Tukar Tiub |
- PETAI NERING IKAN BILIS
- SATU LAGI PROJEK BODOHKAN MELAYU
- SIAPA PENYANGAK INI?
- DIN AYAM KENA PENAMPAR
- SURAT ANAK TENTANG AYAH
- AL- FATIHAH
- KEMATIAN TAMAT PERJUANGAN
- PAS SALEPAS NIK AZIZ JADI PIS
- SELAMAT BERBUKA
- SILA KLIK IKLAN
- SELAMAT BERPETAI
- KRISIS EROPAH
- DUIT ZAKAT PUN KENA KEBAS
- SESUDAH KUALA KANGSAR
- PELIK AMAT PELIK
- TEPAT DAN BETUL
- BERHUDUD HUDUD
- BETUL KE BERITA INI
Posted: 22 Jun 2016 07:57 PM PDT DIMANA BOLEH DAPAT PETAI NERING? MAMANG SEDAP Nering ni mmg seadap TT..tiap2 tahun balik raya mesti ada benda ni buat masak tumis ikan bilis cicah dgn lemang...thorbaik.. on SELAMAT BERPETAI Publish | Delete | Spam Khairil Annas Mohd Ayob on 6/22/16 TUMIS IKAN BILIS Nering ni terbaik buat tumis ikan bilis on SELAMAT BERPETAI Khairil Annas Mohd Ayob on 6/22/16 DENGAN LEMANG Nering ni mmg seadap TT..tiap2 tahun balik raya mesti ada benda ni buat masak tumis ikan bilis cicah dgn lemang...thorbaik.. on SELAMAT BERPETAI Khairil Annas Mohd Ayob on 6/22/16 ----------- |
SATU LAGI PROJEK BODOHKAN MELAYU Posted: 22 Jun 2016 07:38 PM PDT |
Posted: 22 Jun 2016 07:00 PM PDT |
Posted: 22 Jun 2016 06:30 PM PDT INI TAK BETUL OTAK ROSAK BUKAN KERANA SEDANG PUASA OTAK MERENG KERANA PERNAH KENA PENAMPAR DI LOW YATT TAK CAYA TANYA USTAZ WAN JI KWSP haram: Mungkin otak Zaharuddin tak betul kerana puasaShamsuddin berkata, tanpa KWSP, pekerja tidak akan mempunyai wang untuk digunakan ketika mereka bersara. PETALING JAYA: Dakwaan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad kononnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sistem zalim dan haram di sisi Islam adalah tidak berasas dan ekstrem. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan menegaskan dakwaan itu dibuat tanpa mempertimbangkan manfaat KWSP yang dihargai ramai pesara. "Sekurang-kurangnya mereka mempunyai simpanan apabila bersara. Tanpanya, sesetengah daripada kita tidak akan berduit ketika bersara dan itu satu malapetaka. KAH KAH KAH INI DIN AYAM DIA PERNAH KENA PENAMPAR DI LOW YATT BUKAN KERANA TENGOK PORNO ADA KES LAIN INI FAKTA BUKAN TIPU ---------------- |
Posted: 22 Jun 2016 06:00 PM PDT Y.A.B.Najib Pejabat YAB Perdana Menteri Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. PENJAGAAN ANWAR IBRAHIM SEPENUHNYA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR ATAS FAKTOR KESIHATAN YANG MEMBIMBANGKAN Pada tarikh 15 Jun 2016 Anwar Ibrahim dikejarkan ke hospital kerana mengadu kesakitan di bahagian belakang. 2. Semalam, pihak keluarga dimaklumkan tentang penangguhan rawatan Magnetic Resonance Imaging (MRI) disebabkan tekanan darah yang masih tinggi dan tidak sesuai untuk prosedur MRI. 3. Berikut merupakan senarai faktor yang dikenalpasti menyebabkan tekanan darah yang tidak stabil : * Setelah berbelas laporan perubatan termasuk laporan daripada barisan panel doktor yang dilantik oleh kerajaan, yang dipinta adalah penjagaan rapi menepati keadaan beliau yang uzur di umur menjangkau 70 tahun, di hospital sepenuhnya. Malangnya, Anwar Ibrahim mengalami pemindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik. Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu. * Beliau sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala yang secara optimalnya sementara menunggu pelaksanaan pembedahan reverse shoulder replacement yang ditawarkan oleh Georgetown University, untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot. * Wujudnya ketumbuhan dalam ginjal. 4. Perlu diingat, semasa mula-mula ditahan, Anwar hanya mengalami 'frozen shoulder.' Namun, kerana penahanan yang berlangsung di dalam lokap tanpa katil buat bulan pertama dalam tahanan, sebelum dipindahkan ke ruang yang lebih selesa, kecederaan bahu beliau semakin runcing. Fisioterapi yang jarang-jarang berlaku, memandangkan keengganan pihak penjara menghantar Anwar ke hospital untuk rawatan intensif (seperti tahun-tahun 1999-2004) akhirnya menjadikan kecederaan bahu bertindan dengan sakit tulang belakang yang berulang. Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda yang bakal mencecah umur 70 tahun. 5. Justeru, saya kira Anwar Ibrahim yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun. Besarlah harapan saya sekeluarga agar pihak tuani mempertimbangkan agar Anwar Ibrahim dibenarkan dirawat di hospital sepenuhnya sehingga beliau mendapat ruang menjalankan pembedahan kelolaan Georgetown University. Yang benar, Nurul Izzah Anwar ----------- |
Posted: 22 Jun 2016 01:01 PM PDT Pakistani Sufi singer shot dead in KarachiOne of Pakistan's most famous and respected musicians, celebrated for devotional songs from a centuries-old mystic tradition, has been shot dead by Taliban gunmen in Karachi. Amjad Sabri, 45, was shot by two men on a motorbike as he drove through a congested area of the port city on Wednesday, Allah Dino Khawaja, the regional police chief, told Reuters. A relative travelling with the musician was injured but survived. --- ------------ |
Posted: 22 Jun 2016 06:54 AM PDT |
Posted: 22 Jun 2016 05:00 AM PDT PAS SALEPAS TOK GURU pas ini hilang arah selepas tok guru wafat...dulu amar makruf nahi mungkar...sekarang cash is king...manusia biasalah...ada kelemahan...ada kelemahan duit...kelemahan saf batin..kah kah kah.mereka guna lah mana mana yang sesuai...tak.kira apa kelemahan...tok guru payah pasal tinggal pun rumah biasa...susah runding...saya respek tok guru sebab buat serupa cakap...yang puak puak tarbus sekarang sama sama geng perompak...tak guna...selagi DUIT jadi GOD...maka JIB is Prophet lah kah kah kah..mudah.com.my kah kah kah on TANYA MAT SOTONG DULU Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/21/16 ------------- |
Posted: 22 Jun 2016 04:00 AM PDT SELAMAT BERBUKA hari ini cuaca masih molek awal pagi sejuk depan dan belakang bilik gua ada hutan belukar yang tebal bukan main sibuk ayam utan berkokok tak susah sudah tapi suara ayam hutan ini tak seindah ayam kampong petang ini gua mahu keluar tapi gua tak tahu nak gi mana gua nak cari bazar ramadan nak buat sibuk nak nak jadi ramai esok gua story SELAMAT MAKAN BETUL KE RAYA LAGI 14 HARI? SAJE TANYA NAK MARAH MARAHLAH ----------- |
Posted: 22 Jun 2016 03:30 AM PDT DERMA DAPUR JALANAN iKLAN jika anda lihat ada iklan sila klik iklan itu iklan dalam blog ini tanpa pembaca klik ianya menjadi iklan percuma duit dari iklan dihadiahkan kepada dapur jalanan ----------- |
Posted: 22 Jun 2016 02:00 AM PDT PETAI NERING Tudia, petai nering ni boleh didapati di kawasan hutan Kroh, Gerik, Lenggong dan Baling. Persekitaran Gunung Inas. Biasanya buah petainya sama mcm petai biasa. Atau lebih kontot sikik. Bezanya bila sudah tua, kulit disekitar bijinya mengeras padat dan bewarna hitam mcm biji ciku. Bijinya kecil, adakala membesar spt separuh biji buah laici. Perlu dikacip hujungnya yg bujur dan disemai terlebih dahulu beberapa hari untuk melembutkan kulit dgn kaedah pencambahan. Semai atas tanah dlm pasu saja pun boleh. Kendian bila kluar tunas, barulah kulitnya menjadi lembut. Time ni la kumpul banyak-banyak utk tugasan mengupas kulit biji. Bila dikupas dan dikumpul, nampak mcm tauge hijau besar pulak. Ada yg panggil petai kerayong. Petai ini rasanya lebih enak berlemak dari petai biasa. Rasa mcm petai lemak dan kacang pistachios. Pada saya, ianya tak berbau hancing dan haring lps makan. Sayang sekali, petai ni susah jumpa di pasaran secara komersial. Mungkin di Sabah Sarawak ada juga. Bukan pupus, on BETUL KE DARAH TINGGI? Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/17/16 JERING MUDA Lu ni TT, makin lama makin melampau la. Jering pulak dah.. kenuak lu x mau ka? Jering muda, jering jeruk, kenuak muda, kenuak jeruk, petai jeruk, bua nenering lagi best. Sapa besa kene buah nenering.. petai jatuh nombor 2 la.. mana nak cari nenering ni.. lu cari sendirik la.. kahkahkah.. padan muka.. on SELAMAT BERBUKA Publish | Delete | Spam Anonymous on 6/1 ----------- |
Posted: 22 Jun 2016 01:00 AM PDT ESOK HARI PENENTUAN pungutan suara akan diadakan di UK esok 23 jun 216 ini bertujuan untuk menentukan sama ada UK akan terus dalam EU atau Uk keluar dari EU hari ini ada 28 buah negara eropah dalam perserikatan EU tim tukar tiub menyokong rakyat UK untuk meninggalkan EU ini kerana projek EU ini sama saperti projek TPPA dimana malaysia telah dipaksa masuk semua negara dalam EU semua negara dalam TPPA akan jatuh ke dalam jaringan kaum pemodal zionis-anglo-amerika bila UK keluar dari EU maka projek ini akan retak projek new world order akan retak pecah dan gagal cukup senang untuk kita memahami mana yang lebih baik keluar EU baik atau terus dalam EU baik lihat sahaja siapa yang sokong untuk UK terus dalam EU - george soros - syarikat kereta jaguar - kesatuan syarikat kilang - akhbar financial times - majalah economist - IMF - world bank semua ini mewakili kepentingan pemodal apa yang baik untuk pemodal pasti tidak baik untuk kaum buruh apa yang pemodal sokong kita jangan sokong keputusan esok memberi impak yang amat besar jika UK terus dalam EU impaknya tidak banyak jika UK keluar EU maka nilai pound sterling jatuh nilai euro jatuh ekonomi eropah kacau semua ini adalah baik satu peluang untuk kaum buruh menyusun kembali hak hak mereka yang telah dilupuskan oleh EU KELUAR EU ------------ |
Posted: 22 Jun 2016 12:30 AM PDT FACE BOOK MENTERI AGAMA guna duit zakat.. tak berdosa Bayar zakat tak melalui KERAjaan.. BERDOSA !!! Baru tahu di bwh pemerintahan BN Benjamin Netanyahu, ADALAH BERDOSA bagi zakat terus kepada asnaf !!! "Zakat untuk orang miskin & golongan lain yg selayaknya... dosa kita tuhan yang tentukan bukannya manusia.. asalkan niat kita ikhlas DAN BUKANNYA DI SEGELINTIR 'PENGUTIP DUIT ZAKAT' YANG SONGLAP/ SALAHGUNA WANG2 ZAKAT".. Mcmaner nak kenal penyangak & penyamun ?? TANYALAH KEPADA UMNO kerana mereka lebih MAHA MENGETAHUI !!! Wallahualam~ ----------- |
Posted: 21 Jun 2016 11:08 PM PDT SESUDAH SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR Kita telah membaca dan mendengar keputusan undian dari Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kita juga telah melihat sorak sorai para penyokong. Kita juga telah melihat gambar muka Rosmah dengan pakaian merah yang menyambut kemenangan. Muka Rosmah telah diviralkan sebagai 'hantu' yang membawa kemenangan. Rakyat Malaysia untuk pertama kalinya susudah dua PRK ini mendengar Najib bersuara memperlekeh Mahathir. Selama ini Najib senyap menikus takut - tidak menjawab apa sahaja yang dikatakan oleh Mahathir. Senyap Najib ini telah melahirkan konsep Roti Najib i.e roti tanpa telor. Untuk ahli, aktivis dan pemimpin Amanah, Keadilan dan DAP - saya cadangkan mereka wajib bertanya sesama sendiri - apa yang harus dilakukan sekarang? Sebelum merungkai pekara ini saya merasa terpanggil untuk sekali lagi memberi pencerahan tentang empat pekara. Pertama: Pengalaman sebagai punca ilmu pengetahuan. Justeru mengumpul pengalaman ialah mengumpul ilmu. Kedua: Memahami apa itu daulah atau state. Ketiga: Jangan sesekali menyimpan illusi kemenangan akan tercapai dalam PRU 14, PRU 15 hingga ke PRU10000. Keempat: Kerjasama pensejajaran politik baru. Mengumpul pengalaman melalui mengambil bahagian dalam proses pemilihan ini akan menjadikan kita berilmu. Berilmu ertinya tahu selok belok dan segala tipu helah yang telah disusun oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus menang. Juga berilmu untuk memahami segala tipu helah yang dilakukan oleh musuh. Bertempur dalam piliharaya wajib menjadi guru yang akan mengajar kita bijak mendewasa. Jangan sesekali melupakan pengalaman ini. Melupakan pengalaman bermakna meninggalkan segala ilmu pengetahuan. Ertinya kembali menjadi sosok yang bodoh. Mengenai daulah - dari apa yang saya perhatian pemahaman tentang daulah terlalu cetek dikalangan pemimpin, aktivis dan kader parti. Ini mempengaruhi budaya politik semasa yang menjadikan orang ramai - rakyat biasa bertambah bebal dalam pemahaman tentang daulah. Ini pada pandangan saya keadaan yang tidak sehat. Aktivis parti yang tidak memahami daulah akan dilihat bodoh. Aktivis parti yang bodoh tidak akan menjadi iklan untuk menarik anggota baru atau melahirkan simpati terutama dikalangan anak anak muda. Daulah ialah state. Sebuah negara berdiri kerana wujudnya daulah. Daulah memiliki lembaga atau jentera. Polis , askar, mahkamah, penjara, surat khabar, radio dan TV , jabatan agama - ini adalah contoh-contoh lembaga atau jentera daulah. Berfungsinya jentera daulah ini melalui rujukan-rujukan dari Perlembagaan atau melalui Akta Parlimen. Rujukan ini jika kita baca kelihatan molok dan cantik - adil dan sejahtera. Jentera-jentera ini bertugas untuk mempertahankan daulah demi kesejahteraan orang ramai. Tetapi hakikatnya dalam negara dunia kertiga saperti Malaysia jentera ini akan terus menyebelah kepada siapa yang melantik dan memberi mereka gaji. Taat setia jentera daulah ialah kepada yang memberi mereka pangkat dan gelaran. Jelas di Malaysia - kesetiaan jentera ini adalah kepada pemerentah yang berkuasa dan yang boleh memberi mereka upah. Yang berkuasa hari ini ialah United Malays National Organisation. Maka semua jentera daulah akan setia dan akan bekerja untuk mempertahankan kuasa parti United Malays National Organisation. Keadaan menjadi lebih buruk apabila Najib mengajukan dasar negara - 'cash is king' - duit itu raja. Ertinya semua boleh dirasuah, semua boleh dibeli. Semua boleh diberi dedak. Ini bermakna lembaga dan jentera daulah juga boleh dibeli dan boleh ditumbuk rusuk mereka jika penumbuk itu besar. Justeru jika politikus , aktivis dan kader parti tidak memahami apa itu daulah atau memahami daulah secara sipi-sipi maka semua analisa dan kerja politik tidak akan lengkap. Analisa politik yang tidak lengkap tidak akan membawa hasil yang diharapkan. Fikrah politik yang tuntas memahami daulah. Berpolitik ialah untuk merebut daulah. Pekara ketiga ialah tentang pilihanraya dan mengundi. Kita jangan ada ilusi bahawa dalam PRU14 Pakatan Harapan akan menang dan mengambil alih kerajaan. Ini mimpi. Ini tidak akan terjadi. Hentikan mimpi ini. Dalam negara dunia ketiga saperti Malaysia ini belum pernah berlaku perubahan kerajaan melalui pilihanraya. Indonesia menjadi demokratik sesudah Suharto dijatuhkan melalui jalan raya. Pilipina menjadi demokratik sesudah Marcos dijatuhkan melalui jalan raya. India melalui zaman darurat 1975-1977 sebelum berlakunya peralihan kerajaan. Jangan lupa Korea menjadi maju dan demokratik melalui jalan raya. Jangan lupa sejarah Presiden General Park Chung Hee yang dibunuh mati dalam mesyuarat kabinet dalam tahun 1979. Sebelum ini Korea Selatan dibawah ditaktor tentera. Di Latin Amerika - hampir semua negara dibawah pimpinan tentera. Rampasan kuasa berlaku berulang kali untuk mengubah kerajaan. Bagitu juga di Afrika dimana sistem politik dan piliharaya peninggalan British ini hampir sama dengn sistem di Malaysia. Justeru inilah yang membuatkan Mahathir berjaya menyamakan Idi Amin dengan Najib. Hakikatnya di Malaysia jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya akan diharamkan. Saya berani berkata sademikian kerana saya ada bukti yang saheh. Apa yang saya tulis ini bukan omong politik kosong tatapi berpaksikan data sejarah. Sebelum tahun 1964 - Tanah Melayu ada piliharaya kerajaan tempatan. Ini bermakna semua Ahli Majlis TIDAK dilantik tetapi dipilih melalui pilihan raya secara demokratik. Setiap kali pilihanraya tempatan dijalankan United Malays National Organisatioin dan kuncu-kuncunya dalam Perikatan kalah. Yang terus menang ialah Parti Buruh dan Parti Rakyat. Akhirnya pada tahun 1964 pilihanraya ini digantung atas nama keselamatan kerana Zaman Konfrontasi. Pada tahun 1976 pergantungan hak rakyat untuk mengadakan pilihahn raya tempatan ini bukan ditarik kembali malah diresmikan pengharaman oleh Parlimen. United Malays National Organisation yang tidak pernah menang dalam pilihanraya kerajaan tempatan telah meluluskan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sah jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa pilihanraya akan diharamkan. Justeru pada pandangan saya pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah satu sandiwara. Satu bayang-bayang dalam pesta sandiwara Pilihanraya Umum yang lebih besar. Apakah ini bermakna tulisan saya ini menolak PRU dan PRK? Jawapan nya ia dan tidak. Kita wajib menolak PRU dan PRK dalam kerangka yang wujud hari ini. Tetapi kita tidak menolak pilihan raya sebagai satu pendekatan untuk melantik perwakilan, untuk menubuhkan kerajaan atau untuk memilih ahli majlis. Mengundi dan memilih adalah lunas demokrasi yang wajib kita pertahankan. Sesudah kita memahami tiga pekara diatas maka kita sampai ke pekara yang keempat. Pada hemat saya pekara amat amat penting. Pekara ini ialah tentang upaya mendirikan kerjasama dalam Pakatan Harapan. Menggalang satu barisan bersatu yang besar. Ini memerlukan pensejajaran politik baru - a new realignment. Ertinya Pakatan Harapan menilai kembali siapa kawan dan siapa lawan. Dimana musuh utama dan dimana musuh sampingan. Dengan siapa kita bekerja dan dengan siapa kita terus berseteru. Gagal memahami siapa musuh utama dan siapa musuh sampingan akan mengembalikan politik Malaysia ke zaman gelap dimana United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Perikatan/Barisan Nasional terus menjarah dan merampok harta kekayaan negara ini tanpa halangan. Selesai kiraan undi di Kuala Kangsar - kita terdengar suara mahu menjemput Parti Pas kembali bersama dalam Pakatan Harapan. Belum pun sempat jemputan resmi diajukan Tuan Ibrahim Tuan Mat telah berkata bahawa Parti Pas tidak mahu bersama dengan Amanah dan DAP. Ini hakikat. Para aktivis dan kader Pakatan Harapan wajib mengetahui satu pekara yang paling penting dalam politik. Pekara ini ialah dalam politik wajib ada kerja sama dan tolak ansur. Perlu ada United Front yang lahir dari perbincangan yang tuntas. Perlu ada kawan sebaris dan kawan seperjalanan. Ada kerjasama sementara dan ada kerja sama berpanjangan. Rupa bentuk Malaysia yang berbangsa-bangsa memerlukan satu kerjasama politik yang kukuh untuk mendirikan kerajaan. Dalam politik Malaysia hari ini - tidak ada satu parti atau satu bangsa yang boleh mendirikan kerajaan. Memang ada mimpi-mimpi untuk mendirikan Kerajaan hanya dari Parti Melayu atau hanya dari Parti Islam sahaja. Ini satu mimpi. Ini satu angan-angan. Kalau pun gerombolan Ketuanan Melayu semuanya bersatu - kerajaan sademikian akan runtuh dalam masa yang amat singkat. Ini hakikat politik dalam negara berbilang bangsa dan pelbagai agama. Dari pandangan mata kasar kita lihat bahawa sentimen pengundi dalam PRK tidak berubah. Dalam PRK pengundi membuat perkiraan yang berbeza ketika menghundi dalam PRU. Sebenar keputusan PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Baru tidak jauh bezanya dari keputusan PRU13 yang lalu. Malah penampilan Amanah yang belum sampai satu tahun cukup menyakinkan. Ini kamarad baru yang wajib diuji dan diduga. Jika kita ada kawan baru dan jika sikap dan sentimen pengundi tidak banyak berubah maka bagaimana pensejajaran politik baru ini dapat digarap? Tunggu minggu hadapan. Selamat Berbuka.(TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 ----------- |
Posted: 21 Jun 2016 10:23 PM PDT SILA TANYA DIRI SENDIRI Hadi Ahli Parlimen pertama bukan kerajaan kemuka usul pindaan ...May 26, 2016 - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap kepada wartawan ... pembentangan usul untuk pindaan Rang Undang-undang hanya ... Usul Hadi bukan mahu wujudkan undang-undang baharu | Free ...May 27, 2016 - Pindaan sebaliknya akan meningkatkan jumlah hukuman di Mahkamah ... Semalam, Abdul Hadi membentangkan usul Rang Undang-Undang ... PELIK LAGI HAIRAN KALAU HUDUD HUKUM ALLAH KENAPA HADI NAK PINDA SAJE TANYA JANGAN MARAH --------- |
Posted: 21 Jun 2016 09:50 PM PDT INI BARU BETUL FACE BOOK MEMBINA MANUSIA DAN MENGURUS NEGARA Parti AMANAH Negara adalah sebuah parti Islam yang progresif. Kami sedang berhempas pulas untuk membina kehidupan dengan kasih sayang. Kami mahukan sebuah kehidupan yang adil, punya kebebasan dan jauh dari penipuan. Perkongsian dengan teman-teman pelbagai bangsa yang kaya dengan adat resam serta membina suasana saling mempercayai antara satu sama lain. Selama ini pemerintah telah membina satu kehidupan yang penuh dengan suasana BERPURA-PURA. ------------ |
Posted: 21 Jun 2016 09:10 PM PDT HUDUD YANG MANA? HUDUD YANG MANO? Assalam Bro,Cerita pasal Hudud ni aku teringat akan tuduhan yang Tun M menolak Hukum Islam @ Hudud.Jadi bila kita renongkan semula ada kebenaran Tun M menolak Hudud yang cuba dilaksanakan di Kelantan sedikit masa dulu.Sekarang ni orang Islam keliru hudu yang mana yang perlu dikuti ? Hudud di Kelantan atau di Terengganu ? Ini belum lagi di Kedah atau di Johor misalnya ! Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi sebelum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.Bukan kita menolak Hudud tetapi biarlah Hudud yang dilaksanakan itu benar-benar berpandukan Hukum Allah agar Umat Islam tidak ditertawakan atau dimalikan oleh bukan Islam... on HUKUM HUDUD KELANTAN DAN TERENGGANU Anonymous on 6/22/16 MAINAN POLITIK Bila tak dapat kuasai undang-undang yang sedia ada ada pulak puak nak kuatkuasakan hudud.bukankah ini mainan politik semata-mata untuk mendapat sokongan dan memecahbelah perpaduan pelbagai bangsa dan agama. Apakah bila lemah menguasai undang-undang sedia ada kita masih nak laksanakan satu lagi undang-undang lain? Kalau undang-undang sekarang gagal menghukum orang yang bersalah undang-undang yang bersifat mainan politik akan berjaya mrnghukum orang yang bersalah? Apakah kebangangan ini. on HUKUM HUDUD GANU DAN KELANTAN Anonymous on 6/22/16 HUDUD PIS Hudud pis adalah hudut tuang amanat pekapirkan umngok.hukuman ringan-ringan hudud tuang amanat ialah pabila seseorang yang tidak sependapat akan dapat label jebon, barua, pil kuda, babi sapi dan banyak lagi label-label yang sewaktu dengannya. on HUKUM HUDUD KELANTAN DAN TERENGGANU Anonymous on 6/22/16 PARTI LOBAI Kerajaan Kelantan PAS dan BN bagi bonus raya = RM500. DAP Penang dan PKR Selangor bagi 3/4 gaji dan 1.5 gaji masing2. (Jika gaji 2k, DAP bagi 1500 dan PKR =3000). Jemba lagi dunia sumer tu.. Betul2 PAS ganti BN! Ikut lagi telunjuk DAP dan PKR, mcm cilaka.. Kahkahkah. Sudahlah, mengarut ja parti lobai ni. Duit tabung Memali dan pampasan balu+anak2 memali pun dia kebas dan balun, sumer ulamak2 syura dia terdiam? Mcm ni punya 100 orang mangsa memali syuhda' sendiri pun x leh jaga, nak jaga 30 juta rakyat? Toksah berangan la dol. on HUKUM HUDUD KELANTAN DAN TERENGGANU Anonymous on 6/22/16 ------------- |
Posted: 21 Jun 2016 08:36 PM PDT INI KES APA? BETUL KE BERITA INI? CIMB heret anak Najib ke mahkamah kes kemungkiran bayaranBank CIMB mengheret anak Najib, Mohd Nazifuddin Mohd Najib ke mahkamah kerana kegagalan menjelaskan bayaran yang mana beliau adalah sebagai penjamin sebuah syarikat. Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim menetapkan 1 Ogos untuk membuat keputusan sama ada Nazifuddin perlu membayar jumlah penuh sebanyak RM200,000 atau sebaliknya - iaitu jumlah yang terhutang oleh peminjam. CIMB menuntut supaya anak Najib hasil perkahwinan pertamanya itu membayar jumlah wang berkenaan selepas peminjam gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut perjanjian sewa beli. Peguam Nazifuddin bagaimanapun berhujah bahawa CIMB tidak berhak menuntut jumlah penuh sebanyak RM200,000. Ini kerana dalam surat tuntutannya, CIMB memohon RM12,000 dari Nazifuddin, justeru, peguamnya berkata bank itu tidak boleh menuntut jumlah keseluruhan. KAH KAH KAH kalau hang tanya apa kes ini hang google nama mafia: LUIGI PIRANDELLO baru hang tau kah kah kah MONTOL LONTOL ----------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan