syarat-syarat kontrak yang ditandatangani.

Berhadapan keadaan ini beliau menyeru supaya Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri memberi jawapan kepada rakyat terutamanya pendeposit Tabung Haji mengenai langkah-langkah beliau untuk menyelamatkan Tabung Haji dari kerugian berganda ini.

"Kerugian sebanyak RM554 juta pendeposit Tabung Haji yang kebanyakannya dari kalangan orang miskin dan warga emas bukanlah sesuatu yang boleh didiamkan sahaja," katanya.

Beliau juga menyeru supaya kepimpinan baru Tabung Haji di bawah Dato' Johan Abdullah mengambil pendekatan yang berbeza dalam menangani pandangan timbang tara dari Ahli Parlimen sepertinya.

"Oleh kerana analisa dan amaran-amaran saya telah terbukti benar, saya menyeru supaya Tabung Haji menarik balik laporan polis mengenai perkara ini yang telah dibuat terhadap saya sehingga menyebabkan saya didakwa di mahkamah kononnya memfitnah Tabung Haji sedangkan apa yang saya ulas itu kini telah berlaku," katanya yang juga Ahli Parilimen Pandan.

Cina berjiwa Melayu, Rani Kulup puji David Teo

Posted: 13 Jul 2016 03:53 AM PDT

 
David Teo seorang yang sangat mesra Melayu dan ramai pelakon selesa dengan pendekatannya, kata 'raja repot Malaysia'.


Abdul Rani Kulup


PETALING JAYA: Selepas dikritik hebat dan dituduh menghina seniman agung P Ramlee, pengarah filem David Teo hari ini mendapat pembelaan aktivis selebriti Abdul Rani Kulup.

Rani berkata Teo bukan seorang yang suka menghina atau memburuk-burukkan pihak lain.

Malah, Rani menganggap Teo seorang orang Cina "berjiwa Melayu" kerana sikapnya sangat mesra Melayu, dan ramai pelakon selesa dengan pendekatannya.

"Apa yang saya faham, David Teo punya kenyataan, dia bukan menghina, bukan mengata dan dia tidak berniat untuk menjatuhkan P Ramlee, tetapi maksud David Teo itu supaya penerbit dan pelakon tidak menjadi seperti P Ramlee, apabila berjaya, mencipta sejarah pemfileman negara, dikenali ramai, namun beliau diabaikan dan hidupnya dalam keadaan susah tidak ada siapa datang membantu dan dia mati pun dalam keadaan tidak berduit.

"Sepanjang saya kenal David Teo, saya tengok dia bukan jenis yang suka mengutuk, rasis, memburuk-burukkan orang, dan dia juga bukan jenis yang suka membuat cerita tak tentu pasal kalau tidak ada sebab.

"Saya tengok David Teo, inilah orang Cina yang berjiwa Melayu," kata Rani kepada FMT.

Rani sebelum ini pernah membintangi filem "Kipidap selamatkan hari jadi" terbitan Teo.

"Saya puji David Teo bukan sebab saya pernah jadi pelakon David Teo," tambah beliau.

Teo dikritik hebat susulan kenyataan beliau yang syarikatnya, MiG, tidak hanya mahu melahirkan pelakon terkenal tetapi mampu menjadi jutawan, tidak seperti keadaan yang berlaku kepada P Ramlee yang hidup merempat.

Rani sebaliknya menyerang pengkritik Teo, dan mempersoalkan hak P Ramlee dan keluarganya yang dinafikan.

"Kenapa orang tidak bising bila hak kebajikan P Ramlee dan keluarga diabaikan, hasil atau royalti karya P Ramlee tidak diberi kepada keluarga, tetapi bila David Teo keluarkan kenyataan sedemikian semua bising, sedangkan apa yang David Teo cakap itu benda yang betul sebagai pengajaran kepada semua.

"Saya tengok kebanyakan artis ini dipuji apabila mereka diperlukan, tetapi bila dah tua dan tiada kepentingan, kebajikan mereka pun tak ada, sepatutnya duit pencen kena bagi lah," tegas Rani yang terkenal kerana kekerapannya membuat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang.

Kenapa senjata api haram mudah diperolehi?

Posted: 13 Jul 2016 03:51 AM PDT

 
Timbul persoalan berhubung penyalahgunaan senjata api haram secara berleluasa di negara ini yang menunjukkan kegagalan penguatkuasaan undang-undang. 


Sim Tze Tzin


PETALING JAYA: Kerajaan tidak boleh lagi memberi alasan dan perlu bertindak segera untuk mengembalikan keyakinan rakyat, susulan satu siri kes tembakan yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.

Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, dalam tempoh 30 hari lalu, negara dikejutkan dengan 8 kes tembakan dan semuanya dipercayai membabitkan senjata api haram.

Sehubungan itu, katanya, timbul persoalan berhubung penyalahgunaan senjata api haram secara berleluasa di negara ini yang menunjukkan kegagalan penguatkuasaan undang-undang.

"Kenapa senjata api haram begitu mudah diperolehi?

"Adakah negara kita tidak mempunyai undang-undang seperti sesetengah tempat di Thailand dan Filipina?" soalnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak dua tahun yang ditembak mati seorang saudara mereka di Batu Maung, Pulau Pinang hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain berkata, kejadian pada jam 2.55 pagi tadi dipercayai bermotifkan wang.

"Semua mangsa ditembak menggunakan pistol semi automatik yang dipercayai diperoleh secara haram dan polis menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian," kata Razaruddin.

Sim yang terkejut dan marah dengan tragedi itu berkata, polis mempunyai dana dan kemudahan mencukupi untuk menangani jenayah-jenayah sedemikian melalui penguatkuasaan undang-undang lebih ketat.

"Saya menuntut polis mengakui kegagalan mereka dan melakukan pembaharuan. Rakyat Malaysia berhak hidup dalam persekitaran yang selamat," katanya.

Pindaan RUU 355, menyelusuri sejarah

Posted: 13 Jul 2016 03:41 AM PDT


 
Oleh DR ABU BAKAR ABDULLAH


Sebelum pindaan tahun 1984, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa jenayah menjatuhkan hukuman tidak melebihi 6 bulan penjara dan denda RM1,000 atau kedua-dua sekali sebagaimana Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965.

Akta Mahkamah Syariah bidang kuasa Jenayah dipinda pada 1984 dan disemak pada tahun 1988 (Akta 355) yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda lima ribu ringgit dan enam sebatan sebagaimana dinyatakan oleh Seksyen 2 akta tersebut:

"Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana mana undang undang dalam srsuatu negeri dan diberi bidangkuasa ke atas orang orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai ii bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kesalahan terhadap rukun rukun agama Islam oleh orang orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana mana undang undang bertulis. Dengan syarat bahawa kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan enam kali atau apa apa gabungan hukuman hukuman tersebut."

Cadangan pindaan ini adalah mengikut undang-undang dan Perlembagaan serta tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sejarah membuktikan sebelum campur tangan penjajah Inggeris Mahkamah Syariah /Kadi mempunyai bidang kuasa jenayah yang luas kemudiannya diperkecilkan oleh penjajah.

Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah ketika ini jauh lebih rendah dan kecil berbanding dengan bidangkuasa Mahkamah Awam / Sivil seperti Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret Kelas Satu (boleh menjatuhkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda 10,000 ringgit atau 12 kali sebatan atau gabungan ketiga-tiganya sekali.

Lebih tinggi sedikit daripada bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas 2 bidang kuasa jenayah boleh menjatuhkan hukuman penjara maksimum 12 bulan atau tuntutan ganti rugi 3,000 ringgit.

Disediakan oleh:

DR ABU BAKAR ABDULLAH, Pengerusi Penyelidikan MAPIT
Merangkap Pengerusi JK Khas Pelaksanaan Syariah DUPP

Tanpa PAS, gandingan Mahathir-Pakatan tak mampu tawan Putrajaya

Posted: 13 Jul 2016 03:38 AM PDT

DETIK DAILY
 



PETALING JAYA: Gandingan Pakatan Harapan (PH) dan parti baharu yang dikatakan akan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menjadi kuasa disegani, tetapi apakah ia mampu merampas Putrajaya?


Bagi Prof Madya Dr Jeniri Amir dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), usaha itu tidak akan berjaya tanpa penglibatan PAS.

Jelasnya, jika parti Islam itu tetap mahu bersendirian, sukar untuk mengalahkan BN.

Keadaan itu seterusnya akan membawa kepada pertandingan pelbagai penjuru yang menguntungkan Barisan Nasional (BN), tambahnya.

Bagaimanapun, beliau berkata pengaruh parti itu tidak boleh diketepikan.

"Umno tidak patut memandang rendah Dr Mahathir, ia (parti baharu itu) akan menjadi satu kuasa disegani, terutamanya jika mereka boleh berdepan BN dalam pertandingan satu lawan satu," katanya.

Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lalu bukan petunjuk terhadap kekuatan Dr Mahathir mahupun pembangkang kerana ada perbezaan PRK dan pilihan raya umum (PRU).

Bagaimanapun, Jeniri berpendapat, lebih baik Dr Mahathir dan orang-orang di kemnya menyertai salah satu daripada tiga parti komponen PH.

"Tidak mudah untuk sebuah parti baharu terus berkembang, lebih-lebih lagi dalam tempoh singkat sebelum PRU14.

"Orang akan mempersoalkan motif dan kredibiliti parti. Mereka akan bertanya mengapa sekumpulan bekas pemimpin Umno tubuh parti baharu hanya selepas mereka keluar dari Umno," katanya sambil menambah ada pihak yang akan menganggap ia agenda peribadi.

Lewat

Bagi Dr Wong Chin Huat pula, Dr Mahathir sepatutnya menubuhkan parti baharu sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, serta menurunkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz di Kuala Kangsar.

Jelasnya, tidak pasti berapa banyak sokongan yang akan diperolehi parti baharu itu dari Kedah dan Johor, tempat asal bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana sentimen akar umbi mungkin kini sudah hilang.

"Bagaimanapun, mereka tentu boleh mengharapkan sokongan dari Sabah, tempat asal bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal," kata Wong dari Institut Pulau Pinang, badan pemikir milik kerajaan Pulau Pinang.

"Saya rasa soalan utama ialah apakah model parti baharu itu," katanya yang meramalkan parti baharu itu menjadi parti "serpihan Umno" kelima, selepas Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Semangat 46 dan PKR.

IMP dan PKR adalah parti berbilang kaum, manakala Parti Negara dan Semangat 46 pula berasaskan kaum Melayu.

"Saya rasa parti baru Dr Mahathir kemungkinan besar akan menjadi sebuah parti berbilang kaum," katanya.

Bagaimanapun, Wong berkata penubuhan parti baharu itu adalah langkah tepat untuk Dr Mahathir dan pemberontak Umno lain kerana asas mereka berbeza daripada parti komponen PH.

"Amat sukar untuk mereka menyertai parti-parti Pakatan Harapan. Hanya ada sedikit sinergi, kerana DAP terlalu berbeza, Amanah masih baru, manakala PKR tidak sesuai untuk Dr Mahathir," katanya.

Semalam, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Dr Mahathir mungkin membentuk parti baharu yang akan bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang untuk menjatuhkan BN.

Daun ketum celup tepung pula di pasaran

Posted: 13 Jul 2016 03:35 AM PDT

DETIK DAILY
 



ALOR SETAR: Bagi meraih keuntungan, kini terdapat pula pihak yang dilaporkan menjual snek daun ketum sama seperti kerepek atau rempeyek daun bayam.Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah Mohammed Nazer Mustafa berkata perkara ini dikesan di Pulau Pinang.

"Cara penghasilannya ialah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek," katanya.

Katanya, beliau khuatir kaedah ini akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.

"Kita khuatir produk baharu ini akan menjadi 'test market' sebelum diperluaskan ke kawasan lain. Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak," katanya.

Pada masa sama beliau menyarankan agar kerajaan segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.

"Sekarang kita tak boleh ambil tindakan terhadap pengusaha ketum kerana menanam  ketum bukan merupakan satu kesalahan. Jika memetik daun ketum baru merupakan satu kesalahan.

"Jadi antara taktik yang pengusaha ketum gunakan ialah individu yang mahu membeli ketum, mereka perlu memetiknya sendiri. Dengan cara ini pengusaha tidak akan dikenakan tindakan undang-undang jika serbuan pihak penguat kuasa dilakukan," katanya.

Nazer berkata kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah, 40 orang a di Padang Terap, Kubang Pasu (17), Kota Setar dan Pokok Sena (13), Baling (10) dan Sik (1).

Malaysia meletakkan kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya tetapi bagi kebanyakan kes, pesalah hanya akan didenda.

Tiga calon pengganti Guan Eng…

Posted: 13 Jul 2016 03:32 AM PDT

Agenda Daily


dap-siewfook-tony-chontonh


Walaupun Lim Guan Eng berkeras mahu kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP selepas didakwa di mahkamah dengan tuduhan rasuah… akhbar-akhbar Cina bagaimanapun buat spekulasi beliau akan digantikan.

Terutamanya kedudukan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP kerana sudah melepasi tiga penggal dan walaupun kata putus samada pemilihan DAP diteruskan atau ditangguhkan dibuat September ini namun jika Guan Eng mahu digantikan ini tiga calon berpotensi.

Nama pertama adalah Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook dilihat paling berpotensi mengambil alih jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini dipegang Lim Guan Eng.

Walaupun begitu, Siew Fook dikatakan bukan calon pilihan utama buat Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain beliau, dua calon pengganti Guan Eng ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Tony kini merupakan Setiausaha Publisiti DAP sementara Chin Tong memimpin Biro Pendidikan Politik DAP.

Seorang pemimpin parti yang dihubungi Oriental Daily bagaimanapun berpendapat Siew Fook paling berpeluang menggantikan Guan Eng kerana tidak banyak pertikaian mengenainya selain mudah diterima 'aliran' dari negeri yang berlainan.

Berlainan dengan Chin Tong yang boleh menjadi strategis yang baik, Siew Fook pula mempunyai kekuatan sokongan akar-umbi.

"Jika ahli tidak menyokong (calon pilihan) Guan Eng secara membuta-tuli, maka Siew Fook merupakan calon yang lebih senang diterima sebagai setiausaha agung," kata pemimpin yang namanya tidak disiarkan itu.

Menurut pemimpin itu, Chin Tong bagaimanapun lebih digemari Guan Eng sebagai penggantinya diikuti Tony dan seterusnya barulah Siew Fook.

Jelasnya, Chin Tong lebih mudah dikawal dan keadaan itu bermakna Guan Eng masih boleh mempengaruhinya walaupun setelah melepaskan jawatan setiausaha agung.

Katanya lagi, Tony pula mempunyai personaliti dan pandangan tersendiri yakni tidak semestinya senada dengan Guan Eng.

Ujarnya lagi, Siew Fook dilihat sebagai murid bekas setiausaha agung, Kerk Kim Hock malahan personalitinya mirip Kim Hock yang dapat menerima semua pihak.

"Siew Fook mungkin tidak cukup baik dari segi memberi kata putus, tetapi beliau masih boleh diterima aliran yang berbeza dalam parti," katanya.

Selain itu, Siew Fook merupakan pemimpin yang diterima Pakatan Harapan, satu lagi faktor yang dikhabarkan membimbangkan Guan Eng.

Jika pemilihan DAP tidak ditundakan 18 bulan seperti yang dibenarkan perlembagaan parti itu, maka Guan Eng perlu melepaskan jawatan setiausaha agung pada tahun ini selepas menjawatnya selama tiga penggal.



Kerajaan Diminta Elakkan Al Fatihin Daripada Diviralkan

Posted: 13 Jul 2016 03:26 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memantau secara menyeluruh penyebaran akhbar digital, Al Fatihin, di negara ini yang diterbitkan Kumpulan militan Daesh.  

Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Lt Kol (B) Ahmad Ghazali Abu Hassan berkata tindakan itu adalah untuk menyekat langkah terancang Daesh daripada mendapatkan (merekrut) pengikut. 

"Mungkin tidak ada undang-undang yang menghalang untuk memuat turun (kandungan) akhbar itu daripada internet, namun saya berpendapat ia perlu dielak daripada diviralkan atau dikongsi menerusi media sosial," katanya. 

Pemantauan itu juga untuk mengenalpasti dalangnya, katanya kepada Bernama. 

Ahmad Ghazali diminta mengulas mengenai penerbitan akhbar berbahasa Melayu itu dalam format e-book atau digital yang dikesan baru-baru ini.

Edisi pertamanya mengandungi 20 halaman dilaporkan dilancar di Selatan Filipina 20 Jun lepas. 

"Apabila mereka menerbitkan risalah berbahasa Melayu, adalah jelas mereka mensasarkan rakyat negara kita dan saya rasa ia adalah rancangan jangka panjang mereka. 

"Selepas kedudukan mereka di Timur Tengah tergugat ekoran pertempuran dengan pasukan keselamatan negara-negara berkenaan dan pihak Barat, mereka cuba mengalih ke rantau ini untuk meneruskan agenda mereka," katanya. 

Sementara itu, pensyarah Pengajian Islam dan Sains Politik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El Muhammady berpendapat, Daesh yang menghadapi tindakan ketenteraan dari pelbagai negara telah menyebabkan mereka kehilangan ramai pengikut.

Katanya, ini memberi tamparan hebat terhadap psikologi mereka menyebabkan mereka berpendapat perlu beralih ke negara-negara yang kononnya berpotensi untuk memberi sokongan termasuk di Asia Tenggara. 

"Kawasan ini (Asia Tenggara) mempunyai penduduk Islam yang besar maka mereka melihat ia berpotensi untuk dijadikan 'base' mereka di masa akan datang jika mereka dihapuskan di Asia Barat," katanya. 

Justeru, beliau berkata penerbitan Al Fatihin tidak harus dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak kepada masyarakat, terutama golongan muda termasuk pelajar di peringkat sekolah dan universiti.  

"Perang propaganda mereka sudah bermula secara frontal, kalau dulu secara kecil-kecilan sahaja, tetapi hari ini mereka maju ke hadapan. 

"Jangan terkejut sekiranya selepas ini mereka mewujudkan saluran televisyendan menggunakan Youtube," katanya.

Rayani Air Akan Kembali Beroperasi?

Posted: 13 Jul 2016 03:25 AM PDT

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
 
 


PETALING JAYA: Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran membayangkan syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu akan kembali beroperasi.

Malah menurut sumber kepada mStar Online, Ravi masih boleh mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dengan membuat permohonan bagi mendapatkan lesen itu.

Ravi berkata, beliau kini dalam perancangan untuk menyusun barisan pengurusan baharu selain mendapatkan pelabur yang berpotensi.

Jelas Ravi, pengurusan tersebut akan melibatkan 'orang baharu' termasuk kakitangan sedia ada, masing-masing mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang penerbangan.

Ravi mendakwa, sebahagian daripada pekerja Rayani Air juga akan kembali berkhidmat menerusi pengurusan baharu yang akan dikendalikan pihak pelabur.

"Saya kini dalam perancangan untuk menyusun pengurusan syarikat yang lebih baik, dan akan dikendalikan pelabur berpotensi nanti.

"Saya bersedia untuk 'menghidupkan' semula Rayani Air. Saya akan mendapatkan ASL bagi membolehkan Rayani Air kembali beroperasi. Saya sedang usahakan," katanya kepada mStar Online.

Ravi bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh kerana katanya, usaha untuk mendapatkan ASL sedang dilaksanakan.

Pada 13 Jun lalu, Mavcom membuat keputusan membatalkan ASL milik Rayani Air kerana telah melanggar syarat-syarat lesen berkenaan selain kurang keupayaan dari segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Ia diikuti pembatalan Sijil Pengendali Udara (AOC) oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada hari sama.

Pada 2 Julai lalu, mStar Online melaporkan keputusan Mavcom membatalkan ASL milik Rayani Air adalah muktamad dan pembatalan itu tidak boleh dibuat rayuan.

Ini bermakna syarikat penerbangan itu perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan lesen baharu, bagi membenarkannya beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Mengenai pelabur, Ravi mendakwa terdapat beberapa pihak yang masih berminat untuk menyuntik dana dan menerajui pengurusan baharu.

Ditanya adakah permohonan baharu ASL akan dibuat, Ravi hanya berkata: "Apa yang penting sekarang adalah saya perlu memastikan Rayani Air kembali beroperasi. Syarikat penerbangan ini akan terus menyediakan perkhidmatan, isu tunggakan gaji dan bayaran balik tambang dapat diselesaikan."

Sehubungan itu, beliau berharap rancangan itu dapat dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak terutama kerajaan dan Mavcom.

"Saya juga perlu mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada pekerja, pelanggan termasuk NGO (badan bukan kerajaan)," ujar Ravi.

Jumaat lalu, mStar Online melaporkan Ravi memohon maaf kepada semua pelanggan dan pekerjanya kerana gagal melunaskan tunggakan gaji serta membuat bayaran balik tiket sebelum Aidilfitri, seperti yang dijanjikan.

Ravi berkata, penarikan balik lesen-lesen milik Rayani Air dibuat ketika urusan memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan itu, sehingga mengakibatkan tiada pelabur yang mahu memberi kerjasama.

Rayani Air menerima kedua-dua ASL dan AOC daripada DCA sebelum memulakan penerbangan sulung pada 20 Disember tahun lalu.

Bagaimanapun, ASL yang membolehkan pemegang lesen tersebut untuk menjalankan perkhidmatan penerbangan berjadual, seperti penerbangan komersial berjadual, kini di bawah tanggungjawab Mavcom, yang baharu ditubuhkan pada 1 Mac 2016.

Pada Isnin, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan Mavcom membatalkan ASL milik Rayani Air sebagai 'tergesa-gesa'.

26.6 Peratus Belia Malaysia Meluat Dengan Pekerjaan Sendiri

Posted: 13 Jul 2016 03:20 AM PDT

MSTAR ONLINE
 



KUALA LUMPUR: Kaji selidik terbaru SkootJobs.com mendapati 26.6 peratus responden yang terdiri daripada belia Malaysia tidak menyukai pekerjaan mereka.

Kaji selidik secara dalam talian itu, yang melibatkan lebih 15,000 belia berusia 18 hingga 35 tahun, juga mendapati 33 peratus daripada mereka bencikan pekerjaan masing-masing, manakala 25.3 peratus lagi menyatakan 'OK' dengan pekerjaan mereka.

Hanya 8.7 peratus mencintai pekerjaan masing-masing, manakala 6.1 peratus lagi menyukai kerjaya masing-masing, kata syarikat laman mencari pekerjaan itu dalam kenyataan pada Rabu.

Ketua pegawai eksekutifnya, Asim Qureshi, berkata: "Saya rasa keadaan kini semakin baik, tetapi kaji selidik ini menunjukkan bahawa masih banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan.

"Apa yang boleh saya katakan ialah, kami dapati kini majikan semakin tekun berusaha berbanding beberapa tahun lepas untuk menjual diri mereka kepada pekerja.

"Kami dapat melihat perkara itu dari segi kualiti iklan yang mereka siarkan kerana mereka menyedari bahawa sekiranya ingin membina pasukan terbaik, mereka perlu menarik bakat terbaik juga dan berusaha dengan gigih untuk mengekalkan bakat sedia ada."

Menurut David Fernandez, ahli psikologi yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman, dalam jangka panjang, perkara ini (pekerja yang tidak gembira dengan pekerjaan mereka) boleh menjejaskan majikan kerana produktiviti seseorang pekerja yang mencintai pekerjaannya adalah lebih tinggi daripada seseorang yang bencikan pekerjaannya.

"Sekiranya para majikan memberi lebih banyak perhatian terhadap statistik yang ada ini, ia tentu dapat banyak membantu dalam menangani tahap kes bunuh diri yang begitu membimbangkan di Malaysia. Ia merupakan punca kedua terbesar kematian dalam kalangan belia Malaysia," katanya.

Fernandez berkata cara paling mudah untuk mengatasi masalah pekerja yang tidak gembira dengan pekerjaan mereka ialah dengan membuat mereka berasa kehadiran mereka di tempat kerja adalah dialu-alukan dan memberi dorongan sewajarnya kepada mereka setiap masa.

Sementara itu, David Low daripada LaunchPad, syarikat yang mencari bakat tempatan dan asing, berkata majikan Malaysia perlu melihat perkara itu sebagai pembuka mata bagi mereka.

"Secara umumnya, di seluruh Malaysia, syarikat mengalami kadar pusing ganti pekerja yang tinggi dan perkara ini menjejaskan secara serius daya saing mereka.

"Kebanyakan syarikat menyalahkan sikap pekerja yang gemar menukar pekerjaan walaupun tawaran yang diterima tidaklah sebaik mana, namun mereka perlu sedar bahawa mereka juga menjadi punca utamanya kerana mereka tidak suka berbincang dengan bakat muda yang bekerja dengan mereka. Ini pun suatu kesilapan besar juga," katanya. - BERNAMA

SPAD gantung lesen Qistna Ekspress

Posted: 12 Jul 2016 09:50 PM PDT

 
Bas milik Qistna Ekspress merempuh 10 kenderaan di KM265.8 Lebuh Utara-Selatan Ahad lalu.
Bas milik Qistna Ekspress merempuh 10 kenderaan di KM265.8 Lebuh Utara-Selatan Ahad lalu.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas Qistna Express Sdn. Bhd.

Tindakan itu diambil berikutan kemalangan membabitkan bas syarikat berkenaan pada 10 Julai di KM265.8 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata, pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh semalam (12 Julai 2016).

Katanya, tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan.

Tegas beliau, SPAD memandang serius pematuhan keselamatan mandatori oleh pengusaha bas ekspres.

"Suruhanjaya (SPAD) percaya tindakan terhadap Qistna Express akan menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres lain untuk memastikan mereka sentiasa mematuhi Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD setiap masa bagi mengutamakan keselamatan pengguna.

"SPAD memberi jaminan kepada orang ramai pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas serta keselamatan jalan raya," katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Ahad lalu, sebuah bas persiaran milik Qistna Express merempuh sekurang-kurangnya 10 kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan selepas Terowong Menora-Ipoh kira-kira jam 3 petang.

Akibat rempuhan itu, dua dilaporkan cedera, manakala semua 28 penumpang dalam bas berkenaan selamat dan tidak mengalami kecederaan. -- MalaysiaGazette


LAPORAN AUDIT 1MDB, MANA SUARA ZAHID HAMIDI?

Posted: 12 Jul 2016 09:47 PM PDT

shahbudindotcom


Setelah berhari-hari sejak Sarawak Report membuat siri pendedahannya berkaitan Laporan Audit 1MDB yang masih dirantai Akta Rahsia Rasmi atau OSA, barangkali antara yang ditunggu-tunggu juga ialah apakah reaksi Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu.

Jika bersetuju bahawa laporan audit itu masih perlu diOSAkan, kenapa sehingga ini beliau kekal mendiamkan diri?

Bercakaplah dengan media atau tulislah sepatah dua ayat sokongan mengenainya di laman Facebook atau Twitter miliknya.

Kalau boleh bercakap mengenai IS, Daish, pengaruhnya di universiti dan visa berkaitan pengganas, mustahil Zahid tak boleh menyelit untuk bercakap mempertahankan keperluan Laporan Audit 1MDB itu terus diOSAkan sebagaimana yang sudah tiga kali dilakukan oleh Salleh Said Keruak.

Mungkinkah diamnya Zahid kerana dalam hatinya lebih banyak berakar perasaan tidak setuju laporan itu terus diOSAkan, tetapi tidak upaya berbuat apa-apa dan kerana lebih sayangkan jawatan serta kedudukannya dalam kerajaan?

Disebabkan berada dalam dilema, maka berdiam diri adalah sebaik-baik pilihan yang mampu dilakukannya.

Sekali fikir, memang merbahaya kepada kedudukannya jika Zahid cuba-cuba untuk berbeza pendirian yang boleh ditafsirkan sebagai tidak mempertahankan Najib berkaitan Laporan Audit 1MDB yang kini sudah menjadi bualan ramai berikutan pendedahan yang dilakukan oleh Sarawak Report.

Dengan cengkaman Najib dalam UMNO dan institusi awam yang semakin kukuh dan bagaimana beliau telah menyingkirkan musuh-musuh yang cuba menggugat kedudukannya, memang terlihat sukar untuk Zahid mengambil langkah menongkah arus.

Tetapi jika Zahid berfikir lebih daripada sekali, peluang bagaikan sedang terbuka luas untuk beliau melonjakkan dirinya dari segi sokongan rakyat jika segera memberanikan diri bersuara meminta agar Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada OSA.

Ia tidak bermakna, dengan berbuat begitu, beliau seperti mahu berbalah dengan Najib atau senada dengan Muhyiddin Yassin atau Ezam Mohd Nor yang lebih dulu membuat desakan demikian, tetapi kerana itulah yang terbaik dan dikehendaki rakyat buat waktu ini.

Sebagaimana Najib sendiri pernah meminta agar orangramai menunggu laporan audit dan Ketua Audit Negara, Ambrin Buang pada 7 Mac lalu yang penegasannya dinyatakan oleh Hasan Ariffin bahawa Laporan Audit 1MDB tidak lagi menjadi OSA setelah Laporan PAC dibentangkan di Parlimen, bermakna keberanian Zahid bersuara hanyalah sebagai membuktikan kerajaan benar-benar menepati janji-janjinya.

Keberanian Zahid itu, meskipun mungkin mula mencambahkan rasa curiga dan permusuhan Najib terhadapnya, namun percayalah, sokongan rakyat akan melimpah terhadapnya. 

Sokongan dalam UMNO juga tambah meningkat kepadanya kerana ketika ini ahli dan pemimpin UMNO seperti berada dalam keadaan "diluah mati emak, ditelan mati bapa" berkaitan laporan audit itu.

Mereka tahu dan sedar laporan audit itu mengesahkan adanya kesalahan dan salah laku dalam 1MDB, tetapi tidak berani bercakap apa-apa kerana tidak mahu dilihat tidak menyokong Najib yang sering dilencongkan sebagai tidak setia kepada parti dan ingin menjatuhkan kerajaan.

Namun demikian, secara senyap-senyap kian ramai yang sedar beban semakin berat yang diakibatkan oleh Najib kepada UMNO dan negara ini. Mereka juga sedar, selagi ada Najib, masalah parti dan negara akan berterusan dan tambah menyusahkan.

Mahu tidak mahu, isu Laporan Audit 1MDB ini adalah peluang yang sedang terbuka untuk Zahid. Dengan turut meminta ia dinyahkan daripada OSA, Zahid berpeluang meningkatkan sokongan ramai terhadapnya serta menonjolkan wajah kepimpinannya yang lebih diyakini rakyat.

Berbanding terus berdiam diri, tidak ada apa-apa yang berubah kepada Zahid.


Belum pun bentuk kerajaan, Pakatan Harapan mengaku gawat

Posted: 12 Jul 2016 09:42 PM PDT

 
 


Belum pun berjaya membentuk kerajaan, masalah dalaman Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Keasdilan Rakyat (PKR) , DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) kini semakin gawat dan perlu diselesaikan segera sebelum keadaan menjadi semakin rumit.

Pengakuan itu dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu menyataan media yang melihat kepimpinan politik gabungan itu terlalu terperangkap dengan kegawatan sesama ahli dan parti politik.

"Masalah ini mesti diselesaikan segera kerana dalam apa jua perkara, kepentingan rakyat mesti didahulukan.

"Melihat kepada kegawatan ini, pimpinan dalam Pakatan Harapan akan mengadakan satu pertemuan pada masa terdekat ini untuk mengkaji kelemahan kami dan mengatur strategi untuk mendapatkan semua sokongan rakyat," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Muhamad Sabu.

Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 Sept tahun lalu dan parti Pas mengambil keputusan untuk begerak sendirian kerana tidak sebulu dengan DAP dan parti ahli serpihannya, Pas.

Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat semalam turut membincangkan dengan mendalam pelbagai perkembangan dalam negara sejak gabungan itu ditubuhkan.

Selain itu pembentangan dan rundingan dengan rakyat mengenai Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang menyeluruh dipercepatkan supaya tumpuan kembali kepada rakyat.

Majlis Presiden Pakatan Harapan turut menyokong pendirian kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bahawa Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan sementara menunggu kes perbicaraan rasuahnya selesai.


Tiada ulasan: