Ahad, 31 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pas macam Umno : Rosak tidak boleh dibaiki lagi!

Posted: 31 Jul 2016 07:20 AM PDT


   Wartawan Otai Subky Latif menyingkap sikap Pas dalam beberapa perkara yang kini menjurus kepada Politik Bunuh Diri. Menurut Subky, PAS tidak profesional dalam politinya pasca Langkah Kajang kerana menyisihkan dirinya daripada kumpulan pembangkang negara dan akan kehilangan Kelantan, dan mungkin hilang semua kerusi Parlimen...

    Selain mendedahkan beberapa kepincangan Pas, Subky turut menempelak mereka yang keluar dari Pas.

  "Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan." Tulis Subky. maknanya, ikut kata Subky, adalah haram meninggalkan Pas?? Subky menyarankan agar mereka bertahan dan bersabar dan membetulkannya dari dalam....

    Kita semua berharap, Subky sendiri yang masih bersama dalam Pas supaya dapat membetulkan mana-mana kesilapan Pas....

   Harap-harap Subky akan bersabar dan fastaqim bila menerima beberapa gelaran cercaan dan label-label penghinaan sebagaimana yang pernah kumpulan G-18 terima dulu...

  "Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala," pesan Subky tanpa menyedari bahawa mereka yang lari keluar dari Pas itu sebenarnya melarikan diri daripada 'Serigala Jadian' yang sedang bermaharajalela di dalam Pas setelah ketiadaan TGNA!

    Kumpulan G-18 telah lama cuba membetulkan Pas dari dalam tapi Pas adalah sama seperti Umno yang sudah tidak boleh diperbetulkan lagi,  bak kata bekas Timbalan PM Muhyiddin Yasin.

 Pas sudah tidak boleh dibaiki lagi melainkan Serigala Jadian itu dinyahkan!
Moga-moga PAS tidak bunuh diri 

BEBERAPA bekas pemimpin, justeru sayangnya pada PAS, sama ada meninggalkan PAS atau sekadar berjauhan dengan PAS, mengingatkan PAS supaya tidak terperangkap dalam politiknya menyisih diri daripada kumpulan pembangkang popular negara.

 Politik pasca Langkah Kajang dilihat PAS tidak profesional dalam politiknya, ia tidak ngam lama dengan PKR dan putus tahaluf dengan DAP. Sekalipun tahaluf dengan PKR belum batal tetapi tidak berapa ngam lagi.

  Punca retak PAS dikatakan tidak 100 peratus anti Umno BN dan Najib dan bertegas mengemukakan RUU355 sebagai usul persendirian sekalipun ia ditolak Pakatan Rakyat. Dalam perang mulut itu PAS terasa ia dihina.

 Apabila Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat, dan parti bekas pemimpin menggantikan tempat PAS, ia menolak jemputan PKR menyertainya kerana dalam pakatan baru itu ada DAP dan parti baru serpihan PAS.

 Apabila Dr. Mahathir melancarkan Deklarasi Rakyat tidak percayakan Najib ia enggan menandatanganinya dan apabila Dr. Mahathir bercadang membentuk parti baru bagi melebarkan lagi pakatan pembangkang yang ada, PAS lebih suka menjauhkan diri.

 Maka orang-orang yang sayangkan PAS tetapi menjauhkan diri dari PAS mengingatkan PAS supaya jangan terperangkap dengan politik barunya yang mereka kira sempit dan disamakan seperti membunuh diri.

 Ia dirasakan PAS akan rugi besar dalam PRU14 nanti jika bersendiri, bahkan Kelantan boleh terlucut. Mereka sarankan agar PAS kembali kepangkuan pembangkang apalagi ia akan digalak lagi dengan penampilan penyokong Umno anti Najib.

 Tiada nampak PAS tertarik dengan perkembangan baru yang disertai oleh Mahathir dan Muhyidin itu. Ia rela bersendirian supaya ia bebas memperjuangkan cita-citanya sekalipun ia tinggal seorang di Parlimen selepas PRU14 nanti.

 Mungkin apa yang diramalkan itu adalah nasib yang PAS tempah sendiri – kosong di Parlimen dan hilang Kelantan. Ia sedia bertanggungjawab atas apa jua gara-gara politik bersendiriannya. Tetapi jika satu kerugian, ia juga boleh merugi semua yang mencercanya.

 Jika PAS kecundang, barang yang dijauhkan Allah, Tetapi ia tidaklah menguntungkan orang yang meninggalkan PAS dan mencerca PAS. 
 Orang yang melarikan kerusi yang dimenangi melalui PAS dipercayai tidak mungkin berada di Parlimen lagi selepas PRU nanti. Bolehlah dikira MP Tumpat, Kuala Krai, Shah Alam, Parit Buntar adalah dalam perkhidmatan terakhirnya di Parlimen.

 Bahkan semua Adun yang lari itu tidak pula boleh diselamatkan oleh politik terbukanya. Malah MP Pokok Sena juga mungkin sedang berpolitik bunuh diri.

 Ketika Pusat Dagangan Dunia New York diserang dulu, PM Mahatahir tidak terus menyalah penyerang tetapi mahu Amerika dan dunia mengkaji puncanya. Dan jika PAS terperangkap dengan politiknya lalu merugikannya, tidak wajarkah semua mengkaji puncanya.

 Jika PAS berpolitik bunuh diri, janganlah fikir sekalian yang memencil dan memerangkap PAS tidak terperangkap dengan politik berpandangan jauhnya?

 Sekutu PAS dulu mungkin tiada tanggungjawab untuk menjaga kepentingan politik PAS, tetap reaksi PAS terhadap politik mengepungnya dalam pakatan pembangkang itu sama sekali tidak menjaga kepentingan politik masing-masing.

 Paling malang ialah orang yang melarikan diri. Jangan fikir melarikan diri itu menyelamatkan diri. PAS yang terperangkap itu akan dapat dibangunkan semula. Tetapi yang melarikan diri hendak ke mana? 
 Jika PAS dirasakan silap, tidak dihalalkan ia ditinggalkan. Tetapi bersabar membetulkannya dari dalam. Kambing yang lari selalunya diperhatikan oleh sang serigala. – HARAKAHDAILY 29/7/2016
Komen Ipoh Mali:

    Akhirnya otai dalam PAS Subky Abdul Latif terpaksa mengaku yg PAS amalkan Politik Bunuh diri... dan mengaku PAS akan kehilangan Kelantan, dan mungkin hilang semua kerusi Parlimen..

  Bagus lah sedar diri.. cuma penyakit org tua mcm Subky Latif sama mcm Haji Hadi.. Depa ego nak mengaku salah.. dah nak mati bunuh diri, taknak mati sorang2..depa dah tau depa dah terperangkap dan akan mati.. masih nak salahkan orang lain.. nak orang lain mati sama2 depa.. sebab yg lain takmau mati bunuh diri macam depa...

 Kata depa.. kalau depa mati, pemimpin yg keluar PAS juga akan mati, tak akan selamat... seperti mana ISIS membunuh kumpulan jihad yg lain jika tidak bersetuju dgn mereka....ni jenis perangai ISIS ngan Al-Qaeda.. depa hanya pikir berperang dgn cara Bom berani mati.. rakyat tak bersalah mati lagi ramai dari tentera musuh.. kami berfikir dengan perang secara taktikal dan rundingan.. kalau boleh taknak mati , dan tentera dan rakyat tidak terkorban.. takkan guna cara bunuh diri atau Bom orang awam..bukan nya mcm pengikut ajaran sesat, sanggup mati untuk tok guru depa, biarpun yg mati ramai orang awam mcm ISIS dan Al-Aqeda..he he..

 Cuma nak habaq kat Subky latif, kalau hat keluar tu mati pun.. depa mati ada harga diri dan maruah... Depa tak dibenci kawan2.. tak dibenci lain2 kaum.. tidak terjebak politik fitnah dan perkauman walaupun depa tak sempurna.. depa pertahankan hak semua kaum dan rakyat..bukan fanatik perkauman dan hanya pertahan puak sendiri..

  Tapi Kalau PAS mati, PAS akan terhina sebab sebelum mati dok Hina orang..Fitnah orang..cakap besar.. sebab mereka jadi semua org tak bersetuju dgn mereka sebagai musuh dan hinaan..

 Kata Subky Latif.. PAS akan bangkit semula.. Sorry la Pak Subky.. ia takkan berlaku, PAS akan berkubur terus.. orang yg bawa PAS bangkit di era PAS teruk dulu..PAS era kampung dulu, era PAS takde duit..takde pengikut tu dulu..semua dah keluar dari PAS.. depa ni dulu tinggal jawatan besar dan kemewahan hidup hanya untuk perjuangan PAS.

  Sekarang yg tinggal puak2 Khawarij yg tak pernah rasa susah.. depa datang2 terus hidup senang dgn elaun, jawatan, dan mudahnya depa berkuliah dalam masjid tanpa dihalau,tidak pernah pun dipenjara.. dapat duit dalam envelop setiap kali mengajar....dan depa takkan bangkit..

  Ostad2 ni boleh pengaruhi org keluar duit.. bila dah susah esok, ostad2 ni takkan keluarkan duit..depa bawa diri masing2 sama mcm era PAS susah dulu.. Kalau depa bangkit pun selepas mati, depa akan cuma jadi hantu yg menyusahkan orang kampung, ... bukan seperti bangkitnya roh orang mati Syahid...

RUU Pindaan Akta 355 : Sepatutnya menteri yang bawa rang undang-undang itu bukannya Hj Hadi

Posted: 30 Jul 2016 11:46 PM PDT

Dapatkan Mingguan Amanah yg berada
di pasaran sekarang.
 Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicadangkan supaya menarik balik rang undang-undang (RUU) peribadi yang beliau bawa ke Dewan Rakyat dan sebaliknya mendesak agar ia dibawa oleh pihak kerajaan.

 Cadangan itu dikemukakan oleh peguam yang juga peguam syarie, Dr Zulqarnain Luqman dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar mingguan Amanah yang berada di pasaran sekarang.

 Menurut bekas ahli Jawatankuasa Teknikal pelaksanaan kanun jenayah syariah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan, berdasarkan roadmap yang dibuat jawatan kuasa itu, sepatutnya menteri yang membawa rang undang-undang itu bukannya pembangkang.

 "Bagi saya, Marang kena tarik balik dan dalam masa sama mendesak kerajaan persekutuan membawa RUU ini untuk meminda Akta 355. Ia lebih munasabah dan rendah risiko untuk gagal," kata Dr Zulqarnain Luqman, peguam dan peguam syarie yang banyak mengkaji pelaksanaan undang Islam di Malaysia.

 Bagi beliau, risikonya jika usul ini tidak lulus mudarabnya lebih besar kepada bukan Abdul Hadi sahaja tetapi semua orang Islam dan institusi mahkamah syariah.

Dr Zulqarnain Luqman
Bagi beliau, presiden Pas itu tidak perlu malu untuk menarik balik usul itu kerana mudharatnya lebih besar kalau ia tidak berjaya diluluskan oleh parlimen apabila beliau yang membentangnya.

 "Ia bukan soal malu tetapi maruah mahkamah syariah dan orang Islam semuanya. Marang kena berjiwa besar. Kalau RUU Marang tidak lulus, hasrat Kelantan untuk melaksanakan KJS2015 hanya tinggal atas kertas sahaja dan boleh simpan di muzium," katanya.

 WAWANCARA KHAS dengan beliau boleh dibaca di mingguan Amanah yang berada di pasaran sekarang.

 Presiden Pas telah membentangkan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminta Akta 355 Mahkamah Syariah bagi membolehkan bidang kuasa mahkamah itu ditingkatkan setaraf dengan Mahkamah Sesyen sivil.

 Setelah tiga kali difailkan, ia berjaya dibentangkan kepada Dewan Rakyat selepas disokong oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

 Selepas ini, cadangan ini perlu dibahaskan dan diundi.

 Jika lulus, menteri perlu membentangkan RUU ini untuk bacaan kali kedua sebelum diundi dan diluluskan. 

 RUU ini telah ditentang keras oleh ahli parlimen bukan Islam dan juga yang beragama Islam termasuk menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang. 

Berdasarkan sejarah parlimen, hampir kesemua RUU yang dibentangkan kerajaan berjaya diluluskan manakala tidak ada lagi RUU yang dibentang melalui RUU Persendirian oleh pembangkang diluluskan oleh Dewan Rakyat.~ sumber

Tiada ulasan: