Selasa, 5 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Malaysia negara Islam paling istimewa di dunia...

Posted: 05 Jul 2016 04:00 PM PDT

 Selamat Menyambut Hari Raya kepada semua, minal 'aidil wal faizin.

 Kita di Malaysia menyambut Hari Raya hari ini, 7 Julai.

  Berbanding dengan dengan negara-negara Islam yang lainnya seperti Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Yaman dan Kuwait, mereka menyambut 1 Syawal pada 6 Julai. Kita di Malaysia lewat satu hari... kenapa?

   Ada yang kata, penetapan permulaan hari raya Aidilfitri berbeza setiap tahun dan dari negara ke negara bergantung kepada lokasi geografi ...

  Tetapi kenapa negara-negara kita, Indonesia, Singapura dan Filipina juga mengumumkan Rabu 6 Julai sebagai hari pertama Hari Raya.Selanjutnya di sini

 Arab Saudi yang dijadikan rujukan berbagai negara di dunia, lewat Mahkamah Agungnya (MA) menyerukan kepada semua orang, untuk "berburu" hilal mulai Senin, (4/7/2016) petang hari waktu setempat. 

 "Siapapun yang melihat bulan sabit (hilal), untuk melaporkannya ke pengadilan terdekat dan mendaftarkan testimoni atau laporan kepada otoritas di area masing-masaing," bunyi pernyataan MA Saudi lewat Saudi Press Agency, diwartakan Al Arabiya, Senin (4/7/2016).Baca lagi di sini.

  Tetapi yang membuatkan kemuskilan ialah, Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menentukan Hari Raya diMalaysia jatuh pada 6 Julai...sila rujuk Tarikh Hari Raya Puasa 2016 Aidilfitri di Malaysia

  Sangat janggal jika ada pihak lain pula yang lebih berotoriti daripada Jakim.

Tiada ulasan: