Selasa, 26 Julai 2016

Biaqpila

Biaqpila


BERSIH 5.0 PULAK DAH

Posted: 26 Jul 2016 10:07 AM PDT





Polis larang demonstrasi Bersih 5.0 desak PM letak jawatan


KUALA LUMPUR: Polis tidak akan membenarkan sebarang penganjuran perhimpunan jalanan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur susulan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan perkara itu dan berkata negara ini mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi.
"Jika mereka (Bersih 5.0) merancang untuk pergi ke jalanan desak perdana menteri letak jawatan, itu tidak betul.

"Kita tidak benarkan kerana ada cara lain untuk meminta perdana menteri berundur mengikut undang-undang," katanya pada sidang media di Pulapol hari ini.
Khalid bagaimanapun berkata, mana-mana pihak termasuk Bersih 5.0 berhak untuk mengadakan perhimpunan kerana undang-undang membenarkan mereka berbuat demikian asalkan tidak bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman.
"Akta Perhimpunan Aman membenarkan perhimpunan diadakan tetapi hendaklah mengikut undang-undang itu. Jika perhimpunan dibuat tidak mengikut peruntukan kita tidak akan benarkan," katanya.
Terdahulu, Pengerusi badan reformasi pilihan raya Bersih Maria Chin Abdullah mengesahkan satu perhimpunan sedang dirancang susulan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat serta tindakan Jabatan Keadilan (DoJ) AS yang mahu merampas aset dibeli dengan dana didakwa dipesongkan daripada 1MDB.
Katanya, sekarang masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan diadakan, tetapi ia masih di peringkat perbincangan.

FMT

Tiada ulasan: