Tukar Tiub |
- SAJE NAK TANYA
- MENONTON APA MEREKA INI?
- JEMPUTAN MAJLIS BERBUKA PUASA
- BERITA BAIK DARI DAPUR JALALAN
- PATIN TEMPOYAK
- KULIAH KULIAH KULIAH
- KERJA MUFTI PAHANG
- SELAMAT BERBUKA
- DUA BEE BUKAN KAPIR HARBEE
- KENAPA TIMBUL KAPIR HARBI
- APA KERJA MUFTI
- PENSENJAJARAN SEMULA - POLITIK BARU
- NAJIB SELAMATKAN DIRI
- KES SELESAI
- SATU PERTANYAAN
Posted: 30 Jun 2016 08:00 PM PDT |
Posted: 30 Jun 2016 07:18 PM PDT |
Posted: 30 Jun 2016 06:30 PM PDT MAJLIS BERBUKA SUNGAI NIBONG MUAR JOHOR Majlis Iftar Ramadhan AMK Apache Sereng Motor Sport Tarikh : 03 Julai 2016 (Ahad) Tempat : 321, Jln Indah 12, mn Indah, Sg. Abong Muar. Bersama Sdr. Hassan Karin [Pengerusi Keadilan Johor] YB Jimmy Puah [Adun Bukit Batu] YB Lee Chean Chung [Adun Semambu] Sdr. Jordan Yap [Penyelaras PKR Zon Utara] YB Nik Nazmi Nik Ahmad [Ketua AMK Malaysia] Ust. Wanji Wan Husain [BIPPA AMK Malaysia] Sdr. Mohd Faizal Yusak [Ketua AMK Johor] Sdr. Mujahid Hasanuddin [Ahli Parlimen Bella] Dan Kelab Sahabat AMK Johor Apachee Sereng Motor Sport ------------ |
BERITA BAIK DARI DAPUR JALALAN Posted: 30 Jun 2016 06:00 PM PDT BERITA BAIK PATIN TEMPOYAK petang kelmarin ialah hari akhir gerai patin tempoyak petang kelmarin semua patin telah terjual habis - sold out COKOLAT LA GORDO cokolat la gordo dan tart nenas juga telah habis terjual ada seorang hamba allah telah memborong semua hamba allah ini diberitakan adalah pembaca tukar tiub kepada hamba allah ini dapur jalanan mengucapkan terima kaseh TERIMA KASEH kepada semua kawan kawan kepada semua kenalan kepada semua penyokong dapur jalanan yang telah membeli sambil beramal ribuan terima kaseh terima kaseh daun rotan jumpa lagi ramadan depan ---------- |
Posted: 30 Jun 2016 01:04 PM PDT TERUSKAN Bro tukartiub..dalam negara kapitalis ni disarankan terus jual ikan patin tu..kalau nk harapkan sponsor jenuh nak dapat.melainkan cukong2 besar bawak cek besar gabak sponsor tak ikhlas barulah tak payah niaga..kena ingat hala tujuan niaga ni dah betul menolong orang susah.. asalkan niat bukan buat untung semaksimum mungkin..gua support usaha murni ni bro on SELAMAT BERBUKA Ak46 on 7/1/16 COKOLAT LA GORDO Nak tanya ..saipa ..buh nama kuih AL gordo..saipa tak guna nama malaiyu.. cintai lah bahasa malaiyu.. Saja tanya jgn mare on SELAMAT BERBUKA Saiful on 6/30/16 KERJA YANG KITA SUKA pada pandangan saya, teruskan bniaga selepas bulan ramadhan ini. ini kerana terdapat kata kunci yg myatakan suka lakukan kerja yg kita suka. insyaAllah pada asalnya walaupun mula bniaga dgn berpayung, pniagaan boleh berjaya. boleh buka gerai kemudian restoran. ini akan mewujudkan peluang pkerjaan kepada para aktivis, petani, penternak ikan dan lain2. galakan juga makan ulam ulaman. jering petai kerdas. pucuk paku, jantung pisang, pucuk ubi. teruskan perniagaan ini. saya sokong. Sieg Heil... on SELAMAT BERBUKA Anonymous on 6/30/16 on 6/30/16 ----------- |
Posted: 30 Jun 2016 06:31 AM PDT |
Posted: 30 Jun 2016 05:42 AM PDT MUFTI PAHANG Umat Islam seluruh Malaysia perlu tahu Mufti Pahang merupakan Mufti paling besar dan suci di negara ini. Sebab selain daripada jawatanya sebagai Mufti Pahang..Beliau juga merupakan "Penjaga Tanah Suci Genting Hiland" ; kah3 on APA KERJA MUFTI Publish | Delete | Spam Anonymous at 3:03 PM ----- |
Posted: 30 Jun 2016 04:28 AM PDT SELAMAT BERBUKA PATIN TEMPOYAK hari ini hari akhir gerai patin dibuka esok kami tidak meniaga lagi tapi LA GORDO masih ada dan boleh dibeli dari studio radio bangsar utama apa pandangan kawan kawan apakah kami wajib terus niaga cari makan jual patin tempoyak untuk makan tengah hari di wilayah bangsar utama ini untuk pekerjaan sumber hidup aktivis agar dapat membuat kerka kerja yang kami suka buat bukan keraj kerja yang kami terpaksa buat untuk cari makan KUALA LUMPUR hari ini cerah berangin pagi tadi gua pergi chow kit beli buah dan rangka ayam buah untuk diri gua rangka ayam untuk jai dan ezi gua naik grab car pemandu anak muda india yang sopan dan ramah harga hanya 12 ringgit pulang gua ambil teksi harga tambang 15 ringgit nampak bezanya gua tahu apa yang sedang berlaku ada bergeseran antara uber grab dan teksi nanti gua tulis panjang BERBUKA PETANG INI spesial ada laksa sarawak ada mee kolopk ada patin tempoyak tapi patin belum sampai sampai ESOK DEMO ANTI ISRAEL esok petang jam 2:00 ada demo anti israel kami berhimpun di masjid tabung haji kawan kawan dijemput bersama gua akan bersama untuk bersetia kawan dengan warga palestin dengan warga tertindas seluruh dunia RAYA RAYA RAYA tak sampai satu minggu lagi aduh! macam semalam kita berpuasa cepat cepat cepat SELAMAT RAYA ------------- |
Posted: 30 Jun 2016 03:00 AM PDT |
Posted: 30 Jun 2016 02:15 AM PDT |
Posted: 29 Jun 2016 11:30 PM PDT APA TUGAS MUFTI Boleh sapa2 terangkan bidang2 kuasa, senarai tugas mufti di peringkat negeri masing2..kelabu asap aku.. Sbb orang islam terutama bani tamim ni kenal mufti harussani tan sri, mufti perlis dr MAZA ja..selangor, kelantan kadang2, p.pinang jarang2 keluar klu x sabit dgn isu cina jadi ketua menteri SEJAK 2008.. lepas TS mohd kosukun kalah dan dilantik menteri KPI.. Atau jawatan mufti yg bergred 52, 54, jusa cba, turus 123 ni tempat buat duit, atau bg hukum yg kena dkt gerombolan saja.. on PEMBACA JANGAN BUAT KERJA KURANG SOPAN Publish | Delete | Spam AF Global on 6/30/16 ----------- |
PENSENJAJARAN SEMULA - POLITIK BARU Posted: 29 Jun 2016 10:18 PM PDT PENSEJAJARAN SEMULA DAN POLITIK BARU Mukadimah saya kali ini ialah menerangkan sajelas mungkin : bahawa dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan TIDAK akan menang. Saya ulangi: tidak akan menang. Jangan sesekali menyimpan harapan. Jangan sesekali ada mimpi. Jangan sesekali ada angan-agan. Mustahil Pakatan Rakyat/Pakatan harapan akan menang dalam pilihan raya. Saya telah memberi pencerahan berkali-kali bahawa sistem pemilihan di Malaysia ini berat sebelah. Sistem pemilihan ini telah direka dan telah dibuat dengan niat berat sebelah. Sistem pemilihan yang berat sabelah ini telah dicantikkan dan dihalalkan oleh Parlimen. Sistem PRU yang diuruskan oleh Suruhanraya Pilihan Raya (SPR ) ini diwujudkan untuk memastikan parti United Malays National Organsiation akan terus menang. Ini hakikat ini bukan fitnah atau tohmah. Kita tidak perlu pergi jauh. Ingat kembali tuntuan BERSIH yang mahu DAKWAT KEKAL. Betul dakwat kekal ini disediakan. Betul SPR menerima pakai cadangan Bersih - cuma dakwat kekal yang disediakan oleh SPR dalam PRU13 TIDAK kekal. Satu Malaysia kena tipu. Terang-terang rakyat ditipu. Tidak ada dakwa dakwi. Satu tindakan pun tidak diambil kerana penipuan ini. Malah yang membuat laporan dakwat kekal yang tidak kekal ini - Mejer Zaidi - telah dibuang kerja. Ini fakta bukan tohmah. Bukan fitnah. Untuk sosok yang rasional dan berfikir - Episod Dakwat Kekal ini sahaja telah membuktikan bahawa pilihanraya di Malaysia ini satu sandiwara yang disusun untuk memastikan United Malaysia National Organisation akan terus menang dan berkuasa. Tetapi pasti ada yang tidak yakin dengan bukti peranan SPR yang menipu hanya melalui Episod Dakwat Kekal. Justeru saya cadangkan sila baca Laporan Tribunal Rakyat Bersih. Dalam Tribunal Rakyat PRU13 yang diumumkan oleh Bersih kepada dunia pada 24 March 2013 - kita akan bertemu bukan berpuluh malah beratus-ratus kes penipuan yang dijalankan secara terancang untuk memastikan United Malays National Organistaion akan menang. Kita telah melihat apa yang berlaku dalam PRU13. Kita melihatkan apa yang sedang berlaku kepada Najib Rosmah. Kita sedang melihat dan membaca tentang tim FBI yang sedang menjalankan siasatan keatas ke 1MDB. Membaca bagaimana beberapa 'orang suruhan' Najib mula menghilangkan diri. Kita membaca bagaiaman Wall Street Journal - media besar dari Amerika terus menyerang Najib Rosmah. Rakyat Malaysia juga diberitahu melalui media Amerika bagaimana rasuah dan penipuan telah dijalankan oleh Riza Aziz dan Jho Low untuk merembat dana 1MDB. Riza ialah anak Rosmah. Kita juga membaca bagaimana Ghani Patail diberhentikan. Kita juga membaca bagaimana Ketua SPRM berhenti tiga tahun lebih awal. Kita juga membaca tentang kes Zeti di Bank Negara. Kita juga membaca bagaimana pegawai tinggi SB ditukarkan dari PDRM ke Jabatan Perdana Menteri. Kita juga membaca bagaimana Kevin Morais dibunuh. Kita juga membaca dan menilai suasana politik negara terutama dengan terrsingkirnya Muhyiddin dan Mukhriz. Kita semua sedang membaca bagaiman ratusan cawangan United Malays National Organisation telah meluluskan resolusi menuntut Najib meletak jawatan. Semua berita ini - semua babak-babak politik ini adalah latar belakang PRU14. Semua ini mempengaruhi PRU14. Semua ini meyakinkan saya bahawa PRU14 akan dijalankan nanti adalah PRU yang paling kotor - lebih kotor dari kotor. Lebih jijik dari jijik yang menjijikkan. PRU14 adalah titik tolak dimana pemilihan dan pengundian di Malaysia akan berlandaskan kepada dua pekara. Pertama: kuasa duit. Kedua: penipuan. Dalam PRU14 ini nanti Najib Rosmah akan menggunakan duit dan tipu untuk memastikan United Malays National Organistaion terus menang berkuasa. Mustahil Najib Rosmah akan membenarkan Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan memenangi apa apa. PRU14 ini adalah PRU dimana Najib Rosmah bukan hanya boleh memperlekeh Mahathir Muhamad malah Najib boleh berkata kepada Mahathir Muhamad - fuck you Mahathir... Aku menang besar...so shut the fuck up. PRU14 yang akan datang ini akan membuktikan kepada Mahathir bahawa Najib Razak - Mugabe Malaysia - masih popular, masih disanjung dan diangkat oleh rakyat Malaysia sebagai pemimpin negara. Pada ketika saya menggarap tulisan ini Najib Rosmah tidak lagi memikirkan tentang kesejahteraan rakyat Malaysia. Tidak lagi menghitung dasar yang terbaik untuk umum. Najib Rosmah tidak lagi berfikir bagaimana hendak membuat dasar dalam dan luar negara yang akan membawa laba kepada negara. Tidak. Tidak. Tidak. Semua ini bukan dalam perkiraan Najib Rosmah. Ketika ini - yakinlah - Najib Rosmah hanya berfikir untuk terus berkuasa. Jika Najib hilang kuasa jawapannya ialah Najib dan Rosmah akan ditangkap. Najib akan didakwa didalam dan luar negara. Tim FBI hanya menunggu masa dimana Najib tidak lagi dilindungi oleh kuasa negara atau hubungan diplomatik.Ini hakikat. Ini fakta bukan fitnah atau tohmah. Justeru Najib Rosmah akan menggunakan duit dan penipuan untuk memastikan dalam PRU14 - gerombolan yang dikepali oleh Najib Rosmah akan menang menang besar. Mustahil pembaca tidak memahami latar yang saya lakar ini. Dari latar ini saya mencadangkan kita - Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan melakukan pensejajaran semula - realingment. Tujuan pensejajaran semula ini ialah menggalang satu perserikatan yang maha besar untuk satu tujuan. Bukan untuk memenangi PRU14. Bukan untuk mengagih-agih kerusi. Ini kerja kemudian. . Pensejajaran semula ini bertujuan untuk menyingkirkan Najib Rosmah dari kuasa. Ini satu ajenda induk - yang akan merungkai kekalutan politik ekonomi Malaysia. Dari pensejajaran semula akan timbul persoalan Parti Islam - Pas. Dimana letaknya parti ini dalam pensejajaran semula ini. Pada hemat saya - Parti Pas pada ketika ini sedang bersedia dan telah bekerjasama dengan United Malays National Organisation. Jika saya Najib - maka Pas akan saya jadikan alat yang cemerlang untuk menghuru harakan pihak yang menentang. Pas tidak akan masuk ke dalam Barisan Nasional. Peranan Pas lebih cantik dan indah diluar Barisan. Najib akan mengula-gulan Hadi dengan kesah Nabi, bidadari dan syurga . Najib akan berwirid dan berhana na dengan Haji Hadi sambil Hadi bersurah tentang hudud dan potong tangan. Semua ini akan memberahikan nafsu Haji Hadi Awang. Apabila PRU14 sampai - saorang Tok Arab akan mengeluarkan zakat kepada parti Pas atas nama Islam. Atas nama Sunnni wal Rasuah. Atas nama kesatuan ummah. Duit zakat yang bertimbun-tihun ini akan membolehkan parti Pas bukan sahaja membeli bendera baru, bukan sahaja membeli pejabat baru malah Pas akan bertanding diseluruh negara. Jika Najib meminta Hadi bertanding di Paris atau Brixon pun Hadi dan parti Pas akan hangguk kepala- bersetuju. Saya pernah menambah pandangan Karl Marx. Mengikut pandangan Karl Marx sejarah manusia ialah sejarah perjuangan kelas. Saya tambah sadikit - sejarah perjuangan manusia ialah sejarah perjuangan kelas dan sejarah pembelotan. Hakikatnya Pas dibawah pimpinan Hadi telah belot. Ini bukan tohmah. Ini bukan fitnah. Ini fakta. Apakah ini bermakna dalam pensejajaran semula ini Pas tidak bersama? Tidak. Dalam pensejajaran semula ini sesiapa sahaja yang mahu menyingkirkan Najib Rosmah dari tampuk kuasa akan diajak bersama. Hadi yang melantik dirinya sebagai penasehat Najib Rosmah pastilah dibaca sebagi musuh. Bagitu juga Nik Abduh dan beberapa bengolan lagi yang amat bersedia membuka seluar dan jubah untuk bersama dengan United Malaya National Organisation. Hakikatnya bukan semua pemimpin Pas setuju dengan apa yang dibuat oleh Hadi. Bukan semua ahli parti Pas menyokong langkah Hadi berbaik baik dengan Najib. Tidak semua ahli Pas mendapat dedak. Hari ini parti Pas bukan lagi monolitik. Parti ini tempang, berdarah dan terumbang ambing. Keputusan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar jelas membuktikan bahawa Pas tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu saperti dalam PRU13. Parti Amanah sedang bersedia untuk menjadi wadah perjuangan baru kepada ahli Pas yang bosan dan kecewa dengan Hadi. Dalam pensejajaran baru ini bukan hanya dijemput PKR, DAP , AMANAH, PSM, PRM - malah kita menjemput semua parti politik termasuk Pas, MCA , MIC , Gerakan dan juga United Malaya National Organistion sendiri. Kita juga menjemput semua NGO dan NGI. Saya cukup yakin ramai ahli MIC, MCA, Gerakan, Pas - yang sedar akan jenayah yang telah dilakukan oleh Najib Rosmah. Ramai dari ahli parti ini yang berfikir dan rasional. Mustahil kesemua ahli parti parti ini bebal bodoh dan makan dedak. Lihat bagaimana United Malays National Organisation sedang retak bukan hanya dengan penyingkiran Muhyiddin dan Mukriz. Kewujudnan Gabungan Ketua Cawanghan Malaysia (GKCM) pada ketika ini sedang membara. Jika dikipas dan dibubuh minyak kemungkinan GCKM ini berpotensi untuk membawa satu perubahan dalam United Malays National Organisation. Hakikatnya jika penggalangan baru ini dapat diwujudkan, maka satu ombak rakyat yang maha besar dapat bergerak dengan induk - singkirkan Najib. Pada tahap ini kerusi apa untuk siapa? Berapa kerusi aku? Berapa kerusi kau? Siapa bakal PM? Siapa jadi menteri adalah cakap-cakap bodoh yang tidak berpijak dibumi nyata. Berpijak dibumi nyata ialah menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan tidak akan menang dalam PRU14 - yang akan dijalankan dengan penipuan. Dalam sejarah negara dunia ketiga tidak ada - saya ulangi lagi sekali - tidak ada pertukaran kerajaan melalui pilihan raya. Di Malaysia ini - telah saya buktikan dengan rujukan kepada Pilihan raya Kerajaan Tempataan. Terbukti - jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa pilihan raya akan diharamkan. Selamat hari Raya. (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 -------- |
Posted: 29 Jun 2016 09:40 PM PDT TT TELAH MENULIS NAJIB AKAN LAKUKAN APA SAHAJA UNTUK SELAMAT DIRI TAK PERCAYA LAGI KE? 'Bebas Guan Eng, Tangkap Najib' bergema di himpunan nyalaan lilinPemimpin dan ahli DAP berkumpul di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang malam tadi untuk menuntut pembebasan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan di premis itu bersama dengan Phang Li Khoon, pemilik sebelumnya banglonya di Jalan Pinhorn pada pukul 6 petang semalam. Pemimpin utama DAP Pulau Pinang termasuk Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy dan Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng, Danny Law dan Chong Eng dilihat di kalangan orang ramai. Naib Presiden Parti Amanah Negara, Mujahid Yusof Rawa tiba selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Bukit Gelugor, yang sepatutnya turut dihadiri Guan Eng. Laungan "Bebaskan Guan Eng" dan "Hidup Guan Eng" kedengaran di kalangan orang ramai. Mereka juga melaungkan "Tangkap Najib, tangkap Jho Low", merujuk kepada Najib dan rakan keluarganya, anak kelahiran Pulau Pinang yang dikaitkan dengan isu 1MDB, Low Taek-Jho. SIAPA ADA MIMPI MIMPI SIAPA ADA ANGAN ANGAN NAK MENANG PRU14? SAJE TANYA MANA TAHU BULAN PUASA ---------- |
Posted: 29 Jun 2016 09:00 PM PDT KELMARIN DI MAHKAMAH PERSEKUTAN PUTRAJAYA Rayuan k'jaan ditolak, bekas tahanan ISA dapat RM5.16 jutaMahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan oleh polis dan kerajaan terhadap kuantum ganti rugi am diarahkan supaya dibayarkan kepada lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri semasa era Reformasi pada tahun 2001.Mahkamah tertinggi negara itu juga mengekalkan pampasan RM10,000 sehari yang diberikan kepada lima mereka sepanjang tempoh penahanan mereka yang menyalahi undang-undang. Setiap mereka dikurung dari 41 hingga 53 hari, iaitu ketika dalam jagaan polis sebelum dipindahkan ke pusat tahanan Kamunting. Mereka adalah Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua, ADUN Hulu Klang Saari Sungib, aktivis Hishamuddin Rais, bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Amin Baharom dan Badaruddin Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Din. Pampasan itu bagaimanapun tidak meliputi tempoh dua tahun ketika mereka ditahan di kem Kamunting untuk tahanan ISA, selepas dilabel sebagai pengganas pada masa itu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai. "Kami menolak rayuan," kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, yang mempengerusikan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan. "Keputusan oleh Mahkamah Rayuan dikekalkan," katanya. Mahkamah juga menganugerahkan kos RM30,000 kepada kelima-lima mereka selepas menolak rayuan itu. Hakim lain yang bersidang sama adalah Mahkamah Persekutuan Tan Sri Ahmad Ma'arop, Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Dengan keputusan hari ini, jumlah keseluruhan yang kerajaan perlu bayar kepada lima tahanan itu dijangka berjumlah RM5.16 juta. ---------- |
Posted: 29 Jun 2016 08:30 PM PDT DUIT DARI SIAPA Tahniah tt, tc, dan 3 lagi. 2001 ke 2016 adalah 15 tahun yang panjang untuk akhirnya melusuri hingga ke titik noktah satu hikayat yang liku-likunya seribu satu dan berpagarkan onak-onak tajam lagi kejam. Cuma satu persoalan di benak para pembaca, jika diberi pampasan 1 juta atau beberapa juta kepada kamu ber5 oleh kerajaan najib, adakah juta itu datang dari: a)wang derma 2.6bilion, maka kamu tt terjebak sama mengumpul harta dari apa yang diheboh sebagai skandal pengubahan wang haram, atau b)wang cukai gst, maka kamu tt terjebak sama meratah wang dari hasil keringat rakyat, atau c)wang dari poket, eh handbag birkin kak mah, maka kamu tt ternyata selama ini terjebak skandal dengan kak mah kahkahkah tanya je jangan marah on TADI KAMI BUAT SEJARAH Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/29/16 ------------ |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan