Sabtu, 2 Julai 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Betulkah Husni merajuk tidak dapat jadi Menteri Kewangan penuh?

Posted: 01 Jul 2016 05:30 PM PDT

  Selepas meletakan jawatan daripada menteri kabinet sehinggalah semua jawatan dalam Umno, bekas Menteri Kewangan ll, Husni Hanadzlah dilaporkan di sini, bahawa beliau mahu pergi ke Jordan untuk  belajar bahasa Arab, pengajian al-Quran dan hafazan ??

 Nampak pelik sunggoh dengan rancangan Husni ini.

   Kalau setakat nak belajar tiga bulan sahaja, dia boleh mengupah orang datang ke rumahnya untuk mengajarnya... Anak bini dia pun boleh belajar sama....

  Buat apa nak susah-susah mahu keluar negara sedangkan dalam negera ini belambak pusat Tahfiz. Guru-guru pun ramai untuk belajar bahasa Arab dan Quran.

 Husni sudah kaya raya, takkanlah Husni nak tinggalkan keluarganya di sini... Tentu diangkut sama keluar ... Duit banyak...

  Beliau jelas mahu lari dari keadaan yang panas di sekelilinganya di sini. Husni stress sebab orang akan tanya kenapa... kenapa ... kenapa...

    Dan kini soalan tambahan : Betulkah kamu merajuk tak dapat jadi Menteri Kewangan penuh?

  Husni mahu melarikan diri dari tanggungjawapnya untuk menjelaskan kepada para penyokongnya kenapa dia meletakan jawatan kabinetnya dan semua jawatan dalam Umno.

  Walaupun Husni telah membuat pertemuan dengan Umno Tambun pada malam Rabu lalu, beliau tidak memberikan penjelasan apa-apa mengenai perletakan jawatannya itu.

 Namun kini mula timbul cerita baru bahawa perletakan jawatan Husni Hanadzlah sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2 kerana merajuk??

 Khabarnya Najib telah menawarkan kepadanya Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyebabkan Husni berasa sangat kecewa kerana selama ini beliau sangat mengidamkan jawatan Menteri Kewangan penuh!

   Husni tentu tidak akan letak jawatan jika PM Najib melantiknya kejawatan Menteri Kewangan penuh...

Tiada ulasan: