Ahad, 12 Jun 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Mahathir Sokong AMANAH, Katanya PAS Makan Dedak

Posted: 11 Jun 2016 08:31 PM PDT

Pas dapat nikmat dan dedak daripda Najib, dakwa Tun M

Pas kini berseorangan setelah meninggalkan Pakatan Rakyat sanggup mendokong perbuatan salah seorang pemimpin negara, semata-mata mahu mendapatkan sokongan peribadi daripada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, untuk mendapatkan sokongan Najib, parti Islam itu katanya, mendokong perbuatan salah yang dilakukan Najib dan pemimin Umno selama ini.


"Pas ini berseorangan dengan DAP setelah berpisah secara tidak langsung dari Pakatan Rakyat.

"Pas mahu mendapat sokongan Najib khususnya dan tidak akan serang Najib dan akan dokong segala perbuatan salahnya.

"Sebagai parti yang tiada sokongan lagi, agar dapat bantuan daripada Najib dalam bentuk apa saya tak tahu lah.

"Pas tinggal separuh sahaja, separuh daripada Pas sudah berpindah ke parti lain dan tidak percaya kepada kepimpinan Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) lagi.

"Hadi pula cuba menyelamatkan Umno khususnya Najib kerana dapat banyak nikmat dan terima dedak dari Najib

"Saya ingat eloklah orang yang sama fikiran dan setuJu dengan rampasan wang negara oleh Najib juga harus disaman," ujarnya dalam sidang media diadakan pada majlis Kolokium Persidangan Khas 1MDB sempena kempen calon Pakatan Harapan di Dewan Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan pagi ini.

Tun Mahathir sebelum itu telah menyampaikan ucaptamanya mengenai kemelut 1MDB membabitkan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Ditanya media mengenai tujuannya datang berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Tun berkata, tujuannya semata-mata untuk menjelaskan kepada pengundi bahawa rakyat benci kepada Najib dan isterinya Rosmah kerana mereka banyak melakukan pembaziran.

Bercakap mengenai Rang Undang-Undang Akta 355 pula Tun Mahathir menegaskan hukum hudud yang ingin dibawa Pas itu bukan hukum hudud Islam yang sebenar.

"Pas itu bukan hukum hudud itu adalah hudud pas.


"Hudud Pas bertentangan dalam Islam. Dalam Islam diutamakan keadilan apabila menghukum mestilah dengan adil. Hudud Pas mengasingkan orang Islam bukan Islam.

"Orang Islam mencuri potong tangan orang bukan Islam mencuri kena jail (penjara). Mereka nak menipu orang bukan Islam.

"Lagipun di Malaysia terdapat 40 peratus orang bukan Islam sebab itu hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dengan adil," dakwanya menjawab soalan media.

Beliau juga diajukan pertanyaan sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke 14 kelak siapakah yang mungkin akan dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.

Kata Tun Mahathir lagi, negara akan kembali menjadi sebuah negara yang demokratik pada ketika itu sekiranya Najib meletakkan jawatan.

Pada ketika itu lebih demokratik. Akan ada pendapat berbeza antara kita, bebas menyertai mana-mana parti, mereka suka apabila kita kembali kepada proses demokrasi.

"Kita berhak memilih pemimpin yang bukan seperti Najib ini harapan kita.

"Saya tidak janji siapa yang akan jadi pemimpin selepas ini hanya boleh diteruskan jika najib tidak ada dalam kerajaan. Terpulang kepada rakyat." ujarnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Restoran hao Xiang Chi di sekinchan ini dihadiri lebih kurang 1,000 pengundi dan penyokong Pakatan Harapan dan Deklarasi Rakyat..

Esok Tun Mahathir dan beberapa lagi tokoh penyokong Deklarasi Rakyat akan mengadakan majlis sama dijangka diadakan di Dewan Chun Ji Restaurant, Taman Suria Kuala Kangsar. -MD


Mahathir isytihar sokong calon HARAPAN

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

Ia selepas Azhar menandatangani Deklarasi Rakyat hari ini untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sambil menegaskan bahawa beliau bukan lagi ahli mana-mana parti, Dr Mahathir berkata beliau berada di situ sebagai seorang warganegara yang prihatin.

Kerana sebab itu, tambahnya, beliau datang untuk menyokong ahli AMANAH yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.

Beliau menegaskan demikian dalam ucaptamanya di forum anjura DAP mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion di Sekincan
-mk







ULASAN GB

Teringat dulu PAS cuba untuk "memikat" Tun Mahathir. Dihantarnya borang PAS kepada Tun Mahathir.




Terjawablah sudah secara tegas hari ini. Tun Mahathir tolak PAS tetapi sebaliknya menerima AMANAH walaupun AMANAH tidak pernah hantar borang kepada Tun Mahathir.

Sebenarnya GB bukanlah orang yang menyanjungi TDM. Malah pernah satu ketika dahulu? GB adalah penentangnya yang paling keras. Ingat mahazalim? Itu nama pena GB dan itu juga nama diberikan kepada Tun dahulu.

Tetapi sebagai manusia yang bertindak rasional, benci macamana sekalipun kita keatas Tun, kita tidak dapat menolak sumbangan Tun kepada pembangunan Malaysia.

Putrajaya yang Najib dan menteri-menterinya sedang duduk sekarang, Cyberjaya, PLUS, KLIA, Sepang Circuit, Petronas Twin Tower, KLCC... dan banyak lagi... itu semua dari Tun punya kepala hotak. Kita kena akur bab itu.

Kalau dibandingkan dengan era selepasnya, Pak Lah dan Najib, apa yang mereka berdua tu ada selain dari menjahanamkan negara terutama Najib yang kita telah meletakkan Malaysia diambang kebangkrapan dengan pelbagai skandal khususnya 1MDB?

Mengenai PAS yang Mahathir dakwa mendapat nikmat dan makan dedak dari Najib, ia sesuatu yang sukar dinafikan. Walaupun ditolak oleh beberapa pimpinan dan ahli bawahan PAS, namun hukum kebenaran dan keadilan mendedahkan hubungan intim PAS-UMNO sudah sampai ke peringkat "maksima".

Najib tahu survival UMNO kini hanya bergantung kepada PAS.

Dan PAS di era ulama dibawah kepimpinan Haji Hadi telah mengambil jalan "menggadaikan" prinsip perjuangan PAS untuk berbaik dengan UMNO yang dahulu dikafirkannya apabila mendakwa UMNO tak seburuk Firaun.


Malah Mursyidul Am PAS, Haron Din yang pernah satu ketika cuba untuk mewujudkan kerajaan campuran (UG) di Perak, membela Najib dengan katanya:



Perjuangan PAS sudah jauh kesasar. Perjuangan PAS telah hancur musnah selepas era TG Nik Aziz. Dimusnahkan oleh so-called geng ulamak yang cintakan dunia dan dan mabuk dedak. Perjuangan hudud hanya menjadi alasan untuk menutup kelemahan pemimpin PAS yang lansung tidak ada agenda perjuangan untuk rakyat masakini. Malah di dalam memperjuangkan hudud itu pun PAS telah diperbodohkan oleh UMNO berkali-kali.

Mahathir yang duduk luar tu pun nampak, apatah lagi ahli-ahli AMANAH yang ada diantaranya sudah berpuluh tahun duduk di dalam PAS.

Justeru itu hanya Pakatan Harapan parti masa depan rakyat Malaysia untuk menggantikan Barisan Nasional. DAP, AMANAH dan Keadilan sebagai komponen-komponennya sedang maju bergerak ke hadapan bagi merealisasikan impian rakyat Malaysia dengan SELAMATKAN MALAYSIA!


Tiada ulasan: