Selasa, 14 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Abby Abady Bantu Kempen Calon AMANAH

Posted: 14 Jun 2016 02:01 AM PDT

Abby Abadi percaya Amanah mampu bela agama, penuhi keperluan rakyat

Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.

Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.

"Apa yang rakyat perlukan... dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela...," ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.


Beliau dipercayai merujuk kepada calon Amanah bagi Parlimen Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu.

Pemilik nama Arbaiyah Abd Manan, 39, itu mulanya dikenali sebagai anggota penyanyi kumpulan Elite lewat 1990-an sebelum terjun ke bidang lakonan.

Abby yang kemudiannya sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama dan filem kepolisan, Gerak Khas sejak 1999 menjadi ahli Pas pada 2012 apabila membuat keputusan untuk bertudung.

Pada 2015, Abby mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Muhammad Faizal Zakaria yang merupakan wartawan portal rasmi Pas, Harakahdaily. -Arif Atan/MD


Abby Abadi sertai kempen Amanah, 41 lagi serah borang jadi ahli

Pelakon Abby Abadi yang baru saja menyertai Muktamar Pas di Kota Bharu awal Jun lalu menyertai majlis kempen untuk calon Amanah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar malam tadi.

Tidak diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar ketika calon Pas juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Turut serta berkempen untuk Amanah dalam PRK kali ini adalah bekas naib presiden Pas yang dipecat keahliannya Datuk Husam Musa.

Dalam majlis malam tadi juga, 41 menyerahkan borang untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Jalan Baru Jeliang, Kuala Kangsar.

Borang-borang tersebut diserahkan oleh wakilnya, Md Bakar kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu dengan disaksikan setiausaha agung Amanah Anuar Tahir.

Selain beberapa pemimpin Amanah, majlis tersebut juga dihadiri bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli turut bersama-sama dalam majlis tersebut.

Mohamad dalam ucapannya menyeru rakyat Kuala Kangsar memilih Ahmad Termizi pada 18 Jun ini bagi membolehkan suara mereka dibawa ke parlimen.

Beliau berkata pengundi khususnya yang beragama Islam seharusnya menolak calon yang menyokong pemimpin yang rasuah.

"Saya pelik kenapa orang Islam tak sensitif dengan rasuah.

"Orang bukan Islam pula bersungguh-sungguh menentang rasuah.

"Pilihan raya kali ini, pilih calon dari Amanah yang menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
- Hazayani Zakaria/MD


ULASAN GB

Syabas Abby Abady!

Sekadar untuk makluman, suami Abby Abady, Muhammad Faizal Zakaria yang sebelum ini merupakan wartawan harakahdaily telahpun mengemukakan surat perletakan jawatannya dengan portal milik PAS itu beberapa minggu yang lalu.

Sah PAS Kena Tipu

Posted: 13 Jun 2016 05:26 PM PDT

Azalina: PM, TPM arah usul Hadi dibawa ke depan

Arahan menyegerakan usul rang undang-undang persendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibentangkan di Dewan Rakyat datang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau mendapat kebenaran kabinet sebelum mengemukakan usul menyegerakan rang undang-undang dibawa Hadi pada hari terakhir sidang parlimen 26 Mei lalu.


"Dalam tugas saya sebagai menteri menjaga urusan parlimen, saya bertanggungjawab kepada pemimpon majoriti, iaitu perdana menteri dan ketua whip, iaitu timbalan perdana menteri.

"Justeru arahan untuk membawa ke depan (usul rang undang-undang persendirian Hadi) dari nombor 15 ke nombor satu sudah pasti daripada pemimpin majoriti dan ketua whip kerana itulah prosedur yang diperlukan di parlimen," katanya kepada media di Sungai Besar hari ini.

Azalina berkata dia mendapat arahan daripada perdana menteri selepas melaporkan maklumat disampaikan speaker Dewan Rakyat bahawa Datuk Seri Jamil Khir Baharom (menteri yang mengelola hal ehwal Islam) tidak membantah usul Hadi dibahaskan.

"Saya hanya membaca Peraturan Mesyuarat 14 untuk membenarkan (ia dipindahkan) dari nombor 15 ke nombor satu,"
kata Azalina yang mendakwa tindakan itu bukan menyegerakan usul Hadi seperti digambarkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya hanya membawa ia ke depan.

"Speaker memberitahu kami ada permintaan dibuat, apabila Jamil Khir memaklumkan tiada bantahan. Jadi tentulah menjadi tugas saya secara automatik (untuk melakukannya). Tidak timbul isu menyegerakan rang undang-undang itu," katanya.

Bagaimanapun Azalina kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan.

"Tugas saya tiada kaitan dengan kandungan usul itu. Saya menyelia peraturan, jadi saya hanya menguruskan prosedur kerana usul itu berada di nombor 15 dan perlu dibawa ke nombor satu di antara usul lain kerajaan.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 14 seorang anggota kabinet atau menteri mesti mendapatkan kebenaran speaker. Saya hanya bertanggungjawab dalam isu teknikal, bukan kandungan usul itu," katanya.

Menurut Azalina orang yang bertanggungjawab kepada kandungan usul itu serta keputusan membenarkan ia dibahaskan ialah Jamil Khir.

ULASAN GB

Sebuah sketsa dalam bentuk kartun:

Tiada ulasan: