WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- TERKINI : LIVE DARI 2 PILIHANRAYA:
- IPIC demands US$6.5b from 1MDB
- Husam Musa Terkini 2016" PAS Sendiri Hilang Arah Tuju Perjuangannya"
- GAMBAR -GAMBAR PRESIDEN PKR DI DUA PRK
- Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi
- LIVE UP DATES PRK KK DAN SG BESAR
- Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN, kata Mohamad Sabu
| TERKINI : LIVE DARI 2 PILIHANRAYA: Posted: 17 Jun 2016 06:47 PM PDT 9.00 am: Selamat bertugas kpd pegawai SPR di PRK Sg Besar & K. Kangsar hari ini dan selamat menunaikan tanggungjawab kpd semua yg aakan mengundi. 9.47 AM: Sejak awal lagi pengundi telah tiba awal RT @AsyrafAWANI Pengundi mula tiba di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar sejak pukul 7.30 pagi lagi @501Awanipic.twitter.com/kl9Y1yfH3A 9.50 AM...Kami mulakan persiapan terakhir di post mengundi dgn memohon restu Ilahi, semoga Allah memberikan kemenangan buat parti AMANAH....TAKBIR! HJ MOHAMAD YAHYA ![]() 9.57AM: Selamat mengundi warga Sg Besar dan Kuala Kangsar! 9.59 AM:Di bawah Akta Pilihan Raya, pondok panas tidak dibenarkan pada hari pengundian. Harap maklum kepada semua calon dan parti bertanding SILA REFRESH KOMPUTER ANDA UNTUK MAKLUMAT TERKINI.TERIMA KASIH. 10.03 AM: Not too late for every voter to make historic trip home to vote in 2most important by-elections in nation's history goo.gl/0OExbb 10.53 AM:Undi PAS membazir .... Jika mahu lihat UMNO/BN kecundang sila beri undi kepada Amanah. Perjuangan dan halatuju PAS sangat kabur ... Di Sg Besar... Dr Rani kempen berseorangan, jentera PAS tidak membantu UMNO pulak hanya kuat di Sg Panjang dan lemah di Sekinchan Di K Kangsar... Calon PAS tidak popular langsung dan dia bukanlah anak tempatan. Calon UMNO/BN kurang turun berkempen dan banyak cawangan UMNO yang protes secara senyap. Amanah yang mewakili PH di sokong dan di bantu kuat oleh Dr M, PKR dan DAP... walaupun pada permulaan nya Amanah nampak tercorot...namun sejak akhir akhir ini prestasi Amanah melonjak...dan tidak mustahil dapat memenangi PRK ini. Isu isu yang di bawa oleh Dr M dapat membantu sokongan daripada protes senyap ahli UMNO.. Oleh itu ..inilah peluang anda sebagai pengundi untuk menghantar mesej yang jelas kepada Najib. Undi lah Amanah. 10.58 AM: Adakah warna yg dipakai dan boleh digelar sami?? Lain kali lebai bila nak bercakap pandang dulu. 11.11AM: #terkini Peratusan keluar mengundi sehingga jam 10.00 pagi: #PRKSungaiBesar : 22% #PRKKualaKangsar : 24% 11.20 AM: ![]() 11.23 AM : Hanya 22 peratus yang keluar mengundi setakat jam 10 pagi hari ini. Mohon semua pemilih, ayuh datang. We need you ![]() ![]() 11.33AM: Sehingga jam 11 pagi, sebanyak 34 peratus sudah keluar mengundi bagi PRK Sungai Besar: SPR 11.35 AM: Petugas SPR menggunakan buggy car untuk membawa pengundi warga emas ke pusat mengundi SK Seri Utama ![]() 11.40AM: Asmah menunjukkan kad pengenalannya selepas membuang undi di PDM Sekolah Kebangsaan Sungai Limau hari ini. - Foto Sinar Harian ![]() 11.42AM: : Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11pagi : Pilihan Raya Kecil Parlimen Sg Besar : 34% - SPR ![]() SILA REFRESH KOMPUTER ANDA 11.47AM: SPR sasar 75 peratus http://bit.ly/1WSzsjD 11.51AM: ![]() Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat turut meninjau perjalanan proses pengundian di SK Seri Utama 1.10PM: Mohamad Asri A. Bakar (GAMBAR DARI FB) 28 mins near Kuala Kangsar ![]() ![]() ![]() SUASANA DI KUALA KANGSAR |
| IPIC demands US$6.5b from 1MDB Posted: 17 Jun 2016 06:07 PM PDT |
| Husam Musa Terkini 2016" PAS Sendiri Hilang Arah Tuju Perjuangannya" Posted: 17 Jun 2016 02:53 PM PDT |
| GAMBAR -GAMBAR PRESIDEN PKR DI DUA PRK Posted: 17 Jun 2016 05:09 AM PDT ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi Posted: 17 Jun 2016 04:55 AM PDT Warkah mahasiswa Al-Azhar untuk Tuan Guru Haji Hadi 17 Jun 2016 oleh Al-Filfilany Tuan Guru yang mulia, kami para mahasiswa sangat tertanya-tanya tentang tindakan, perancangan, strategi, dan hala tuju apa dan ke mana yang Tuan Guru sedang halakan kapal yang sedang dinakhoda. Apabila Pakatan Harapan di bawah Datuk Seri Dr Wan Azizah bersama semua Ahli Parlimen pembangkang utama dalam Parlimen membawa usul menolak belanjawan yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tuan Guru dan semua Ahli Parlimen PAS kecuali beberapa orang bertindak berkecuali. Begitu juga, apabila saya membaca jawapan Tuan Guru, ketika dipelawa Tun Dr Mahathir untuk gerakan Deklarasi Rakyat bagi menyingkir Najib Razak, Tuan Guru juga tidak bersetuju. Saya juga membaca tulisan Tuan Guru sebelum ini yang berpedomankan fatwa Al-Azhar dan ulama Syria yang menolak gerakan menjatuhkan pemimpin, kerana akan menggugat keamanan dan kestabilan negara. Bukankah situasi Mesir, Syria, dan negara Timur Tengah yang terlibat dengan 'Arab Spring' merupakan situasi yang berbeza dengan keadaan Malaysia? Satu persoalan pokok di dalam warkah ini, mengapa Tuan Guru tidak menentang isu 1MDB secara terang-terangan hingga memberi isyarat kepada Perdana Menteri bahawa rakyat menyampah dengan skandal syarikat bermasalah ini. Skandal 1MDB sedang disiasat oleh berbilang agensi antarabangsa, dan terkini telah mengundang saman arbitrasi di London, menuntut jumlah keterhutangan yang amat besar. Sekiranya Tuan Guru inginkan keamanan dan kestabilan negara, mengapa tidak menentang syarikat yang merosakkan dan menjatuhkan ekonomi dan maruah negara? Saya ingin menarik perhatian Tuan Guru terhadap apa yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tentang penjualan aset negara kepada China, persetujuan menandatangi TPPA, dan pelbagai kerosakan yang terjadi pada era Najib Razak yang menggugat keamanan dan kestabilan negara. Ramai melihat, mengekalkan Najib Razak lebih berpotensi menghancurkan negara. Namun kenapa Tuan Guru masih bertegas dengan pendirian untuk tidak kita turunkan Najib Razak dengan pelbagai kaedah dalam kerangka demokrasi yang boleh kita pilih tanpa kita bertindak seperti Arab Spring? Dalam keadaan harga barang meningkat naik, nilai Ringgit naik turun tidak menentu, kos sara hidup yang membebankan rakyat, 1MDB, hutang negara, kenapa perlu kita dahulukan berbincang soal perundangan? Bukankah lebih baik kita pilih fatwa penangguhan hudud yang dipilih oleh negara umat Islam lain bagi membangunkan kehidupan rakyat kepada satu keadaan selesa. Saya juga terkejut melihat di media sosial, apabila ada yang disaman oleh 'polis syariah' kerana berpakaian ketat dan sebagainya. Kenapa harus dilakukan pendidikan melalui penguatkuasaan undang-undang? Kenapa tidak dengan pelbagai kaedah dakwah lain yang sangat banyak untuk dipilih bersesuaian dengan keadaan rakyat dan negara ini. Sedangkan saman trafik dan polis rakyat tak mampu bayar, ini ditambah pula dengan saman oleh polis syariah. Akhirnya, rakyat hidup dalam keadaan susah hati dengan saman yang pelbagai, adakah ini keamanan yang dituntut? Maka saya mohon dengan kebijaksanaan, pengalaman, dan keilmuan Tuan Guru untuk memilih kaedah, fatwa dan mengistinbat ayat ahkam yang bersesuaian dengan waqi' atau situasi negara kita. *Al-Filfilany tidak menggunakan nama sendiri kerana masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. |
| LIVE UP DATES PRK KK DAN SG BESAR Posted: 17 Jun 2016 04:00 AM PDT Pihak team WRLR akan membuat live updates susana terkini bergambar dan juga maklumat melalui responden dan juga teman teman dari KK dan juga SG Besar...lawati WRLR esok jam 11 Pagi. |
| Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN, kata Mohamad Sabu Posted: 17 Jun 2016 03:49 AM PDT Mohamad Sabu memberitahu calon Amanah kini berada di depan berbanding BN dan PasMenjelang hari pengundian esok, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memberitahu sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan kini melepasi 50 peratus mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini. "Kita harap menang sahaja, sekarang ni 55/45 peratus, BN dibelakang kita, Pas dah jauh terkebelakang. "Kalau kita menang, Amanah akan teruskan keyakinan politik di kalangan pengundi dan penyokong baru yang akan menambah bilangan ahli kita kelak," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline. Beliau ditemui ketika menghadiri siri Kempen Tun Mahathir bersama grup Deklarasi Rakyat di Tali Air Lapan, Sekinchan pagi tadi. Dalam kempen yang berbaki hanya sembilan jam lagi sebelum malam ini,Pakatan Harapan katanya akan terus berkempen seperti yang telah dijadualkan. "Daripada hari penamaan calon kita (Amanah) hanya underdog, orang lihat calon kita terkebawah kerana Amanah parti yang belum lagi setahun usianya. "Bila bermula kempen kita tonjolkan calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kerja keras dalam kempen sudah nampak sokongan itu. Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka."Esok nak mengundi harapan kita begitu memberangsangkan untuk memotong BN kali ini di dua PRK," ujarnya.Mohamad mengakui kekuatan calon Amanah kerana kerjasama semua pihak terutama daripada NGO dan penyokong Deklarasi Rakyat. "Provokasi mengenai calon Amanah itu perkara biasa. Dalam keadaan BN yang terdesak mereka boleh provok apa saja, kerana mereka anggap polis tidak akan menunjukkan sikap yang adil. "Jika kami yang buat (provokasi) sama seperti mereka buat sudah ramai yang masuk dalam lokap sepanjang tempoh kempen ini," ujarnya. Pagi hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Malaysia Dateline hari ini melaporkan, Parlimen Sungai Besar menyaksikan wujudnya taktik kotor memfitnah Amanah dan Pakatan Harapan. Tinjauan Malaysia Dateline selepas Subuh tadi mendapati empat kain rentang tersebut digantung di persimpangan Jalan Parit 1 Barat berdekatan Masjid Makmuriah. Kain rentang bersifat provokasi itu dilihat rentetan daripada propaganda yang mengaitkan Amanah sebagai diperalat oleh DAP. Tertera ungkapan, "Pakatan Harapan? Pakatan DAP (Pan + DAP + PKR)", kain rentang itu turut menampilkan enam gambar tokoh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan. Mereka ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Turut ditonjolkan Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pakatan Harapan meletakkan calon Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad Termizi Ramli di Kuala Kangsar. |
| You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |

































Tiada ulasan:
Catat Ulasan