Sabtu, 18 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Lansung PRK Sg Besar & K Kangsar

Posted: 18 Jun 2016 01:54 AM PDT

Sebanyak 23 pusat mengundi dengan 69 saluran mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dibuka bermula 8 pagi Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hisham Abdullah berkata sejumlah 32,632 daripada 32,949 pemilih berdaftar layak mengundi pada Sabtu untuk memilih wakil rakyat mereka.

Manakala 42,365 pengundi layak mengundi di Sungai Besar.


28 pusat mengundi dibuka di Sungai Besar, yang akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang.

LINTAS LANSUNG (akan dikemaskainikan setiap 10-15 minit. SILA REFRESH) 

KUALA KANGSAR

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Parti Amanah Negara) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

4:00 pm - 69 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

2:00 pm - 59 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

1:00 pm - 53 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

12:00 pm - 46 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

11:00 am - 36 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar

10:00 am - 24 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar.




SUNGAI BESAR

PRK Parlimen Sungai Besar merupakan pertembungan tiga penjuru antara calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru,Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah), yang mewakili Pakatan Harapan.

4:00 pm - 71 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

3:00 pm - 65 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

2:00 pm - 58 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

1:00 pm - 53 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

12:00 pm - 45 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

11:00 am - 34 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar

10:00 am - 22 peratus keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.


[VIDEO] PAS, BN Bergaduh.... Seorang Cedera Di Kepala

Posted: 17 Jun 2016 04:08 PM PDT

PAS dan BN bergaduh, dua laporan polis dibuat

KUALA KANGSAR: Pergaduhan tercetus antara penyokong PAS dan penyokong BN di sini petang tadi, menyebabkan seorang penyokong BN cedera di kepala, lapor FMT.

Faizul Fadli Yaakob, 31 tahun, cedera di kepala sehingga terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar akibat didakwa dipukul dengan kayu oleh seorang penyokong PAS.


Dalam rakaman yang dikongsikan di halaman Facebook Friend of PAS, pergaduhan itu tercetus di hadapan Bilik Gerakan PAS UPU Taman Bunga Raya petang tadi.

Dalam rakaman itu, sejumlah sepuluh penyokong BN bertikam lidah dengan penyokong-penyokong PAS.

"Jangan kacau markas kami. Kami tak kacau markas kamu. Biarkan," kata seorang perempuan dipercayai penyokong PAS, cuba meredakan keadaan.

Menurut adik mangsa, Mohd Faris Solehin Yaakob, 23 tahun, yang terlibat dalam pergaduhan, ia bermula apabila rombongan yang diketuai MB Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman singgah ke markas PAS ketika berkempen di rumah sekitarnya.

"Kebetulan kami baru selesai melawat rumah di sekitar. Kami mahu mengagihkan nasi dagang kepada mereka tapi mereka tidak mahu terima.

"Pertelingkahan tercetus. Seorang daripada mereka menolak ayah saya sehingga jatuh. Saya pukul balik, takkan nak biarkan mereka buat ayah saya macam itu.

"Pergaduhan pun tercetus, dan ada seorang yang memegang bendera PAS memukul kepala abang saya dengan kayu bendera sehingga berdarah,"
katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Kangsar tadi.

Pergaduhan terlerai tidak lama kemudian kerana perlu membawa Faizul Fadli ke hospital untuk dirawat.

Bapa mangsa, Yaakob Saarih, 63 tahun membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Mereka ceroboh tempat kita

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata, pihaknya turut membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung insiden itu.

"Ia bermula kerana mereka (BN) ceroboh tempat kita. Malah seorang petugas kami juga ditendang.

"Sekarang kami sedang buat laporan polis, dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi.





ULASAN GB

Keris dengan keris dah bergaduh.

Satu signal jelas untuk pengundi Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Tolak parti kedua-dua parti keris. Pilih parti yang membawa yang "aman", yang menyeru kepada keamanan, pilih AMANAH, komponen Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: