Rabu, 22 Jun 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


JANGAN MANJAKAN CALON BINI DENGAN KEMEWAHAN WALAUPUN KAU MAMPU

Posted: 22 Jun 2016 04:13 AM PDT



JANGAN MANJAKAN CALON BINI DENGAN KEMEWAHAN WALAUPUN KAU MAMPU.

Hidup tidak seindah CEO anak Tan Sri dan Datuk Seri yang muda-muda muka pale, skinny & pretty ala gaya Korea sikit tapi cakap serupa Bangla. Realitinya kebanyakan masih struggle nak bayar PTPTN tetapi fantasi pada kebanyakan orang ialah mereka ini sudah memandu kereta mewah siap ada supir pada umur twenty something. Saya tidak follow drama jam 7 kerana pada waktu ini saya masih biasanya di ofis. Cuma kadang-kadang terklik jugalah sharing mering anak-anak gadis kita yang flattered sangat dengan CEO muka jambu yang konon romantik.

Kita ni dah nak sama macam negara India. Cerita fantasi dengan rumah agam besar dan nak balik rumah kena pakai heli yang landing di hartanah ratusan ekar. Masuk-masuk rumah ada lelaki segak tua bergobi putih sedang tunggu di hadapan tangga perpusar yang biasa ada di hotel-hotel 5 bintang. Hakikatnya yang menonton terbuai dalam mimpi untuk melupakan sebentar bebanan hutang Bank Rakyat yang dibuat masa nak kahwin dulu, hutang PTPTN dan masalah pelaburan-pelaburan tersontot yang masih diburu dek downline.

Hari ini kita belanja besar untuk create impression. Dari butik-butik yang berlumba-lumba nak buat fashion show siapa lagi grand di hotel siapa paling mahal sedangkan jika diukur pada kemampuan sebenarnya tidak mampu. Hinggalah berhutang dan ikat perut untuk balik raya dengan kereta mewah untuk menyakitkan mata gadis yang menolak cinta kamu dulu dengan harapan "padan muka...ko menyesal" ataupun nak sedapkan hati orang tua yang nampak kita ni sukses sangat kerana dah berjaya trade in Perodua Kelisa untuk bawak keluar Honda City. Dah elok Kelisa habis hutang siap tambah komitmen hutang lagi maksimum term 9 tahun bulan-bulan bayor RM1000. Gaya punya pasal. Kenapa seksa diri sampai berhutang untuk puaskan hati orang atau buatkan orang tak puas hati?

Jauh saya pusing sebenarnya nak komen, kalau ada duit...ajak kahwin secara berhemah ikut saluran yang betul dan itulah yang lebih mengangkat kemuliaan seorang wanita. Malah itu lebih baik dari usung anak gadis orang naik limo sewa. Wanita pula, janganlah terasa bajet dihargai sangat kalau setakat kena kipas dengan duit. Kehormatan kamu ada nilaian yang lebih tinggi dari limo ride. Kepada lelaki, tak perlu lah nak benchmark sangat pada aras limo ride tu kerana semua itu atas kemampuan masing-masing. Kalau tiba-tiba lah girlfriend ko hint nak naik limo sewa...ko login Facebook ko announce lah ko dah single semula. Kat Facebook ni pun banyak gadis baik yang belum ada orang nak lagi.

Saya pernah nasihatkan orang yang paling saya kenali dan paling rapat dengan saya supaya jangan bercinta dengan menabur kemewahan kerana itu akan jadi benchmark dan persepsi threshold yang bahaya. Terkurang sedikit nanti sudah dikira terpelecok. Tapi dia kekal dengan prinsip "aku kerja kuat untuk berikan yang terbaik untuk bakal isteri aku". Betul, tapi kemampuan engkau tak sama hari ini atau besok. Mungkin besok poket kamu tidak setebal hari ini. Akhirnya selepas lebih kurang 4 tahun berkahwin, mereka bercerai juga. Expectation lari.

Semasa saya ajak isteri saya kahwin dulu, saya memang sudah kaya raya kerana masa raya pun saya kaya dan kerana kaya pun saya banyak kali raya. Saya berjumpa dengan isteri saya sekarang pun dulu tak naik limo atau tak sewa kereta pun. Kami naik turun bas sahaja dulu semasa di UK. Nak naik tren dari Cambridge ke London pun kalau naik bas boleh plan awal dapat tiket 1 pound tapi naik tren boleh kena samapi 20-30 pound. Baik aku naik bas. Kebetulan jumpa mak ayah dia pun drive Kancil...kebetulan kereta yang nampak kemas sikit depan mak mertua ni kena langgar orang di Federal. Bawalah kereta Kancil sahaja.

Takkan orang tak tanya kita sibuk nak bagitahu "Ini kereta saya yang lain, saya ada kereta lagi satu yang lagi besaarrrr". Tapi yang baik, mak dan pak mertua saya langsung tak kisah. Dia sendiripun walaupun high rank officer dalam government level-level JUSA tapi pakai kereta Toyota yang pada saya dah layak kena hukum tembak.

Senang begitu kerana aku tidak mengorat bini aku dengan expectation yang tinggi. Tetapi aku preparekan diri aku seadanya aku.

Saya tak mahu salahkan apa yang budak naik limo tu pun tapi saya takut orang ambil itu sebagai satu benchmark calon laki pilihan. Habislah golongan macam saya nanti terkeluar dari KPI list.

Sudahlah, hentikan tengok drama pukul 7 malam.
Hidup kita ini REAL bukannya MIMPI.
Lebih baik hidup dalam realiti yang pedih dari hidup dalam mimpi yang membuai.

Yang marah-marah dah boleh makan dah.

SAIFUL NANG
Tokey Limo Sewa
(siapa nak sewa boleh sewa dengan saya...saya ada limo Volvo panjang klasik zaman Marcos).

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10153840692240958&id=25409635957

Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut

Posted: 21 Jun 2016 06:47 PM PDT



Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut :

1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w.
2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a.
3. Umar bin al-Khattab r.a.
4. Utsman bin Affan r.a.
5. Ali bin Abu Tholib r.a.
6. Talhah bin 'Ubaidillah r.a.
7. Bilal bin Rabbah r.a.
8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a.
9. Abdullah bin Jahsyi r.a.
10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a.
11. Mus'ab bin Umair bin Hasyim r.a.
12. Abdur Rahman bin 'Auf r.a.
13. Abdullah bin Mas'ud r.a.
14. Sa'ad bin Abi Waqqas r.a.
15. Abu Kabsyah al-Faris r.a.
16. Anasah al-Habsyi r.a.
17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a.
18. Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawi r.a.
19. Abu Marthad al-Ghanawi r.a.
20. Al-Husain bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
21. 'Ubaidah bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
22. Al-Tufail bin al-Harith bin Abdul Muttolib r.a.
23. Mistah bin Usasah bin 'Ubbad bin Abdul Muttolib r.a.
24. Abu Huzaifah bin 'Utbah bin Rabi'ah r.a.
25. Subaih (maula Abi 'Asi bin Umaiyyah) r.a.
26. Salim (maula Abu Huzaifah) r.a.
27. Sinan bin Muhsin r.a.
28. 'Ukasyah bin Muhsin r.a.
29. Sinan bin Abi Sinan r.a.
30. Abu Sinan bin Muhsin r.a.
31. Syuja' bin Wahab r.a.
32. 'Utbah bin Wahab r.a.
33. Yazid bin Ruqais r.a.
34. Muhriz bin Nadhlah r.a.
35. Rabi'ah bin Aksam r.a.
36. Thaqfu bin Amir r.a.
37. Malik bin Amir r.a.
38. Mudlij bin Amir r.a.
39. Abu Makhsyi Suwaid bin Makhsyi al-To'i r.a.
40. 'Utbah bin Ghazwan r.a.
41. Khabbab (maula 'Utbah bin Ghazwan) r.a.
42. Hathib bin Abi Balta'ah al-Lakhmi r.a.
43. Sa'ad al-Kalbi (maula Hathib) r.a.
44. Suwaibit bin Sa'ad bin Harmalah r.a.
45. Umair bin Abi Waqqas r.a.
46. Al-Miqdad bin 'Amru r.a.
47. Mas'ud bin Rabi'ah r.a.
48. Zus Syimalain Amru bin Amru r.a.
49. Khabbab bin al-Arat al-Tamimi r.a.
50. Amir bin Fuhairah r.a.
51. Suhaib bin Sinan r.a.
52. Abu Salamah bin Abdul Asad r.a.
53. Syammas bin Uthman r.a.
54. Al-Arqam bin Abi al-Arqam r.a.
55. Ammar bin Yasir r.a.
56. Mu'attib bin 'Auf al-Khuza'i r.a.
57. Zaid bin al-Khattab r.a.
58. Amru bin Suraqah r.a.
59. Abdullah bin Suraqah r.a.
60. Sa'id bin Zaid bin Amru r.a.
61. Mihja bin Akk (maula Umar bin al-Khattab) r.a.
62. Waqid bin Abdullah al-Tamimi r.a.
63. Khauli bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
64. Malik bin Abi Khauli al-Ijli r.a.
65. Amir bin Rabi'ah r.a.
66. Amir bin al-Bukair r.a.
67. Aqil bin al-Bukair r.a.
68. Khalid bin al-Bukair r.a.
69. Iyas bin al-Bukair r.a.
70. Uthman bin Maz'un r.a.
71. Qudamah bin Maz'un r.a.
72. Abdullah bin Maz'un r.a.
73. Al-Saib bin Uthman bin Maz'un r.a.
74. Ma'mar bin al-Harith r.a.
75. Khunais bin Huzafah r.a.
76. Abu Sabrah bin Abi Ruhm r.a.
77. Abdullah bin Makhramah r.a.
78. Abdullah bin Suhail bin Amru r.a.
79. Wahab bin Sa'ad bin Abi Sarah r.a.
80. Hatib bin Amru r.a.
81. Umair bin Auf r.a.
82. Sa'ad bin Khaulah r.a.
83. Abu Ubaidah Amir al-Jarah r.a.
84. Amru bin al-Harith r.a.
85. Suhail bin Wahab bin Rabi'ah r.a.
86. Safwan bin Wahab r.a.
87. Amru bin Abi Sarah bin Rabi'ah r.a.
88. Sa'ad bin Muaz r.a.
89. Amru bin Muaz r.a.
90. Al-Harith bin Aus r.a.
91. Al-Harith bin Anas r.a.
92. Sa'ad bin Zaid bin Malik r.a.
93. Salamah bin Salamah bin Waqsyi r.a.
94. 'Ubbad bin Waqsyi r.a.
95. Salamah bin Thabit bin Waqsyi r.a.
96. Rafi' bin Yazid bin Kurz r.a.
97. Al-Harith bin Khazamah bin 'Adi r.a.
98. Muhammad bin Maslamah al-Khazraj r.a.
99. Salamah bin Aslam bin Harisy r.a.
100. Abul Haitham bin al-Tayyihan r.a.
101. 'Ubaid bin Tayyihan r.a.
102. Abdullah bin Sahl r.a.
103. Qatadah bin Nu'man bin Zaid r.a.
104. Ubaid bin Aus r.a.
105. Nasr bin al-Harith bin 'Abd r.a.
106. Mu'attib bin 'Ubaid r.a.
107. Abdullah bin Tariq al-Ba'lawi r.a.
108. Mas'ud bin Sa'ad r.a.
109. Abu Absi Jabr bin Amru r.a.
110. Abu Burdah Hani' bin Niyyar al-Ba'lawi r.a.
111. Asim bin Thabit bin Abi al-Aqlah r.a.
112. Mu'attib bin Qusyair bin Mulail r.a.
113. Abu Mulail bin al-Az'ar bin Zaid r.a.
114. Umair bin Mab'ad bin al-Az'ar r.a.
115. Sahl bin Hunaif bin Wahib r.a.
116. Abu Lubabah Basyir bin Abdul Munzir r.a.
117. Mubasyir bin Abdul Munzir r.a.
118. Rifa'ah bin Abdul Munzir r.a.
119. Sa'ad bin 'Ubaid bin al-Nu'man r.a.
120. 'Uwaim bin Sa'dah bin 'Aisy r.a.
121. Rafi' bin Anjadah r.a.
122. 'Ubaidah bin Abi 'Ubaid r.a.
123. Tha'labah bin Hatib r.a.
124. Unais bin Qatadah bin Rabi'ah r.a.
125. Ma'ni bin Adi al-Ba'lawi r.a.
126. Thabit bin Akhram al-Ba'lawi r.a.
127. Zaid bin Aslam bin Tha'labah al-Ba'lawi r.a.
128. Rib'ie bin Rafi' al-Ba'lawi r.a.
129. Asim bin Adi al-Ba'lawi r.a.
130. Jubr bin 'Atik r.a.
131. Malik bin Numailah al-Muzani r.a.
132. Al-Nu'man bin 'Asr al-Ba'lawi r.a.
133. Abdullah bin Jubair r.a.
134. Asim bin Qais bin Thabit r.a.
135. Abu Dhayyah bin Thabit bin al-Nu'man r.a.
136. Abu Hayyah bin Thabit bin al-Nu'man r.a.
137. Salim bin Amir bin Thabit r.a.
138. Al-Harith bin al-Nu'man bin Umayyah r.a.
139. Khawwat bin Jubair bin al-Nu'man r.a.
140. Al-Munzir bin Muhammad bin 'Uqbah r.a.
141. Abu 'Uqail bin Abdullah bin Tha'labah r.a.
142. Sa'ad bin Khaithamah r.a.
143. Munzir bin Qudamah bin Arfajah r.a.
144. Tamim (maula Sa'ad bin Khaithamah) r.a.
145. Al-Harith bin Arfajah r.a.
146. Kharijah bin Zaid bin Abi Zuhair r.a.
147. Sa'ad bin al-Rabi' bin Amru r.a.
148. Abdullah bin Rawahah r.a.
149. Khallad bin Suwaid bin Tha'labah r.a.
150. Basyir bin Sa'ad bin Tha'labah r.a.
151. Sima' bin Sa'ad bin Tha'labah r.a.
152. Subai bin Qais bin 'Isyah r.a.
153. 'Ubbad bin Qais bin 'Isyah r.a.
154. Abdullah bin Abbas r.a.
155. Yazid bin al-Harith bin Qais r.a.
156. Khubaib bin Isaf bin 'Atabah r.a.
157. Abdullah bin Zaid bin Tha'labah r.a.
158. Huraith bin Zaid bin Tha'labah r.a.
159. Sufyan bin Bisyr bin Amru r.a.
160. Tamim bin Ya'ar bin Qais r.a.
161. Abdullah bin Umair r.a.
162. Zaid bin al-Marini bin Qais r.a.
163. Abdullah bin 'Urfutah r.a.
164. Abdullah bin Rabi' bin Qais r.a.
165. Abdullah bin Abdullah bin Ubai r.a.
166. Aus bin Khauli bin Abdullah r.a.
167. Zaid bin Wadi'ah bin Amru r.a.
168. 'Uqbah bin Wahab bin Kaladah r.a.
169. Rifa'ah bin Amru bin Amru bin Zaid r.a.
170. Amir bin Salamah r.a.
171. Abu Khamishah Ma'bad bin Ubbad r.a.
172. Amir bin al-Bukair r.a.
173. Naufal bin Abdullah bin Nadhlah r.a.
174. 'Utban bin Malik bin Amru bin al-Ajlan r.a.
175. 'Ubadah bin al-Somit r.a.
176. Aus bin al-Somit r.a.
177. Al-Nu'man bin Malik bin Tha'labah r.a.
178. Thabit bin Huzal bin Amru bin Qarbus r.a.
179. Malik bin Dukhsyum bin Mirdhakhah r.a.
180. Al-Rabi' bin Iyas bin Amru bin Ghanam r.a.
181. Waraqah bin Iyas bin Ghanam r.a.
182. Amru bin Iyas r.a.
183. Al-Mujazzar bin Ziyad bin Amru r.a.
184. 'Ubadah bin al-Khasykhasy r.a.
185. Nahhab bin Tha'labah bin Khazamah r.a.
186. Abdullah bin Tha'labah bin Khazamah r.a.
187. Utbah bin Rabi'ah bin Khalid r.a.
188. Abu Dujanah Sima' bin Kharasyah r.a.
189. Al-Munzir bin Amru bin Khunais r.a.
190. Abu Usaid bin Malik bin Rabi'ah r.a.
191. Malik bin Mas'ud bin al-Badan r.a.
192. Abu Rabbihi bin Haqqi bin Aus r.a.
193. Ka'ab bin Humar al-Juhani r.a.
194. Dhamrah bin Amru r.a.
195. Ziyad bin Amru r.a.
196. Basbas bin Amru r.a.
197. Abdullah bin Amir al-Ba'lawi r.a.
198. Khirasy bin al-Shimmah bin Amru r.a.
199. Al-Hubab bin al-Munzir bin al-Jamuh r.a.
200. Umair bin al-Humam bin al-Jamuh r.a.
201. Tamim (maula Khirasy bin al-Shimmah) r.a.
202. Abdullah bin Amru bin Haram r.a.
203. Muaz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
204. Mu'awwiz bin Amru bin al-Jamuh r.a.
205. Khallad bin Amru bin al-Jamuh r.a.
206. 'Uqbah bin Amir bin Nabi bin Zaid r.a.
207. Hubaib bin Aswad r.a.
208. Thabit bin al-Jiz'i r.a.
209. Umair bin al-Harith bin Labdah r.a.
210. Basyir bin al-Barra' bin Ma'mur r.a.
211. Al-Tufail bin al-Nu'man bin Khansa' r.a.
212. Sinan bin Saifi bin Sakhr bin Khansa' r.a.
213. Abdullah bin al-Jaddi bin Qais r.a.
214. Atabah bin Abdullah bin Sakhr r.a.
215. Jabbar bin Umaiyah bin Sakhr r.a.
216. Kharijah bin Humayyir al-Asyja'i r.a.
217. Abdullah bin Humayyir al-Asyja'i r.a.
218. Yazid bin al-Munzir bin Sahr r.a.
219. Ma'qil bin al-Munzir bin Sahr r.a.
220. Abdullah bin al-Nu'man bin Baldumah r.a.
221. Al-Dhahlak bin Harithah bin Zaid r.a.
222. Sawad bin Razni bin Zaid r.a.
223. Ma'bad bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
224. Abdullah bin Qais bin Sakhr bin Haram r.a.
225. Abdullah bin Abdi Manaf r.a.
226. Jabir bin Abdullah bin Riab r.a.
227. Khulaidah bin Qais bin al-Nu'man r.a.
228. An-Nu'man bin Yasar r.a.
229. Abu al-Munzir Yazid bin Amir r.a.
230. Qutbah bin Amir bin Hadidah r.a.
231. Sulaim bin Amru bin Hadidah r.a.
232. Antarah (maula Qutbah bin Amir) r.a.
233. Abbas bin Amir bin Adi r.a.
234. Abul Yasar Ka'ab bin Amru bin Abbad r.a.
235. Sahl bin Qais bin Abi Ka'ab bin al-Qais r.a.
236. Amru bin Talqi bin Zaid bin Umaiyah r.a.
237. Muaz bin Jabal bin Amru bin Aus r.a.
238. Qais bin Mihshan bin Khalid r.a.
239. Abu Khalid al-Harith bin Qais bin Khalid r.a.
240. Jubair bin Iyas bin Khalid r.a.
241. Abu Ubadah Sa'ad bin Uthman r.a.
242. 'Uqbah bin Uthman bin Khaladah r.a.
243. Ubadah bin Qais bin Amir bin Khalid r.a.
244. As'ad bin Yazid bin al-Fakih r.a.
245. Al-Fakih bin Bisyr r.a.
246. Zakwan bin Abdu Qais bin Khaladah r.a.
247. Muaz bin Ma'ish bin Qais bin Khaladah r.a.
248. Aiz bin Ma'ish bin Qais bin Khaladah r.a.
249. Mas'ud bin Qais bin Khaladah r.a.
250. Rifa'ah bin Rafi' bin al-Ajalan r.a.
251. Khallad bin Rafi' bin al-Ajalan r.a.
252. Ubaid bin Yazid bin Amir bin al-Ajalan r.a.
253. Ziyad bin Lubaid bin Tha'labah r.a.
254. Khalid bin Qais bin al-Ajalan r.a.
255. Rujailah bin Tha'labah bin Khalid r.a.
256. Atiyyah bin Nuwairah bin Amir r.a.
257. Khalifah bin Adi bin Amru r.a.
258. Rafi' bin al-Mu'alla bin Luzan r.a.
259. Abu Ayyub bin Khalid al-Ansari r.a.
260. Thabit bin Khalid bin al-Nu'man r.a.
261. 'Umarah bin Hazmi bin Zaid r.a.
262. Suraqah bin Ka'ab bin Abdul Uzza r.a.
263. Suhail bin Rafi' bin Abi Amru r.a.
264. Adi bin Abi al-Zaghba' al-Juhani r.a.
265. Mas'ud bin Aus bin Zaid r.a.
266. Abu Khuzaimah bin Aus bin Zaid r.a.
267. Rafi' bin al-Harith bin Sawad bin Zaid r.a.
268. Auf bin al-Harith bin Rifa'ah r.a.
269. Mu'awwaz bin al-Harith bin Rifa'ah r.a.
270. Muaz bin al-Harith bin Rifa'ah r.a.
271. An-Nu'man bin Amru bin Rifa'ah r.a.
272. Abdullah bin Qais bin Khalid r.a.
273. Wadi'ah bin Amru al-Juhani r.a.
274. Ishmah al-Asyja'i r.a.
275. Thabit bin Amru bin Zaid bin Adi r.a.
276. Sahl bin 'Atik bin al-Nu'man r.a.
277. Tha'labah bin Amru bin Mihshan r.a.
278. Al-Harith bin al-Shimmah bin Amru r.a.
279. Ubai bin Ka'ab bin Qais r.a.
280. Anas bin Muaz bin Anas bin Qais r.a.
281. Aus bin Thabit bin al-Munzir bin Haram r.a.
282. Abu Syeikh bin Ubai bin Thabit r.a.
283. Abu Tolhah bin Zaid bin Sahl r.a.
284. Abu Syeikh Ubai bin Thabit r.a.
285. Harithah bin Suraqah bin al-Harith r.a.
286. Amru bin Tha'labah bin Wahb bin Adi r.a.
287. Salit bin Qais bin Amru bin 'Atik r.a.
288. Abu Salit bin Usairah bin Amru r.a.
289. Thabit bin Khansa' bin Amru bin Malik r.a.
290. Amir bin Umaiyyah bin Zaid r.a.
291. Muhriz bin Amir bin Malik r.a.
292. Sawad bin Ghaziyyah r.a.
293. Abu Zaid Qais bin Sakan r.a.
294. Abul A'war bin al-Harith bin Zalim r.a.
295. Sulaim bin Milhan r.a.
296. Haram bin Milhan r.a.
297. Qais bin Abi Sha'sha'ah r.a.
298. Abdullah bin Ka'ab bin Amru r.a.
299. 'Ishmah al-Asadi r.a.
300. Abu Daud Umair bin Amir bin Malik r.a.
301. Suraqah bin Amru bin 'Atiyyah r.a.
302. Qais bin Mukhallad bin Tha'labah r.a.
303. Al-Nu'man bin Abdi Amru bin Mas'ud r.a.
304. Al-Dhahhak bin Abdi Amru r.a.
305. Sulaim bin al-Harith bin Tha'labah r.a.
306. Jabir bin Khalid bin Mas'ud r.a.
307. Sa'ad bin Suhail bin Abdul Asyhal r.a.
308. Ka'ab bin Zaid bin Qais r.a.
309. Bujir bin Abi Bujir al-Abbasi r.a.
310. 'Itban bin Malik bin Amru al-Ajalan r.a.
311. 'Ismah bin al-Hushain bin Wabarah r.a.
312. Hilal bin al-Mu'alla al-Khazraj r.a.
313. Oleh bin Syuqrat r.a. (khadam Nabi s.a.w.)

Ya Allah, himpunkanlah kami bersama mereka di akhirat kelak. Aameen.

copy & paste dari fb Pondok Ledang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#Syahid : Adapun dipihak tentera Muslimin hanya 14, iaitu 6 orang dari kalangan Muhajirin dan 8 orang dari kalangan Anshar, yang gugur sebagai syuhada`. Antara yang gugur sebagai syahid adalah:

Dari kalangan #Muhajirin

♡ Ubaidah bin al-Harits – beliau tercedera sewaktu pertempuran satu sama satu, dicederakan oleh Utbah bin Rabi'ah. Kakinya putus di dalam pertempuran tersebut dan kemudiannya wafat di as-Safra'.

♡ 'Umair bin Abu Waqqash - beliau dibunuh oleh 'Amru bin Abdul Al-Amiri. Umair adalah seorang remaja yang turut serta berjihad. Kisahnya diriwayatkan oleh al-Bazzar, juga disebut didalam Majma Zawaaid. Kisahnya …. ketika kaum Muslimin menuju ke Badar, ikutlah seorang remaja bernama 'Umair bin Abi Waqqash yang berusia 16 tahun. Beliau mengikut secara terendap-endap agar pemergiannya ini tidak diketahui oleh kaum Muslimin. Beliau khuatir penyertaannya tidak dibenarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Tatkala melihat keadaan itu, abangnya, Sa'ad bin Abi Waqqash bertanya kepadanya mengapa. Beliau menjawab: "Aku takut ditolak oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم , padahal aku sangat ingin turut serta, barangkali Allah memberikan kesyahidan kepadaku". Hal itupun terjadi dimana Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menolaknya kerana 'Umair masih muda. Maka 'Umair pun menangis. Hal tersebut membuatkan Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم terharu lalu akhirnya mengizinkan beliau turut serta. Dan akhirnya harapan 'Umair untuk mendapat syahid diperkenankan Allah.

♡ Dzu Syimalain Umair bin 'Abd Amr,

♡ 'Aqil bin al-Bukhair,

♡ Mihja bin Sholeh bekas hamba Sayyidina Umar,

♡ Shafwan bin Baidha' dari Bani al-Harits bin Fihr. Beliau dibunuh oleh Thuaimah bin 'Ady.

Dari kalangan #Anshar

♡ Sa'ad bin Khaitsamah,

♡ Mubasysyir bin 'Abdul Mundzir,

♡ Yazid bin al-Harits,

♡ 'Umair bin al-Humam – beliau di bunuh oleh Khalid bin al-A'lam al-Alqami. Beliau adalah merupakan perajurit Islam pertama yang gugur syahid di medan Badar. Ketika pertembungan antara tentara Muslimin dengan tentera Musyrikin kian hampir. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bersabda: Majulah menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Mendengar seruan itu Umair bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم apa benar syurga itu seluas langit dan bumi? Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم menjawab: Ya! Seluas, langit dan bumi. 'Umair berkata Bakh! Bakh! (Bagus! Bagus!). Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم bertanya, apa maksudmu dengan mengatakan Bakh! Bakh!. 'Umair menjawab: Demi Allah! Ya Rasulullah, aku tidak mengatakannya melainkan aku sangat berharap menjadi penghuninya. Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم berkata: Sesungguhnya engkau termasuk penghuni syurga.

♡ Rafi bin al-Mu'alla,

♡ Haritsah bin Suraqah bin al-Harits,

♡ Auf bin al-Harits bin Rif'ah bin Sawad,

♡ Mu'awwidz bin al-Harits bin Rif'ah bin Sawad

Sebagaimana disebut oleh Imam an-Nawawi bahwa peperangan Badar berlaku pada hari Jummat 17 Ramadhan tahun ke-2 dari Hijrah. Maka sesungguhnya, tanggal 17 Ramadhan tahun kedua Hijriyah merupakan hari yang menyaksikan pembelaan Ahli Badar kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, sungguh tidak ada orang yang lebih setia, lebih memuliakan dan lebih mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم melebihi kesetiaan dan kecintaan Ahlul Badr, رضي الله عنهم أجمعين kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Badar juga menyaksikan kecintaan perajurit Islam kepada syahid

رضي الله عنهم ورضوا عنه
رضي الله عنهم ورضوا عنه
رضي الله عنهم ورضوا عنه

SEORANG ASNAF RM 1 JUTA?

Posted: 21 Jun 2016 05:56 PM PDT



SEORANG ASNAF RM 1 JUTA?

Viral baru-baru ini satu posting fb seperti gambar di bawah. Maka, MAIWP terpanggil untuk bagi penjelasan

Tahun lepas RM8.2 juta zakat fitrah dikutip daripada sejuta umat Islam di Wilayah Persekutuan. Dan pada bulan puasa sahaja MAIWP dah agih lebih RM12 juta kepada lebih 30 ribu asnaf bagi Bantuan Aidilfitri.

Begitulah MAIWP memanfaatkan zakat yang anda bayar. Tidak pernah kami menyimpannya untuk sebarang kepentingan.

#tabayyundulusebelumviral
#zakatfitrah

Sungguh luas ilmu Zakat itu.. Mungkin dia pakar ilmu Matematik tapi bukan Ilmu Zakat.. Kita ada Al-Quran dan Sunnah untuk dapatkan jawapan Matematik nya..
==================================
Kalau RM70 juta dibahagi satu juta seorang kepada 70 orang asnaf,

Bagaimana pula dengan penerima seramai hampir 30,000 yang menerima bantuan secara bulanan dari MAIWP?

Bagaimana pula dengan institusi masjid, surau, sekolah rendah agama yang menerima dana zakat bagi membiayai bilal, imam, noja dan guru KAFA?

Bagaimana dengan lebih 23,000 pelajar sekolah yang menerima bantuan zakat untuk belajar?

https://m.facebook.com/myzakat/photos/a.146066715434757.15585.114821431892619/1131323083575777/?type=3

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI

Posted: 21 Jun 2016 04:43 PM PDT

KITA TAHU TAPI KITA TAK PEDULI

Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yg saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai.

BUAT RENUNGAN KITA SEMUA

SILA SHARE DAN SEBARKAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1075695345838651&id=100001945868537

Tiada ulasan: